Khamis, 17 Mac 2011

BAB: 2 - Nasionalisme di Malaysia sehingga Perang Dunia Kedua

2.1        Perjuangan Pemimpin Tempatan Menentang British
  1. Sebab-sebab penentangan ialah;
a.       Dasar penaklukan British.
b.       Mengeksploitasi ekonomi tempatan.
c.       Pelaksanaan pentadbiran British
d.       Campur tangan British dalam adat resam tempatan
e.       Pembesar tempatan kehilangan kuasa memerintah dan pengaruhnya.
f.        Pelaksanaan peraturan British.
  1. Peristiwa Penentangan Pemimpin Tempatan.
            Penentangan di Naning oleh Dol Said
a.       Berlaku pada tahun 1831 – 1833.
b.       Penghulu Dol Said tidak bersetuju kerana Naning diletakkan sebahagian daripada wilayah British.
c.       Pada tahun 1831, Penghulu Dol Said Berjaya mengalahkan British pimpinan Kapten Wyllie yang ingin menawan Taboh.
d.       Pada tahun 1832, British menyerang Naning dan Berjaya mengalahkan Penghulu Dol Said.
e.       Penghulu Dol Said terpaksa menyerah diri dan di bawa ke Melaka.
           
            Penentangan di Sarawak oleh Linggir.
a.       Linggir memimpin kaum Iban menentang penaklukan James Brooke.
b.       James Brooke menghalang pelayaran Linggir di Sungai Saribas.
c.       Linggir menyerang kapal Nemesis berdekatan Batang Lupar.
d.       Linggir kalah dalam serangan tersebut.

            Penentangan di Sarawak oleh Rentap
a.       Berlaku pada tahun 1853 – 1861.
b.       James Brooke menganggap orang Iban di Sungai Skrang sebagai lanun dan ingin menghapuskannya.
c.       Rentap memimpin orang Iban menyerang James Brooke di Kubu Nanga Skrang.
d.       James Brooke membakar perkampungan mereka.
e.       Rentap berundur ke Bukit Sadok dan James Brooke menyerang rentap sekali lagi.
f.        Rentap berundur ke Ulu Sungai Entabai.

            Penentangan Di Sarawak oleh Syarif Masahor dan Datu Patinggi Abdul Gapur
a.       Berlaku pada tahun 1857 – 1858.
b.       James Brooke menguasai wilayah Syarif Masahor dan Datu Patinggi Abdul Ghapur di Sungai Rajang.
c.       Syarif Masahor dan Datu Patinggi Abdul Gapur kehilangan kuasa memungut cukai dan pengaruh terhadap penduduk tempatan.
d.       Pada tahun 1858, James Brooke membina sebuah kubu di Kanowit.
e.       Syarif Masahor dan datu Patinggi Abdul Gapur menyerang James Brooke di Kucing tetapi gagal.

            Penentangan di Sabah oleh Mat Salleh
a.       Syarikat Borneo Utara British tidak menghiraukan Mat Salleh sebagai pemerintah daerah Tambunan dan Sungai Sugut.
b.       Syarikat Borneo Utara British melaksanakan sistem cukai kepala dan surat perahu.
c.       Mereka bersikap kasar terhadap penduduk tempatan.
d.       Pada tahun 1895, Mat Salleh ke Sandakan untuk berbincang dengan Syarikat Borneo Utara British.
e.       Gabenor Beaufort membakar perkampungan Mat Salleh.
f.        Pada tahun 1897, Mat Salleh melakukan serangan mengejut terhadap kubu Syarikat Borneo Utara British di Pulau Gaya.
g.       Syarikat Borneo Utara British bersetuju untuk menyerahkan Tambunan kepada Mat Salleh sebagai pelan damai.
h.       Mat Salleh menyerang kubu Syarikat Borneo Utara British kerana Syarikat Borneo Utara British mungkir janji.
i.         Mat Salleh tewas dalam serangan balas Syarikat Borneo Utara British dan meninggal dunia pada 31 Januari 1900.
           
            Penentangan di Perak oleh Dato` Maharaja Lela
a.       J.W.W. Birch tidak menepati fungsinya sebagai penasihat seperti yang termaktub dalam Perjanjian Pangkor 1874.
b.       Sistem cukai yang diperkenalkan telah menghapuskan hak pembesar di Perak.
c.       J.W.W. Birch mencampuri adat resam tempatan dan tidak tahu berbahasa Melayu.
d.       Dato` Maharaja Lela telah melakukan bantahan terbuka di Pasir Salak dan membawa kepada peristiwa pembunuhan J.W.W. Birch di Pasir Salak.
e.       British telah menyerang Pasir Salak. Dato` Maharaja Lela, Dato` Sagor, Pandak Lam, Seputum dan Pandak Indut dijatuhkan hukuman gantung. Sultan Ismail dibuang ke negeri Johor. Sultan Abdullah, Ngah Ibrahim, Syahbandar dan Laksamana dibuang negeri ke Pulau Seychelles.

            Penentangan di Negeri Sembilan oleh Yam Tuan Antah Sri Menanti dan Dato`
            Syahbandar Sungai Ujung (Abdullah Tunggal)
a.       British menyokong Dato` Kelana (Syed Abdul Rahman) menduduki Terachi dan Paroi.
b.       Dato` Syahbandar enggan menandatangani perjanjian dengan British.
c.       Dato` Syahbandar menentang Dato` Kelana kerana meminta bantuan British.
d.       Pertikaian berpunca dengan perebutan kawasan sempadan untuk mengenakan cukai kepada pedagang bijih timah.
e.       Dato Kelana mengalahkan Dato` Syahbandar.
f.        Dato` Syahbandar berundur, kemudian kembali ke Sungai Ujung untuk menandatangani perjanjian dengan British pada 10 November 1874.
g.       Dato` Kelana menguasai seluruh Sungai Ujung di bawah penguasaan British.
h.       Pada tahun 1888 Yam Tuan Antah menandatangani perjanjian damai dengan British.

            Penentangan di Pahang oleh Dato` Bahaman
a.       Berlaku pada tahun 1888 – 1896.
b.       Dato` Bahaman menolak pelaksanaan undang-undang British yang bertentangan dengan adat resam dan politik tempatan.
c.       Dato` Bahaman, Tok Gajah dan Imam Rasul bersatu untuk menentang British.
d.       Pada tahun 1890, mereka menentang pembinaan Balai Polis Lubuk Terua.
e.       Pada tahun 1895, Dato` Bahaman berundur ke Kelantan dan mendapat perlindungan daripada penduduk dan pembesar Terengganu dan Kelantan.
f.        Dato` Bahaman berpindah ke Bangkok dan diberi perlindungan politik oleh Raja Chulalongkorn. Beliau menetap di Chieng Mai dan diberi wang sara hidup sebanyak 1000 baht. Beliau meninggal dunia di sana.

            Penentangan di Kelantan oleh Tok Janggut
a.       Berlaku pada tahun 1910 – 1915.
b.       Pengenalan Sistem Penasihat dan sistem cukai menjadi punca penentangan.
c.       Tok Janggut enggan membayar cukai.
d.       Bantahan Tok Janggut tidak dilayan oleh Pegawai Daerah Pasir Putih.
e.       Polis diarah menangkap Tok Janggut tetapi tidak Berjaya.
f.        Serangan ke atas Pasir Putih dilakukan oleh Engku Besar Jeram, Tuan Ahmad, Penghulu Adam, Haji Said dan Che Ishak pada tahun 1915.
g.       Serangan Berjaya dan kerajaan baharu dibentuk. Engku Besar Jeram dilantik sebagai raja, Tok Jangguk sebagai Perdana Menteri dan Che Ishak sebagai Pegawai Daerah.
h.       British membawa tentera dari Negeri Selat atas nama Sultan Kelantan.
i.         Serangan berlaku di Saring pada bulan Mei 1915.
j.         Tok Jangguk terkorban dan mayatnya diarak ke seluruh pecan Kota Bharu sebelum digantung di pasar dalam keadaan songsang sebagai amaran kepada masyarakat tempatan yang berani menentang British.
        
            Penentangan di Terengganu oleh Haji Abdul Rahman Limbong
a.       Haji Abdul Rahman Limbung tidak puas hati dengan sistem cukai dan undang-undang tanah British.
b.       Haji Abdul Rahman Limbong mengetuai penduduk tempatan membersihkan tanah di Kuala Telemong tanpa mempedulikan peraturan tanah British.
c.       Pada tahun 1925, penduduk kampung berkumpul dan membuka tanah milik Tengku Nik Maimunah ibn Sultan Zainal Abidin III.
d.       Penentangan bersenjata berlaku pada tahun 1928 dan bangunan kerajaan di Kuala Berang Berjaya ditawan.
e.       British menghantar tiga orang pembesar untuk menawan semula Kuala Berang atas nama Sultan Terengganu.
f.        Polis Berjaya menumpaskan kebangkitan penduduk tempatan.
g.       Haji Abdul Rahman Limbong diserang oleh 50 orang polis dari Singapura.
h.       Haji Abdul Rahman Limbong ditahan dan dibuang negeri ke Makkah.

2.2        Gerakan Nasionalisme sehinggan Perang Dunia Kedua

            Faktor-Faktor Pemangkin Nasionalisme
a.       Pengenalan sistem politik Barat.
b.       Perkembangan sistem pendidikan.
c.       Dasar British membawa masuk imigran.
d.       Pendudukan Jepun.
e.       Penguasaan Parti Komunis Malaya.
f.        Kemunculan mesin cetak.
g.       Gerakan Pan-Islamisme sedunia.
h.       Kesedaran politik serantau.

            Gerakan Islah
a.       Bertujuan untuk membetulkan pandangan masyarakat Melayu terhadap Islam.
b.       Antara pendoronnya ialah Sheikh Tahir Jalaludin, Syed Syeikh al-Hadi dan Dr. Burhanuddin al-Helmi.
c.       Golongan ini dikenali sebagai Kaum Muda.
d.       Akhbar penting ialah al-Imam, Neracha, Idaran Zaman dan Pengasuh.
e.       Menjana ajaran Islam dalam usaha memajukan ekonomi, pendidikan, politik dan social orang Melayu.
f.        Menyemat sikap mengkritik penjajah ke dalam fikiran orang Islam.
g.       Mengkritik raja dan pembesar Melayu yang tidak berusaha untuk memajukan orang Melayu.
h.       Menubuhkan beberapa buah madrasah yang memberikan peluang kepada pelajar perempuan untuk mendapatkan pendidikan.
i.         Ditentang oleh Kaum Tua yang terdiri daripada golongan alim ulama.
j.         Terdapat undang-undang yang menghalang pengaruh Kaum Muda di negeri-negeri Melayu.
k.       British dan Kaum Tuan gagal menghalang pengaruh Kaunm Muda.

            Peranan Akhbar, Majalah dan Novel
a.       Karya Zainal Abidin Ahmad (Za`ba) yang terkenal ialah Ilmu Mengarang Melayu dan Pelita Bahasa Melayu.
b.       Wartawan terkenal termasuklah Dato` Onn Ja`afar dan Abdul Rahim Kajai (1930).
c.       Akhbar terkenal termasuklah Lembaga Malaya, Majlis, Utusan Melayu, Warta Negara, dan Fajar Sarawak.
d.       Antara aspek sosial yang dibangkitkan ialah memajukan pendidikan tinggi orang Melayu, meninggalkan sikap negatif dan tidak mahu berusaha.
e.       Antara aspek ekonomi yang dibangkitkan dalam akhbar ialah menggalakkan syarikat berkerjasama, mengurangkan kemasukan orang dagang dan menggalakkan orang Melayu berniaga.
f.        Antara aspek politik yang dibangkitkan dalam akhbar ialah mengkritik British kerana mengurangkan kuasa raja-raja melayu, mengkritik para pembesar dan raja-raja Melayu tidak memajukan orang Melayu dan menolak dasar pilih kasih British dalam pentadbiran kerajaan.
g.       Majalah terkenal termasuklah Majalah Guru, Pengasuh dan Bulan Melayu.
h.       Novel terkenal termasuklah Keris Melaka, Putera Gunung Tahan, Anak Mat Lela Gila dan Melor Kuala Lumpur.

            Perjuangan Nasionalisme oleh Persatuan-Persatuan Melayu
a.       Kesatuan Melayu Singapura (KMS) – Ditubuhkan pada tahun 1962. Antara pemimpinnya ialah Mohammad Eunos Abdullah, Tengku Kadir Ali dan Embok Suloh. Kesemua pemimpin KMS mendapat pendidikan Inggeris. Bertujuan menjaga kepentingan sosialekonomi penduduk Melayu Singapura.
b.       Persatuan Sahabat Pena Malaya – Ditubuhkan pada tahun 1934. Pemimpinnya ialah S.M. Zainal Abidin B. A. . Bertujuan menggalakkan ahlinya berkenalan dan bertukar-tukar pendapat.
c.       Persatuan negeri – Ditubuhkan di Perak (1937), Selangor (1938), Negeri Sembilan (1938) dan Pahang (1938). Objektif utama adalah untuk menggabungkan tenaga intelektual Melayu bagi membincangkan nasib orang Melayu dalam soal ekonomi, pendidikan dan perkhidmatan kerajaan.
d.       Persatuan Melayu Miri – Ditubuhkan pada tahun 1936.
e.       Persatuan Melayu Sarawak – Ditubuhkan pada tahun 1939.
f.        Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak – Ditubuhkan pada tahun 1939. Diketuai oleh Datu Patinggi Abang Haji Abdillah. Tujuan penubuhan adalah untuk mengeratkan perpaduan Melayu, menggalakkan pendidikan, menjaga budaya dan maruah bangsa serta menegakkan ajaran Islam.
g.       Kesatuan Melayu Muda – Ditubuhkan pada tahun 1939. Pemimpinnya ialah Ibrahim bin Haji Yaakob. Tujuan penubuhan adalah untuk menggalakkan perpaduan di kalangan pemuda Melayu di seluruh Semenanjung dan meningkatkan tahap pendidikan orang Melayu.
h.       Kongres Melayu – Diadakan pada tahun 1939 dan tahun 1940. Merupakan kemuncak kesedaran kebangsaan orang Melayu. Membincangkan soal kemunduran orang Melayu dalam pendidikan dan ekonomi serta pilih kasih British terhadap anak negeri.
           
            Gerakan Nasionalisme semasa Pendudukan Jepun
a.       Jepun mengamalkan dasar pemerintahan ketenteraan.
b.       Jepun menyekat kebebasan bersuara dan mengharamkan penerbitan akhbar.
c.       Jepun hanya memberikan kebebasan kepada pertubuhan yang menyokongnya dan bergerak di bawah pengawasannya.
d.       Ahmad Boestamam menubuhkan Barisan Pemuda di Perak bangi menyatukan pemuda-pemuda Melayu. Mereka dilatih berkawad sebagai tentera sukarela Jepun.
e.       Gerakan bawah tanah menentang Jepun ditubuhkan.
f.        Parti Komunis Malaya menubuhkan Malayan People`s Anti-Japanese Army (MPAJA) untuk menentang Jepun.
g.       Ahli pasukan Bintang Tiga terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India.
h.       Force 136 dan Pasukan Wataniah di Pahang ditubuhkan oleh orang Melayu.
i.         Ibrahim bin Haji Yaakob meminta Jepun memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu bersama Indonesia bagi memenuhi perjuangan asal KMM untuk menubuhkan Melayu Raya atau Indonesia Raya.
j.         Kesatuan rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) ditubuhkan untuk mencapai matlamat Melayu Raya atau Indonesia Raya.
k.       Soekarno telah menhistiharkan kemerdekaan Indonesia sehari sebelum kekalahan Jepun.
l.         Persidangan KRIS di Kuala Lumpur dibatalkan.
m.     Kemerdekaan dalam Indonesia Raya atau Melayu Raya gagal.
n.       British kembali menguasai Tanah Melayu pada bulan September 1945.



           



2 ulasan:

  1. In this manner my acquaintance Wesley Virgin's biography launches in this SHOCKING and controversial video.

    You see, Wesley was in the military-and shortly after leaving-he revealed hidden, "mind control" tactics that the CIA and others used to get whatever they want.

    THESE are the EXACT same methods lots of famous people (notably those who "come out of nowhere") and elite business people used to become rich and famous.

    You probably know that you use less than 10% of your brain.

    That's mostly because the majority of your BRAINPOWER is UNCONSCIOUS.

    Perhaps this expression has even taken place IN YOUR own head... as it did in my good friend Wesley Virgin's head around 7 years ago, while riding an unregistered, trash bucket of a vehicle without a license and with $3.20 on his banking card.

    "I'm absolutely fed up with going through life payroll to payroll! Why can't I become successful?"

    You've been a part of those those questions, ain't it so?

    Your success story is going to be written. All you have to do is in YOURSELF.

    WATCH WESLEY SPEAK NOW

    BalasPadam
  2. Do this hack to drop 2 lbs of fat in 8 hours

    Well over 160000 men and women are losing weight with a easy and secret "liquid hack" to lose 1-2lbs each night while they sleep.

    It's painless and works all the time.

    Here are the easy steps for this hack:

    1) Go grab a clear glass and fill it up with water half glass

    2) Proceed to learn this weight losing HACK

    and be 1-2lbs lighter when you wake up!

    BalasPadam