Khamis, 17 Mac 2011

BAB: 1 - Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara

1.1:       Imperialisme Barat di Asia Tenggara.

Imperialis Barat
  1. Imperialisme bermaksud dasar meluaskan pengaruh dan wilayahnya dengan menjajah Negara lain demi kepentingan tertentu.
  2. Berlaku sejak zaman empayar Yunani dan empayar Rom.
  3. Imperialisme moden hanya bermula pada abad ke 15 Miladiah.

Kuasa Imperialis
Tanah Jajahan
Portugal
Melaka
Belanda
Indonesia (Hindia Timur Belanda0
British
Tanah Melayu, Borneo Utara, Sarawak dan Burma
Sepanyol
Filipina
Perancis
Indo China
Amerika Syarikat
Filipina

  1. Faktor-faktor imprialisme Barat di Asia Tenggara.
(i) Kedudukan yang strategic.
·         Pasaran yang luas.
·         Tanah yang subur.
·         Kekayaan bahan mentah.
(ii) Revolusi Perindutrian yang berlaku di Eropah.
·         Memerlukan bekalan yang berterusan di Negara mereka.
(iii) Sistem pengangkutan dan perhubungan.
·         Penggunaan kapal berkuasa wap
·         Pembukaan Terusan Suez di Mesir.
·         Penciptaan telegraf.
(iv) Persaingan antara kuasa-kuasa Barat.
(v) Slogan “Beban Orang Putih” dan “Tugas Menyebarkan Tamadun”.
(vi) Tanggungjawab mubaligh Kristian.

1.2:       Perubahan Sistem Politik.
            Ciri-ciri umum Sistem Birokrasi Barat di Asia Tenggara.
·         Penubuhan Kerajaan Pusat.
·         Pelantikan Gabenor Jeneral sebagai Ketua.
·         Pelaksanaan pentadbiran melalui jabatan tertentu.
·         Perlantikan pegawai Barat sebagai Ketua Jabatan.
·         Pengenalan undang-undang Barat.

Pengenalan Sistem Birokrasi Barat.

Pentadbiran di Filipina
  1. Sebelum penjajah Sepanyol, barangay diperintah oleh golongan datu.
  2. Di Selatan kepulauan Filipina terdiri daripada kerajaan-kerajaan Islam.
  3. Sepanyol memperkenalkan sistem pentadbiran berpusat iaitu: kuasa tertinggi peringkat pusat ialah Gabenor Jeneral diikuti oleh Ketua Datuk Bandar (Pentadbir Wilayah) dan Gabenor Kecil (Pentadbir Bandar).
  4. Pentadbiran peringkat tempatan dilaksanakan di bawah Sistem Encomienda yang diketuai oleh Encomiendero.
  5. Tugas Encomiendero ialah menjaga keamanan, mengutip cukai, dan mengkristiankan penduduk barangay.
Pentadbiran di Indonesia
  1. Sebelum kedatangan Belanda, Indonesia terdiri daripada kerajaan yang berasingan yang diketuai oleh raja dan dibantu golongan pembesar.
  2. Selepas menguasai Indonesia, Belanda memperkenalkan pentadbiran pusat yang diketuai oleh Gabenor Jeneral.
  3. Pentadbiran tempatan dikendalikan oleh pembesar tempatan dengan pengawasan pegawai Belanda.
  4. Penubuhan Jabatan Kerajaan, Dewan Tempatan dan Volksraad (Majlis Rakyat).
Pentadbiran di Burma
  1. Sebelum penguasaan British, pemerintah Burma di bawah Dinasti Konbaung.
  2. Raja merupakan penaung kepada sami Buddha.
  3. Kekalahan Burma dalam perang Inggeris Burma III membolehkan british menguasai seluruh Burma dan menyebabkan institusi raja tersingkir.
  4. Jawatan pembesar tradisional di peringkat pusat terhapus.
  5. Pensuruhjaya Tinggi British dilantik menjadi pemerintah tertinggi.
  6. Pengenalan Akta Kampung Ulu Bruma 1887 dan pengenalan Akta Perkampungan Bruma 1889 telah melenyapkan sistem pentadbiran tradisional.
  7. Pentadbiran daerah diambil alih oleh Myo-ok (Pegawai Bandaran).
  8. Sistem undang-undang Barat dan Majlis Perundangan diperkenalkan.
  9. Jabatan seperti jabatan perhutanan, jabatan kesihatan dan jabatan pelajaran ditubuhkan.
Pentadbiran di Indo China
  1. Sebelum penguasaan Perancis, negeri-negeri IndoChina ditadbir oleh kerajaan pusat yang berkuasa mutlak.
  2. Setiap birokrasi diketuai oleh golongan Mandarin.
  3. Struktur pentadbiran Perancia di IndoChina diketuai oleh Gabenor Jeneral. Kuasa tertinggi ialah Gabenor Jeneral, diikuti oleh Leftenan Gabenor (Pemerintah wilayah jajahan/naungan), diikuti Residen Jeneral dan Residen Wilayah.
  4. Union Indochinoise ditubuhkan pada tahun 1887.
  5. Semua rang undang-undang perlu mendapat kelulusan daripada Parlimen Perancis.
  6. Pentadbiran kerajaan tempatan tidak dicampuri oleh kerajaan pusat tetapi perlu membayar cukai dan menyediakan kerahan tenaga.
Pentadbiran Tanah Melayu
  1. Kesultanan Melayu Melaka mengamalkan Sistem Pembesar Empat Lipatan.
  2. Melaka, Pulau Pinang dan Singapura digabungkan menjadi Negeri-Negeri Selat.
  3. Sistem Residen bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
  4. Sistem Penasihat British bagi Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu.
  5. Sistem kehakiman dan sistem kutipan cukai diperkenalkan.
Pentadbiran di Thailand
  1. Birokrasi Barat diperkenalkan oleh Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn.
  2. Penasihat Barat dilantik untuk mengetuai pelbagai jabatan.
  3. Raja Chulalongkorn memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah. Majlis Mesyuarat Tertinggi dan Kabinet Menteri.
  4. Sistem raja berpelembagaan diperkenalkan pada tahun 1932.
  5. Pemodenan mengekalkan kemerdekaan.
1.3        Nasionalisme di Asia Tenggara
Nasionalisme bermaksud perasaan cinta akan bangsa dan Negara yang membawa kepada gerakan membebaskan tanah air daripada cengkaman politik, ekonomi dan kebudayaan asing. Factor-faktor yang menyebabkan kemunculan semangat nasionalisme di Asia Tenggara ialah;
  • Dasar penjajahan Barat.
  • Pengaruh agama seperti kemunculan Gerakan Islah di Indonesia.
  • Karya kesusasteraan sepert Noli Me Tangere karya Jose Rizal.
  • Sistem pendidikan amalan pilih kasih dalam menyediakan kemudahan pendidikan.
  • Kemunculan golongan intelektual.
  • Pengaruh media massa seperti akhbar dan majalah.
  • Perkembangan sistem pengakutan dan perhubungan.
  • Pengaru luar seperti Jepun menewaskan China serta perjuangan Mahatma Gandhi.
            Perkembangan Nasionalisme terbahagi kepada dua tahap iaitu;
·         Tahap Pertama
a.       Bersifat setempat.
b.       Tidak berorganisasi.
c.       Isu-isu kebudayaan, agama dan hak peribumi menjadi factor pencetus.
d.       Dipimpin oleh golongan pertengahan yang berpendidikan Barat dan Asia Barat.
e.       Menekankan kesedaran politik.
f.        Menuntut hak dikembalikan dan taraf hidup dibaiki.
g.       Tidak meminta kemerdekaan dengan segera.
·         Tahap Kedua
a.       Bertindak dengan lebih radikal.
b.       Berorganisasi dan pemimpin yang baik.
c.       Dipimpin oleh golongan yang berpendidikan Barat.
d.       Menyedari perubahan yang diperkenalkan oleh penjajah dan kesannya.
e.       Mengamalkan tindakan politik.
f.        Menuntut kemerdekaan.
g.       Ingin membentuk kerajaan sendiri.

Perkembangan Nasionalisme di Filipina
  1. Gerakan dakyah di bawah pimpinan Jose Rizal.
  2. Menuntut Filipina dijadikan wilayah Sepanyol.
  3. Jose Rizal yang menubuhkan Liga Filipina, kemudian dikenakan hukuman bunuh.
  4. Kegagalan gerakan dakyah mencetuskan gerakan nasionalisme yang radikal.
  5. Katipunan ditubuhkan oleh Andres Bonifacio.
  6. Kalayan merupakan akhbar rasmi pertubuhan Katipunan.
  7. Revolusi bersenjata dilancarkan pada tahun 1896 tetapi gagal.
  8. Andres Bonifacio dihukum mati oleh Emilio Agunaldo pada tahun 1897.
  9. Agunaldo berkerjasama dengan Amerika Syarikat dan Berjaya mengusir Sepanyol pada tahun 1898.
  10. Penyikiran Sepanyol memulakan penguasaan Amerika Syarikat terhadap Filipina.
  11. Kemerdekaan Filipina diistiharkan pada tahun 1889 tetapi tidak disahkan oleh Amerika Syarikat.
  12. Kerajaan Amerika membenarkan penubuhan parti-parti politik sederhana.
  13. Sergio Osmena mengetuai Dewan Perhimpunan pada tahun 1907.
  14. Nasionalisme Filipina menuntut kemerdekaan melalui perlembagaan (pada tahun 1930)
Perkembangan Nasionalisme di Indonesia
  1. Tahap pertama mementingkan isu-isu pendidikan.
  2. Perjuangan Raden Adjen Kartini member inspirasi.
  3. Muhammadiyah ingin menyebarkan Islam yang sebenar.
  4. Tahap kedua memperlihatkan perjuangan parti-parti radikal seperti Sarekat Islam, Parti Komunis Indonesia dan Parti Nasional Indonesia.
Perkembangan Nasionalisme di IndoChina
  1. Dipelopori oleh golongan bangsawan dan golongan Mandarin yang memperjuangkan pemulihan sistem pemerintahan beraja.
  2. Golongan menengah berpendidikan Barat memperjuangkan pendidikan barat di kalangan rakyat.
  3. Phan Boi Hoi menubuhkan Viet Nam Quang Phu Hoi.
  4. Gerakan radikal diperjuangkan oleh Viet Nam Quoc Dang Dang dan Parti Komunis Vietnam.
  5. Perancis menangkap pemimpin Viet Nam Quoc Dang Dang.
  6. Gerakan nasionalisme kembali bercorak sederhana dan dipimpin oleh Maharaja Bao Dai.
Perkembangan Nasionalisme di Burma
  1. Sami-sami Buddha menubuhkan Persatuan Belia Buddha pada tahun 1906.
  2. Isu Kasut telah membangkitkan semangat nasionalisme.
  3. Persatuan Belia Buddha dipimpin oleh U Ba Pe pada tahun 1916.
  4. Persatuan Belia Buddha menubuhkan Majlis Persatuan Am Kesatuan-Kesatuan Burma yang radikal pada tahun 1920.
  5. Laporan Montagu-Chelsford telah menyatakan Burma belum bersedia memerintah sendiri.
  6. Revolusi Pelajar menuntut penubuhan sebuah university (tahun 1920).
  7. Golongan sami Buddha mencetuskan Pemberontakan Saya San.
  8. Munculnya Liga Antipemisahan.
  9. Pengenalan Perlembagaan Burma 1935.
  10. Golongan Thakin menubuhkan Parti Dobama Asiayone pada tahun 1935.
  11. Parti menuntut kemerdekaan Burma.
  12. Dr. Ba Maw menjadi Perdana Menteri yang pertama.
Perkembangan Nasionalisme di Thailand
  1. Tahap pertama rakyat menentang penguasaan politik oleh kerabat diraja.
  2. Kelemahan sistem pentadbiran Raja Vajiravudh menyebabkan rakyat tidak puas hati.
  3. Parti Rakyat telah ditubuhkan oleh Nai Pridi Panomyong dan Field Marshall Phibul Songram serfta melancarkan Revolusi Thai pada tahun 1932.
  4. Revolusi Thai menamatkan sistem raja berkuasa mutlak.
  5. Tahap kedua rakyat tidak puas hati terhadap cengkaman ekonomi oleh kapitalis Barat dan orang Cina.
  6. Undng-undang menyekat kebebasan dan penguasaan ekonomi oleh orang Cina diluluskan.
  7. Sekolah Cina dan akhbar Cina dibubarkan.
  8. Penduduk peribumi digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi.
  9. Bertukar nama Siam kepada Thailand yang bermaksud tanah bebas.
  10. Semasa Perang Dunia Kedua, hasil kerjasama denga Jepun, Thailand mendapat wilayah di IndoChina dan Tanah Melayu semula.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan