6.1 Cadangan ke Arah Pembentukan Malaysia
1. Lord Brassey (Pengarah Syarikat Borneo Utara) mencadangkan penggabungan Sabah dan Sarawak dengan Negeri-Negeri Melayu dan Negeri-Negeri Selat pada tahun 1887.
2. Sir Malcolm MacDonald (1948) mencadangkan Sabah, Sarawak, Brunei, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu digabungkan.
3. Dato` Onn Ja`afar (1956) mencadangkan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka dinamakan Malaysia.
4. Lim Yew Hock dan David Marshall mencadangkan penubuhan Malaysia pada tahun 1955.
5. Lee Kuan Yew mendesak British berunding dengan Tunku Abdul Rahman untuk menggabungkan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu sahaja.
6. Tunku Abdul Rahman mengumumkan cadangan gagasan Malaysia pada 27 Mei 1961.
6.2 Faktor-Faktor Pembentukan Malaysia
1. Politik.
i. Perkembangan Barisan Sosialis yang berhaluan kiri di Singapura.
ii. Penyertaan Singapura, Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia menjadi benteng kukuh bagi membanteras ancaman komunis.
iii. Mempercepatkan proses kemerdekaan Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei.
iv. Proses dekolonisasi British terhadap negara-negara kecil yang belum membangun.
v. Idea penubuhan Malaysia selaras dengan hasrat dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1960 yang mendesak supaya tanah jajahan diberikan kemerdekaan.
2. Ekonomi.
i. Menggalakkan pelaburan dan perkembangan industri pertanian.
ii. Kerjasama ekonomi memanfaatkan keistimewaan dan sumber-sumber di negeri-negeri anggota.
3. Sosial.
i. Mengimbangi jumlah dan kadar pertumbuhan kaum dalam kalangan negeri-negeri anggota.
ii. Memajukan neger-negeri yang belum membangun seperti Sabah dan Sarawak.
iii. Memperlihatkan semangat setia kawan antara Persekutuan Tanah Melayu dengan Sabah, Sarawak dan Singapura.
6.3 Reaksi Terhadap Pembentukan Malaysia
Reaksi Dalam Negeri
1. Persekutuan Tanah Melayu.
i. Semua parti politik menyokong penubuhan Malaysia.
ii. Parti Islam Se-Tanah Melayu dan Barisan Sosialis mahukan idea ini dirunding terlebih dahulu dalam kalangan penduduk Persekutuan Tanah Melayu.
iii. UMNO menyetujui penggabungan dengan Sarawak, Sabah dan Brunei tanpa Singapura.
2. Sarawak.
i. Peringkat awal Sarawak menolak pembentukan Malaysia.
ii. Kesemua parti politik di Sarawak akhirnya menyokong Sarawak menyertai Malaysia kecuali SUPP.
iii. PANAS, SNAP, BERJASA, SCA dan PESAKA telah bergabung untuk membentuk Parti Perikatan Sarawak. Gabungan parti ini telah berjuang kea rah menyokong Sarawak menyertai Malaysia.
3. Sabah.
i. Pada bulan September 1961, kelima-lima parti politik iaitu UNKO, USNO, Parti Pasok Momugun, Parti Bersatu dan Parti Demokratik telah bersatu membentuk Parti Perikatan Sabah.
ii. Kesemua parti di Sabah menyokong penyertaan Sabah ke dalam Malaysia.
iii. Reaksi parti-parti politik Sarawak dan Sabah terhadap isu pembentukan Malaysia.
Parti Politik | Isu |
SUPP | Bimbang Sarawak dan Sabah akan dikuasai oleh Persekutuan Tanah Melayu. |
PESAKA, SNAP dan UNKO | Orang bukan Melayu dan kaum peribumi bimbang akan kehilangan identity dan dikuasai oleh orang Melayu. Bimbang/risau sumber ekonomi Sarawak dan Sabah akan dikuasai oleh Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. |
Semua parti politik di Sarawak dan Sabah kecuali BERJASA | Inginkan kemerdekaan terlebih dahulu. |
PANAS, BERJASA dan USNO | Kemajuan ekonomi dan social dibangkitkan. |
Reaksi Negara Luar
Singapura
1. PAP pimpinan Lee Kuan Yew menyokong penubuhan Malaysia kerana bimbang akan parti berhaluan kiri dan ingin mempertahankan kedudukannya.
2. Barisan Sosialis menuduh penubuhan Malaysia sebagai penjajahan bentuk baharu.
3. Parti Buruh dan Parti Rakyat Bersatu menginginkan pandangan rakyat Singapura dan satu referendum diadakan pada tahun 1962.
4. Keputusan referendum menunjukkan bahawa rakyat Singapura memilih penggabungan seperti yang telah dipersetujui pada bulan November 1961.
Brunei
1. Sultan Brunei, Sultan Omar Ali Saifuddin pada peringkat awalnya menyokong gagasan Malaysia.
2. Parti Rakyat Brunei di bawah pimpinan A. M. Azahari menganggap Malaysia sebagai neokolonialisme dan melancarkan pemberontakan di bawah pasukan Tentera Nasional Kalimantan Utara (TNKU).
3. Pemberontakan telah dilancarkan apabila Majlis Mesyuarat Undangan Negeri Brunei dan Sultan Brunei menangguhkan keputusan tentang gagasan Malaysia.
Filipina
1. Presiden Macapagal membuat pengumuman rasmi menuntut Sabah sebagai haknya.
2. Kerajaan Filipina mendakwa Sabah adalah sebahagian daripada milik Kesultanan Sulu.
3. Tuntutan dibuat berdasarkan perjanjian yang telah ditandatangani pada 22 Januari 1878 antara Sultan Jamalul Alam dengan Baron Von Overbeck.
4. Baron Von Overbeck telah menjualkan haknya kepada Alfred Dent yang telah menubuhkan syarikat perdagangan dan berjaya memperoleh Piagam Diraja daripada kerajaan British.
5. Syarikat tersebut dikenali sebagai Syarikat British Utara Borneo (SBUB) pada tahun 1881 dan memerintah Sabah sehingga kedatangan Jepun.
6. Pada tahun 1946, SBUB telah menyerahkan pemerintahan Sabah kepada kerajaan British.
7. Waris Sultan Sulu yang terakhir, Sultan Esmail Kiram mengistiharkan pajakan tersebut tamat pada 22 Januari 1958.
8. Filipina mengiktiraf penubuhan Malaysia pada bulan Jun 1966 menerusi usaha-usaha membaiki hubungan antara kedua-duanya melalui MAPHILINDO.
Indonesia
1. Penubuhan Malaysia dianggap sebagai neokolonialisme.
2. Mengistiharkan Dasar Konfrontasi terhadap Persekutuan Tanah Melayu.
3. Konsep Ganyang Malaysia diumumkan pada 20 Januari 1963.
4. Tindakan yang diambil oleh Indonesia;
a) Serangan terhadap kapal-kapal nelayan Tanah Melayu.
b) Pencerobohan udara.
c) Melancarkan serangan terhadap Malaysia melalui Johor, Sarawak dan Sabah.
d) Memburuk-burukkan nama Malaysia di negara Afro Asia dan negara Dunia Ketiga.
5. Tindak balas Malaysia;
a) Meminta bantuan tentera negara Komanwel dari Britain, Australia, New Zealand dan Kanada.
b) Mengadakan perjanjian pertahanan dengan Britain.
c) Tunku Abdul Rahman menghantar bantahan rasmi kepada Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu.
d) Tun Abdul Razak telah mengadakan lawatan ke beberapa negara Afrika bagi menjelaskan masalah hubungan diplomatic antara Indonesia dengan Malaysia.
6.4 Langkah-Langkah Pembentukan Malaysia
1. Cadangan Penubuhan Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman (27 Mei 1961) |
1. Tunku Abdul Rahman mengadakan lawatan ke Sabah, Sarawak dan Brunei untuk menerangkan konsep, tujuan dan matlamat penubuhan Malaysia. 2. Rundingan antara pegawai Persekutuan Tanah Melayu dengan British dari Sabah, Sarawak dan Singapura. |
2. Penubuhan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Kaum (JPPK) |
1. Ditubuhkan di Singapura pada bulan Julai 1961 dan dipengerusikan oleh Donald Stephens. 2. Peranan Jawatankuasa ini ialah; i). Menerangkan kepada orang ramai tentang gagasan Malaysia. ii). Mengumpulkan pandangan penduduk. iii). Menggalakkan kegiatan kea rah kewujudan Malaysia. |
3. Penubuhan Suruhanjaya Cobbold (16 Januari 1962) |
1. Dianggotai oleh tiga orang pegawai British iaitu Lord Cobbold (Pengerusi), Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston. 2. Rakyat tempatan yang menyertai suruhanjaya ini ialah Dato’ Wong Pow Nee dan Tan Sri Ghazali Shafie. 3. Meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak tentang gagasan Malaysia serta membuat penilaian dan mengemukakan cadangan kepada British. 4. Hasil laporan Suruhanjaya Cobbold ialah; i) Satu pertiga menyokong gagasan tanpa syarat. ii) Satu pertiga menyokong dengan syarat iaitu kepentingan mereka harus dilindungi. iii) Satu pertiga lagi menginginkan kemerdekaan sebelum menyertai Malaysia. 5. Suruhanjaya Cobbold mengemukakan beberapa cadangan iaitu; i) Perlembagaan Malaysia yang baharu berasaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. ii) Sarawak dan Sabah diberikan kuasa menentukan dasar imigresennya. iii) Jaminan terhadap hak dan kedudukan bumiputera Sabah dan Sarawak. iv) Pemberian nama Malaysia kepada negara yang baharu dibentuk. v) Penentuan tarikh penubuhan Malaysia. vi) Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan. |
4. Penubuhan Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) |
1. Ditubuhkan pada bulan Ogos 1962 dan dianggotai oleh wakil-wakil dari Persekutuan Tanah Melayu, Britain, Sarawak dan Sabah. 2. Dipengerusikan oleh Lord Landsdowne dan dibantu oleh Timbalan Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tun Abdul Razak. 3. Kedua-duanya mengungi Sarawak dan Sabah bagi menerangkan penubuhan Malaysia. 4. Bermesyuarat sebanyak 24 kali bagi mewajarkan kemasukan Sarawak dan Sabah ke dalam gagasan Malaysia. 5. Membincangkan hak dan kepentingan penduduk Sarawak dan Sabah. |
5. Perwakilan Malaysia ke PBB (16 Ogos – 5 September 1963) |
1. Dibentuk oleh Setiausaha Agung PBB iaitu U Thant. 2. Lawrence Michaelmore dari Amerika Syarikat bersama-sama tujuh orang wakil dari Chezchoslovakia, Argentina, Brazil, Ceylon, Pakistan, Jepun dan Republik Arab Bersatu, meninjau sekali lagi pendapat rakyat Sarawak dan Sabah. 3. Mendapati majoriti rakyat Sarawak dan Sabah bersetuju menyertai Persekutuan Malaysia. 4. Tarikh pembentukan Malaysia terpaksa ditunda pada 16 September 1963. |
6.5 Perjanjian Malaysia
1. Pada 9 Julai 1963, perjanjian Malaysia telah ditandatangani di Malborough House, London.
2. Ratu Elizabeth II telah memperkenankan Akta Malaysia yang diluluskan oleh Parlimen British.
3. Pada 26 Ogos 1963, Yang Di Pertuan Agong memperkenankan Akta Malaysia.
4. Pada 16 September 1963, negara Malaysia ditubuhkan secara rasminya yang merangkumi Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah.
5. Akta Malaysia telah memperuntukkan:
a) Tanggungjawab Kerajaan Persekutuan dalam hal ehwal luar.
b) Agama Islam sebagai agama Persekutuan, kecuali Sabah dan Sarawak.
c) Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
d) Hak Sabah dan Sarawak dalam hal ehwal imigresen, perkhidmatan awam dan bilangan kerusi dalam perwakilan Parlimen.
e) Keistimewaan bumiputera di Sarawak dan Sabah sama dengan orang Melayu di Persekutuan Tanah Melayu.