Isnin, 14 Februari 2011

Tamadun Awal di Asia Tenggara

Bab 3 Tamadun Awal di Asia Tenggara

Asia Tenggara boleh dibahagikan kepada dua lokasi utama iaitu Tanah Besar Asia Tenggara yang meliputi Funan, Chenla, Angkor, Sukhotai dan Ayuthia. Kepulauan Asia Tenggara yang meliputi Kedah Tua, Gangga Negara dan Langkasuka (Tanah Melayu), Srivijaya, Majapahit, Singahsari dan Mataram (Indonesia). Bukti kewujudan tamadun awal Asia Tenggara ialah melalui catatan China dan bukti arkeologi. Bukti yang menunjukkan wujudnya hubungan luar dan perdagangan maritime di Asia Tenggara ialah; Penemuan Gendang Gangsa Dongson di Batu Buruk, Besut, Sungai Tembeling, Sg. Kelang, Thai, Indonesia dan Myanmar. Jumpaan artifak manik di Kuala Selising, Kota Tinggi, Muar, Pantai Barat dan Selatan Thai yang sama dengan manik yang terdapat di Rom. Zaman kemunculan kerajaan awal ini telah ada kemahiran ciptaan kapal layar dan perahu. Penemuan manik-manik dan tembikar.

Antara faktor-faktor kemunculan Kerajaan awal Asia Tenggara ialah;
·         Kedudukan lokasi yang strategi.
·         Mempunyai hubungan diplomatik, perdagangan dan keagamaan.
·         Mempunyai kawasan yang subur untuk pertanian.
·         Mempunyai pelabuhan entreport.
·         Mempunyai sumber bahan mentah.
·         Jaminan keselamatan oleh pemerintah.

Bentuk-Bentuk Kerajaan Awal; terdapat dua bentuk kerajaan awal di Asia Tenggara iatu kerajaan agrarian dan kerajaan maritim. Perbandingan antara kedua kerajaan tersebut adalah seperti berikut;

Kerajaan Agraria; Ialah kerajaan yang kegiatan ekonominya berasaskan pertanian, penternakan, memungut hasil hutan dan sungai. Terletak di lembah-lembah sungai atau dataran yang subur. Mempunyai sistem pengairan yang baik. faktor-faktor kemajuan ialah; Kawasan yang subur contohnya Menam Chao Phraya. Mempunyai sistem pengairan contohnya Tasik Tonle Sap. Peranan pemerintah. Iklim yang sesuai, lembab dan panas. Mempunyai sumber bekalan air untuk keperluan. Mempunyai sumber protein yang mencukupi dan sistem pengangkutan air melalui sungai dan tasik. Kepentingan Tasik Tonle Sap: membekalkan sumber air, mengawal limpahan air sungai Mekong dan mewujudkan dataran yang subur, membekalkan sumber protein dan membekalkan air ke kawasan pertanian.

Kerajaan Maritim; ialah kerajaan yang kegiatan ekonominya berdasarkan perdagangan dan kelautan. Lokasinya di lembah-lembah sungai, pulau dan pesisir pantai. Penduduknya orang tempatan, orang laut dan pedagang. Berfungsi sebagai pelabuhan pembekal, kerajaan dan entreport. Pelabuhannya menyediakan barangan dan kemudahan. Penduduknya berkemahiran dalam membuat perahu dan kapal. Peranan pelabuhan; menyediakan pelbagai kemudahan, tempat memasarkan barang dagangan dan tempat mendapatkan bekalan harian. Srivijaya sebuah kerajaan maritim yang mempunyai angkatan laut yang besar dan kuat. Membekalkan barangan dari kawasan pendalaman dan jajahan takluk. Menyediakan pelbagai kemudahan perdagangan, mempunyai kemahiran membuat kapal besar. Pemerintahnya mengamalkan dasar perluasan kuasa dan terletak di laluan perdagangan antara India dan China.

Pengaruh Agama Hindu dan Buddha dalam Kerajaan Awal.

Pendapat tentang kedatangan pengaruh Hindu ke Asia Tengara ialah; dibawa oleh golongan ksyatria atau tentera, dibawa oleh golongan pedagang atau Vaisya, dibawa oleh golongan Brahmin atau pendeta dan melalui pengambilan budaya India.Bukti-bukti kemasukan pengaruh dari India ialah; melalui peninggalan arkeologi, melalui catatan I Tsing dan terdapat unsur campuran antara Hindu Buddha dalamm kebudayaan tempatan.

Pengaruh Hindu Buddha dalam Sistem Pemerintahan; gelaran raja digunakan apabila pentadbiran kerajaan awal dipengaruhi sistem beraja India, raja berkuasa mutlak dengan menguasai segala aspek pentadbiran. Adat istiadat diwujudkan untuk mengukuhkan kedaulatann raja. Setiap raja cuba menunjukkan kekuasaan masing-masing untuk menjadi raja terulung. Perintah raja sebagai undang-undang telah meletakkan raja tidak boleh diderhakai.

Pengaruh India (Hindu-Biddha) dalam pentadbiran Srivijaya; pemerintahannya berbentuk konsep raja yang mengamalkan ajaran agama Buddha Mahayana. Perlantikan Datu melalui upacara angkat sumpah diketuai oleh Brahmin yang diadakan di Telaga Batu di Palembang. Datu atau pembesar akan minum air yang dialirkan pada batu bersurat itu yang bertujuan untuk menetapkan taat setia kepada raja.

 Di bawah raja terdapat dua pentadbiran iaitu; Pentadbiran pusat diketuai empat orang anak raja iaitu Yuvaraja, Pratiyuvaraja, Raja Kumara dan Raja Putra. Pentadbiran daerah diketuai oleh Datu. Di bawah pentadbiran pusat terdapat Parvanda atau Senopatin yang merupakan ketua pentadbiran pusat. Lapisan pentadbiran paling bawah dikenali Hamba Raja.

Pengaruh Hindu Buddha dalam Kesenian dan Kesusasteraan ialah monument iaitu binaan yang dibuat daripada batu yang bertujuan untuk mengingati oraqng ternama atau peristiwa penting. Chandi dalam ajaran Buddha mempunyai peranan yang tersendiri iaitu;
Monumen keagamaan Hindu dan Buddha, Sebagai rumah Ibadat, Sebagai tempat menyimpan abu jenazah raja dan keluarga. Sebagai tempat simpanan patung dewa utama bagi sesebuah kerajaan. Lambing kehebatan pemerintah dan melambangkan order kosmos seperti Angkor Wat dan Borobudur.

Candi Angkor Wat: Terletak di Utara Siam Reap, mempunyai ketinggian 213m dan keluasan 208 hektar. Mempunyai tempat pemujaan di bahagian tengah, empat tingkat berteres. Tembok luarnya dibina daripada batuan laterit dan batu pasir. Dindingnya mempunyai ukiran patung Ramayana dan Mahabrata.

Candi Borobudur: Terletak di Jawa Tengah. Mewakili agama Buddha Mahayana. Pembinaannya selama 75 tahun. Ada tiga tingkat yang dikaitkan dengan ajaran 8 Jalan Kebenaran. Tingkat pertama tentang kehidupan Gautama Buddha. Tiga tahap kehidupan iaitu sila (moral), Samadhi (penumpuan) dan panna (kebijaksanaan),

Candi Lembah Bujang: Terletak di Kedah. Keluasannya 400 km pesergi. Berasal dari perkataan Bhujangga bermaksud ular atau kobra. Terbahagi kepada dua bahagian iaitu vimana dan mandapa. Candi agama Budhha dibina mengikut bentuk cruciform.

Terdapat juga patung Hindu Budhha yang dihasilkan iaitu Avalokitesvara dan Patung Dewa Vishnu, Siva, Brahma, Durga, dan Lingga ialah patung agama Hindu. Patung Drawapala dan patung Nandiswara berfungsi menjaga candi daripada dimasuki roh jahat.

Hasil Kesusteraan yang Dipengaruhi Agama Hindu: Terdapat inskripsi yang ditulis menggunakan bahasa Melayu Kuno seperti Inskripsi di Palembang. Kedatangan bahasa Sanskrit telah meningkatkan pencapaian intelek masyarakat. Bahasa ini dijumpai tertulis pada beberapa batu bersurat yang dijumpai iaitu; Batu Bersurat Kutei dan Batu Bersurat Sungai Mas (Kedah Tua). Hasil kesusasteraan campuran Hindu dan unsur tempatan seperti Hikayat Pandawa Lima, Hikayat Pandawa Jaya dan Hikayat Sang Samba. Puisi dan prosa yang dipengaruhi agama Hindu banyak terdapat di Jawa seperti Negarakartagama, Sutasoma, Arjunwiwaha dan Kunjarkarna.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan