Isnin, 14 Februari 2011

Peningkatan Tamadun

Bab 2: Peningkatan Tamadun

Peningkatan tamadun – kemampuan manusia menggunakan pemikiran mengawal dan menggunakan persekitaran untuk membentuk kehidupan yang lebih maju. Tamadun awal yang utama di dunia ialah tamadun Yunani, tamadun Rom, tamadun India dan Tamadun China.

Aspek-Aspek Peningkatan Tamadun:
·         Pemerintahan dan Pentadbiran;
1.       Tamadun Yunani: Sistem beraja – sebagai ketua hakim, agama dan tentera. Sistem oligarki – konsul yang berkuasa. Sistem aristokrasi – golongan bangsawan yang berpengaruh. sistem diktator/tirani – pemerintahan oleh konsul dan Sistem demokrasi – pemerintahan oleh aristokrat yang disokong rakyat.
2.       Tamadun Rom – Sistem raja berkuasa mutlak. Sistem republik – kuasa tertinggi pada dua konsul yang dilantik oleh Dewan Senat. Peranan Dewan Senat membantu konsul memerintah, diwakili golongan bangsawan, tempat merangka perundangan. Peranan Dewan perhimpunan, lebih rendah dari Dewan Senat, rakyat sebagai ahli dan meluluskan keputusan yang dibuat oleh Dewan Senat.
3.       Tamadun China: Sistem berpusat – konsep raja di tukar kepada Maharaja. Wujud pentadbiran birokrasi, wujud pengawal kerajaan dan kedudukan raja – menguasai semua wilayah, gelaran maharaja dan membentuk system birokrasi.
4.       Tamadun Indus: Pentadbiran awal, kerajaan kecil dan kerajaan besar. Pentadbiran melibatkan raja, Brahmin dan ksytria. Pemerintah terbilang zaman Chandra Gupta Maurya dan zaman asoka.
·         Perundangan;
1.       Tamadun China, wujud undang-undang tegas dan mampu mengawal tindakan manusia. Pelaksanaannya tiada belas kasihan, undang-undang dan pelaksanaan perlu dipelihara. Rsjs mesti mempunysi kuasa yang kuat dan ajaran Confucius dengan raja berbudi pekerti dan menjaga kehamonian masyarakat.
2.       Tamadun Yunani, dewan perhimpunan menggubal undang-undang. Menurut Plato, Negara harus diperintah oleh ahli9 falsafah kerana mereka cekap, terbaik dan berupaya.
3.       Tamadun Yunani, Kod undang-undang Rom/Justinian. Mempunyai tiga cabang undang iaitu, undang-undang sivil, undang-undang rakyat dan undang-undang natural. Hokum kanun 12 di pahat pada kayu untuk ttapan rakyat.

·         Ekonomi;
1.       Tamadun Yunani mengutamakan perdagangan kecuali Sparta kerana keadaan geografi bergunung ganang. Berkedudukan sebagai pusat pengumpulan kedudukan berhampiran dengan laut dan persisir pantai.
2.       Tamadun Indus, mengutamakan perdagangan. Mewujudkan persatuan perdagangan, stresthin, mengawal harga, mengenali barangan, membayar gaji pekerja. Mengenakan cukai dan penggunaan mata wang.
3.       Tamadun Hwang Ho; mengutamakan pertanian, perdagangan dan perusahaan. Penciptaan kereta kuda, penyisir tanah, kereta sorong beroda dan tenggala. Pembinaan system pengairan, jalan raya, jambatan dan sistem kawalan banjir.

·         Perluasan Kuasa;
1.       Tamadun Indus: Pemerintahan pusat yang kuat. Memiliki pasukan tentera yang besar. Memiliki unit perisik, menyatukan kerajaan-kerajaan yang kecil dan membahagikan wilayah.
2.       Tamadun China: Menyatukan kerajaan yang kecil, memerintah secara autokratik. Melantik panglima dan gabenor. Membina Tembok Besar China. Pemerintah yang agung ialah Shih Huang Ti dan Han Wu Ti.
3.       Tamadun Yunani: Zaman Alexender The Greek, meluaskan jajahan takluk, menguasai kawasan Lautan Mediterranean. Menyebarkan kebudayaan Hellenistik dan kemunculan Bandar besar.
4.       Tamadun Rom: Berlaku semasa zaman Augustus Caesar. Mewujudkan empayar yang luas.

·         Sistem Sosial;
1.       Tamadun Rom: Pendidikan dengan aplikasi ilmu yang praktikal, melahirkan jurutera dan ahli falsafah. Falsafah dari Yunani. Sains dan teknologi – pengaruh Yunani. Seni bina - aqueduet, Colleseum. Kesusasteraan – tingkatkan semangat patriotism. Sistem sosial, warganegara Rom, bukan warganegara dan hamba.
2.       Tamadun Yunani: Menggunakan bahasa Yunani. Tokoh sastera terkenal ialah Homer (Illiad dan Odyssey) Hesiod (Puisi Theology). Seni bina – acropolis dan Parthenon. Sains dan teknologi – Ptolemy, Archimedes dan Pythagoras. Pendidikan – muzik, sastera, membaca dan menghafal. Pendidikan di Sparta untuk lahirkan warganegara yang sempurna, gagah dan setia. Ahli falsafah terkenal ialah Socrates, Herodotus, Aristotle dan Plato.
3.       Tamadun China: Tiga tahap pendidikan iaitu Hsiu Tai (tahap pertama), Chun Jen (tahap kedua), Chin Shih (tahap ketiga). Falsafah yang wujud ialah ajaran Mo Tsu, ajaran Confucianisme, ajaran Legalisme dan ajaran Taoisme. Konsep keseimbangan dua kuasa iaiyu Ying dan Yang. Seni bina – Tembok Besar China, kuil. Bahasa – 7 dialek; mandarin, wu, hakka, hunanis, kuangsi, kantonis dan Fukien. Sistem sosial ada tiga iaitu; golongan atasan, rakyat bawahan dan hamba.
4.       Tamadun Indus: Pendidikan – utamakan keagamaan dan ajaran Hindu, hanya untuk kaum lelaki, kitab veda dan bahasa Sanskrit. Sistem social; sistem kasta – Brahmin, Ksyatria, Vaisya dan sundra. Bahasa Sanskrit – penulisan dan kesusasteraan. Falsafah – berdasarkan kitab veda dan bukan aliran veda. Seni bina – berunsurkan keagamaan.

Sumbangan Tamadun
Mewujudkan sistem pemeritahan domokrasi dan republik. Munculnya agama dan kepercayaan seperti agama Hindu, Buddha, Confucianisme dan Taoisme. Teknologi pembinaan dipertingkat seperti pembinaan aqueduct, pantheon, colloseum, stupa, tembok besar dan pagoda. Hasil kesusasteraan yang pelbagai seperti Illiad, Odyssey, Mahabhrata dan Ramayana. Bahasa latin dan bahasa Sanskrit menjadi bahasa penting. Kemunculan bidang pendidikan dan falsafah dan menjadi asas falsafah moden.

Kemunculan Agama dan Ajaran-Ajaran Utama Dunia
·         Agama Hindu; Antara ajaran Hindu ialah, Tuhan sebagai tiga fungsi iaitu mencipta (Brahman), Memelihara (Vishnu) dan Memusnah (Siva). Hukum Karma iaitu hokum yang berkaitan dengan kelakuan manusia semasa hidup dan kelahiran semula selepas mati. Tujuan hidup ialah untuk sampai kepada moksya atau kebebasan mutlak.
·         Agama Buddha: Diasaskan oleh Siddharta Gautama Buddha. Gautama Buddha mula mencari kebenaran sejak berumur 39 tahun. Kebenaran telah dijumpai dalam pertapaan di bawah pokok Bodhi di sebuah kampong iaitu Uruveda. Ajaran Buddha meliputi Empat Kebenaran Mulia iaitu: Dukka, Samudaya, Nirodha dan Marga. Jalan Lapan Lapis Mulia ialah; Kepercayaan yang baik, Tujuan yang betul, Pertuturan yang baik, Perbuatan yang baik, Hidup yang baik, Usaha yang baik, Fikiran yang baik dan Renungan yang baik.
·         Agama Kristian: Agama ini diasaskan oleh Jesus Christ dari Jurusalem yang dilahirkan pada 25 Disember. Ajarannya terkandung dalam 2 kitab Bibble yang dikenali sebagai Old Tastement dan New Tastement. Peringkat awal penyebarannya di Eropah mendapat tentangan daripada pemerintah Rom dan masyarakatnya yang dikenali sebagai Pagan. Akhirnya agama ini diterima sehingga majority penduduk Eropah menerimanya. Antara ajaran agama Kristian ialah: hari Ahad ialah hari aktiviti agama. Mereka yang terlibat dengan  kegiatan agama akan dikecualikan daripada kerja berat.
·         Agama Islam: Diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW pada 6 ogos 610 Masihi bersamaan 17 Ramadhan melalui malaikat Jibril di Gua Hira’. Islam telah disebarkan selama 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah. Terdapat dua teras dalam Islam iaitu Akidah (keyakinan, keesaan Allah) dan Syariah (undang-undang yang terdapat dalam Quran dan Hadis) Rukun Iman ialah; Beriman kepada Allah, Beriman kepada Rasul, Beriman kepada Malaikat, Beriman kepada Kitab, Beriman kepada Hari Qiamat dan Beriman kepada Qadak dan Qadar. Rukun Islam ialah; Mengucap dua kalimah syahadah, Sembahyang lima waktu sehari semalam, Berpuasa di bulan Ramadhan, Mengeluarkan zakat dan Menunaikan Haji.
·         Confucianisma: Ajaran asal berbentuk falsafah tetapi kemudiannya bertukar kepada bentuk agama. Tumpuan ajarannya kepada konsep Tao yang bermaksud jalan. Maksudnya semua tindakan manusia akan ditentukan oleh Tao. Oleh itu manusia tidak perlu mengambil apa2 tindakan atau Mu Wei. Jika manusia bertindak akan ada  pertentangan Wu Wei dan akan merosakkan dunia.
·         Taoisma: Diasaskan oleh Lao Tze yang lahir di negeri Chu pada tahun 604 Masihi. Beliau telah hasilkan buku bertajuk Tao Te  Ching tentang idea Taoisma. Ajarannya menekankan prinsip moral yang tinggi. Antaranya ialah; Ren – perikemanusiaan, Li kesusilaan dan Xiau – taat kepada ibu bapa. Untuk mencapai tahap tersebut, seseorang irtu haruslah mendapat pendidikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan