Isnin, 14 Februari 2011

Kemunculan Tamadun Awal Manusia

Bab 1:Kemunculan Tamadun Awal Manusia

1. Zaman prasejarah ialah zaman manusia belum mengenali system tulisan.
2. Pengetahuan tentang zaman prasejarah dan budayanya diketahui melalui bukti arkeologi.
3. Zaman prasejarah terbahagi kepada empat tahap iaitu;
·         Zaman Paleolitik – Hidup secara normad, tinggal ditepi tasik, sungai dan dalam gua. Kegiatan memunggut hasil hutan, memburu dan menangkap ikan. Alatan mengutamakan fungsi dan berkisar dalam kelompok keluarga.
·         Zaman Mesolitik – Hidup secara normad, tinggal di tepi tasik, sungai dan di dalam gua. Kegiatan memungut hasil hutan, memburu dan menangkap ikan. Alatan mengutamakan fungsi dan berkisar dalam kelompok keluarga.
·         Zaman Neolitik – Kehidupan bermasyarakat, bercucuk tanam dan menternak. Alat batu dilicinkan dan pelbagai fungsi. Telah ada penciptaan tembikar. Pengkhususan kerja, tinggal menetap. Hasil makanan melebihi keperluan dan menghasilkan bahan logam.
·         Zaman Logam – Penciptaan perahu dan rumah, aktiviti perdagangan, muncul kawasan petempatan. Pandai mengebumikan mayat dan membuat alatan besi.

4. Makna Tamadun: Tamadun berasal dari istilah Arab daripada kata dasarnya mudun dan madain. Madana pula bermaksud tinggi budi bahasa dan pembukaan Bandar. Bahasa Inggeris menggunakan perkataan Civilization yang dipinjam dari bahasa Greek iaitu civitas yang bermaksud Bandar.

 Menurut perspektif Barat, tamadun bermaksud pembangunan lahiriah terutama dalam hal kebudayaan seperti penulisan, perundangan, kesenian dan pembandaran.  Goldon Childe pula berpendapat; tamadun ialah pembangunan lahiriah kerana itulah kayu ukur kemajuan tamadun dalam masyarakat. Darcy Riberio dan R. A. Buchanan pula berpendapat; tamadun ialah pembangunan lahiriah dan tidak sekali-kali mengambil kira unsur rohani dalam kemajuan tamadun.

Menurut perspektif Islam; Tamadun ialah pembangunan lahiriah dan rohaniah yang seimbang dan menjadi kayu ukur kemajuan sesebuah tamadun. Syed Naquib Al Attas menjelaskan tamadun ialah pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat. Manakala Ibn Khaldun menjelaskan, tamadun bermaksud Hadarah iaitu hidup di Bandar dengan tatasusila, kesopanan dan moral yang tinggi. Kehidupan Bandar terbentuk apabila lahir semangat assabiah dan hasilnya wujudnya semangat kerjasama dan saling membantu.

Ciri-Ciri Tamadun ialah; Petempatan kekal, bahasa dan tulisan, agama dan kepercayaan, kehidupan berorganisasi, pengkhususan kerja dan system pemeritahan.

Proses Pembentukan Tamadun;

Tamadun Mesopotamia (7000 – 5000SM)

Wujud antara Sungai Tigris dan Euphrates – tanah antara dua sungai. Antara kerajaan yang wujud ialah Sumeria, Akkad, Ur, Babylon, Kassites, Assyria dan Chaldea. ciri-ciri tamadun ini ialah: Negara kota – kerajaan berdaulat, mempunyai unit politik dan agama, mempunyai kubu pertahanan, setiap Bandar dihubungi melalui jalan laut.

Sistem pemerintahan – pemerintahan teokrasi (kerajaan diperintah oleh tuhan atau wakil tuhan), raja berperanan sebagai ketua pentadbir, ketua tentera, ketua pendeta, ketua agama dan berkuasa ke atas tanah dan cukai.

Pengkhususan kerja – wujudnya petani, pedagang, peniaga, pengusaha rumah dan tentera. Organisasi social – golongan pemerintah (raja, ketua pendeta, ketua tentera dan golongan bangsawan), rakyat bebas dan hamba. Tulisan berbentuk gambar pepaku (cuneiform).

Sumbangan tamadun Mesopotamia:
·         Kod Hamurabi – berteraskan hak rakyat kepada keadilan, berbeza mengikut heiraki sosial, mempunyai 282 perkara.
·         Tulisan – merekodkan urusan pentadbiran dan mampu menghasilkan kesusasteraan (epic Gilgamesh).
·         Ilmu astronomi dan perubatan – perkembangan ilmu matematik dan geometri.
·         Alat pengangkutan – mencipta kapal layar dan pengangkutan beroda.
·         Penghasilan batu bata daripada tanah liat.

Tamadun Mesir (10000 – 5000 SM)

Wujud di tepi sungai Nil. Tamadun ini terbahagi kepada empat zaman iaitu zaman awal, zaman pertengahan, zaman empayar dan zaman keruntuhan. Ciri-ciri  tamadun ini ialah;
·         Sistem pemerintahan – firaun sebagai raja yang dibantu oleh bangsawan.
·         Bandar – berperanan sebagai pusat pentadbiran, pelabuhan, pusat keagamaan, tumpuan penduduk dan kediaman firaun.
·         Pengkhususan kerja – penenunan kain, pembuatan tembikar dan peralatan seperti tekstil dan kertas.
·         Organisasi social – Firaun berkuasa mutlak dan dianggap suci dan dipercayai jelmaan tuhan Horus atau Amon Re dan berperanan sebagai ketua pendeta, ketua hakim dan etua pahlawan.
·         Keagamaan -  percaya  kepada konsep politeisma.
·         Wanita - mengiktiraf wanita sebagai pemimpin.
·         Empayar – merangkumi kawasan Nubia di Selatan Mesir, utara dan barat Asia.
·         Tulisan dikenali sebagai heiroglif.

Sumbangan Tamadun Mesir:
·         Seni bina – pembinaan piramid.
·         Pendidikan – tumpuan terhadap ilmu geometri, sains dan matematik.
·         Kertas dan tulisan – mencipta kertas daripada pokok papyrus dan tilisan berangkai heiratik.
·         Kalenda – Berjaya mencipta kalenda 365 haru untuk 12 bulan.
·         Sungai Nil – Sungai Nil Berjaya mengawal banjir.
·         Perubatan – mumiakan mayat dan menjalinkan pemnedahan

Tamadun Indus (2500 – 1800SM)

Wujud di lembah Sungai Indus. Petempatan dibina oleh puak nomad sehingga membentuk dua Bandar terpenting Mohenjo Daro dan Harrapa. Ciri-ciri tamadun ini ialah:
·         Pengkhususan kerja – wujudnya petani, pedagang dan artisan.
·         Organisasi social – golongan atasan (pemerintah, pendeta dan pedagang) dan golongan bawahan (petani, buruh dan hamba).
·         Petempatan kekal – terdiri daripada pusat pentadbiran dan perumahan.
·         Tulisan – berbentuk piktograf.
·         Agama – mempunyai amalan kepercayaan agama melalui penemuan patung Proto Shiva.

Sumbangan Tamadun Indus:
·         Bandar terancang – pembinaan Bandar berasaskan ilmu geometri, kesenian dan matematik yang disusun mengikut segiempat.
·         Sifat keterbukaan – hubungan Tamadun Lembah Indus dengan Tamadun Mesir dan Tamadun Mesopotamia.

Tamadun Hwang Ho

Wujud di sekitar sungai Hwang Ho atau Sungai Kuning. Petempatan  diasaskan oleh orang normad yang menetap. Antara dinasti yang wujud ialah Dinasti Shang (1766 – 1050 SM), Dinasti Hsia (2205 – 1766 SM), dan Dinasti Chou (1050 – 256 SM). Ciri-ciri tamadun ini ialah;
·         Negara Kota – terdapat istana, kuil, pusat pentadbiran dan tempat tinggal golongan raja, pembesar dan golongan agama.
·         Pengkhususan pekerjaan – tentera, petani, artisan dan hamba.
·         Organisasi soaial – golongan atasan dan golongan bawahan.
·         Agama dan kepercayaan – berbentuk animism dan politeisma. Tulang Oracle berfungsi untuk meramal sesuatu keadaan.
·         Sistem pemerintahan – system beraja.
·         Sistem tulisan – berbentuk ideogram iaitu yang berbentuk symbol.

Sumbangan Tamadun Hwang Ho:
·         Politik – banyak mempengaruhi pemerintahan China Kuno.
·         Ekonomi – terusan telah dibina untuk mengairi kawasan pertanian dan mengawal banjir.
·         Kepercayaan – pemujaan roh nenek moyang dan ying dan yang.
·         Sistem tulisan – digunakan secara meluas dalam penulisan dan percetakan.
·         Kalendar – memperkenalkan calendar 30 hari sebulan dan 360 hari setahun.
·         Falsafah Sub Tzu – karya terkenalnya The Art of War.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan