Isnin, 14 Februari 2011

Sirah dan Tamadun Islam T4

Pendidikan Islam
Tingkatan 4

Tajuk: 20 – Kerajaan Khulafa Ar Rasyidin

1.         Khulafa Ar Rasyidin ialah gelaran kepada empat sahabat yang memegang jawatan             dalam negara Islam selepas kewafatan Rasulullah SAW.

2.         Khalifah Ar Rasyidin dalam sistem pemerintahan Islam adalah:

(a)    Saidina Abu Bakar As Siddiq;
(b)   Saidina Umar bin Al Khattab;
(c)    Saidina Usman bin Affan;
(d)   Saidina Ali bin Abi Talib.

3.         Kerajaan Khulafa Ar Rasyidin berpusat di Madinah dan telah memerintah selama lebih kurang 29 tahun (11 – 41 Hijrah).

4.         Pembaharuan dalam pentadbiran:

(a)    menubuhkan Majlis Syura;
(b)   perlantikan gabenor atau wali sebagai wakil khalifah;
(c)    penubuhan jabatan Ad Diwan.

5.         Kesan positif kepimpinan:

(a)    pemimpin negara adalah ketua agama;
(b)   pemimpin mestilah berakhlak mulia dan berwawasan;
(c)    pertahanan negara hendaklah diutamakan;
(d)   dasar ekonomi digubal secara adil;
(e)    rakyat perlu diberi layanan yang sama rata.

6.         Akibat membelakangkan kepempinan Khulafa Ar Rasyidin:

(a)    negara Islam akan dipimpin secara warisan;
(b)   negara Islam akan terdedah dengan fitnah dan peperangan sesame sendiri;
(c)    orang munafik mendapat peluang memecahbelahkan umat Islam.

Tajuk: 21 – Kerajaan Bani Umaiyah

1.         Nama Umaiyah di ambil bersempena nama moyang khalifah pertama Kerajaan       Bani Umaiyah iaitu Muawiyah bin Abu Sufian bin Harb bin Umaiyah.

2.         Kerajaan Bani Umaiyah berpusat di Damsyik dan telah memerintah lebih kurang    92 tahun (41 – 132 Hijrah).


3.         Sumbangan Kerajaan Bani Umaiyah:

(a)    Perkembangan ketenteraan: mengemaskini tentera dengan meniru corak gerakan Parsi; memperlengkap pelbagai peralatan perang yang moden dan canggih;
(b)   Perkembangan pendidikan: khalifah sebagai penggalak perkembangan ilmu, masjid dan istana pula sebagai pusat penyebaran ilmu;
(c)    Perkembangan ekonomi: penyelidikan pertanian bagi pengeluaran yang bermutu tinggi; mengemaskini Baitulmal bagi memantapkan kewangan negara.

4.         Faktor kegemilangan Kerajaan Umaiyah:

(a)    kecekapan dan kebijaksanaan khalifah;
(b)   penguasaan ilmu pengetahuan;
(c)    ekonomi yang stabil;
(d)   perhubungan baik antara kerajaan dengan rakyat;
(e)    organisasi ketenteraan yang kuat.

5.         Faktor kejatuhan Kerajaan Umaiyah:

(a)    sikap beberapa orang pemerintah yang mengabaikan ajaran Islam;
(b)   kemewahan hidup telah menyebabkan khalifah lalai daripada melaksanakan tugas dan tanggungjawab;
(c)    kepincangan pemimpin telah melahirkan sikap tidak puas hati dalam kalangan rakyat.

Tajuk: 22 – Imam Abu Hanifah Rahimahullah

1.         Riwayat hidup:

(a)    nama sebenar beliau ialah Nukman bin Thabit;
(b)   digelar Abu Hanifah kerana mempunyai anak lelaki bernama Hanifah;
(c)    beliau dilahirkan di Kufah pada tahun 80 Hijrah bersamaan 699 Masihi;
(d)   meninggal dunia pada tahun 150 Hijrah ketika berumur 70 tahun.

2.         Sifat-sifat peribadi:

(a)    berpegang teguh dengan hokum Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW;
(b)   sentiasa mengerjakan solat sunat dan membaca al Quran.

3.         Sejarah pendidikan:

(a)    belajar di Kufah dan Makkah;
(b)   mahir dalam ilmu undang-undang dan perniagaan;
(c)    guru-guru beliau antaranya ialah Hammad bin Abi Sulaiman dan Anas bin Malik.
4.         Aliran mazhab Hanafi:

(a)    beliau merupakan pengasas mazhab Hanafi yang menjadi mazhab rasmi bagi Kerajaan Uthmaniah;
(b)   diamalkan di Mesir, Syria, Lubnan dan Bosnia.

5.         Sumbangan kepada tamadun Islam:

(a)    ulama pertama yang menyusun kitab fikah mengikut bab dan fasal;
(b)   teliti dalam menentukan hukum mengikut martabat hadis;
(c)    antara kitab yang ditulis ialah Fikah Al Akbar dan Kitab Faraid;
(d)   berkebolehan dalam mengeluarkan hokum.

Tajuk: 23 – Imam Malik Rahimahullah

1.         Riwayat hidup:

(a)    namanya yang sebenar ialah Malik bin Anas bin Malik bin Amar Al Harith;
(b)   dilahirkan di Madinah pada tahun 93 Hijrah;
(c)    meninggal dunia pada tahun 179 Hijrah ketika berusia 86 tahun.

2.         Sifat-sifat peribadi:

(a)    suka berpakaian cantik dan bersih;
(b)   suka menziarahi orang sakit dan mengiringi jenazah.

3.         Imam Malik mula mengajar pada usia 17 tahun di Masjid Nabawi.

4.         Penghormatan terhadap hadis:

(a)    beliau sangat menghormati dan membesarkan hadis Rasulullah SAW;
(b)   tidak bercakap tentang hadis di pasar dan di tepi jalan;
(c)    tidak menunggang kuda di Madinah kerana menghormati bumi yang terdapat jasad Rasulullah SAW.

5.         Sumbangan kepada tamadun Islam:

(a)    menghasilkan karya yang masyhur iaitu Al Muattak;
(b)   aliran pemikiran beliau ialah aliran mazhab Maliki;
(c)    mazhabnya tersebar di Maghribi, Libya dan Sudan;
(d)   merupakan ahli ijtihad yang terkenal dan terkemuka.





Tajuk: 24 – Imam As Syafie Rahimahullah

1.         Riwayat Hidup:

(a)    namanya yang sebenar ialah Muhammad bin Idris bin Al Abbas bin Usman bin Syafi’. Digelar As Syafie sempena nama datuknya;
(b)   dilahirkan pada tahun 150 Hijrah di Ghazzah, Palestin;
(c)    salasilah keturunannya bertemu dengan salasilah Rasulullah SAW pada sebelah datuknya, Abdul Manaf;
(d)   meninggal dunia pada tahun 204 Hijrah ketika berusia 54 tahun.

2.         Sifat-sifat Peribadi:

(a)    kuat ingatan, terang hati, rajin dan berperibadi mulia;
(b)   tekun menuntut dan menghafaz ilmu;
(c)    gigih mendalami ilmu al Quran, ilmu hadis dan bahasa Arab;
(d)   menguasai berbagai-bagai lahjah bahasa dan kebudayaan Arab;
(e)    banyak mengembara dan menuntut ilmu.

3.         Sumbangan:

(a)    pengasas kepada mazhab Syafie;
(b)   berijtihad mengikut tempat dan suasana;
(c)    berhujah dengan golongan anti hadis;
(d)   sangat teliti ketika memberi pandangan terutamanya dalam masalah ibadat.

Tajuk: 25 – Imam Ahmad bin Hanbal Rahimahullah

1.         Riwayat hidup:

(a)    nama yang sebenarnya ialah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal;
(b)   masyhur dengan nama Hanbali bersempena nama datuknya;
(c)    lahir pada tahun 164 Hijrah di Bandar Baghdad, Iraq;
(d)   meninggal dunia pada tahun 231 Hijrah ketika berusia 77 tahun.

2.         Sifat-sifat peribadi:

(a)    pentingkan kebersihan dan kekemasan;
(b)   seorang yang pendiam dan suka berfikir;
(c)    tegas menentang kemungkaran.

3.         Pendidikan:

(a)    membawa alat tulis dan kertas ke mana saja untuk mencatat ilmu kerana sebahagian besar hidupnya adalah mencari ilmu;
(b)   menghafaz al Quran dan mempelajari bahasa Arab;
(c)    guru-guru beliau yang masyhur ialah imam As Syafie, Sufian bin Uyainah dan Yahya bin Said.

4.         Sumbangan:

(a)    imam mujtahid yang bijak dalam bidang fikah;
(b)   karyanya menjadi bahan rujukan dan kajian umat Islam sehingga kini seperti Al Musnad;
(c)    merupakan pendokong kepada mazhab Hambali;
(d)   penyelidikannya yang teliti dan bersungguh-sungguh dapat melindungi hadis daripada pemalsuan.

Tajuk: 26 – Imam Al Bukhari Rahimahullah

1.         Riwayat hidup:
           
(a)    nama beliau yang sebenar ialah Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim;
(b)   digelar Al Bukhari bersempena nama tempat kelahirannya;
(c)    dilahirkan pada tahun 194 Hijrah di Bukhara, Uzbekistan;
(d)   meninggal dunia pada tahun 256 Hijrah ketika berusia 62 tahun.

2.         Pendidikan:

(a)    menghafaz al Quran ketika berumur 11 tahun;
(b)   telah menghafaz kitab hadis ketika berumur 16 tahun;
(c)    apabila berumur 18 tahun beliau mula menulis kitab hadis;
(d)   dapat menemui ulama, guru dan perawi hadis seramai 1000 orang;
(e)    menghafaz 100 ribu hadis sahih dan 200 ribu hadis yang tidak sahih.

3.         Sumbangan:

(a)    memberi sumbangan yang besar dalam ilmu hadis melalui kitabnya Sahih Al Bukhari;
(b)   teliti dan bersungguh-sungguh memeriksa semua perawi hadis Rasulullah bagi membezakan antara hadis sahih dengan tidak sahih;
(c)    berjaya mengumpulkan 600 ribu hadis dalam kitab Sahih Al Bukhari.

Tajuk: 27 – Imam Al Ghazali Rahimahullah

1.         Riwayat hidup:

(a)    namanya yang sebenar ialah Abu Hamad Muhammad bin Muhammad;
(b)   dilahirkan pada tahun 450 Hijrah di Ghazalah, Iran;
(c)    digelar Al Ghazali bersempena nama kampung tempat kelahirannya;
(d)   meninggal dunia pada tahun 505 Hijrah ketika berumur 55 tahun iaitu selepas bersara menjadi guru di Baghdad.
2.         Sifat-sifat peribadi:

(a)    bijaksana, kuat ingatan, berpegang teguh kepada syariat Islam, tekun belajar dan bijak berhujah;
(b)   digelar Hujjatul Islam kerana kecekapan dan kekuatannya membela Islam.

3.         Pendidikan:

(a)    belajar di sekolah yang didirikan oleh Perdana Menteri Nizam Al Mulk di Thus;
(b)   belajar pelbagai bidang ilmu fikah, ilmu kalam dan ilmu falsafah dari imam Haramain;
(c)    belajar teori dan amali tasawuf daripada ketua ahli sufi iaitu Al Faramdi.

4.         Sumbangan:

(a)    penasihat agung Perdana Menteri Nizam Al Mulk;
(b)   menjadi tenaga pengajar kanan di Universiti Nizamiah Baghdad;
(c)    menolak fahaman ahli falsafah yang meresap dalam ilmu Kalam.

1 ulasan: