Pendidikan Islam
Tingkatan 4
Tajuk 13 – Lambaian Kaabah
13.1 – Kewajipan Haji dan Umrah
1. Definisi haji: mengunjungi Baitullah di Mekah kerana mengerjakan ibadat yang tertentu pada masa yang tertentu dengan syarat yang tertentu.
2. Definisi umrah: menziarahi Baitullah di Mekah kerana mengerjakan ibadat yang tertentu pada bila-bila masa mengikut syarat yang tertentu.
3. Dalil kewajipan haji dan umrah:
(#qJÏ?r&ur ¢kptø:$# not÷Kãèø9$#ur ¬! 4
Maksudnya: 196. Dan sempurnakanlah ibadah haji dan 'umrah Karena Allah.
4. Hikmat haji dan umrah:
(a) menghapuskan dosa-dosa kecil;
(b) saling berkenalan sesama umat Islam;
(c) menyatukan umat Islam tanpa mengira bangsa dari seluruh dunia.
5. Definisi upah haji: mengerjakan ibadat haji bagi pihak orang lain.
6. Sebab harus upah haji:
(a) telah meninggal dunia;
(b) tidak mempunyai keupayaan fizikal.
7. Hikmat upah haji:
(a) peluang orang sakit atau orang tua mengerjakan haji;
(b) peluang anak berbakti kepada ibu bapa atau ahli keluarganya.
13.2 – Cara Menyempurnakan Ibadat Haji dan Umrah
1. Syarat wajib haji:
(a) Islam: tidak wajib ke atas orang kafir dan murtad;
(b) Baligh: tidak wajib ke atas kanak-kanak;
(c) Berakal: tidak wajib ke atas orang gila;
(d) Berkemampuan (istita’ah): tidak wajib ke atas orang yang tidak berkemampuan;
(e) Merdeka: tidak wajib ke atas hamba.
2. Rukun haji dan umrah:
(a) niat ihram;
(b) wukuf (haji sahaja);
(c) tawaf;
(d) saei;
(e) bercukur;
(f) tertib.
13.3 – Wajib Haji dan Umrah
1. Wajib haji:
(a) berniat ihram di miqat;
(b) bermalam di Muzdalifah;
(c) melontar jamrah al Aqabah;
(d) bermalam di Mina;
(e) melontar ketiga-tiga jamrah;
(f) meninggalkan perkara-perkara yang dilarang semasa ihram.
2. Wajib umrah:
(a) berniat ihram di miqat;
(b) meninggalkan perkara-perkara yang dilarang semasa ihram.
13.4 – Cara Mengerjakan Haji dan Jenis-Jenis Dam
1. Seseorang yang menunaikan haji diharuskan memilih salah satu cara mengerjakan haji iaitu:
(a) Haji Ifrad;
(b) Haji Tamattuk;
(c) Haji Qiran.
2. Jenis-jenis dam (denda):
(a) Tertib dan Takdil;
(b) Tertib dan Takdir;
(c) Takhyir dan Takdil;
(d) Takhyir dan Takdir.
3. Hikmat dam (denda):
(a) sentiasa menjaga disiplin semasa menunaikan ibadat haji;
(b) menunaikan ibadat haji dengan teratur;
(c) manusia sentiasa bertanggungjawab terhadap segala kekurangan dalam ibadat.
Tajuk 14 - Sembelihan
1. Sembelihan: menghilangkan nyawa binatang yang halal dengan memutuskan urat halkum dan merih dengan menggunakan alat yang tajam dengan niat kerana Allah.
2. Dalil wajib sembelihan:
ôMtBÌhãm ãNä3øn=tæ èptGøyJø9$# ãP¤$!$#ur ãNøtm:ur ÍÌYÏø:$# !$tBur ¨@Ïdé& ÎötóÏ9 «!$#
Maksudnya: 3. Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging hewan) yang disembelih atas nama selain Allah,
3. Rukun sembelihan:
(a) penyembelih;
(b) binatang yang disembelih;
(c) alat sembelihan.
4. Perkara sunat semasa sembelihan:
(a) menyebut nama Allah dan berselawat;
(b) menghadap binatang ke arah kiblat;
(c) menggunakan alat sembelihan yang tajam.
5. Hikmat sembelihan:
(a) mematikan binatang dengan cepat;
(b) memastikan daging yang dimakan bersih dan bermutu;
(c) membezakan antara daging yang halal dengan daging yang haram.
Tajuk 15 – Korban Amalan Mulia
1. Korban: menyembelih binatang ternakan yang dilakukan pada hari Aidiladha atau hari-hari Tasyrik dengan tujuan beribadat kepada Allah.
2. Hukum melakukan korban:
(a) sunat muakkad bagi orang Islam yang mampu;
(b) wajib bagi orang yang bernazar.
3. Waktu menyembelih korban bermula selepas naik matahari 10 Zulhijah hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijah.
4. Syarat sah korban:
(a) binatang cukup umur;
(b) disembelih dalam waktu korban;
(c) disembelih oleh orang Islam;
(d) binatang sihat tiada cacat;
(e) binatang yang halal dimakan;
(f) diniatkan korban ketika menyembelih.
5. Umur binatang korban:
(a) biri-biri/kibas – 1 tahun lebih;
(b) kambing/sapi/lembu/kerbau – 2 tahun lebih;
(c) unta – 5 tahun atau lebih.
6. Hikmat Korban:
(a) menimbulkan rasa kesyukuran atas nikmat Allah;
(b) memupuk sifat ikhlas dan menambah ketakwaan kepada Allah;
(c) mengeratkan silaturahim sesama Islam;
(d) menghayati pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail.
Tajuk 16 – Akikah
1. Akikah: pemyembelihan binatang ternakan yang dilakukan ketika mencukur rambut bayi yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT.
2. Waktu afdal dilakukan akikah ialah pada hari ketujuh kelahiran bayi.
3. Syarat sah akikah:
(a) berniat akikah ketika menyembelih;
(b) menyembelih binatang yang halal;
(c) menyembelih binatang yang tidak cacat;
(d) menyembelih binatang ternakan yang cukup umur;
(e) memenuhi syarat-syarat sembelihan.
4. Sunat akikah:
(a) berdoa ketika hendak menyembelih;
(b) menyembelih ketika matahari sedang naik;
(c) tidak mematah-matahkan tulang binatang akikah.
5. Hikmat akikah:
(a) tanda kesyukuran kepada Allah atas kelahiran anak;
(b) mengeratkan silatulrahim antara keluarga bayi dengan masyarakat;
(c) mendekatkan bayi yang baru lahir dengan penghayatan Islam.
Tajuk: 17 – Jual Beli dan Sewa
17.1 – Jual Beli
1. Definisi: menukarkan barang dengan barang mengikut cara yang tertentu.
2. Dalil keharusan jual beli:
(@ymr&ur ª!$# yìøt7ø9$# tP§ymur #4qt/Ìh9$#
Maksudnya: Allah Telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba (Al Baqarah: 275)
3. Rukun jual beli:
(a) penjual dan pembeli;
(b) barang;
(c) harga;
(d) ijab dan Kabul (akad atau kontrak).
17.2 – Sewa
1. Definisi: suatu perjanjian untuk memiliki manfaat dari suatu barang yang diterima daripada orang lain dengan bayaran yang sesuai dengan perjanjian yang telah ditentukan.
2. Dalil keharusan sewa:
tA$s% þÎoTÎ) ßÍé& ÷br& y7ysÅ3Ré& y÷nÎ) ¢ÓtLuZö/$# Èû÷ütG»yd #n?tã br& ÎTtã_ù's? zÓÍ_»yJrO 8kyfÏm ( ÷bÎ*sù |MôJyJø?r& #\ô±tã ô`ÏJsù x8ÏZÏã (
Maksudnya: Berkatalah dia (Syu'aib): "Sesungguhnya Aku bermaksud menikahkan kamu dengan salah seorang dari kedua anakku ini, atas dasar bahwa kamu bekerja denganku delapan tahun dan jika kamu cukupkan sepuluh tahun Maka itu adalah (suatu kebaikan) dari kamu, (Al-Qasas: 27)
3. Rukun sewa
(a) penyewa dan pemberi sewa;
(b) bayaran sewa;
(c) manfaat.
Tajuk: 18 – Gadaian dan Syarikat
18.1 – Gadaian (Ar Rahnu)
1. Definisi: sesuatu barangan bernilai yang dijadikan cagaran oleh pemiliknya untuk mendapatkan pinjaman.
2. Rukun gadaian:
(a) penggadai;
(b) pemegang gadai;
(c) barang yang digadaikan;
(d) ijab dan Kabul ;
(e) bayaran yang diberikan kepada penggadai (bayaran).
3. Hikmat gadaian:
(a) memberi jaminan kepada orang yang memberi hutang;
(b) memberi peluang kepada umat Islam mengembangkan ekonomi;
(c) memudahkan seseorang mendapatkan modal bagi memulakan perniagaan.
18.2 – Syarikat
1. Definisi: perjanjian perkongsian terhadap sesuatu perkara yang dilaksanakan antara dua pihak atau lebih.
2. Rukun syarikat:
(a) ahli syarikat;
(b) modal;
(c) lafaz akad.
3. Hikmat syarikat:
(a) salah satu cara untuk memajukan ekonomi sesuatu bangsa dan negara;
(b) dapat membimbing masyarakat untuk hidup berkerjasama antara satu dengan yang lain;
(c) memimpin masyarakat supaya bersifat amanah dan jujur.
4. Perkara yang membatalkan syarikat:
(a) hilang kelayakan seperti gila;
(b) salah seorang rakan kongsi mati atau membatalkan penyertaan dalam syarikat.
Tajuk: 19 – Hutang, Insurans dan Saham
19.1 – Hutang
1. Hutang piutang ialah memberi sesuatu barang atau manfaatnya kepada seseorang di mana barang atau manfaat itu perlu dikembalikan apabila orang yang berhutang itu membayar balik hutang tersebut.
2. Rukun hutang:
(a) penerima dan pemberi hutang;
(b) barang atau manfaat adalah pemilik pemberi hutang;
(c) akad pemberi hutang.
3. Hikmat diharuskan hutang:
(a) membantu golongan yang susah;
(b) menjaga kepentingan kedua-dua belah pihak;
(c) mengelakkan daripada sikap suka meminta-minta secara percuma.
19.2 – Insurans
1. Insurans merupakan suatu amalan yang diharuskan dalam Islam.
2. Jenis-jenis insurans:
(a) Insurans Nyawa – perlindungan risiko atau kematian atau hilang upaya;
(b) Insurans Am – perlindungan akibat kerugian pendapatan atau harta benda.
3. Asas keharusan insurans:
(a) berkonsep takaful iaitu saling melindungi;
(b) berkonsep kerjasama;
(c) menyediakan perlindungan.
4. Tujuan insurans:
(a) untuk menjaga kebajikan sosial;
(b) untuk membantu pihak yang ditimpa musibah;
(c) untuk mendapat ganti rugi jika berlaku kerugian harta benda.
19.3 – Saham
1. Saham ialah sejenis terbitan yang dikeluarkan oleh syarikat sebagai alat pemilikan.
2. Sumber modal saham:
(a) pemegang-pemegang saham;
(b) pinjaman;
(c) kadar tertentu daripada keuntungan syarikat.
3. Tujuan diharuskan saham:
(a) mendapat pendapatan yang lebih dan stabil;
(b) simpanan untuk jangka masa pendek dan panjang;
(c) mendapat pulangan yang baik daripada keuntungan saham yang dibeli mengikut harga semasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan