Isnin, 14 Februari 2011

Hadis T4

Pendidikan Islam                                                                                                        Hadis
Tingkatan 4

Tajuk: 8 – Makanan Yang Baik

عن أبي هريرة رصي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ان الله تعالى طيب لا يقبل الا طيبا وان الله أمر المؤمنين بما أمر به المرسلين فقال تعالى: يأيها الرسل كلوا من الطيبات واعملوا صالحا وقال تعالى: يأيها الذين امنوا كلوا من طيبات ما رزقناكم. ثم ذكر الرجل يطيل السفر أشعث أغبر يمد يديه الى السماء: يا رب يا رب ومطعمه حرام ومشربه حرام وملبسه حرام وغذى بالحرام فأنى يستجاب له – رواه مسلم

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah ra ia berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah memerintahkan orang-orang mukmin dengan apa yang telah diperintahkannya kepada sekelian rasul, maka Allah telah berfirman, ‘wahai para rasul, makanlah daripada yang baik-baik dan beramallan akan yang baik.’ Dan dia berfirman: ‘makanlah daripada segala yang baik-baik yang Kami telah rezekikan kepada kamu. Ada seorang lelaki yang jauh perjalanan, kusut masai, berdebu, menadahkan kedua belah tangannya kelangit. ‘Wahai Tuhanku! Sedangkan makanannya haram, minumannya haram, dan dahulunya ia telah disuapkan dengan haram, maka bagaimanakah akan diperkenankan doanya itu?

1.         Umat Islam wajib prihatin dan memastikan makanan, minuman atau pakaian yang dipilih halal dan menepati kehendak syarak.

2.         Ciri-ciri makanan dan minuman yang halal:

(a)    dari jenis yang dihalalkan menurut syarak;
(b)   sumber perolehan dari hasil yang halal;
(c)    tidak memudaratkan tubuh badan.

3.         Ciri-ciri pakaian yang menepati kehendak syarak:

(a)    menutup aurat;
(b)   tidak ketat dan jarang;
(c)    tidak menyerupai upacara agama lain;
(d)   tidak berlawanan jantina.

4.         Hubungan makanan, minuman dan pakaian dengan ibadat:

(a)    asas kepada sahnya ibadat yang dilakukan.
(b)   Berkaitan dengan doa sama ada diterima atau ditolak.


5.         Hikmat menjauhi makanan, minuman dan pakaian yang haram:

(a)    dapat memelihara kewarasan akal fikiran;
(b)   dapat menjaga maruah orang Islam;
(c)    menjauhkan diri daripada seksaan api neraka.

6.         Pengajaran hadis:

(a)    Umat Islam wajib menghindari makanan dan minuman yang haram;
(b)   Allah tidak menerima doa hamba-Nya yang mengambil makanan dan minuman yang haram.
(c)    Kita wajib memakai pakaian yang menutup aurat, bersih dan sopan.


Tajuk: 9 – Perpaduan Teras Kejayaan

عن أبي هريرة رصي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا تحاسدوا ولا تناجشو ولاتباغضوا ولاتدابروا ولا بيع بعضكم على بيع بعض وكونوا عباد الله اخوانا. المسلم أخوا المسلم لا يظلمه ولا يخذله ولا يكذبه ولا يحقره التقوى ههنا ويشير الى صدره ثلاث مرات بحسب امرىء من الشر أن يحقر أخاه المسلم. كل المسلم على المسلم حرام دمه وماله وعرضه – رواه مسلم

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah ra, ia berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: Janganlah kamu dengki mendengki, jangan tipu menipu, jangan benci membenci, jangan berpaling muka dan jangan berjual beli di atas jualan orang lain. Dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara. Orang Islam dengan orang Islam adalah bersaudara. Mereka tidak boleh menzalimi, tidak boleh membiarkan dalam kehinaan, tidak boleh membohongi dan menghinanya  sesama Islam. Takwa itu di sini, sambil ia menunjuk ke dadanya tiga kali, cukuplah kejahatan seseorang itu ia menghina saudaranya yang Islam. Setiap orang Islam ke atas orang Islam yang lain haram darah, harta dan kehormatannya.

1.         Di dalam hadis di atas, Rasulullah SAW melarang umat Islam bersikap hasad         dengki, menipu, benci membenci, berpaling muka dan berjual beli di atas jualan      orang lain.

2.         Akibat melanggar larangan Rasulullah SAW:

(a)    berlaku perpecahan sesama umat Islam;
(b)   berlaku permusuhan yang merugikan umat Islam sendiri;
(c)    imej agama Islam tercemar.





3.         Hikmat mematuhi larangan tersebut:

(a)    wujud perpaduan yang kukuh dalam kalangan umat Islam;
(b)   sikap dan personality umat Islam menjadi contoh dan ikutan orang bukan Islam;
(c)    mewujudkan suasana aman dan harmoni dalam masyarakat.

4.         Asas perpaduan menurut Islam:

(a)    keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT;
(b)   berteraskan ajaran al-Quran dan al-Hadis;
(c)    saling mengasihi, memahami, bertimbang rasa antara satu dengan yang lain.

5.         Kepentingan perpaduan:

(a)    mewujudkan sifat muafakat sesama anggota masyarakat;
(b)   kemajuan dan pembangunan negara berjalan lancar.

6.         Pengajaran hadis:

(a)    semua umat Islam adalah bersaudara;
(b)   perpaduan sangat penting kepada kestabilan bangsa dan negara;
(c)    mengekalkan perpaduan adalah tanggungjawab semua umat Islam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan