Isnin, 14 Februari 2011

Akidah T4

Pendidikan Islam
Tingkatan 4

Tajuk 10 – Perkara-Perkara yang Membatalkan Iman

1.         Definisi iman:

(a)    dari segi bahasa: percaya;
(b)   dari segi istilah: membenarkan di hati, mengakui dengan lidah dan beramal dengan anggota.

2.         Kepentingan iman dalam kehidupan:

(a)    membentuk insan Muslim sejati;
(b)   supaya istiqamah dalam beribadat;
(c)    melahirkan generasi yang berakhlak mulia;
(d)   bersyukur dengan nikmat Allah.

3.         Perkara-perkara yang membatalkan iman:

Syirik
Khurafat
Sihir
Kufur
Riddah
Nifak

4.         Faktor-faktor yang menyebabkan iman terbatal:

(a)    sebab itikad (keyakinan dalam hati) – meyakini bahawa tiada Tuhan yang mencipta ala mini;
(b)   sebab perkataan – mengatakan Allah tidak wujud;
(c)    sebab perbuatan – menyembah berhala.

5.         Langkah-langkah mengelak daripada terbatalnya iman:

(a)    menerapkan ajaran Islam secara menyeluruh dan mendalam kepada masyarakat;
(b)   memberi kesedaran kepada masyarakat tentang akibat daripada terbatal iman;
(c)    mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang melakukan perkara-perkara yang membatalkan iman;
(d)   jangan menghampiri tempat yang ada unsur pembatal iman.

6.         Kesan terbatal iman:

(a)    segala amal kebajikan menjadi sia-sia;
(b)   kehidupan mereka tidak mendapat keredaan Allah SWT;
(c)    menjadi penghuni neraka selama-lamanya.



Tajuk: 11 – Dosa-Dosa Besar yang Membawa Kemurkaan Allah

1.         Dosa besar ialah kesalahan yang dikenakan hukuman tertentu di dunia dan             amaran azab di akhirat.

2.         Dosa besar yang wajib dihindari:

(a)    menghina dan menderhaka kepada ibu bapa;
(b)   menipu dan berbohong;
(c)    mencuri dan merompak;
(d)   melakukan amalan riba;
(e)    makan harta anak-anak yatim;
(f)    lari dari medan perang.

3.         Dosa besar yang membawa kehancuran umat:

(a)    minum arak dan menagih dadah;
(b)   melakukan perbuatan zina;
(c)    menuduh perempuan yang baik berzina (qazaf);
(d)   melakukan perbuatan liwat dan musahaqah;
(e)    membunuh diri.

4.         Faktor-faktor manusia melakukan dosa besar:

(a)    jahil dan kurang didikan agama;
(b)   ingin hidup bebas tanpa batasan agama;
(c)    sikap angkuh dan sombong kerana harta dan pangkat;
(d)   memandang ringan terhadap peringatan azab Allah di akhirat.

5.         Implikasi melakukan dosa besar:

(a)    mendapat balasan azab yang amat pedih;
(b)   mendapat kemurkaan Allah SWT;
(c)    masyarakat akan membenci kepada individu tersebut;
(d)   kehidupan menjadi gelisah dan tidak tenang.

6.         Langkah-langkah menjauhi dosa besar:

(a)    sentiasa bertaubat kepada Allah SWT;
(b)   menjauhkan diri daripada melakukan perbuatan dosa besar;
(c)    tidak bergaul dengan kumpulan yang melakukan dosa besar;
(d)   istiqamah dalam melakukan kebajikan.




Tajuk: 12 – Tuntutan Bertaubat

1.         Taubat ialah kembali semula taat kepada Allah setelah menyesal melanggar             perintah Allah atau larangan Nya. Taubat nasuha pula ialah taubat yang dilakukan         dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas semata-mata kerana Allah SWT.

2.         Dalil suruhan taubat:

$pkšr'¯»tƒ šúïÏ%©!$# (#qãZtB#uä (#þqç/qè? n<Î) «!$# Zpt/öqs? %·nqÝÁ¯R
Maksudnya: Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubatan nasuhaa
( At Tahrim: 8)

3.         Cara-cara bertaubat:

(a)    mestilah dilakukan dengan hati yang ikhlas tanpa paksaan;
(b)   selalu beristighfar dalam kehidupan seharian;
(c)    melakukan solat taubat.

4.         Hikmat taubat:

(a)    mendapat keampunan serta petunjuk Allah;
(b)   memperoleh ketenangan hati;
(c)    membersihkan diri daripada dosa apabila meninggal dunia;
(d)   mendapat balasan syurga.

5.         Akibat tidak bertaubat:          

(a)    hidup dalam kemurkaan Allah SWT;
(b)   doa tidak diterima oleh Allah;
(c)    diri penuh dengan dosa apabila meninggal dunia.

6.         Keadaan taubat yang tidak diterima:

(a)    ketika nyawa di halkum;
(b)   ketika masih dalam kafir;
(c)    ketika masih bergelumang dengan dosa dan maksiat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan