Isnin, 14 Februari 2011

Adab dan Akhlak Islamiah

Pendidikan Islam                                                                         Adab dan Akhlak Islamiah
Tingkatan 4

Tajuk: 28 – Akal Cahaya Hidup

1.         Peranan akal ialah mempertingkat iman dan amal seseorang untuk menuju ke          mercu kejayaan hidup di dunia dan di akhirat.

2.         Kepentingan akal:

(a)    membezakan antara manusia dengan makhluk lain;
(b)   dapat berfikir tentang kejadian alam;
(c)    bukti manusia adalah makhluk istimewa;
(d)   manusia boleh berfikir, berusaha dan mereka cipta sesuatu yang boleh meningkatkan taraf hidup.

3.         Sumber berfikir:

(a)    wahyu dan syariat Islam;
(b)   akal fikiran;
(c)    bukti-bukti kajian saintifik;
(d)   maklumat dan fakta yang benar dan tepat;
(e)    matlamat yang jelas.

4.         Cara berfikir:

(a)    mengetahui tujuan berfikir;
(b)   mengetahui kemampuan akal;
(c)    mengetahui cara mencapai matlamat;
(d)   mengetahui risiko yang akan berlaku.


Tajuk: 29 – Adab Berhias Diri

1.         Adab-adab berhias diri:

(a)    menggalakkan amalan mandi;
(b)   bersugi atau mengosok gigi;
(c)    menyikat rambut;
(d)   memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan bulu ari-ari;
(e)    menghias muka;
(f)    cara berpakaian yang sesuai dengan kehendak syarak.

2.         Tujuan berhias diri:

(a)    selaras dengan fitrah manusia;
(b)   menzahirkan nikmat Allah SWT;
(c)    mensyukuri nikmat Allah SWT.
3.         Amalan berhias diri yang dilarang:

(a)    memakai emas dan sutera tulen bagi lelaki;
(b)   berpakaian yang berlawanan jantina;
(c)    menyambung rambut;
(d)   membuat tatu di badan;
(e)    pembedahan anggota untuk kecantikan.

4.         Akibat tidak berhias diri:

(a)    dibenci oleh Allah SWT kerana pengotor;
(b)   mudah dijangkiti penyakit;
(c)    maruah diri, keluarga dan agama akan tercemar;
(d)   kehidupan resah dan tidak tenang.


Tajuk: 30 – Adab Menjaga Orang Sakit

1.         Hukum menjaga orang sakit adalah fardu kifayah.

2.         Adab menjaga orang sakit:

(a)    aspek rohani:

·         menasihati pesakit supaya bersabar dan tabah menghadapi ujian Allah;
·         mengingatkan pesakit supaya tidak lupa menunaikan ibadat kepada Allah.

(b)   aspek emosi

·         menggunakan tutur kata yang lemah lembut;
·         memahami keperitan menanggung kesakitan;
·         sabar mendengar rungutan dan tingkah laku pesakit.

(c)    aspek fizikal:

·         menghantar pesakit ke tempat rawatan yang sesuai;
·         memberi kerehatan secukupnya;
·         bertanya tentang keinginan dan keperluannya.

3.         Hikmat beradab ketika menjaga orang sakit:

(a)    meringankan penderitaan pesakit;
(b)   meningkatkan syiar Islam;
(c)    melahirkan sifat prihatin kepada golongan lemah.

Tajuk: 31 – Adab Amar Makruf dan Nahi Mungkar

1.         Maksud amar makruf dan nahi mungkar ialah menyeru melakukan kebaikan dan    mencegah daripada melakukan kemungkaran. Hukum melaksanakannya adalah wajib.

2.         Sifat-sifat pendakwah ialah berilmu, beramal dengan ilmu dan berakhlak mulia.

3.         Adab amar makruf dan nahi mungkar:

(a)    bertindak dengan cara berhikmah;
(b)   memberi nasihat yang baik;
(c)    berbincang dengan cara yang baik.

4.         Cara Rasulullah SAW melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar:

(a)    memilih masa dan tempat yang sesuai untuk memberi nasihat;
(b)   berdakwah secara diplomasi;
(c)    memberi hadiah atau penghargaan;
(d)   melembutkan hati dengan kata-kata, perbuatan dan muamalah yang baik;
(e)    sentiasa memaafkan orang lain;
(f)    menjadikan kisah-kisah umat terdahulu sebagai panduan dan iktibar.

5.         Hikmat amar makruf dan nahi mungkar:

(a)    hukum Allah dan syariat Islam dapat ditegakkan;
(b)   keselamatan umat Islam terjamin;
(c)    dapat mengangkat martabat umat dan negara Islam;
(d)   menghapuskan perbuatan jenayah.


Tajuk: 32 – Adab Di Tempat Rekreasi

1.         Rekreasi: kegiatan menyeronokkan yang boleh menyegarkan kembali kesihatan      badan, contohnya ialah beriadah, beristerihat dan menghiburkan hati.

2.         Ciri-ciri tempat rekreasi yang baik ialah mempunyai kemudahan fizikal dan             keselamatan yang lengkap serta memiliki keistimewaan yang tersendiri.

3.         Adab berekreasi:

(a)    memakai pakaian yang menutup aurat;
(b)   menjaga pergaulan mengikut hukum Islam;
(c)    bersama-sama menjaga kebersihan kawasan rekreasi;
(d)   menghormati para pengunjung yang lain dengan tidak menimbulkan sebarang gangguan.

4.         Hikmat beradab di tempat rekreasi:

(a)    dapat memupuk silatulrahim di kalangan pengunjungnya;
(b)   melahirkan masyarakat yang mencintai alam sekitar;
(c)    mengekalkan persekitaran yang bersih dan nyaman;
(d)   dapat menghindari perkara kejahatan dan kemungkaran.


Tajuk: 33 – Adab Menjaga Kemudahan Awam

1.         Kemudahan awam ialah kemudahan yang disediakan oleh pihak tertentu untuk      kegunaan orang ramai.

2.         Adab menjaga kemudahan awam:

(a)    menggunakannya mengikut peraturan yang telah disediakan;
(b)   bertimbang rasa dengan pengguna lain;
(c)    melaporkan kerosakan kepada pihak yang bertanggungjawab;
(d)   bertanggungjawab terhadap keselamatan kemudahan awam.

3.         Penyalahgunaan kemudahan awam:

(a)    menggunakan paip bomba untuk kegunaan peribadi;
(b)   membuat panggilan palsu kepada pihak polis atau bomba;
(c)    membuang sampah bukan pada tempat yang disediakan;
(d)   menconteng papan-papan tanda jalan raya.

4.         Tanggungjawab menjaga kemudahan awam:

(a)    mengadakan kempen kesedaran cara menggunakan kemudahan awam;
(b)   mengenakan tindakan undang-undang terhadap orang yang melanggar peraturan;
(c)    menerapkan pendidikan awal kepada kanak-kanak tentang kepentingan menjaga kemudahan awam.


Tajuk: 34 – Adab Menziarahi Jenazah

1.         Adab menziarahi jenazah:

(a)    berdoa supaya jenazah mendapat keampunan Allah SWT;
(b)   melahirkan perasaan dukacita kepada waris atas kematian tersebut;
(c)    mengingatkan keluarga jenazah dengan kesabaran di atas ujian Allah;
(d)   mengucapkan takziah kepada keluarga jenazah.

2.         Perkara yang dilarang ketika menziarahi jenazah:

(a)    menunjukkan kekesalan ke atas kematian dengan meratap atau meraung;
(b)   membebankan keluarga jenazah dengan permintaan yang mereka tidak mampu;
(c)    menyinggung perasaan keluarga jenazah seperti mengumpat jenazah;
(d)   tidak reda dengan takdir Alah;
(e)    membuat bising.

3.         Perkara sunat dilakukan ketika menziarahi jenazah:

(a) membanyakkan membaca al-Quran;
(b) mendoakan semoga jenazah mendapat keampunan sebelum dikembumikan;
(c) memberi sedekah kepada keluarga jenazah.

4.         Hikmat menziarahi jenazah:

(a)    mengeratkan silatulrahim dengan keluarga jenazah;
(b)   mengurangkan tekanan emosi keluarga jenazah;
(c)    memberi keinsafan bahawa semua manusia akan mati;
(d)   dapat menunaikan hak sebagai seorang Muslim ke atas Muslim yang lain.


Tajuk: 35 – Zikrullah Pengubat Hati

1.         Berzikir ialah mengingati Allah dengan hati, lisan dan perbuatan.

2.         Lafaz zikir ialah:

(a)    tahlil -  لا اله الا الله

(b)   takbir – الله اكبر

(c)    tasbih –  سبحان الله

(d)   tahmid –الحمد لله

3.         Adab berzikir:

(a)    menyebut lafaz dengan betul dan memahami maksudnya;
(b)   berzikir dalam keadaan bersih dan suci daripada hadas;
(c)    berasa kehebatan kekuasaan dan keagungan Allah SWT;
(d)   menggunakan suara yang perlahan.



4.         Sebab perlu beradab ketika berzikir:

(a)    supaya tidak menganggu ketenteraman orang lain;
(b)   untuk mencapai kesempurnaan dalam ibadat;
(c)    selaras dengan sunnah Rasulullah SAW;
(d)   lebih berdisiplin ketika menunaikan solat.

5.         Hikmat beradab ketika berzikir:

(a)    dikasihi oleh Allah SWT;
(b)   mendapat ketenangan jiwa;
(c)    mendidik jiwa supaya sentiasa mengingati Allah SWT;
(d)   dapat mencapai kesempurnaan ibadat.


Tajuk: 36 – Adab Dengan Rasulullah SAW

1.         Adab dengan Rasulullah SAW:

(a)    berselawat kepada baginda;
(b)   tawaduk dan bersopan santun;
(c)    menziarahi makam Rasulullah SAW;
(d)   mengasihi para sahabat baginda;
(e)    beriltizam dengan sunah Rasulullah SAW.

2.         Sebab wajib beradab dengan Rasulullah SAW:

(a)    baginda adalah kekasih dan utusan Allah SWT;
(b)   baginda adalah pemimpin agung sehingga kiamat;
(c)    baginda adalah Nabi yang terakhir.

3.         Tingkah laku tidak beradab dengan Rasulullah SAW:

(a)    berbuat bising ketika menziarahi makam baginda;
(b)   tidak mengucap selawat ketika nama baginda disebut;
(c)    tidak menghormati sahabat baginda.

4.         Hikmat beradab dengan Rasulullah SAW:

(a)    kita akan dikasihi oleh Allah SWT;
(b)   mendorong kita mengamalkan sunnahnya;
(c)    memperoleh syafaat baginda di akhirat kelak.

1 ulasan: