Pendidikan Islam
Tingkatan 3 (Adab dan Akhlak Islamiah)
20 – Adab Dalam Hubungan Sosial
Tajuk: 20.1: Adab Menerima dan Melayan Tetamu
- Tetamu ialah sesiapa sahaja yang datang berkunjung ke rumah kita sama ada dijemput atau tidak dijemput.
- Tujuan melayan tetamu dengan baik ialah;
(i) Mengeratkan tali persaudaraan sesama Islam.
(ii) Merapatkan hubungan kekeluargaan.
(iii) Mewujudkan suasana yang harmoni.
(iv) Mengelakkan pergaduhan dan persengketaan.
- Cara beradab terhadap tetamu;
(i) Melayan tetamu dengan baik dan mesra.
(ii) Menerima kedatangan tetamu dengan ikhlas.
(iii) Menyediakan makanan dan minuman sekadar perlu.
(iv) Menunjukkan muka yang manis.
- Kelebihan melayan tetamu;
(i) Mendapat pahala dan ganjaran baik pada hari akhirat.
(ii) Disayangi Allah SWT dan orang lain.
(iii) Dimurahkan rezeki oleh Allah SWT.
(iv) Diberkati dan diredai oleh Allah SWT.
- Akibat tidak beradab terhadap tetamu;
(i) Tidak akan dihormati dan dipandang mulia oleh orang ramai.
(ii) Sukar mendapat kawan.
(iii) Hubungan silatulrahim akan terputus.
(iv) Dipulau dan disisih oleh masyarakat.
- Adab sebagai tetamu;
(i) Berkunjung mengikut masa yang sesuai.
(ii) Memberi salam sebelum masuk ke rumah.
(iii) Makan makanan yang disediakan apabila dijemput.
(iv) Tidak memandang liar pada peralatan dalam rumah.
Tajuk: 20.2: Adab Menjalankan Tugas
- Bekerja adalah tuntutan dan tanggungjawab manusia di muka bumi.
- Adab ketika menjalankan tugas;
(i) Memulakan setiap pekerjaan dengan Bismillahirrahmanirrahim.
(ii) Menyelesaikan tugas pada masa dan tarikh yang ditetapkan.
(iii) Berpakaian menutup aurat dan sesuai dengan pekerjaan yang dilakukan.
(iv) Saling bekerjasama antara pekerja.
(v) Sentiasa mematuhi arahan ketua.
- Sikap yang tidak baik semasa bertugas;
(i) Tidak menyiapkan tugas mengikut masa yang telah ditetapkan.
(ii) Mementingkan diri sendiri.
(iii) Tiada kerjasama dengan rakan setugas.
(iv) Malas berusaha.
- Ciri-ciri pekerja yang baik;
(i) Menganggap pekerjaan sebagai satu ibadat.
(ii) Bersungguh-sungguh dan tekun dalam menjalankan tugas.
(iii) Amanah, jujur dan bertanggungjawab.
(iv) Tidak meninggalkan ibadat wajib.
- Kelebihan beradab semasa bertugas;
(i) Kerja yang dilakukan mendapat berkat daripada Allah SWT.
(ii) Rezeki yang diperolehi adalah halal dan berkat.
(iii) Hasil kerja mendapat faedah yang berpanjangan.
(iv) Mengeratkan hubungan silatulrahim sesama pekerja.
- Akibat tidak bertanggungjawab semasa bertugas;
(i) Kerja yang diamanahkan tidak dilaksanakan dengan sempurna.
(ii) Tidak dapat mencapai matlamat sesuatu program.
(iii) Hilang kepercayaan orang lain terhadap organisasi.
(iv) Menimbulkan pergaduhan dan perselisihan faham.
(v) Negara akan mundur.
Tajuk: 20.3: Adab Bercakap Dalam Majlis
- Majlis adalah perkataan Arab yang bermaksud tempat duduk atau tempat berhimpun.
- Majlis terbahagi kepada dua iaitu majlis yang baik seperti majlis ilmu, majlis zikir dan sebagainya.
- Majlis kedua ialah majlis yang buruk seperti konsert, muzik rock, pesta liar dan yang seumpama dengannya.
- Adab dalam majlis;
(i) Bercakap dengan suara yang lemah lembut.
(ii) Bercakap hanya perkara yang berfaedah dan bermanfaat.
(iii) Menghormati orang lain.
(iv) Tidak menyinggung perasaan orang lain.
(v) Memandang muka orang yang mendengar ketika bercakap.
- Kelebihan beradab dalam majlis;
(i) Matlamat yang dikehendaki akan tercapai.
(ii) Dihormati dan dipandang mulia orang lain.
(iii) Mendapat keredaan Allah SWT.
(iv) Maklumat yang disampaikan jelas dan berkesan.
- Kesan tidak beradab dalam majlis;
(i) Matlamat tidak akan tercapai.
(ii) Suasana yang tegang akan timbul dalam majlis.
(iii) Dibenci dan dihina oleh orang lain.
(iv) Mudah menimbulkan fitnah dan prangsangka buruk.
- Kelebihan bercakap benar;
(i) Mendapat kepercayaan masyarakat.
(ii) Kehidupan tenang dan tenteram.
(iii) Terhindar daripada dosa.
(iv) Mendapat keampuan dan keredaan Allah SWT.
Tajuk: 21: Adab Terhadap Ibu Bapa
- Ibu bapa ialah insan yang melahirkan, membesarkan, mendidik, menyediakan segala keperluan dan menyayangi kita kecil hingga dewasa.
- Cara beradab kepada ibu bapa;
(i) Semasa mereka masih hidup:
- Memberi layanan yang baik kepada mereka.
- Merawat mereka ketika sakit.
- Memberi bantuan kewangan yang mencukupi kepada mereka.
- Menziarahi mereka sekiranya mereka tinggal di tempat yang berasingan.
(ii) Setelah mereka meninggal dunia:
- Memohon keampunan kepada mereka.
- Menghormati sahabat-sahabat mereka.
- Menyempurnakan janji mereka.
- Menyelesaikan hutang mereka sekiranya mereka berhutang.
- Akibat tidak beradab kepada ibu bapa;
(i) Mendapat azab neraka.
(ii) Segala amal ibadat dan kebajikan menjadi sia-sia.
(iii) Tidak diberkati oleh Allah SWT.
(iv) Sering mengalami kesusahan dalam hidup.
(v) Allah SWT akan menyegerakan balasan di dunia di samping balasan azab di akhirat.
- Kelebihan berbakti kepada dua ibu bapa;
(i) Allah SWT akan mempermudahkan urusan hidup.
(ii) Hidup diberkati oleh Allah SWT.
(iii) Dipandang mulia dan dihormati orang ramai.
(iv) Akan mendapat kebahgiaan di dunia dan di akhirat.
Tajuk: 22: Adab Berpidato
- Pidato ialah ucapan yang disampaikan oleh seseorang di khalayak ramai.
- Format pidato ialah;
(i) Mukadimah iaitu pembukaan kepada pidato.
(ii) Isi iaitu bahagian yang sangat penting kepada sesebuah pidato.
(iii) Penutup iaitu kesimpulan bagi setiap isi.
- Tujuan pidato;
(i) Supaya orang Islam menjadi berani.
(ii) Melahirkan umat Islam yang berdaya maju.
(iii) Supaya digeruni oleh umat yang lain.
- Adab berpidato;
(i) Dimulai dan diakhiri dengan ucapan salam.
(ii) Bahasa yang digunakan sesuai.
(iii) Tidak menyentuh peribadi seseorang.
(iv) Gaya yang ditunjukkan tidak keterlaluan.
(v) Pakaian yang dipakai adalah sesuai dengan majlis.
- Kesan yang timbul jika tidak beradab ketika berpidato;
(i) Menimbulkan suasana yang hingar-bingar.
(ii) Dibenci oleh pendengar.
(iii) Para hadirin tidak akan memahami apa yang disampaikan.
(iv) Boleh mencemarkan maruah diri sendiri dan orang lain.
- Ciri-ciri pemidato yang baik;
(i) Mengetahui dan memahami tajuk yang hendak disampaikan.
(ii) Mempunyai suara yang baik dan jelas.
(iii) Tidak menyentuh perasaan orang lain.
(iv) Tidak memandang rendah kepada orang lain.
- Perkara yang perlu dielakkan semasa berpidato;
(i) Menghina peribadi seseorang.
(ii) Memandang rendah terhadap orang lain.
(iii) Bersikap sombong dan memuji diri sendiri.
Assalammuaialaikum :) terima kasih krna bgi maklumat :D
BalasPadamsama sama yaa :3 kk joke
PadamAlhamdulillah, smue tajuk yg sy cari smue sy ambek dri website abg ^^ smue jelas terang lagi bersuluh, trimas abg ^^
BalasPadam