Isnin, 14 Februari 2011

Akidah T3

Pendidikan Islam
Tingkatan 3 (Akidah)

Beriman Kepada Rasul

Tajuk 8.1 –  Ketaatan Kepada Rasul

  1. Nabi ialah lelaki yang dipilih oleh Allah SWT diberikan wahyu untuk dirinya sendiri dan tidak wajib disampaikan kepada orang lain.
  2. Rasul ialah lelaki yang dipilih oleh Allah SWT diberikan wahyu untuk dirinya dan wajib disampaikan kepada orang lain.
  3. Nabi mempunyai bilangan yang ramai tetapi bilangan nabi dan rasul yang wajib diketahui seramai 25 orang.
  4. Tugas-tugas rasul;

(i)                 Menyampaikan wahyu Allah SWT kepada manusia.
(ii)               Mengajar manusia cara beribadat kepada Allah SWT.
(iii)             Membimbing manusia mengenal Allah SWT.
(iv)             Untuk menjadi teladan kepada umat manusia.

  1. Seorang rasul adalah merupakan pemimpin dalam sebuah negara, pemimpin keluarga dan masyarakat.
  2. Setiap orang Islam wajib mentaati perintah rasul kerana taat kepada rasul adalah merupakan ketaatan kepada Allah SWT.

Tajuk 8.2 –  Rasul-Rasul yang Wajib Diketahui

  1. Setiap orang Islam wajib beriman kepada 25 orang rasul. Tidak boleh beriman hanya sebahagiannya sahaja.
  2. Nama-nama rasul yang wajib diketahui ialah; Adam, Idris, Nuh, Hud, Saleh, Ibrahim, Lut, Ismail, Ishak, Yaakob, Yusuf, Ayub, Zulkifli, Syuib, Musa, Harun, Daud, Sulaiman, Ilyas, Ilyasak, Yunus, Zakaria, Yahya, Isa dan Muhammad SAW.
  3. Rasul Uluazmi bererti mereka yang cekal hati, kuat keazaman dan amat sabar menempuh pelbagai rintangan dan cabaran dalam menyampaikan dakwah.
  4. Antara 25 orang rasul, hanya lima orang sahaja yang diberi gelaran Ululazmi iaitu;

(i)                 Nabi Ibrahim AS – Baginda diuji oleh Allah SWT dengan perintah menyembelih putera kesayangannya iaitu Nabi Ismail. Baginda juga menghadapi tentangan daripada kaumnya.
(ii)               Nabi Nuh AS – Berdakwah kepada kaumnya selama 950 tahun tetapi hanya beberapa orang sahaja yang beriman.
(iii)             Nabi Musa AS – Baginda hampir dibunuh oleh Firaun yang kejam serta pengikut-pengikutnya.
(iv)             Nabi Isa AS – Tabah mengahdapi tentangan dan ancaman bunuh daripada kaumnya.
(v)               Nabi Muhammad SAW – Baginda tabah menghadapi tentangan dan cabaran daripada kaumnya hingga tahap ingin membunuh baginda.

Tajuk 8.3 –  Sifat-Sifat Rasul

  1. Rasul-rasul mempunyai sifat yang terpuji untuk dicontoh dan diteladani oleh umat manusia.
  2. Sifat-sifat wajib bagi rasul adalah seperti berikut;

(i)                 Siddiq – benar.
(ii)               Amanah – jujur.
(iii)             Tabligh – menyampaikan.
(iv)             Fatonah – bijaksana.

  1. Kepentingan mencontoh sifat wajib bagi rasul ialah;

(i)                 Menjadi seorang yang jujur dalam sesuatu tindakan.
(ii)               Nasihat-menasihati ke arah kebaikan.
(iii)             Maksiat dapat dicegah.
(iv)             Menjadi seorang yang rajin berusaha.

  1. Sifat mustahil bagi rasul ialah;

(i)                 Kizbun – dusta.
(ii)               Khianat – pecah amanah.
(iii)             Kitman – menyembunyikan.
(iv)             Baladah – bodoh.

  1. Sifat harus bagi rasul ialah sifat yang ada pada manusia biasa seperti makan, tidur, berkahwin dan sebagainya.

Tajuk 8.4 –  Kesan Beriman Kepada Rasul

  1. Kita hendaklah mencontohi para rasul sebagai bukti cinta kita kepada
            Allah SWT.
  1. Antara sebab kita perlu mencontohi para rasul;

(i)                 Para rasul menyampaikan perkara yang benar.
(ii)               Para rasul adalah manusia pilihan Allah SWT.
(iii)             Mereka menjadi contoh yang terbaik bagi manusia.
(iv)             Bukti keyakinan kita kepada Allah SWT.

  1. Kesan berima kepada rasul;

(i)                 Terhadap individu – mendapat hidayat daripada Allah SAW dan meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.
(ii)               Terhadap keluarga – membina keluarga bahagia dan melahirkan ahli keluarga kuat beribadat.
(iii)             Terhadap masyarakat – patuh dan taat kepada Allah SWT, rasul dan pemimpin serta mengutamakan perpaduan dan persaudaraan Islam.
(iv)             Terhadap negara – menegakkan hukum dan perundangan Islam dan sistem ekonomi akan bebas daripada sumber-sumber haram.

  1. Menolak sunnah rasul adalah satu kesalahan besar dan neraka adalah balasannya.
  2. Antara akibat menolak sunnah rasul ialah;

(i)                 Hidup dalam kesesatan.
(ii)               Jauh daripada hidayah dan rahmat Allah SWT.
(iii)             Keluarga dan masyarakat porak peranda.
(iv)             Berlaku pepecahan dan pergaduhan dalam masyarakat.
(v)               Maksiat berleluasa dalam masyarakat.

Tajuk 8.5 –  Ismah Rasul

1.      Ismah rasul bermaksud para rasul terpelihara daripada melakukan maksiat, dosa dan perkara yang mencemarkan maruah sebagai seorang rasul.
2.      Hikmah rasul bersifat maksum;

(i)                 Menjadi contoh teladan kepada manusia.
(ii)               Memberi keyakinan kepada manusia tentang risalah yang dibawa.
(iii)             Menjamin kewibawaan nabi dan rasul.
(iv)             Menolak hujah orang yang ingkar ajaran rasul.

3.      Mukzijat ialah perkara luar biasa yang dikurniakan Allah SWT kepada nabi dan rasul.
4.      Tujuan mukjizat dikurniakan kepada nabi dan rasul;

(i)                 Bukti kekuasaan Allah SWT.
(ii)               Bukti kebenaran risalah yang dibawa.
(iii)             Melemahkan musuh-musuh Allah SWT.
(iv)             Menjawab soalan dan menyahut cabaran.

  1. Jenis mukjizat;

(i)                 Mukjizat maknawi ialah mukjizat yang dapat diketahui dengan kekuatan akal fikiran seperti al-Quran.
(ii)               Mukjizat hissi ialah mukjizat yang dapat dilihat dan dirasa dengan pancaindera seperti mukjizat Nabi Muhammad SAW yang pernah membelah bulan, tongkat Nabi Musa menjadi ular dan sebagainya.

Beriman Pada Hari Akhirat

Tajuk 9.1 –  Kematian dan Alam Barzakh Satu Kepastian

1.      Mati ialah perpisahan roh daripada jasad.
2.      Barzakh dari segi bahasa bermaksud pemisah. Menurut istilah syarak barzakh bermaksud suatu kehidupan antara kehidupan dunia dengan kehidupan akhirat.
3.      Keadaan di alam barzakh bergantung kepada amalan semasa di dunia.


4.      Amalan untuk menghadapi mati;

(i)                 Bertaubat dan beristighfar kepada Allah SWT.
(ii)               Melaksanakan suruhan dan meninggalkan larangan Allah SWT.
(iii)             Sentiasa berbuat kebaikan dan kebajikan.
(iv)             Melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar.

5.      Keadaan di alam barzakh;

(i)                 Mendapat nikmat dan ketenangan bagi orang mukmin.
(ii)               Mendapat azab dan sengsara bagi orang fasik dan kafir.

6.      Hikmat mengingati mati;

(i)                 Sentiasa istiqamah dalam beribadat.
(ii)               Mendorong diri melakukan kebaikan dan menjauhi maksiat.
(iii)             Mencegah kemungkaran dalam masyarakat.
(iv)             Bebas daripada penyalahgunaan kuasa.

Tajuk 9.2 –  Hari Kiamat Satu Kebenaran

1.      Setiap orang Islam wajib beriman dengan hari kiamat kerana ia adalah salah satu daripada rukun iman.
2.      Kiamat dari segi bahasa bermaksud kebangkitan, menurut istilah syarak, kiamat ialah hari berlakunya kehancuran seluruh alam dan manusia dibangkitkan semula.
3.      Nama lain bagi kiamat ialah;

(i)                 Hari perhintungan.
(ii)               Hari pembalasan.
(iii)             Peristiwa yang pasti berlaku.
(iv)             Hari yang mengemparkan.

4.      Tanda-tanda kecil kiamat;

(i)                 Anak derhaka kepada ibu bapa.
(ii)               Banyak pergaduhan dan peperangan.
(iii)             Banyak berlaku gempa bumi dan bencana alam.
(iv)             Kaum wanita lebih ramai daripada kaum lelaki.

5.      Tanda-tanda besar kiamat;

(i)                 Muncul Imam Mahdi menegakkan syariat Islam.
(ii)               Keluar Dajjal yang menyesatkaan manusia.
(iii)             Turun Nabi Isa AS.
(iv)             Keluar Yajuj dan Makjuj.
(v)               Keluar binatang bumi (Dabbatul Ard).
(vi)             Matahari terbit dari ufuk barat.

7.      Hikmat Allah SWT mengadakan hari kiamat;

(i)                 Memberi pengadilan terhadap perbuatan baik atau jahat.
(ii)               Kehidupan manusia mempunyai matlamat untuk kebahgiaan yang abadi.
(iii)             Segera bertaubat kepada Allah SWT.
(iv)             Beriltizam dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah SWT.

Tajuk 9.3 –  Pahala Pendorong Amalan Kebaikan

1.      Pahala ialah ganjaran baik yang disediakan oleh Allah SWT untuk hamba Nya yang melakukan kebaikan.
2.      Hikmat ganjaran pahala;

(i)                 Pendorong kepada rahmat dan kasih sayang Allah SWT.
(ii)               Sebagai dorongan untuk melakukan kebaikan.
(iii)             Melahirkan masyarakat yang bertakwa kepada Allah SWT.
(iv)             Melahirkan individu yang berakhlak mulia dalam kehidupan.

3.      Langkah-langkah meningkatkan pahala;

(i)                 Melakukan amalan dengan ikhlas kerana Allah SWT.
(ii)               Menghadiri majlis-majlis ilmu.
(iii)             Berdampingan dengan teman yang suka melakukan kebaikan.
(iv)             Beriltizam melakukan kebaikan dengan bersungguh-sungguh.

Tajuk 9.4 –  Dosa Jambatan Ke Neraka

  1. Dosa ialah balasan buruk yang dijanjikan oleh Allah SWT kepada hamba Nya yang melanggar perintah Nya.
  2. Pembahagian dosa;

(i)                 Dosa kecil – perbuatan maksiat yang tidak ditentukan hukumannya di dunia.
(ii)               Dosa besar – perbuatan maksiat yang ditentukan hukumannya di dunia oleh al-Quran atau hadis dan diberi ancaman azab di akhirat.

  1. Cara-cara menghapuskan dosa besar;

(i)                 Bertaubat kepada Allah SWT dengan taubat nasuha.
(ii)               Rela menjalani hukuman di dunia yang setimpal berdasarkan syariat Islam.
(iii)             Banyak beristighfar kepada Allah SWT.

  1. Cara-cara menghapuskan dosa kecil;

(i)                 Sentiasa melakukan kebajikan.
(ii)               Menunaikan ibadat fardu.
(iii)             Banyak melakukan amalan sunat.
(iv)             Banyak beristighfar kepada Allah SWT.

  1. Langkah-langkah menjauhi dosa;

(i)                 Memperbanyakkan amalan sunat kepada Allah SWT.
(ii)               Menjauhi tempat-tempat maksiat.
(iii)             Menghadiri majlis-majlis agama.
(iv)             Meninggalkan kejahatan dan kemungkaran.

  1. Hikmat pembalasan dosa;

(i)                 Sebagai balasan atas perbuatan maksiat yang dilakukan.
(ii)               Bukti keadilan Allah SWT kepada manusia.
(iii)             Supaya manusia takut melakukan kejahatan.
(iv)             Membersihkan diri daripada dosa, orang beriman sebelum dimasukkan ke dalam syurga.
(v)               Berwaspada sebelum melakukan sesuatu perkara.

Tajuk 9.5 –  Perhimpunan Di Mahsyar

1.      Masyar dari segi bahasa bermaksud tempat berhimpun.
2.      Menurut istilah syarak ialah tempat perhimpunan agung bagi seluruh makhluk di akhirat setelah dibangkitkan daripada kubur.
3.      Hikmat Allah SWT mengadakan mahsyar;

            (i)         Yakin terhadap keadilan Allah SWT.
            (ii)        Sentiasa memuhasabah diri dan memperbaiki kelemahan yang ada.
            (iii)       Yakin bahawa amalan soleh boleh menyelamatkan seseorang daripada                                kesengsaraan di Padang mahsyar.

4.      Syafaat ialah permohonan kepada Allah SWT oleh anbiak dan solehin untuk umat dan orang yang diizinkan mendapat syafaatnya.
5.      Jenis-jenis syafaat;

            (i)         Syafaat Uzma iaitu syafaat Nabi Muhammad SAW untuk                                                    mempercepatkan hisab amalan manusia.
            (ii)        Syafaat untuk memasukkan orang soleh ke dalam syurga tanpa hisab.
            (iii)       Syafaat untuk meningkatkan darjat seseorang dalam syurga.
            (iv)       Syafaat untuk membebaskan orang beriman daripada api neraka.
            (v)        Syafaat untuk mengeluarkan orang beriman yang ‘asi dari api neraka dan                            dimasukkan ke dalam syurga.

6.      Golongan yang layak mendapat syafaat;

(i)                 Orang yang melazimkan diri membaca al-Quran.
(ii)               Orang yang sentiasa berselawat kepada Nabi Muhammad SAW.
(iii)             Orang yang berdampingan dengan ulama.
(iv)             Orang yang mati syahid.
(v)               Orang yang menziarahi baginda semasa hidup atau menziarahi makam baginda

       7.    Hikmat syafaat;

(i)                 Mendorong kasih dan cinta kepada Rasulullah SAW.
(ii)               Umat Islam akan memuliakan ulama dan orang soleh.
(iii)             Bukti kasih sayang nabi dan rahmat Allah SWT kepada manusia.
(iv)             Membuktikan bahawa manusia memerlukan pertolongan.

Tajuk 9.6 –  Al-Hisab Perhintungan Yang Adil

1.           Al-Hisab ialah perhintungan amalan manusia di dunia sama ada baik atau jahat.
2.           Al-Hisab adalah sebagai bukti keadilan Allah SWT.
3.           Proses pelaksanaan al-Hisab;

(i)                    Allah SWT akan menghitung amalan manusia sama ada kecil atau besar.
(ii)                  Semua amalan manusia akan ditayangkan kecuali dosa yang telah diampunkan oleh Allah SWT.
(iii)                Semua manusia akan diberi buku catatan.
(iv)                Ada manusia yang dihisab dengan cara yang mudah dan ada yang dihisab dengan cara yang susah.

4.           Hikmat al-Hisab;

(i)                 Berwaspada melakukan sesuatu dalam kehidupan.
(ii)               Takut melakukan dosa kerana semua perbuatan akan dihisab.
(iii)             Bukti keagungan dan kekuasaan Allah SWT.
(iv)             Menggalakkan manusia melakukan kebaikan.

5.           Kepentingan beriman dengan al-Hisab;

(i)                 Sebagai motivasi ke arah melakukan amalan soleh.
(ii)               Mendorong manusia menjauhi kezaliman.
(iii)             Melahirkan masyarakat yang sentiasa bersaing untuk melakukan kebaikan.

Tajuk 9.7 –  Al-Mizan Neraca Keadilan

1.           Al-Mizan bermaksud neraca atau pemimbang.
2.           Pelaksanaan al-Mizan adalah untui menentukan tempat seseorang sama ada di syurga atau di neraka.
3.           Kepentingan beriman dengan al-Mizan;

(i)                    Rajin dan istiqamah melakukan amalan soleh.
(ii)                  Memantapkan akidah seseorang Islam.
(iii)                Bukti keadilan Allah SWT.
(iv)                Berlaku adil dan tegas dalam tindakan.

4.           Hikmat beriman dengan al-Mizan;

(i)                    Membuktikan keadilan Allah SWT yang mutlak.
(ii)                  Mendorong manusia melakukan amalan soleh.
(iii)                Mencegah manusia melakukan kejahatan dan kemungkaran.
(iv)                Melahirkan manusia bersifat adil dan tegas pendirian.
(v)                  Membentuk sifat takut pada balasan buruk di hari akhirat.

5.           Perbezaaan antara al-Mizan dengan pertimbangan di dunia.

(i)                    Al-Mizan; menyeluruh, adil dan telus. Tiada pengaruh emosi dan diskriminasi. Tetap dan tegas. Berdasarkan zahir dan batin.
(ii)                  Pertimbangan di dunia; terbatas dan tidak terjamin ketepatannya. Wujud pengaruhemosi dan diskriminasi. Boleh berubah-ubah. Berdasarkan zahir sahaja.

Tajuk 9.8–  Titian As-Sirat

1.           As-Sirat dari segi bahasa bererti jalan, menurut syarak as-Sirat ialah titian yang merentang di atas neraka menuju ke syurga.
2.           Orang yang beriman akan berjaya melalui titian as-Sirat.
3.           Kepentingan beriman kepada as-Sirat;

(i)                    Melengkapkan kepercayaan terhadap rukun iman.
(ii)                  Melahirkan individu muslim yang baik.
(iii)                Amalan yang dilakukan bertepatan dengan syariat Allah SWT.
(iv)                Memperbanyakkan amalan agar mudah melalui titian as-Sirat.

4.           Amalan-amalan memudahkan melintasi as-Sirat;

(i)                    Beristiqamah melakukan kebaikan.
(ii)                  Mematuhi hukum-hakam yang ditetapkan oleh Allah SWT.
(iii)                Memelihara diri supaya tidak tergelincir dari landasan Islam.

5.           Hikmat beriman dengan as-Sirat;

(i)                    Meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT.
(ii)                  Bukti kekuasaan dan keadilan Allah SWT.
(iii)                Memberi keinsafan kepada manusia supaya menjauhi larangan Allah SWT.
(iv)                Supaya manusia sentiasa beramal soleh.

Tajuk 9.9 – Syurga Ganjaran Kebaikan

1.           Syurga ialah suatu tempat yang dipenuhi dengan nikmat yang disediakan oleh Allah SWT untuk hamba Nya yang beriman dan beramal soleh.
2.           Kepentingan beriman dengan syurga;

(i)                 Melengkapkan rukun iman dan kebenaran akidah.
(ii)               Menggalakkan manusia melakukan kebaikan.
(iii)             Menyakinkan bahawa kebaikan akan diberi ganjaran baik di akhirat.

3.           Nama-nama syurga;

(i)                 Jannatun Adn.
(ii)               Jannatun Makwa.
(iii)             Jannatun Firdaus.
(iv)             Darus Salam.
(v)               Darul Khulud.
(vi)             Maqam Amin.

4.           Bukti kewujudan syurga;

(i)                 Banyak ayat al-Quran dan hadis Nabi menerangkan tentang syurga.
(ii)               Rasulullah SAW telah melihat syurga ketika Israk dan Mikraj.
(iii)             Nabi Adam dan Hawa pernah tinggal di dalam syurga.

5.           Hikmat Allah SWT mengadakan syurga;

(i)                 Bukti kebesaran dan rahmat Allah SWT kepada hamba Nya.
(ii)               Memberi kesedaran kepada manusia bahawa nikmat dunia amat sedikit dibandingkan dengan nikmat syurga.
(iii)             Mengingatkan manusia bahawa setiap pengorbanan di dunia akan diberi ganjaran istimewa di akhirat.
(iv)             Menjadi motivasi kepada manusia untuk patuh pada perintah Allah SWT dan melakukan amal kebajikan.

Tajuk 9.10 – Neraka Balasan Kejahatan

1.           Neraka ialah tempat balasan seksa yang disediakan oleh Allah SWT kepada orang kafir dan orang Islam yang melakukan dosa.
2.           Kepentingan beriman kepada neraka;

(i)                 Melengkapkan rukun iman dan memastikan kebenaran akidah.
(ii)               Menghalang manusia melakukan maksiat.
(iii)             Menambah keyakinan bahawa setiap kejahatan akan diberikan balasan.

3.           Nama-nama neraka;

(i)                 Saqar.
(ii)               Sair.
(iii)             Laza.
(iv)             Jahannam.
(v)               Hutamah.
(vi)             Hawiyah.
(vii)           Jahim

4.           Bukti kewujudan neraka;

(i)                 Banyak ayat-ayat al-Quran dan hadis menceritakan tentang neraka.
(ii)               Rasulullah SAW pernah melihat neraka semasa peristiwa Israk dan Mikraj.
(iii)             Tentera bergajah telah dimusnahkan dengan batu sijjil dari neraka.

5.      Keperitan azab neraka;

(i)                 Api neraka tersangat panas dan kepanasannya akan bertambah setiap hari.
(ii)               Wajah penghuni neraka cacat dan hodoh dibakar api neraka.
(iii)             Makanannya daripada buah zaqum yang berduri dan minuman terdiri daripada air danur, kotoran darah dan nanah penghuni neraka.

6.           Kesan beriman kepada neraka;

(i)                 Menambah keyakinan terhadap kekuasaan Allah SWT.
(ii)               Menginsafkan orang yang berdosa agar segera bertaubat.
(iii)             Menimbulkan kesedaran untuk meninggalkan kemungkaran.

7.           Hikmat diadakan neraka;

(i)                 Balasan kepada orang yang mengingkari kewujudan Allah SWT.
(ii)               Janji Allah SWT kepada orang yang ingkar pada perintah Nya.
(iii)             Bukti-bukti keadilan Allah SWT.
(iv)             Menunjukkan Allah SWT berkuasa melakukan apa-apa yang dikehendaki Nya.

Tajuk 9.11 –  Persediaan Menghadapi Hari Akhirat

1.           Hari akhirat ialah alam yang kekal abadi sesudah hari kiamat.
2.           Kepentingan membuat persediaan menghadapi hari akhirat;

(i)                 Supaya manusia mencukupkan bekalan hari akhirat.
(ii)               Agar manusia mendapat ganjaran yang baik daripada Allah SWT.
(iii)             Sebagai ingatan kepada manusia bahawa segala amalan di dunia mendapat pembalasan di akhirat.

3.           Faktor-faktor untuk mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat;

(i)                 Di dunia
     
-               Istiqamah dalam setiap pekerjaan yang baik.
-               Rajin dan berakhlak mulia.
-               Berakhlak mulia.
-               Suka menolong orang.

(i)                 Di akhirat;

-               Berpegang dengan akidah Ahli Sunnah Waljamaah.
-               Menyempurnakan ibadat-ibadat wajib.
-               Memperbanyakkan amalan sunat.

4.           Perkara amar makruf yang boleh dilakukan di sekolah;

(i)                    Menjaga harta benda sekolah.
(ii)                  Mematuhi disiplin.
(iii)                Menjaga kebersihan.
(iv)                Membantu guru.



5.           Contoh nahi mungkar yang boleh dilaksanakan di sekolah;

(i)                 Menasihat rakan yang ponteng sekolah.
(ii)               Mencegah perbuatan meniru dalam peperiksaan.
(iii)             Menghindarkan diri daripada merosakkan harta sekolah.

Tajuk 9.12 –  Kesan Beriman Pada Hari Akhirat

1.           Beriman pada hari akhirat merupakan keimanan pada perkara ghaib atau sam’iyyat.
2.           Kesan beriman pada hari akhirat;

(i)                 Terhadap individu:

-               Menunaikan ibadat dengan khusyuk.
-               Bercakap dengan percakapan yang baik.
-               Bersikap adil.

(ii)               Terhadap keluarga:

-               Berkasih sayang antara sesama keluarga.
-               Mewujudkan suasana ibadat dalam rumah.
-               Membentuk institusi keluarga yang menjadi contoh dalam masyarakat.

(iii)             Terhadap masyarakat:

-               Masyarakat hidup aman dan tenteram.
-               Bersikap mengutamakan orang lain.
-               Berkerjasama meningkatkan kualiti hidup.

3.           Ciri-ciri orang yang beriman pada hari akhirat;

(i)                 Melakukan perkara yang bermanfaat dan sentiasa menambah amal ibadat dan kebajikan.
(ii)               Memakai pakaian yang menutup aurat dan sopan.
(iii)             Berakhlak mulia.
(iv)             Menambahkan ilmu pengetahuan.

4.           Langkah meningkatkan iman pada hari akhirat;

(i)                 Rajin menuntut ilmu.
(ii)               Berzikir dan bertahlil.
(iii)             Mengambil iktibar daripada bencana alam yang berlaku.
(iv)             Menyelidik dan mengkaji al-Quran.
(v)               Mengadakan program yang berunsurkan dakwah.

Tajuk 10 –  Beriman Pada Qadak dan Qadar

1.           Qadak ialah ketentuan Allah SWT sejak azali terhadap makhluk.
2.           Qadar ialah pelaksanaan sesuatu ketentuan Allah SWT terhadap makhluk Nya.
3.           Jenis-jenis qadak;

(i)                 Qadak mubram iaitu sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah SWT dan tidak berubah seperti maut dan kelahiran.
(ii)               Qadak muallaq iaitu ketentuan Allah SWT terhadap sesuatu yang sesuai dengan usaha dan ikhtiar manusia.

4.           Ikhtiar ialah usaha manusia untuk melakukan sesuatu mengikut kehendaknya bagi mencapai matlamat.
5.           Tawakal ialah berserah kepada Allah SWT setelah berusaha dan berikhtiar dengan bersungguh-sungguh.
6.           Hikmat beriman pada qadak dan qadar;

(i)                 Memantapkan akidah seseorang.
(ii)               Melahirkan sifat berani dan tetap pendirian.
(iii)             Sabar dan reda dengan takdir Allah SWT.
(iv)             Berusaha melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh.
(v)               Berdoa kepada Allah SWT.

3 ulasan:

  1. Nota yg amat ringkas dan mudah difahami. Ia memudahkan saya untuk membuat pembentangan dan menjelaskan kpd rakan2. Trima kasih.

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam