Isnin, 14 Februari 2011

Hadis T3

Pendidikan Islam
Tingkatan 3 (Hadis)

Tajuk 6 –  Amalan Mukmin Cemerlang

عن أبى مالك الحارث بن عاصم الأشعري رضى الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: الطهور شطرالأيمان والحمد لله تملأ الميزان وسبحان الله والحمد لله تملان أو تملأ ما بين السماء والأرض والصلاة نور والصدقة برهان والصبر ضياء والقران حجة لك أو عليك كل النا س يغدو فباءـع نفسه فمعتقها أو موبقها (رواه مسلم)

Maksudnya: Daripada Abu Malik Al-Haris bin ‘Asim Al-Asy’ari RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: bersuci itu sebahagian daripada iman, alhamdulillah memenuhi timbangan, subhanallah dan alhadulillah memenuhi ruang antara langit dan bumi, solat itu cahaya, sedekah itu bukti dan sabar itu sinaran, al-Quran itu hujah untuk engkau atau terhadap engkau, semua orang mempertaruhkan dirinya (antara dua pertaruhan) sama ada memerdekakannya atau membinasakannya.

  1. Rasulullah SAW menggalakkan umatnya melakukan amalan sunat bagi menampung amalan fardu.
  2. Antara amalan sunat yang terdapat dalam hadis ialah;

(i)                 Wuduk.
(ii)               Tahmid.
(iii)             Tasbih.
(iv)             Solat.
(v)               Sedekah.
(vi)             Membaca al-Quran.

3.      Maksud potongan hadis  والقرأن حجة لك  ialah al-Quran akan menjadi pembela terhadap orang yang melakukan amalan yang sesuai dengan tuntutan al-Quran.
4.      Antara amalan yang mendapat pembelaan al-Quran ialah;

(i)                 Yakin bahawa al-Quran ialah pandua hidup.
(ii)               Membaca al-Quran dengan bertajwid dan beradab.
(iii)             Memuliakan al-Quran.
(iv)             Beramal dengan tuntutan yang terkandung dalam al-Quran.
(v)               Memahami maksud ayat yang dibaca.

5.      Maksud potongan hadis حجة عليك  ialah al-Quran akan mendakwa orang yang tidak melaksanaan tanggungjawab terhadap al-Quran pada hari akhirat.
6.      Antara amalan yang menyebabkan pendakwaan al-Quran ialah;

(i)                 Tidak menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup.
(ii)               Tidak berusaha untuk menyakini al-Quran.
(iii)             Tidak mahu memahami maksud ayat-ayat al-Quran.
(iv)             Mengingkari hukum yang terdapat dalam al-Quran.
(v)               Menghina al-Quran.
7.      Akhlak mulia kepada Allah SWT:

(i)                 Melakukan ibadat fardu dan sunat.
(ii)               Rela berkorban harta, masa dan tenaga demi keredaan Allah SWT.
(iii)             Reda segala ketentuan Allah SWT.
(iv)             Malu melakukan larangan Allah SWT.

8.      Akhlak mulia kepada manusia;

(i)                 Melakukan kebaikan kepada semua manusia.
(ii)               Sentiasa memuliakan orang lain.
(iii)             Berkerjasama dan bertolak ansur melakukan kebaikan.
(iv)             Saling menghormati antara satu dengan yang lain.

Tajuk 7 –  Ihsan Terhadap Binatang

عن أبي يعلى شداد بن أوس رضى الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ان الله كتب الاحسان على كل شيء فاذا قتلتم فأحسنو القتلة واذا ذبحتم فأحسنوا الذبحة وليحد أحدكم شفرته وليرح ذبيحته (رواه مسلم)

Maksudnya: Daripada Abu Ya’la Syaddad bin Aus RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah mewajibkan berlaku ihsan atas semua perkara. Jika kamu membunuh, berlaku ihsanlah ketika membunuh dan jika kamu menyembelih, berlaku ihsanlah ketika menyembelih. Kamu hendaklah menajamkan pisau dan menyenangkan haiwan sembelihan.

  1. Ihsan terhadap binatang bermaksud membuat kebaikan seperti bertimbang rasa dan tidak menganiaya ketika menyembelih binatang.
  2. Antara kepentingan ihsan terhadap binatang;

(i)                 Mendapat ganjaran dan rahmat daripada Allah SWT.
(ii)               Melahirkan masyarakat yang penyayang.
(iii)             Memelihara habitat binatang daripada kemusnahan.

  1. Perlakuan ihsan ketika menyembelih dan membunuh;

(i)                 Menyembelih dengan menggunakan pisau yang tajam dan melakukan sembelihan dengan cepat.
(ii)               Tidak menyembelih binatang yang sedang bunting.
(iii)             Tidak membunuh dengan cara yang kejam seperti membakar.
(iv)             Tidak menyeksa sebelum membunuh.

  1. Antara bentuk penganiayaan terhadap binatang;

(i)                 Memelihara binatang dalam sangkar.
(ii)               Menyabung atau melaga binatang.
(iii)             Merendam dalam air sehingga lemas
(iv)             Memusnahkan habitat binatang.
(v)               Memukul atau menyeksa binatang.

  1. Binatang-binatang yang harus dibunuh;

(i)                 Binatang buas dan ganas.
(ii)               Binatang yang merbahaya dan beracun.
(iii)             Burung yang menyambar mangsa dengan kuku.
(iv)             Binatang perosak, kotor dan memudaratkan.







2 ulasan: