Pendidikan Islam
Tingkatan 4
Tajuk 1 – Manusia Perlu Bersyukur
Ayat Pemahaman: Surah Al An’am: Ayat 6
Maksudnya: 6. Apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyak generasi yang Telah kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) Telah kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, yaitu keteguhan yang belum pernah kami berikan kepadamu, dan kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, Kemudian kami binasakan mereka Karena dosa mereka sendiri, dan kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain.
1. Allah SWT telah melantik manusia sebagai khalifah di muka bumi dengan mengurniakan pelbagai nikmat kepada manusia.
2. Umat Islam hendaklah menyedari bahawa semua nikmat yang dikecapi di dunia ini adalah pemberian Allah yang wajib disyukuri sama ada melalui hati, lidah dan perbuatan.
3. Allah SWT telah membinasakan kaum nabi-nabi yang terdahulu kerana:
(a) mengingkari perintah Allah dan rasul dengan melakukan dosa dan maksiat.
(b) tidak mahu mensyukuri nikmat kurniaan Allah kepada mereka;
(c) menyalahgunakan nikmat Allah dengan melakukan perbuatan keji.
4. Bentuk balasan umat nabi-nabi terdahulu yang telah dibinasakan:
(a) kaum Ad – dibinasakan dengan angin putting beliung yang memusnahkan diri dan harta;
(b) kaum Tsamud – dibinasakan dengan halilintar yang kuat dan gempa bumi yang dahsyat;
(c) kaum Lut – dibinasakan dengan menterbalikkan negeri mereka.
5. Tanggungjawab manusia sebagai khalifah Allah SWT ialah:
(a) melaksanakan perintah Allah SWT dengan beribadat kepadanya;
(b) memelihara dan menegakkan agama Allah;
(c) membangun, mengurus dan memakmurkan manusia dan alam dengan baik;
(d) sentiasa mensyukuri nikmat dan kurniaan pemberian Allah.
Tajuk 2 – Rasul Penyampai Wahyu
Ayat Pemahaman: Surah Al An’am: Ayat 50
Maksudnya: 50. Katakanlah: Aku tidak mengatakan kepadamu, bahwa perbendaharaan Allah ada padaku, dan tidak (pula) Aku mengetahui yang ghaib dan tidak (pula) Aku mengatakan kepadamu bahwa Aku seorang malaikat. Aku tidak mengikuti kecuali apa yang diwahyukan kepadaku. Katakanlah: "Apakah sama orang yang buta dengan yang melihat?" Maka apakah kamu tidak memikirkan(nya)?"
1. Rasul ialah golongan lelaki yang diberi wahyu oleh Allah SWT kepadanya dan wajib menyampaikan kepada orang lain.
2. Sebab manusia perlu pada pimpinan wahyu dan pengajaran para rasul:
(a) akal manusia tidak dapat mengetahui perkara-perkara ghaib;
(b) manusia tidak tahu hakikat sebenar sesuatu perkara;
(c) wahyu membimbing manusia pada jalan yang benar mengikut syariat Islam.
3. Bahagian-bahagian perkara ghaib ialah:
(a) perkara yang hanya diketahui Allah SWT, contohnya masa berlakunya kiamat dan ajal maut seseorang;
(b) perkara yang telah berlaku, contohnya kisah-kisah nabi dan kemusnahan umat yang terdahulu;
(c) sesuatu yang wujud tetapi tidak boleh dilihat oleh pancaindera seperti kewujudan malaikat, syaitan, syurga dan neraka;
(d) sesuatu yang akan berlaku, contohnya kemunculan Dajal, Yakjuj dan Makjuj;
(e) perkara yang diketahui oleh manusia melalui ilmu dan kajian, contohnya jenis-jenis tumbuhan yang boleh dijadikan ubat.
4. Alam ini merupakan khazanah Allah SWT. Manusia hendaklah berusaha mendalami ilmu pengetahuan agar maklumat dan rahsia yang tersembunyi tentang alam ini dapat diketahui.
5. Di samping itu, orang Islam juga wajib berfikir berpandukan wahyu Ilahi kerana hal ini dapat menyelamatkan kehidupan mereka di dunia dan di akhirat.
Tajuk 3 – Larangan Mempersendakan Agama
Ayat Pemahaman: Surah Al An’am: Ayat 70
Maksudnya: 70. Dan tinggalkan lah orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda gurau, dan mereka Telah ditipu oleh kehidupan dunia. Peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu agar masing-masing diri tidak dijerumuskan ke dalam neraka, Karena perbuatannya sendiri. tidak akan ada baginya pelindung dan tidak pula pemberi syafa'at selain daripada Allah. dan jika ia menebus dengan segala macam tebusanpun, niscaya tidak akan diterima itu daripadanya. mereka Itulah orang-orang yang dijerumuskan ke dalam neraka. bagi mereka (disediakan) minuman dari air yang sedang mendidih dan azab yang pedih disebabkan kekafiran mereka dahulu.
1. Allah SWT memerintahkan orang Islam supaya menjauhi golongan yang mempersendakan agama Islam agar tidak mendapat azab di akhirat kelak.
2. Ciri-ciri golongan yang mempersendakan agama Allah SWT ialah:
(a) memperkecilkan tuntutan agama;
(b) bangga apabila melanggar perintah Allah SWT;
(c) menghina orang yang bertakwa;
(d) menyanjung orang yang melakukan maksiat.
3. Antara golongan yang mempersendakan agama Islam termasuklah golongan Musyrikin, Munafik, Murtad dan ‘Asi.
4. Cara-cara menjauhkan diri daripada terjerumus dengan golongan yang mempersendakan agama:
(a) taat dan patuh kepada perintah Allah SWT;
(b) berakhlak mulia sesama insan dan makhluk lain;
(c) berwaspada dengan rakan-rakan yang suka mempersendakan agama;
(d) mengelakkan diri daripada terpengaruh dengan pangkat dan kekayaan dunia.
5. Akibat mempersendakan agama Allah SWT:
(a) batal iman atau rosak akidah;
(b) segala kebaikan yang dilakukan akan menjadi sia-sia;
(c) sukar mendapat hidayat dan rahmat Allah SWT;
(d) dimurkai Allah SWT dan akan mendapat azab di akhirat.
6. Antara langkah-langkah yang perlu diambil untuk menjamin keutuhan umat Islam termasuklah:
(a) mempertingkat penguasaan sains dan teknologi;
(b) memperteguh keupayaan dalam ekonomi;
(c) memperkuat pertahanan negara;
(d) memperlengkap diri dengan pelbagai kemahiran ilmu;
(e) menjana kemantapan sahsiah umat Islam dari segi fizikal dan spiritual.
7. Di samping itu, umat Islam hendaklah menjauhkan diri daripada golongan anti hadis dan mereka yang tergolong dalam golongan yang mempersendakan agama.
8. Pengajaran ayat:
(a) umat Islam wajib menjaga kesucian agama Islam.
(b) agama Islam bukan alat kepentingan peribadi atau golongan tertentu;
(c) orang yang mempersendakan agama akan menerima seksaan yang pedih.
Tajuk: 4 – Hidayat Milik Allah
Ayat Pemahaman: Surah al-An’am: Ayat 125
Maksudnya: 125. Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, niscaya dia melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam. dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, niscaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki langit. begitulah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman.
1. Hidayah ialah panduan , petunjuk dan pimpinan Allah SWT kepada manusia ke jalan yang benar. Allah SWT berkuasa memberi hidayat kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya.
2. Umat Islam hendaklah berusaha untuk mendapat hidayat Allah dengan cara:
(a) sentiasa berdoa untuk memohon hidayat Allah;
(b) melakukan perintah Allah dan sentiasa berakhlak mulia;
(c) melakukan sesuatu pekerjaan dengan hati yang ikhlas;
(d) sentiasa berjihad melawan nafsu.
3. Ciri-ciri orang yang mendapat hidayat:
(a) sentiasa beriman dan bertakwa kepada Allah;
(b) memiliki akhlak dan peribadi yang mulia;
(c) sentiasa melakukan amal kebajikan;
(d) memiliki jiwa yang tenang, aman dan tenteram;
4. Umat Islam wajib menjalankan tugas menyampaikan dakwah mengikut panduan dan asas-asas yang disampaikan oleh Allah SWT melalui wahyu-Nya.
5. Kesan hidayat Allah SWT kepada manusia:
(a) berubah daripada seseorang yang tidak beriman kepada yang beriman;
(b) orang bukan Islam akan memilih agama Islam;
(c) peningkatan ketara dalam ibadat sama ada fardu ain atau fardu kifayah;
(d) terdorong melakukan tugas amar makruf nahi mungkar.
Tajuk: 5 – Akidah Teras Kehidupan
Ayat Hafazan: Ayat 162 – 163, Ayat Pemahaman: Ayat 161 – 165
Maksudnya: 161. Katakanlah: "Sesungguhnya Aku Telah ditunjuki oleh Tuhanku kepada jalan yang lurus, (yaitu) agama yang benar, agama Ibrahim yang lurus, dan Ibrahim itu bukanlah termasuk orang-orang musyrik". 162. Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. 163. Tiada sekutu bagiNya; dan demikian Itulah yang diperintahkan kepadaku dan Aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah)". 164. Katakanlah: "Apakah Aku akan mencari Tuhan selain Allah, padahal dia adalah Tuhan bagi segala sesuatu. dan tidaklah seorang membuat dosa melainkan kemudharatannya kembali kepada dirinya sendiri; dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain. Kemudian kepada Tuhanmulah kamu kembali, dan akan diberitakan-Nya kepadamu apa yang kamu perselisihkan." 165. Dan dia lah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian (yang lain) beberapa derajat, untuk mengujimu tentang apa yang diberikan-Nya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat siksaan-Nya dan Sesungguhnya dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
1. Nikmat kurniaan Allah SWT yang paling agung kepada manusia ialah nikmat iman dan Islam.
2. Umat Islam hendaklah memelihara nimat tersebut dengan sentiasa berdoa dan melakukan ibadat dengan ikhlas kerana Allah SWT.
3. Ajaran Islam menekankan prinsip hidup berteraskan akidah tauhid iaitu:
(a) "حبل من الله" – hubungan manusia dengan Allah contohnya solat dan puasa;
(b) "حبل من الناس" – hubungan baik sesame manusia seperti berjual beli dan berkomunikasi.
4. Islam adalah cara hidup (Ad-Din) manusia kerana:
(a) ajaran Islam meliputi aspek kehidupan manusia;
(b) Islam meliputi pelbagai bidang ilmu iaitu akidah, ibadat, akhlak, muamalat, jenayah, sirah dan sebagainya;
(c) Islam juga merangkumi setiap persoalan dunia dan akhirat.
5. Sebab manusia dipertanggungjawabkan di atas semua perbuatannya:
(a) mereka telah dikurniakan akal untuk membezakan antara perkara yang baik dengan yang buruk;
(b) mereka telah dikurniakan al-Quran dan rasul untuk membimbing ke arah kebenaran;
(c) manusia diberikan tenaga dan usaha untuk memajukan diri dan ala mini.
6. Pengajaran ayat:
(a) agama Islam adalah agama yang benar dan diredai Allah SWT;
(b) matlamat hidup umat Islam adalah berteraskan syariat Allah;
(c) golongan yang paling mulia adalah golongan yang bertakwa;
(d) Allah bersifat Maha Adil terhadap semua makhluk-Nya.
Tajuk: 6 – Ciri-Ciri Mukmin Yang Berjaya
Ayat Hafazan/Ayat Pemahaman: Surah al-Mukminun: Ayat 1 – 11
Maksudnya: 1. Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, 2. (yaitu) orang-orang yang khusyu' dalam sembahyangnya, 3. Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna, 4. Dan orang-orang yang menunaikan zakat, 5. Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, 6. Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki; Maka Sesungguhnya mereka dalam hal Ini tiada terceIa. 7. Barangsiapa mencari yang di balik itu, Maka mereka Itulah orang-orang yang melampaui batas. 8. Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya. 9. Dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya. 10. Mereka Itulah orang-orang yang akan mewarisi, 11. (yakni) yang akan mewarisi syurga Firdaus. mereka kekal di dalamnya.
1. Ciri-ciri mukmin yang berjaya di dunia dan di akhirat:
(a) khusyuk ketika mengerjakan solat;
(b) meninggalkan perbuatan yang lagha (sia-sia);
(c) mengeluarkan zakat apabila telah cukup syarat-syaratnya;
(d) menjaga maruah dan kehormatan diri ketika bersaorangan atau semasa bermuamalah;
(e) memelihara amanah dan menepati janji terhadap Allah dan manusia;
(f) menunaikan solah dengan sempurna pada waktunya.
2. Antara cara-cara untuk memperoleh khusyuk dalam solat termasuklah:
(a) memahami maksud setiap ayat dan lafaz yang dibaca;
(b) tidak mengingati perkara lain yang boleh menghilangkan tumpuan dalam solat;
(c) memastikan suasana dan tempat solat bersih, tenang dan aman;
(d) menumpukan pandangan ke tempat sujud.
3. Mukmin yang berjaya dan cemerlang juga sentiasa menjauhi perkara lagha (sia- sia) yang tidak mendatangkan faedah kepada diri, agama, masyarakat dan negara.
4. Mereka juga sentiasa menjaga maruah dan kehormatan diri dengan cara:
(a) menutup aurat dengan sempurna;
(b) menjauhkan diri daripada pergaulan bebas dan zina;
(c) menyalurkan keinginan nafsu syahwat melalui perkahwinan;
(d) mengamalkan akhlak yang mulia.
5. Golongan ini sentiasa juga menunaikan janji dan melaksanakan segala tugas yang diamanahkan dengan sempurna.
6. Golongan yang mempunyai ciri-ciri di atas telah dijanjikan oleh Allah SWT syurga yang tertinggi iaitu syurga Firdaus.
Tajuk: 7 – Nasihat Luqman Al-Hakim
Ayat Hafazan/Ayat Pemahaman: Surah Luqman, Ayat: 12 – 19
Maksudnya: 12. Dan Sesungguhnya Telah kami berikan hikmat kepada Luqman, yaitu: "Bersyukurlah kepada Allah. dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), Maka Sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barangsiapa yang tidak bersyukur, Maka Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji". 13. Dan (Ingatlah) ketika Luqman Berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, Sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar". 14. Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu- bapanya; ibunya Telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. bersyukurlah kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakmu, Hanya kepada-Kulah kembalimu. 15. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, Maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, Kemudian Hanya kepada-Kulah kembalimu, Maka Kuberitakan kepadamu apa yang Telah kamu kerjakan. 16. (Luqman berkata): "Hai anakku, Sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, niscaya Allah akan mendatangkannya (membalasinya). Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui. 17. Hai anakku, Dirikanlah shalat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan Bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah). 18. Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri. 19. Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keledai.
1. Luqman Al-Hakim ialah seorang hamba Allah yang soleh. Beliau hidup pada zaman Nabi Daud AS dan dianugerahi dengan pengetahuan, kebijaksanaan, kefahaman agama yang mendalam, kemuliaan dan kedudukan yang tinggi.
2. Antara intisari nasihat Luqman kepada anaknya yang boleh dijadikan panduan dalam menjalani kehidupan termasuklah:
(a) jangan melakukan perbuatan syirik;
(b) berbuat baik kepada kedua ibu bapa;
(c) menunaikan ibadat solat dengan sempurna;
(d) melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran;
(e) bersabar terhadap bala bencana;
(f) jangan bersifat sombong.
3. Umat Islam hendaklah menjauhi perbuatan syirik kerana perbuatan itu merupakan salah satu dosa besar yang tidak diampunkan oleh Allah SWT.
4. Anak-anak hendaklah mentaati ibu bapa dan menjadi anak yang soleh seperti meminta nasihat dan tunjuk ajar daripada ibu bapa serta mendoakan kesejahteraan dan kebahgiaan hidup mereka.
5. Solat wajib didirikan kerana solat yang sempurna dapat membentuk peribadi yang mulia dan mencegah daripada perbuatan mungkar.
mana no 8?
BalasPadam