Isnin, 14 Februari 2011

Adab dan Akhlak Islamiah T5

Pendidikan Islam                                                                         Adab dan Akhlak Islamiah
Tingkatan 5

Tajuk: 32 – Adab Bermusafir

1.         Hukum bermusafir:

(a)    wajib: bagi Muslim yang berkemampuan bermusafir ke Mekah untuk menunaikan haji dan umrah;
(b)   sunat: menziarahi Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjid Aqsa;
(c)    harus: bermusafir bagi tujuan yang diharuskan syarak;
(d)   makruh: bermusafir yang tidak mempunyai tujuan dan matlamat;
(e)    haram: bermusafir ke tempat maksiat dan bertujuan melakukan maksiat.

2.         Adab bermusafir:

(a)    berdoa memohon petunjuk dan keselamatan daripada Allah sebelum memulakan perjalanan;
(b)   menyediakan keperluan asas yang mencukupi;
(c)    melantik seorang ketua sekiranya bermusafir secara berkumpulan;
(d)   mengucapkan selamat tinggal kepada ahli keluarga yang tinggal;
(e)    mengerjakan solat jamak dan qasar ketika bermusafir.


Tajuk: 33 – Adab Bernegara

1.         Adab bernegara:

(a)    menjaga nama baik negara: mengharumkan nama negara dan mencipta sesuatu kejayaan yang memperkenalkan nama negara di peringkat antarabangsa;
(b)   cinta kepada negara: menjaga keamanan dan keharmonian serta mempertahankan negara;
(c)    memelihara keamanan dan kesejahteraan negara, menghindari segala bentuk ancaman yang mengugat keamanan dan melakukan perkara yang dapat mewujudkan perpaduan dalam negara;
(d)   berbakti kepada negara: bercita-cita untuk menyumbangkan bakti, sanggup berkorban nyawa dan harta serta berusaha memajukan negara dalam pelbagai aspek.

2.         Faedah menjaga adab bernegara:

(a)    negara maju dan membangun dengan baik;
(b)   nama negara harum di mata dunia;
(c)    negara terselamat daripada ancaman musuh;
(d)   dapat memupuk semangat cintakan negara dan sanggup berkorban demi agama, bangsa dan negara.


Tajuk: 34 – Adab Dengan Pemimpin

1.         Pemimpin ialah orang yang bertanggungjawab memimpin sesebuah organisasi         atau negara.

2.         Tanggungjawab pemimpin:

(a)    menjaga dan memelihara agama;
(b)   berlaku adil terhadap rakyat;
(c)    menyediakan keperluan asas kepada rakyat;
(d)   menjaga keselamatan negara;
(e)    berusaha membangunkan negara.

3.         Adab rakyat terhadap pemimpin:

(a)    wajib mentaati pemimpin selagi tidak disuruh melakukan maksiat;
(b)   berkerjasama dan membantu pemimpin;
(c)    memberikan sokongan yang padu;
(d)   melaksanakan dasar-dasar kerajaan.


Tajuk: 35 – Adab Berjihad

1.         Jihad ialah usaha yang dilakukan oleh seseorang Muslim dengan menggunakan      seluruh kemampuan untuk menegakkan Islam dan mendapat keredaan Allah.

2.         Peringkat jihad:

(a)    berjihad membaiki diri seperti menuntut ilmu dan berusaha dengan tekun hingga berjaya;
(b)   berjihad melawan syaitan iaitu menghapuskan perasaan was-was dan melawan sifat mazmumah dalam diri;
(c)    berjihat melawan orang kafir dengan hati, lidah, harta dan nyawa.
(d)   Berjihad menghapuskan kezaliman dan kemungkaran.

3.         Adab-adab berjihad:

(a)    berjihad dengan hati yang ikhlas;
(b)   sanggup berkorban harta, nyawa dan masa pada jalan Allah;
(c)    komited, iltizam dan istiqamah dalam perjuangan;
(d)   patuh pada arahan ketua;
(e)    memiliki semangat berjemaah dan berpasukan dalam perjuangan.
Tajuk: 36 – Adab Memelihara Alam

1.         Langkah memelihara dan memulihara alam:

(a)    tidak melakukan pembakaran hutan dengan sewenang-wenangnya;
(b)   tidak membuang sampah dan sisa-sisa toksid ke dalam sungai dan laut;
(c)    melakukan penanaman semula pokok yang telah ditebang.

2.         Kepentingan memelihara alam:

(a)    alam terpelihara dan terjaga;
(b)   manusia dapat memanfaatkan kejadian alam dengan baik dan sempurna;
(c)    terhindar daripada penyakit.

3.         Faktor pencemaran alam:

(a)    sikap tidak bertanggungjawab dan tamak dalam diri;
(b)   memiliki akhlak yang buruk;
(c)    bersikap sambil lewa atau ambil mudah terhadap sesuatu perkara.


Tajuk: 37 – Adab Memberi dan Menerima Hadiah serta Sedekah

1.         Hadiah ialah pemberian sebagai satu penghargaan, tanda kasih sayang atau pujian.

2.         Sedekah ialah pemberian yang dilakukan untuk mendekatkan diri kepada Allah.

3.         Islam menggalakkan umatnya memberikan sedekah atau hadiah bagi mengeratkan             silatulrahim sesama Islam . Hukum bersedekah dan memberi hadiah adalah sunat.

4.         Jenis-jenis sedekah termasuklah senyuman, amar makruf dan nahi mungkar,            menyelesaikan masalah orang lain, wang atau harta benda serta memberikan             khidmat.

5.         Adab bersedekah dan memberi hadiah termasuklah:

(a)    bersedekah dengan hati yang ikhlas;
(b)   bersedekah pada barang yang disayangi, masih baik dan boleh digunakan;
(c)    tidak menunjuk-nunjuk atau mengungkit semula barang yang telah diberikan.

6.         Kelebihan memberikan hadiah dan sedekah:

(a)    mendapat ganjaran daripada Allah;
(b)   disukai oleh manusia;
(c)    rezeki akan bertambah.

Tajuk: 38 – Adab Berniaga

1.         Berniaga ialah pertukaran harta dengan harta berdasarkan syarat-syarat tertentu.

2.         Adab berniaga:

(a)    amanah dan jujur dalam urusan perniagaan;
(b)   mengendalikan urusan perniagaan dengan sebaik mungkin;
(c)    penjual dan pembeli saling bekerjasama dan bertolak ansur;
(d)   menjauhi perkara-perkara yang haram seperti riba dan rasuah;
(e)    melindungi hak-hak penjual dan pembeli.

3.         Kebaikan mengamalkan adab berniaga:

(a)    lahir masyarakat yang sejahtera dan hormat-menghormati;
(b)   menghindari perbuatan menipu atau menyorok barang;
(c)    keperluan masyarakat dapat disediakan melalui aktiviti perniagaan yang dilakukan secara jujur, ikhlas dan bertanggungjawab.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan