Isnin, 14 Februari 2011

Akidah T5

Pendidikan Islam
Tingkatan 5

Tajuk: 9 – Iman Mutiara Hidup

1.         Iman menurut bahasa bererti mengiktiraf, mengakui dan membenarkan sesuatu       tanpa mendustakannya. Menurut istilah, iman ialah membenarkan dengan hati,          mengikrarkan dengan lidah dan mengamalkan dengan anggota.

2.         Iman bertambah dengan melakukan ibadat dan ketaatan serta meningkatkan ilmu   pengetahuan. Iman pula akan berkurang apabila melakukan dosa.

3.         Ciri-ciri orang yang bertambah iman:

(a)    mempunyai ilmu pengetahuan tentang Allah dan rasul Nya;
(b)   banyak melakukan ibadat-ibadat sunat;
(c)    melazimi berzikir kepada Allah;
(d)   selalu berfikir tentang kebesaran Allah.

4.         Orang yang beriman dapat berasakan kemanisan iman apabila tiga perkara yang      berikut ada dalam diri mereka iaitu:

(a)    mencintai Allah dan rasul melebihi segalanya;
(b)   mengasihi sesame manusia kerana Allah;
(c)    benci kepada kekufuran.

5.         Orang yang mendapat kemanisan iman dapat memelihara dirinya daripada kemaksiatan kepada Allah serta menjauhkan diri daripada tipu daya dunia.

Tajuk: 10 – Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

1.         Denfinisi kumpulan yang berpegang teguh dengan al Quran, sunnah Rasulullah SAW dan perkara yang dibawa oleh para sahabat, serta menentang perkara-perkara bida’ah.

2.         Muncul selepas berlaku pepecahan dalam kalangan umat Islam yang dikenal Al Fitnah Al Kubra.

3.         Namanya dimasyhurkan oleh Imam Abu Hassan As Asy’ari dan Abu Mansur Al Maturidi.

4.         Syiah: golongan yang mendokong cita-cita untuk menjadikan Saidina Ali sebagai khalifah.

5.         Terbahagi kepada tiga iaitu: Syiah Imamiyyah, Syiah Zaidiyyah dan Syiah Batiniyyah.

6.         Khawarij: penyokong Saidina Ali yang berjuang menentang Muawiyah bin Abu Sufian, tetapi menolak Majlis Tahkim.
7.         Langkah-langkah memelihara akidah:

(a)    mempelajari asas-asas akidah;
(b)   membina ketahanan akidah dengan berdoa;
(c)    menghindarkan diri daripada pengamal ajaran sesat.

Tajuk: 11 – Ajaran Sesat

1.         Definisi: ajaran atau amalan yang didakwa sebagai ajaran Islam sedangkan             hakikatnya bercanggah dengan al Quran dan as Sunnah.

2.         Ciri-ciri ajaran sesat:

(a)    mencemarkan kesucian al Quran dan hadis;
(b)   mengubah prinsip-prinsip asas dalam akidah Islam;
(c)    mendewa-dewakan pemimpin;
(d)   mengubah bentuk ibadat serta konsep pahala dan dosa;
(e)    menolak hadis.

3.         Kesan buruk mengamalkan ajaran sesat:

(a)    terhadap individu: rosak akidah, masa terbuang, minda tertutup dan kehidupan tidak stabil;
(b)   terhadap masyarakat: perpaduan tergugat, berlaku keganasan dan institusi keluarga runtuh;
(c)    terhadap negara: mundur dan tidak stabil.

4.         Pembawa ajaran sesat menyelewengkan asas-asas akidah pengikutnya.

5.         Langkah-langkah menangani ajaran sesat:

(a)    melengkapkan diri dengan kefahaman Islam yang sebenar;
(b)   program pemulihan akidah;
(c)    kerjasama dalam menguatkuasakan undang-undang.

6.         Jadual di bawah menunjukkan tentang contoh-contoh ajaran sesat beserta   pengasas dan ciri-ciri kesesatannya:

Ajaran
Pengasas
Ciri-ciri Kesesatan
Qadiani
Mirza Ghulam Ahmad
- mendakwa masih ada nabi selepas Nabi 
  Muhammad SAW.
- Menghapuskan jihad.
- Menghukum kafir selain penganut Qadiani
Taslim
Haji Muhammad Syafie
- Percaya alam ini bersifat qadim.
- Mentafsir ayat al Quran mengikut hawa nafsu
- Mengharuskan perzinaan.
Bahai
Husain Ali Al Mazandarani
- Beriktikad alam ini bersifat baqa’
- Memansuhkan agama Islam.
- Menganggap Arce di Palestin sebagai kiblat baru.

2 ulasan:

  1. Kesan buruk ajaran sesat terhadap negara adalah negara akanmundur dan tidak stabil kerana pemimpinnya dipengaruhi oleh golongan ini...boleh tak mcm ni?

    BalasPadam
  2. Adakah jwpn itu lengkap atau x ckup point lagi?

    BalasPadam