Pendidikan Islam Hadis
Tingkatan 5
Tajuk: 7 – Kehidupan Di Dunia Ibarat Seorang Perantau
عن عبدالله بن عمر رضى الله عنهما قال أخذ رسول الله صلى عليه وسلم بمنكبي فقال كن في الدنيا كانك غريب أو عابر سبيل وكان ابن عمر يقول اذا أمسيت فلا تنتطر الصباح واذا أصحبت فلا تنتظر المساء وخذ من صحتك لمرضك ومن حياتك لموتك – رواه البخاري
Maksunya: Daripada Abdullah bin Umar ra katanya: Rasulullah SAW memegang bahuku seraya bersabda: jadilah di atas dunia ini sebagai seorang perantau: Ibn Umar berkata: Apabila kamu berada pada waktu petang, janganlah tunggu menjelangnya waktu pagi. Apabila kamu berada pada waktu pagi, janganlah tunggu menjelangnya waktu petang. Gunakan peluang untuk beramal semasa kamu sihat untuk persediaan ketika kamu sakit dan semasa kamu hidup untuk persediaan matimu.
1. Tempoh kehidupan manusia terlalu singkat berbanding di alam akhirat yang kekal abadi.
2. Bekalan terbaik untuk kehidupan di akhirat adalah takwa iaitu melaksanakan segala perintah Allah serta menjauhkan segala larangan Nya dengan taat.
3. Teknik pengurusan masa yang efektif yang perlu diamalkan oleh setiap Muslim:
(a) merancang penggunaan masa;
(b) menguruskan masa dengan bijak;
(c) menentukan wawasan hidup.
4. Kelebihan menyegerakan segala urusan dalam kehidupan:
(a) dimuliakan oleh Allah dan rasul;
(b) urusan dapat disempurnakan dengan berkualiti dan mengikut jadual;
(c) dapat menyumbang ke arah kemajuan negara;
(d) hidup tenang dan sejahtera.
Tajuk: 8 – Orang Beriman Kekasih Allah
عن أبي هريرة قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ان الله قال من عادى لي وليا فقد اذنته بالحرب وما تقرب الي عبدي بشيء أحب الي مما افترضت عليه وما يزال عبدي يتقرب الي بالنوافل حتي أحبه فاذا أحببته كنت سمعه الذي يسمع به وبصره الذي يبصربه ويده التي يبطش بها ورجله التي يمشي بها وان سألني لأعطينه ولـْن استعاذني لأعيذنه - رواه البخاري
Maksudnya: Daripada Abu Hurairah katanya: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah berfirman: Sesiapa yang memusuhi wali-Ku , Aku mengistiharkan perang terhadapnya. Tiada amalan yang mendekatkan dirinya kepada Ku yang lebih Ku sukai daripada amalan yang Aku fardukan. Hamba-Ku yang mendekatkan diri kepada Ku dengan sentiasa melakukan amalan sunat Aku akan mengasihinya. Apabila Aku mengasihinya, pendengarannya, penglihatannya, tangannya yang digunakan untuk memegang dan kaki yang digunakan untuk berjalan, semuanya berdasarkan keredaan dan kawalan-Ku. Jika dia meminta kepada Ku, Aku akan memperkenankannya dan jika dia memohon perlindungan-Ku Aku akan melindunginya.
1. Wali: dari segi bahasa bererti bantuan atau perlindungan daripada Allah. Menurut istilah ialah manusia biasa yang beriman, bertakwa dan beristiqamah melaksanakan perintah Allah dan menjauhkan larangan-Nya secara zahir dan batin.
2. Allah amat menyanyangi para wali-Nya dan memberi ancaman kepada sesiapa yang memusuhi wali-Nya.
3. Ciri-ciri para wali Allah:
(a) berilmu pengetahuan tinggi;
(b) ikhlas beramal dan istiqamah dengan ilmu;
(c) berakhlak mulia.
4. Amalan sunat (nawafil) serta hubungan baik sesama manusia seperti menjaga silaturahim dan ziarah menziarahi dapat mendekatlan diri kepada Allah.
5. Kelebihan orang yang melakukan ibadat nawafil:
(a) dikasihi oleh Allah dan rasul;
(b) dimakbulkan doa dan diberkati hidupnya;
(c) diri dilindungi daripada perkara maksiat dan kejahatan;
(d) diberikan ganjaran pahala dan syurga.
tajuk hadis t5 dua ini sahaja ka?
BalasPadamya busku
BalasPadamkalau dia tanya nama wali Allah ape jwpn dia yer?
BalasPadamitu di luar silibus, mungkin dia bagi nama wali and then suruh beri pendapat
PadamPara sahabat Nabi SAW - Sayidina Abu Bakar,Umar,Uthman,Ali) dan Salafussoleh - Uwais al-Qarni & Hassan al-Basri 😊
Padamcoloriage licorne
BalasPadamcoloriage adulte
coloriage a imprimer
Visit W3Schools.com!
einhorn ausmalbild
malbuch für erwachsene
bilder zum nachmalen
Visit W3Schools.com!Libro Para Colorear
unicornio para coloreardibujos para colorear adultosLibro Da Colorare
disegni da colorare per adultieinhorn ausmalbildmalbuch für erwachsenebilder zum nachmalencoloriage licornecoloriage adultecoloriage a imprimer
Libro Da Colorare
disegni da colorare per adulti