Isnin, 14 Februari 2011

Ibadat T5

Pendidikan Islam
Tingkatan 5

Tajuk 12 – Perkahwinan Dalam Islam

1.         Perkahwinan: akad yang menggunakan lafaz nikah atau bahasa-bahasa lain yang    memberi makna nikah, yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dengan          perempuan.

2.         Hukum perkahwinan:

(a)    Harus, orang yang tidak mempunyai sebab yang mendesak untuknya berkahwin dan tidak pula mengharamkannya berkahwin.
(b)   Wajib, orang yang mampu menunaikan nafkah zahir dan batin, sekiranya tidak berkahwin, takut terjerumus kepada zina.
(c)    Sunat, orang yang mampu menunaikan nafkah zahir serta berkeinginan untuk berkahwin tetapi tidak dikuatiri terjerumus kepada zina.
(d)   Makruh, orang yang tidak mampu memberi nafkah tetapi ada keinginan untuk berkahwin.
(e)    Haram, orang yang tidak mampu menunaikan nafkah zahir dan batin atau diyakini akan berlaku zalim terhadap pasangannya.

3.         Hikmat perkahwinan:

(a)    menjamin kesihatan;
(b)   memupuk kasih sayang;
(c)    memenuhi tuntutan rohani dan jasmani;
(d)   memberi ketenteraman kepada suami dan isteri.

Tajuk 13 – Kaifiat Perkahwinan Dalam Islam

1.         Pemilihan calon suami dan isteri

            1.1       Ciri-ciri suami yang baik:

(a)    beriman, bertakwa dan soleh;
(b)   berketurunan baik dan berilmu;
(c)    bertanggungjawab, penyayang dan bertimbang rasa.

1.2              Perempuan yang haram dikahwini:

(a)    haram sementara seperti perempuan yang dicerai dengan talak tiga, perempuan yang bersuami dan perempuan yang masih dalam idah.


(b)   haram selama-lamanya iaitu; I – persemendaan, ibu tiri dan ke atas, menantu perempuan dan ibu mertua; II – penyusuan, ibu susuan dan ke atas, anak susuan dan adik beradik susuan; III – keturunan, ibu, nenek dan ke atas serta anak perempuan, cucu dan ke bawah.

2.         Peminangan dan batas-batas pergaulan

(a)    Merisik: bertanya kepada seseorang atau melihat sendiri bakal isterinya.
(b)   Meminang: lamaran daripada lelaki kepada perempuan untuk dijadikan isteri.
(c)    Sunat melihat muka dan dua tangan bakal isteri.
(d)   Pergaulan antara pasangan yang bertunang masih sebagai ajnabi (asing).

3.         Rukun nikah

(a)    Rukun Nikah: lelaki, perempuan wali, dua orang saksi dan sighah.
(b)   Syarat bakal suami: Islam, lelaki, tidak beristeri empat, bukan dalam ihram dan bukan mahram kepada isteri.
(c)    Syarat bakal isteri: Islam/ahli kitab, perempuan, bukan isteri orang, bukan dalam ihram, bukan dalam idah dan bukan mahram kepada suami.
(d)   Wali: orang yang berkuasa untuk mengahwinkan seseorang perempuan.
(e)    Bahagian wali:

                        i-          wali nasab: wali keturunan iaitu wali mujbir (bapa dan datuk) dan                                       wali bukan mujbir (selain bapa dan datuk).
                        ii-         wali hakim: orang yang diberi kuasa oleh sultan/pemerintah untuk                                       mengahwinkan perempuan ketika ketiadaan wali.

(f)    Syarat-syarat wali nikah:

i-                    Islam
ii-                  Lelaki
iii-                Baligh
iv-                Berakal
v-                  Tidak dalam ihram
vi-                Merdeka
vii-              Tidak ditegah kuasanya daripada membelanjakan harta.

(g)   Sebab perpindahan kuasa wali nasab kepada wali hakim:

i-                    tidak terdapat wali nasab mengikut susunan;
ii-                  wali akrab tidak dapat dikesan dan tidak diketahui sama ada hidup atau mati;
iii-                wali tinggal jauh melebihi dua marhalah;
iv-                wali akrab dalam tahanan dan tidak dapat dihubungi

(h)   Saksi pula dapat memberi keterangan sekiranya berlaku pertikaian, menjamin perkahwinan itu sah serta mengelakkan berlakunya fitnah.

4.         Mahar dan walimatulurus

(a)    Mahar: pemberian wajib daripada suami kepada isteri dalam bentuk wang atau sesuatu yang bernilai selepas akad nikah;
(b)   Jenis mahar:

i-                    mahar musamma: mahar yang ditentukan kadarnya mengikut persetujuan kedua belah pihak;
ii-                  mahar misil: mahar mengikut kadar mahar saudara perempuan.

(c)    Walimatulurus: kenduri atau jamuan yang diadakan untuk meraikan sesebuah perkahwinan.

Tajuk 14 – Tanggungjawab Suami Dan Isteri

1.         Tanggungjawab suami:

(a)    memberi nafkah zahir dan batin;
(b)   memberi didikan agama yang sempurna;
(c)    memberi layanan yang baik.

2.         Tanggungjawab isteri:

(a)    mentaati suami;
(b)   memelihara kehormatan diri;
(c)    menjaga harta suami dengan baik;
(d)   memberikan layanan yang baik kepada suami.

3.         Tanggungjawab bersama (suami dan isteri):

(a)    memelihara dan mendidik anak dengan baik;
(b)   memenuhi keperluan dan hak masing-masing;
(c)    saling nasihat menasihati dengan lembut dan berhikmah;
(d)   sanggup berkorban untuk kebahgiaan anak-anak dan keluarga.

4.         Kesan kerukunan rumah tangga terhadap pembangunan ummah:

(a)    mewujudkan masyarakat yang sejahtera;
(b)   melahirkan generasi yang bijak dan cemerlang;
(c)    negara menjadi maju dan produktif.






Tajuk: 15 – Masalah Rumah Tangga dan Penyelesaiannya

15.1 – Talak: Jalan Penyelesaian Terakhir

1.         Talak: cerai atau melepaskan ikatan. Menurut istilah, talak ialah merungkaikan        ikatan perkahwinan dengan lafaz cerai atau yang bermaksud makna         seumpamanya.

2.         Rukun talak: suami; isteri dan lafaz talak.

3.         Hikmat talak:

(a)    memberi peluang kepada suami isteri menginsafi kesalahan masing-masing;
(b)   sebagai suatu jalan penyelesaian;
(c)    menghindari perbuatan maksiat.

15.2 – Rujuk: Penawar Bagi Talak

1.         Rujuk: mengambil kembali bekas isteri yang diceraikan ke pangkuannya.

2.         Rukun rujuk: suami; isteri dan lafaz rujuk.

3.         Syarat rujuk:

(a)    suami: Islam, baligh, sempurna akal dan kemahuan sendiri;
(b)   isteri: Islam, telah disetubuhi oleh suami, bukan dijatuhkan talak tiga, masih dalam tempoh idah dan bercerai bukan secara fasakh atau khuluk;
(c)    sighah: menggunakan ucapan rujuk (aku rujuk engkau), tidak bertaklik dan tidak dihadkan waktu.

4.         Hikmat rujuk:

(a)    memberi ketenangan jiwa;
(b)   menyambung kembali hubungan yang terputus;
(c)    bertepatan dengan fitrah manusia yang ingin kembali ke pangkal jalan apabila melakukan kesalahan.

15.3 – Idah: Penantian Bagi Wanita

1.         Idah: tempoh masa larangan berkahwin ke atas isteri selepas berpisah dengan         suami.

2.         Hikmat idah:

(a)    memberi peluang kepada suami merujuki isterinya;
(b)   sebagai masa berkabung bagi isteri yang kematian suami;
(c)    memastikan rahim wanita bersih dan bebas daripada benih bekas suaminya.
3.         Jenis dan tempoh idah:


Idah Perceraian Hidup
Idah Kematian Suami
Status Isteri
Tempoh Idah
Tempoh Idah
1. Hamil
Hingga melahirkan anak
Hingga melahirkan anak
2. Tidak hamil
Tiga kali suci
Empat bulan sepuluh hari
3. Putus haid
Tiga bulan
Empat bulan sepuluh hari
4. Belum disetubuhi
Tiga bulan
Empat bulan sepuluh hari

4.         Perkara yang dilarang semasa idah: peminangan, keluar rumah yang disediakan      oleh suami, menghias diri dan berkahwin. Hal ini bertujuan untuk menjaga       kehormatan wanita dan menghindari fitnah.

15.4 – Fasakh Membendung Kemudaratan Dalam Rumah Tangga

1.         Fasakh: pembatalan ikatan perkahwinan disebabkan syarat-syarat yang tidak          dipenuhi semasa akad nikah atau disebabkan oleh masalah yang berlaku dalam       rumah tangga.

2.         Sebab fasakh:

(a)    suami tidak memberi nafkah;
(b)   suami berpenyakit atau hilang;
(c)    suami berlaku zalim;
(d)   suami atau isteri murtad.

15.5 – Khuluk Bukti Keadilan Terhadap Wanita

1.         Khuluk: perceraian antara suami isteri dengan lafaz talak atau khuluk  yang            dikaitkan dengan bayaran tertentu.

2.         Hikmat khuluk:

(a)    penghormatan kepasa isteri supaya boleh bertindak mengikut undang-undang;
(b)   mengelakkan isteri menderhaka kepada suami;
(c)    menghindari sifat ego suami.

3.         Kesan khuluk:

(a)    institusi keluarga runtuh;
(b)   suami dan isteri tidak boleh rujuk kecuali dengan akad yang baru;
(c)    isteri tidak berhak mendapat nafkah semasa idah.




15.6 – Nusyuz Pemusnah Kebahgiaan

1.         Nusyuz: keengganan isteri menunaikan kewajipan terhadap suami tanpa alasan       yang munasabah mengikut hukumasyarak.

2.         Sebab berlakunya nusyuz:

(a)    isteri enggan melayani suami (bersetubuh);
(b)   isteri keluar rumah tanpa izin suami;
(c)    isteri melakukan kekasaran terhadap suami (perkataan dan perbuatan)
(d)   isteri mengingkari perintah suami.

3.         Isteri hilang haknya sebagai isteri serta tidak berhak menuntut sebarang nafkah      dan layanan yang adil.

15.7 – Zihar: Amalan Masyarakat Jahiliah

1.         Zihar: suami menyamakan isterinya atau mana-mana bahagian anggota badan         dengan ibunya atau mana-mana perempuan yang mahram baginya.

2.         Hukum zihar adalah haram.

3.         Rukun dan syarat zihar:

Rukun
Syarat
Suami

(a) baligh – tidak sah zihar yang dilakukan oleh kanak-kanak;
(b) berakal – tidak sah zihar yang dilakukan oleh orang gila;
(c) sah talak – tidak sah zihar kepada isteri yang berada dalam idah talak ba’in;
(d) kemahuan sendiri – tidak sah zihar yang dilakukan kerana terpaksa.

Isteri

(a) isteri yang sah – tidak sah menziharkan perempuan ajnabi (bukan isteri);
(b) zihar disandarkan kepada isteri atau mana-mana anggotannya.

Orang yang diserupakan dalam zihar, contohnya ibu

(a) perempuan – tidak sah zihar jika diserupakan dengan lelaki atau khunsa;
(b) perempuan yang mahram dengan sebab nasab, penyusuan atau
     persemendaan.

Sighah atau lafaz

(a) jika lafaz yang digunakan jelas dan khusus, maka tidak memerlukan kepada
     niat. Contohnya seperti kata suami, “engkau bagiku seperti belakang ibuku” 
     sebagai kiasan kepada perhubungan kelamin;
(b) jika lafaz yang digunakan tidak jelas dan tidak khusus, ia memerlukan  
     kepada niat seperti kata suami kepada isterinya, “engkau bagiku seperti mata
    atau kepala ibuku”.


4.         Kifarat zihar:

(a)    memerdekakan seorang hamba;
(b)   jika tidak mampu, suami wajib berpuasa selama dua bulan berturut-turut;
(c)    jika tidak mampu, suami wajib memberi makan kepada enam puluh fakir miskin dengan kadar secupak seorang.

15.8 – Lian: Membela Maruah Suami Isteri

1.         Lian: sumpah suami yang disertakan dengan laknat Allah untuk menolak hukum    qazaf disebabkan tuduhan zina terhadap isteri atau untuk menafikan nasab.

2.         Lian juga bermaksud sumpah isteri yang disertakan dengan laknat Allah bagi         menolak tuduhan zina daripada suaminya.

3.         Lian dilakukan bagi mengelakkan hukuman qazaf zina (80 kali sebatan) terhadap   suami yang tampil untuk membenarkan tuduhan tersebut.

4.         Isteri pula bersumpah lian untuk menolak tuduhan suaminya dan membela diri.

Tajuk: 16 – Poligami

1.         Poligami: lelaki yang beristeri lebih daripada seorang tetapi tidak melebihi empat    orang pada suatu masa.

2.         Hukum poligami adalah harus.

3.         Poligami yang mengikut syariat Allah akan mendapat keberkatan hidup di dunia    dan di akhirat.

4.         Syarat-syarat poligami:

(a)    beriman dan bertakwa kepada Allah;
(b)   berlaku adil terhadap isteri-isterinya;
(c)    mampu dari segi kewangan;
(d)   bertanggungjawab dan mempunyai tubuh badan yang sihat.

5.         Hikmat berpoligami:

(a)    mengelakkan lelaki terjerumus ke lembah maksiat;
(b)   memberi zuriat kepada pasangan yang tidak mempunyai anak;
(c)    menyelesaikan masalah sosial dalam masyarakat.




Tajuk: 17 – Kemahiran Keibubapaan

1.         Ibu bapa wajib melaksanakan tanggungjawab mendidik anak-anak kerana anak      merupakan suatu amanah.

2.         Tujuan syarak menetapkan hokum wajib:

(a)    supaya ibu bapa bertanggungjawab terhadap anak-anak;
(b)   supaya anak-anak tidak terabai;
(c)    ibu bapa dapat menyedari tanggungjawab mereka adalah berat;
(d)   agar ibu bapa melaksanakan amanah Allah SWT dengan sempurna;
(e)    supaya ibu bapa tidak memandang ringan pada tuntutan agama.

3.         Cara melaksanakan tanggungjawab:

(a)    semasa mengandung: mendekatkan diri kepada Allah, menjaga pemakanan dan memastikan keselamatan kandungan;
(b)   selepas memperoleh anak:

·         mengazankan dan mengiqamatkan di telinga bayi, melakukan akikah dan memberi nama yang baik;
·         memberikan pendidikan Islam yang mengajar anak-anak dengan asas-asas agama dan sifat-sifat mahmudah;
·         menekankan pendidikan moral;
·         memberikan pendidikan jasmani, intelektual, rohani dan sosial.

Tajuk: 18 – Undang-Undang Keluarga Islam

1.         Undang-undang keluarga Islam ialah undang-undang yang memperuntukan hal-    hal yang berkaitan dengan perkahwinan, perceraian dan perkara-perkara yang    berkaitan dengan keduanya dalam kalangan orang Islam.

2.         Bidang kuasa Mahkamah Syariah:

(a)    Bidang Kuasa Mal: mendengar dan memutuskan prosiding dalam kalangan orang Islam yang berkaitan dengan perkahwinan, perceraian, masalah harta atau wasiat, nafkah dan tuntutan harta sepencarian;
(b)   Bidang Kuasa Jenayah: berkuasa dalam kesalahan yang boleh dihukum penjara hingga tiga tahun atau denda hingga RM5000.00 atau enam sebatan atau kedua-duanya sekali.

3.         Peranan Mahkamah Syariah:

(a)    memberi khidmat nasihat dan kaunseling kepada pasangan yang menghadapi masalah;
(b)   menyelesaikan kes-kes yang berkaitan dengan kekeluargaan Islam;
(c)    memberi maklumat perundangan kepada orang ramai.

Tajuk: 19 – Anak Amanah Allah SWT

19.1 – Anak Angkat Menurut Islam

1.         Anak angkat: anak yang dipelihara oleh orang lain seperti anak sendiri bukan oleh ibu bapa kandungnya.

2.         Hukum untuk mengambil anak angkat adalah harus. Rasulullah SAW sendiri          pernah mengambil Zaid bin Harithah sebagai anak angkat sebelum banginda             diutuskan sebagai rasul.

3.         Peraturan mengambil anak angkat:

(a)    haram membinkan/membintikan anak angkat kepada bapa angkatnya;
(b)   batas pergaulan anak angkat dengan keluarga angkatnya dikira sebagai ajnabi;
(c)    anak angkat tidak boleh mewarisi harta pusaka keluarga angkatnya kecuali dengan hibbah, hadiah atau wasiat dengan syarat tidak melebihi 1/3 daripada harta.

19.2 – Hadanah: Hak dan Tanggungjawab untuk Anak

1.         Hadanah: hak penjagaan anak yang masih kecil yang belum mumayyiz dan tidak    mampu mengurus diri sendiri.

2.         Hukumnya adalah wajib.

3.         Ibu adalah orang yang paling berhak atas penjagaan anaknya berbanding bapa dan             orang lain.

4.         Syarat orang yang mendapat hak hadanah:

(a)    orang dewasa yang beragama Islam;
(b)   sempurna akal;
(c)    berakhlak mulia dan menjaga kehormatan diri.

5.         Sebab gugur hadanah:

(a)    berkahwin dengan lelaki yang tidak mempunyai hubungan nasab dengan anaknya;
(b)   berakhlak buruk dan zalim;
(c)    murtad.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan