Isnin, 14 Februari 2011

Perkembangan Masyarakat Di Eropah

Bab 9: Perkembangan Masyarakat Di Eropah:

Zaman Gelap dan Ciri-Ciri Nya: Berlaku kemerosotan dalam bidang pengetahuan, perdagangan, kehidupan dan sebagainya. Tidak terdapat pentadbiran pusat yang mantap dan berkesan. Kemunculan golongan tuan tanah atau Baron. Tumpuan ekonomi  hanya kepada pertanian. Rakyat dikenakan cukai yang tinggi oleh Baron dan peranan gereja hanya kepada amalan agama dan akhirat.   

Zaman Renainssance: Renainssance bermaksud Kelahiran Semula. Faktor-faktor kelahiran zaman Ranainsance dan faktor-faktor kelahiran zaman Renainssance: Kelahiran tokoh terkenal seperti Francisco Petrach (1304 – 1374), Niccolo Machiaveli dan Giovanni Bocaccio (1313 – 1375). Kemunculan aliran Humanisme ialah Francisca Petrach. Semangat inkuiri atau semangat ingin tahu dalam mencari penyelesaian dan permasalahan.

Itali sebagai pencetus Renainssance kerana: Kemunculan bandar-bandar terkenal seperti Venice, Genoa, Florence, Rom dan Milan yang menjadi pusat perdagangan yang terkenal. Kedudukan Itali dikatakan strategi kerana dikelilingi oleh Laut Mediteranean. Pusat persimpangan utama dan pusat perdagangan antarabangsa. Pusat pertembungan budaya, bahasa dan agama. Peranan bandar Genoa dan Venice sebagai pusat perdagangan dan pertembungan budaya yang akhirnya menghasilkan idea baru.

Pencapaian-pencapaian dalam Renainssance: Melahirkan golongan patron yang menjadi penaung kepada pelukis, pemuzik, saintis dan penulis. Kelahiran semangat individualism. Pembinaan kemahiran dalam semua aspek intelektual dan fizikal amat digalakkan. Golongan Paus di Gereja Rom menjadi penaung kepada cendekiawan seni lukis dan seni ukir.

Antara tokoh terkenal yang menggerakkan Renainssance ialah: Nicollo Machiavelli (1469 – 1527). Leonando Da Vinci (1452 – 1519) dan Francisco Petrach (1304 – 1374). Kesan Zaman Renainssance, antaranya ialah: kemunculan monarki baru iaitu kuasa dan kepercayaan rakyat kembali kepada raja. Masyarakat lebih bersedia melakukan perubahan pemikiran, gaya hidup dan menzahirkan pemikiran dan perasaan mereka melalui muzik, ukiran dan lukisan. Ekonomi sara diri semakin merosot. Perubahan sikap masyarakat terhadap pendidikan yang menekankan pemikiran logik, saintifik dan metafizik. Perkembangan pesat ilmu sains, kesenian dan sastera. Munculnya penerokaan dan penjajahan untuk mencari tanah jajahan dan kawasan baru. Masyarakat telah mula mempunyai sifat inkuiri, berani mencuba dan berkeupayaan berfikir.

Gerakan Refomation: Perkataan Refomation bermaksud melaksanakan perubahan atau pembaharuan. Faktor-faktor gerakan refomation ialah; Gereja meningkatkan pembangunan keduniaan. Menjadikan Rom sebagai pusat kekuasaan terkuat di tengah Itali. Berlaku banyak rasuah dan penyelewengan dan jawatan dalam gereja dijual secara terbuka. Rahib dan paderi hidup dalam kemewahan. Penjualan Sijil Indulgences iaitu surat pengampunan bagi penganut Kristian. Gaya hidup penguasa dan golongan gereja lebih kepada keduniaan. Golongan Paus tidak mengikut amalan dalam kitab Bible. Kewujudan mesin cetak membolehkan Bible dicetak dengan cepat.

Martin Luther merupakan pelopor gerakan pembaharuan dan mengasaskan ajaran Protestan. Ajaran-ajaran Martin Luther: Menentang amalan gereja Katolik yang menjual Sijil Pengampunan. Menentang amalan rasuah yang berlaku dalam gereja Katolik. Menentang cara dan amalan Gereja yang tidak selari dengan kitab Bible. Menentang gaya hidup penguasa gereja yang mewah.

Kesan-kesan refomation kepada Eropah: Kristian telah berpecah dan terbahagi kepada dua iaitu Katolik dan Protestan. Negara Eropah telah berpecah dan berlaku perang agama mengikut mazhab masing-masing. Kuasa Gereja terhadap kerajaan atau Monarki Baru semakin berkurang. Kuasa gereja dikritik secara terbuka. Timbul sikap toleransi antara penganut mazhab. Counter Refomation diwujudkan ekoran perkembangan mazhab Protestan

Penjelajahan dan Penerokaan: Penerokaan dan penjelajahan bertujuan mencari laluan baru ke lautan luas bagi membolehkan mereka menuju ke Timur. Faktor-faktor yang mendorong kepada penerokaan dan penjelajahan ialah: penguasaan Turki ke atas Istanbul menyebabkan perdagangan barangan Asia ke Eropah terganggu. Persaingan semangat keagamaan antara dua mazhab Kristian untuk menyebar agamanya. Keperluan barangan seperti emas, sutera dan rempah ratus dari timur. Barangan ini dijual oleh pedagang Arab di eropah dengan harga yang mahal. Penciptaan teropong jarak jauh, kapal wap dan peta menggalakkan kegiatan penerokaan dan penjelajahan. Galakan raja, pemerintah Sepanyol oleh Ratu Isabela dan Ferdinand Arogan serta Putera Henry dari Portugal.

Kesan-kesan penjajahan terhadap masyarakat setempat: Ramai pembesar tempatan terpaksa membuat perjanjian dengan wakil kuasa Eropah. Pusat pembekalan barangan di Timur seperti Goa dan Melaka telah dikuasai oleh Eropah. Jalan laluan perdagangan yang menghubungkan China dengan Jepun dikuasai oleh kuasa Eropah khususnya Portugis. Masyarakat tempatan telah mula terikut-terikut dengan gaya hidup penjajah
Kawasan dan benua yang menjadi sasaran dan tumpuan mereka ialah: Amerika Tengah dan Selatan – penguasaan oleh bangsa Sepanyol di Mexico dan Peru. Amerika Latin – menjadi tumpuan Sepanyol untuk menguasai emas dan perak. Timur – Sepanyol menguasai Filipina dan Portugal menguasai Goa dan Melaka.

Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian: Revolusi ialah perubahan besar yang berlaku secara mendadak sama ada dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Dua revolusi yang berlaku di Eropah  iaitu Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian.

Perkembangan Bidang Pertanian: Faktor-faktor pengeluaran makanan secara besar-besaran ialah: Perubahan dalam sistem penggunaan tanah dan pemilikan tanah. Penggunaan kaedah saintifik. Penanaman yang efisien. Penggunaan peralatan yang baru. Penggunaan baja yang bermutu dan kaedah pemasaran produk yang lebih meluas.

Sebelum Revolusi Pertanian, terdapat dua jenis pemilikan tanah iaitu tanah milik persendirian dan tanah milik awam. Pertambahan penduduk dan peningkatan harga gandum menyebabkan tuan tanah mula mendapatkan kembali tanah untuk mengusahakan kegiatan pertanian secara besar-besaran. Akibatnya parlimen telah meluluskan Akta Pemagaran Tanah. Kesan-kesan daripada akta pemagaran tanah ialah: Kawasan pertanian yang lebih besar dapat disediakan. Rakyat hilang punca rezeki kerana mereka bergantung kepada tanah awam. Sebahagian rakyat yang terlibat dalam pertanian secara-besar-besaran. Rakyat berhijrah ke bandar untuk bekerja sebagai buruh kilang.

Kaedah dan ciptaan baru dalam pertanian – membolehkan penanaman dilakukan dengan lebih efisien. Penanaman bergilir – membolehkan sesuatu kawasan digunakan sepanjang tahun. Peralatan pertanian yang lebih moden telah dicipta oleh Jethro Tull untuk kegunaan menggali dan menugal. Pertanian komersial – penggunaan baja asli meningkatkan hasil dan kauliti pertanian.

Perkembangan Bidang Perindustrian: Faktor-faktor tercetusnya Revolusi Perindustrian: Modal yang besar telah dilaburkan oleh peladang yang kaya. Penggunaan teknologi dalam perindustrian telah menyebabkan produk dihasilkan dengan kuantiti yang banyak. Pengenalan engine yang berkuasa wap dan engine yang lebih moden. Munculnya ciptaan-ciptaan baru sepert: John Kay mencipta mesin Flying Shuttle. James hergreaves mencipta mesin Spinning Jenny. Sir Richard Arkwright mencipta mesin Water Frame dan Samual Crompton mencipta mesin Mule juga untuk pemintalan benang.

Revolusi Pertanian dan Perindustrian telah meninggalkan beberapa kesan iaitu: Tanaman seperti gandum, rye, jagung ditanam secara meluas. Mampu menyediakan makanan kepada penduduk. Keperluan tenaga buruh telah meningkat. Sektor pembuatan dan pengilangan sebagai ekonomi utama negara. Semakin ramai rakyat bekerja dalam sektor perkilangan. Pengeluaran barangan melebihi keperluan dalam negara. Perubahan besar berlaku apabila terciptanya enjin berkuasa wap. Golongan majikan akan membayar upah dengan kadar yang tertentu. Kedudukan tuan-tuan tanah berubah menjadi pengusaha dan pemilik kilang.

Beberapa Akta Perburuhan telah diluluskan: Akta Anti Penggabungan – melarang pekerja daripada bergabung atau mengambil tindakan terhadap majikan untuk mendapat kenaikan gaji atau layanan yang lebih. Akta 10 Jam – menetapkan supaya wanita yang bekerja dalam kilang tekstil tidak boleh melebihi 10 jam sehari. Akta Lombong – melarang penglibatan kanak-kanak perempuan dan wanita dalam perusahaan arang batu. Akta Parlimen/Akta Kilang – menyatakan kanak-kanak di bawah 9 tahun dilarang bekerja dan mesti bersekolah.

Masalah-masalah yang dihadapi oleh pekerja kilang di Britain: Golongan buruh tidak mendapat pembelaan dan layanan yang sewajarnya. Kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan perubahan ekonomi dan sosial. Majikan tidak memerlukan kemahiran tradisional kerana memiliki mesin dan teknologi. Kewujudan Akta Anti Penggabungan. Pekerja dilarang daripada bergabung dan bermuafakat. Hukuman berat akan dikenakan jika pekerja melanggar peraturan yang ditetapkan. Pengeksploitasian pekerja kanak-kanak oleh majikan. Masa untuk bekerja melebihi 10 jam sehari.

Imperialisma Barat di Asia: Imprialisma  ialah penguasaan oleh sesebuah negara yang lebih kuat terhadap negara lain yang lebih lemah yang bertujuan untuk mendapat keuntungan politik dan ekonomi. Faktor-faktor yang mendorong kedatangan kuasa barat ialah: Perkembangan Revolusi Perindustrian di Eropah memerlukan pasaran baru. Perkembangan sistem pengakutan darat dan laut. Keperluan kepada bahan mentah untuk Revolusi Perindustrian. Orang Eropah berasakan menjadi tanggungjawab untuk menyebarkan tamadun mereka di luar Eropah. Setiap negara Eropah berlumba-lumba untuk mendapatkan tanah jajahan.

Kesan-Kesan Imperialisma terhadap Asia Tenggara: Penasihat dan pentadbir barat telah mengambil alih menerajui pentadbiran negara. Sistem perundangan peribumi telah diubah suai supaya sama dengan sistem barat. Kepulauan Asia Tenggara telah dipecah-pecahkan oleh negara penjajah. Penjajah menguasai ekonomi. Sistem pendidikan Inggeris telah diperkenalkan untuk golongan tertentu. Penjajah juga telah mengimport buruh dari negara dan mewujudkan masyarakat majmuk.

1 ulasan:

  1. mohon menegur kesilapan:
    "Faktor-faktor kelahiran zaman Ranainsance dan faktor-faktor kelahiran zaman Renainssance"

    BalasPadam