Isnin, 14 Februari 2011

Dasar British dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara

Bab 10: Dasar British dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara:

Ekonomi Tradisional dan Dagangan: Ekonomi Tradisional/Sara Diri; Kegiatan ekonomi yang dijalankan secara kecil-kecilan untuk keperluan diri dan keluarga sahaja. Ciri-ciri ekonomi sara diri ialah: Dilakukan dalam skala kecil. Menggunakan teknologi mudah. Modal yang kecil. Jumlah buruh yang terhad. Pasaran yang kecil hanya apabila ada lebihan hasil dan menggunakan teknologi asas. Ekonomi Dagangan/Komersial: Kegiatan ekonomi yang dijalankan secara besar-besaran untuk pasaran. Ciri-ciri ekonomi dagangan ialah: Pengeluaran dalam skala yang besar. Menggunakan tenaga buruh yang ramai. Menggunakan modal yang besar. Menggunakan teknologi yang tinggi dan pasaran yang luas.

Sistem Pertanian Komersial: Pertanian yang berasaskan eksport menjadi keutamaan British. Penanaman berbentuk ladang dilaksanakan oleh Maharaja Abu Bakar di Johor melalui sistem kangcu. Ciri-ciri sistem kangcu ialah: Menggunakan sistem pajakan tanah. Ladang dikenali sebagai kangkar. Saiz setiap satu kangkar sekitar 2500 ekar hingga 20000 ekar. Kangkar akan dibahagikan kepada beberapa kawasan yang lebih kecil. Setiap kawasan yang kecil ini terdapat 3 – 10 orang pekerja Cina.

Pertanian komersial di Tanah Melayu dikuasai oleh pemodal Eropah kerana: Mempunyai modal yang besar. Mampu menggunakan teknologi tinggi. Mendapat konsesi tanah yang luas dan mendapat tempoh pajakan yang lama.

Perusahaan Getah: Getah yang ditanam di negara kita berasal dari Brazil. Faktor-faktor perkembangannya ialah: Permintaan tinggi kerana kegunaannya dalam pelbagai industri. Tanah Melayu mempunyai iklim dan jenis tanah yang sesuai. Galakan dan intensif untuk meluaskan kawasan penanaman getah. Peranan H. N. Ridley. Pengenalan cara torehan sistem ibidem atau sistem tulang ikan hering yang lebih sistematik. Kemasukan pelabur Eropah seperti Harrisons and Crossfield, Guthrie dan Sime Darby telah menggalakkan perkembangan perusahaan getah. Pembinaan landasan keretapi dan jalan raya. Kemasukan buruh India untuk bekerja dalam perusahaan getah. Apabila berlaku kemerosotan ekonomi, Rancangan Stevenson telah diperkenalkan dangan menghadkan pengeluaran dan menentukan kouta pengeluaran bagi negara terlibat.

Industri Perlombongan: Tanah Melayu bertuah kerana kaya dengan hasil galian seperti bijih timah, emas, arang batu, bauksit, antimoni dan bijih besi. Pada peringkat awal, orang Melayu yang menguasai kawasan perlombongan. Pada awal abad ke-20, penguasaan pemodal Eropah lebih ketara kerana: Bijih Timah telah mendapat permintaan tinggi. Pengusaha Eropah mempunyai modal yang besar. Penggunaan teknologi tinggi melalui penggunaan kapal koret. Perubahan intensif daripada intensif buruh kepada intensif modal. Penggubalan enakmen dan undang-undang yang menentukan penguasaan bijih timah hanya kepada kolonia British.

Penggunaan Tenaga Buruh Luar: Buruh India telah dibawa masuk untuk bekerja dalam sektor perladangan getah. Buruh Cina pula dibawa masuk untuk bekerja dalam sektor perlombongan. Kedatangan buruh Cina dan India ke Tanah Melayu disebabkan oleh; Keadaan di negara asal mereka. Galakan daripada kerajaan British supaya berhijrah ke Tanah Melayu. Kedatangan mereka tidak dihalang oleh orang Melayu. Hubungan tradisi antara Tanah Melayu – India dan Tanah Melayu – China. Keadaan politik Tanah Melayu yang aman yang dikawal oleh British.

Sistem kemasukan buruh Cina ke Tanah Melayu: Sistem tiket Kredit – Kheh Tau (ketua) akan mengumpulkan orang Cina yang hendak datang ke Tanah Melayu – banyak berlaku penyelewengan. Sistem pengambilan rumah kongsi – pegawai yang dilantik akan membiayai perbelanjaan kedatangan buruh hingga sampai ke rumah kongsi di Tanah Melayu. Sistem Pengambilan Kakitangan – pegawai bertanggungjawab ke atas buruh itu sehingga tiba di tempat majikan. Sistem Tajaan – diamalkan di Sarawak.

Sistem kemasukan buruh India ke Tanah Melayu: Sistem Kontrak – dibiayai oleh majikan. Sistem Buruh Bebas – buruh akan datang sendiri dengan pembiayaan sendiri. Sistem Kangani – kangani akan diberi lesen dan wang pendahuluan untuk pergi ke India mencari buruh-buruh.

Institusi Kewangan dan Insurans: Ekoran daripada perkembangan ekonomi, institusi kewangan telah diperkenalkan oleh penjajah. Wang kertas telah dikeluarkan pada tahun 1906 oleh Lembaga Pesuruh Jaya Wang. Beberapa bank Eropah diwujudkan, antaranya ialah Mercantile Bank dan The Chartered Bank. Beberapa bank tempatan kemudiannya diwujudkan seperti Malay National Banking Corporation Berhad, Kwong Yik Bank dan Bank Of Malaya. Perkhidmatan insurans penting ekoran perkembangan pengankutan laut yang menjadi pengangkutan utama untuk membawa barangan dagangan. Syarikat insurans di Tanah Melayu hanya bertindak sebagai wakil syarikat insurans yang berpejabat di luar negara. Insurans kebakaran menjadi penting apabila sering berlaku kebakaran.

Dasar British Terhadap Pertanian
Undang-Undang Berhubung Dengan Tanah: Undang-undang berhubung dengan tanah diperkenalkan dengan tujuan melindungi hak orang Melayu dan mengatasi tanah orang Melayu dicerobohi oleh pemodal asing. Apabila penjajah datang ke Tanah melayu, sistem pemilikan tanah orang Melayu telah diubah kerana: Tidak mempunyai rekod sebagai bukti pemilikan. Memudahkan urusan pajak gadai, sewa beli, penjualan dan pembelian. Boleh dijadikan cagaran untuk mendapatkan modal.

Perundangan Tanah yang diperkenalkan British telah meninggalkan kesan: Pengenalan ekonomi wang dalam semua urusan berkaitan tanah. Ramai orang Melayu terpaksa menjual tanah untuk melangsaikan hutang. Pembesar Melayu telah kehilangan kuasa dan Residen berkuasa menentukan keluasan kawasan. Pengenalan kepada beberapa Akta Tanah seperti Akta Tanah Simpanan Melayu, Land Order dan Proklamasi III. Akta Tanah Simpanan Melayu – jaminan masa depan ekonomi, politik dan sosial orang Melayu dan Tanah Melayu. Hakikatnya akta ini melindungi kepentingan ekonomi British. Proklamasi III – Perlindungan Hak Peribumi yang telah diwartakan oleh kerajaan British untuk menjaga kepentingan peribumi di Sabah. Land Order – untuk mengelak kawasan tanah ini dicerobohi oleh pengusaha Cina di Sarawak.

Dasar British Terhadap Pekebun Kecil: Enakmen Tanah Padi 1917 diperkenalkan untuk: Melarang penanaman getah di kawasan tanah tanaman padi. Mengurangkan penyertaan pekebun kecil getah. Premium untuk permohonan tanah baru untuk penanaman getah  dinaikkan. Rancangan Kawalan Getah: Rancangan Stevenson 1922 sebagai pelindung kepada pemodal-pemodal dan pengusaha ladang Eropah. Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa diperkenalkan untuk mengawal pengeluaran dan menstabilkan harga getah dunia.

Kesan-Kesan Dasar Ekonomi

1. Kewujudan perbandaran: Perkembangan pekan kecil atau kampung kepada sebuah bandar kerana kegiatan ekonominya. Bandar-bandar ini berfungsi sebagai pusat pentadbiran, pusat perbankan, pusat perniagaan dan dilengkapkan dengan pelbagai kemudahan.

2. Pembentukan masyarakat berbilang kaum: British menggalakkan kemasukan buruh asing untuk menampung keperluan tenagan buruh di Tanah Melayu. Kesannya mewujudkan masyarakat majmuk, pengasingan kaum dan bahasa pertuturan berbeza.

3. Sistem pendidikan Vernakular: Pendidikan vernakular ialah sistem pendidikan yang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengangtar masing-masing. Kesannya pelbagai jenis sekolah ditubuhkan iaitu sekolah Cina, Melayu dan Inggeris. Sistem pendidikannya berorientasikan negara asal mereka.

4. Kemunculan sektor perkilangan: Pada tahun 1920-an beberapa buah kilang telah mula didirikan untuk pengeluaran yang lebih besar. Contohnya Syarikat Shum Yip Leong telah mendirikan dua kilang kasut getah di Setapak dan Tapah untuk dieksport ke China.

5. Sistem pengangkutan dan perhubungan: Perkembangan sistem pengangkutan berlaku ekoran daripada perkembangan sektor perlombongan dan pertanian. Pembinaan landasan keretapi telah mempercepatkan penghantaran hasil perlombongan seperti bijih timah ke pelabuhan untuk dieksport. Antara landasan keretapi yang telah dibina ialah: 1885 – menghubungkan Port Weld ke Taiping dan 1889 dari kawasan perlombongan Kuala Lumpur ke Port Swettenham. Jalan raya berturap telah dibina menggantikan tanah merah dan jalan denai. Telegraf, telepon, perkhidmatan pos, radio dan perkhidmatan udara juga diperkenalkan.

6. Perkhidmatan kesihatan: Kewujudannya kesan kemasukan buruh asing dan kesukaran mendapatkan bekalan air bersih. Beberapa hospital dan pusat kesihatan telah dibina seperti di Kuala Lumpur, Perak dan negeri lain. Institut Penyelidikan Perubatan ditubuhkan di Kuala Lumpur pada 1990 untuk membuat kajian mencari langkah-langkah pencegahan. Menubuhkan Sanitary Board untuk menjaga kebersihan bandar.   
  
  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan