Isnin, 14 Februari 2011

Pembaharuan dan Pengaruh Islam di Malaysia Sebelum Kedatangan Barat

Bab: 8 Pembaharuan dan Pengaruh Islam di Malaysia Sebelum Kedatangan Barat.

Kesan Kedatangan Islam Terhadap Politik;
Pentadbiran,  Tanah Melayu sebelum kedatangan Islam mengamalkan pemerintahan beraja dengan konsep dewa raja. Selepas kedatangan Islam pemerintahan telah berkonsepkan Islam telah dititikberatkan. Gelaran tertentu bagi sultan digunakan seperti gelaran Zilullah Fila’alam dan gelaran Khalifatul Mukminin. Pemerintahan negara mengikut sistem warisan. Terdapat tiga lapis struktur pentadbiran iaitu; Pemerintah Pusat (sultan), Pemerintah Daerah (pembesar) dan Pemerintah Kampung (penghulu). Memegang konsep daulat dan derhaka.

Sistem Perundangan; Sistem perundangan masyarakat Melayu terbahagi dua iaitu undang-undang bertulis dan tidak bertulis. Undang-undang tidak bertulis: Adat Pepatih, diasaskan oleh Datuk Pepatih Nan Sebatang. Bersifat matrilineal iaitu mengutamakan pihak perempuan. Mengutamakan musyawarah dalam pentadbiran. Perlantikan ketua mengikut prinsip ketua di atas dilantik oleh ketua di bawah. Adat Temenggung; adat ini diasaskan oleh Datuk Ketemenggungan. Mengamalkan sistem patrilineal iaitu mengutamakan keturunan lelaki. Pembahagian harta pusaka mengikut sistem faraid.

Undang-Undang Bertulis:  Hukum Kanun Melaka – mengandungi 44 fasal. Undang-Undang Laut Melaka – mengandungi 24 fasal. Undang-Undang Perak – dikenali sebagai undang-undang 99. Undang-Undang Pahang. Undang-Undang Johor dan Undang-Undang Kedah – mengandungi empat bahagian.

Pengaruh Kedatangan Islam Terhadap Sosiobudaya; 
Pendidikan, terdapat dua jenis pendidikan iaitu:
Pendidikan tidak formal – pendidikan awal yang diberikan kepada kanak-kanak atau asuhan oleh ibu bapa yang berlaku dalam keluarga. 
Pendidikan formal – pendidikan yang berkaitan dengan agama secara langsung atau berkaitan dengan institusi tertentu.Pendidikan yang bercorak agama biasanya diadakan di istana, masjid, surau, madrasah dan pondok. Istana juga berperanan sebagai tempat simpanan karya yang penting.

Bahasa dan Kesusasteraan: Tulisan jawi menjadi tulisan rasmi khasnya dalam pentadbiran. Banyak perkataan Melayu diambil daripada bahasa Arab contohnya: adil, daulat dan hakim. Penulisan karya terbahagi dua iaitu bentuk prosa dan bentuk puisi. Hikayat saduran iaitu karya yang bercorak Arab Parsi contohnya seperti Hikayat Abu Nawas.

Kesenian: 
Seni bina – dihasilkan bertujuan sebagai tempat berlindung atau menyatakan peranan yang dimainkan antaranya seni bina yang boleh dilihat ialah masjid, istana dan rumah. 
Seni persembahan – tarian, drama, muzik, nyanyian dan wayang kulit telah disesuaikan dengan pengaruh dari Asia Barat yang berunsur Islam. 
Epigrafi dan khat – batu bersurat dan batu nesan (epigrafi) dilihat sebagai satu kesenian. Seni khat dilihat menggunakan ayat al-Quran sebagai hiasan.

Gaya Hidup: Amalan protokol (hijabah) – pengaruh Bani Umaiyah yang dipraktikkan dalam perlantikan atau kemangkatan raja. Hubungan kekeluargaan – ibu bapa dan orang yang lebih tua akan dihormati. Hubungan kemasyarakatan – mengamalkan amalan menziarah, kerjasama dan gotong royong.

Pengaruh Islam Terhadap Ekonomi: Melaka menjadi maju dalam perdagangan kerana; Kedudukan yang strategi menggalakkan kapal untuk singgah berlabuh. Pentadbiran yang teratur dan cekap menjadikan pengurusan perdagangan lebih efisien. Pengenalan undang-undang Laut Melaka. Kadar timbang dan sukat yang sistemmatik dan seragam.

Cara berniaga yang menggunakan sistem jual beli dengan mata wang dan sistem barter. Kepesatan perdagangan di Melaka ketara apabila terdapat sekurang-kurangnya 84 bahasa digunakan. Apabila Melaka jatuh, Kerajaan Johor mengambil alih peranan yang dimainkan oleh Melaka dahulu daripada abad ke 17 hingga 18 Masihi. Dalam tempoh yang sama, Kedah, Kelantan, Terengganu telah pesat dalam perdagangan masing-masing.

Mata Wang: Mata wang timah – sebagai altenatif kepada sistem barter. Penggunaanya berlainan setiap negeri. Melaka – berbentuk bulat dan beratnya 1 kati 8 tahil dan tercatat nama pemerintah dan tarikh Islam. Johor – dikenali wang katun, berbentuk bulat dan bersegi enam. Kedah – berbentuk seekor ayam jantan yang hinggap atas beberapa cicin.

Mata wang emas – penggunaan mata wang ini juga berbeza mengikut negeri. Kelantan – dikenali sebagai kijang kerana ada gambar kijang. Johor – dikenali Kupang, mengandungi emas seberat 10 grain (0.65 gram). Setiap mata wang ada nama sultan yang memerintah dan tertulis Khalifatul Mukminin.

Mata wang Eropah – Portugis memperkenalkan mata wang yang dikenali Bastardos, Soldors dan Dinheiros. Belanda pula memperkenalkan mata wang yang dikenali Ducats, Lion Dolars, Rix Dolars dan syiling Belanda.

Percukaian: Cukai ialah bayaran yang dikenakan oleh pemerintah terhadap aktiviti tertentu atau barang tertentu dan akan menjadi sumber pendapatan kerajaan untuk pembangunan negara. 

Jenis-jenis cukai di Melaka: 
Cukai perdagangan – cukai ini dikenali cukai tetap atau import di mana nilainya ditetapkan oleh pemerintah berdasarkan kawasan atau negara datangnya pedagang. Jika pedagang dari barat atau Barat Laut seperti India, Ceylon, Arab, Siam dan Pegu dikenakan cukai sebanyak 6%. Jika pedagang dari timur seperti dari China dan Jepun dikenakan cukai 5% daripada jumlah barangan. Beras dan makanan tidak dikenakan cukai.
Cukai diraja – cukai yang dikenakan kepada orang asing yang menetap di Melaka. Bagi orang asing yang menetap di Melaka. Bagi orang asing dari Kepulauan Melayu (3%). Bagi orang asing yang bukan dari  Kepulauan Melayu (6%)

Amalan riba tidak dibenarkan  dan termaktub  dalam Hukum Kanun Melaka. Zakat ditekankan bagi golongan yang mampu agar membayar kepada Baitul Mal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan