Bab 7: Islam di Asia Tenggara
Kedatangan Islam ke Asia Tenggara: Terdapat pelbagai teori tentang kedatangan Islam ke Asia Tenggara. Teori dan bukti Islam dari Tanah Arab; John Crawford – melalui kegiatan perdagangan, buktinya ialah catatan China bahawa orang Arab dan Parsi telah mempunyai pusat perniagaan di Canton dan Amoy pada tahun 300 Masehi. Mereka singgah di pelabuhan sekitar Selat Melaka untuk menunggu pertukaran angin monsun. Syed Naquib Al-Attas – buktinya ialah perkataan Arab, tulisan jawi dan kitab tempatan yang diambil daripada Tanah Arab. Karya Tempatan – pengislaman raja di Asia Tenggara yang dilakukan oleh syeikh-syeikh Arab, contohnya Hikayat Raja-Raja Pasai, Hikayat Merong Mahawangsa dan Sejarah Melayu.
Teori dan bukti dari China: Emanuel Godinho Eredia – Khan Fo/Canton/Guang Zhau terkenal sebagai pusat perdagangan tumpuan pedagang Arab Islam sejak kurun ke 9 Masehi. Ramai orang Cina memeluk Islam dan berdagang di Asia Tenggara. Buktinya di Melaka, seni bina bumbung masjidnya yang melentik sama dengan binaan rumah ibadat orang China iaitu Pagoda. S. Q. Fahmi – Pedagang Islam dari Canton dan Amoy telah berpindah secara beramai-ramai ke Asia Tenggara pada 867 Masehi. Buktinya penemuan Batu Bersurat Terengganu 1303 di Sg. Tersat, Kuala Berang.
Teori dan Bukti Islam dari India: Snouck Hurgronje – Islam berkembang di Asia Tenggara melalui perdagangan di wilayah Gujerat dan Pantai Coromandel. Buktinya marmar pada batu nesan Malik Ibrahim (Grisek) dan pada batu nesan Malikul Salleh di Pasai mempunyai ciri buatan India.
Penyebaran Islam di Asia Tenggara: Perdagangan – pedagang Arab, China dan India menjalinkan hubungan dengan Asia Tenggara. Semasa menunggu angin monsun, perkampungan Islam yang menjadi medan perbincangan berkaitan kepercayaan, amalan baru, kemurnian sikap dan tingkah laku yang di bawa oleh pedagang Islam. Keistimewaan Islam – agama Islam merangkumi soal tauhid, keadilan dan hak individu berjaya menarik minat penduduk setempat memeluk Islam.
Perkahwinan – bentuk perkahwinan yang berlaku ialah perkahwinan siasah (kerabat raja) dan perkahwinan biasa. Raja dan golongan bangsawan – masyarakat Asia Tenggara khususnya Melayu sangat setia kepada raja dan mengikut apa sahaja yang dibuat oleh raja. Hubungan dengan pemerintah – huibungan baik dengan pemerintah tempatan membolehkan pendakwah mendapat keistimewaan tertentu.
Kelahiran Kerajaan Islam – Melaka berjaya menawan negeri seperti Aru, Rokan, Siak, Kampar dan Inderagiri dan menghantar ulama untuk menyebarkan dan mengajar tentang Islam. Peranan mubaligh – mubaligh atau pendakwah, ulama dan ahli sufi telah menunjukkan keperibadian yang baik, lemah lembut terpuji dalam penyebaran dakwahnya. Peranan pusat kebudayaan – menjadi pusat keilmuan dan penyebaran Islam yang terdapat institusi pendidikan dan cerdik pandai Islam. Menjadi pusat penghasilan buku kesusasteraan yang dipengaruhi gaya Arab seperti Hikayat Muhamad Ali Hanafiah, Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Nabi Bercukur.
Pengaruh Islam di Asia Tenggara:
Pentadbiran dan pemerintahan – Institusi beraja telah diubah suai menjadi institusi kesultanan. Gelaran sultan yang digunakan oleh pemerintah. Kerajaan Islam Melakam mempunyai undang-undang Syariah dan adat yang terkandung dalam Hukum Kanun Melaka. Di Aceh, perlembagaan Islamnya dikenali Kanun Mahkota Alam. Dalam ajaran Islam, amat menekankan semangat jihad.
Sistem pendidikan – Islam amat menitikberatkan tentang menuntut ilmu. Kesan daripada itu, wujud institusi pendidikan formal seperti istana, surau dan madrasah. Samudera Pasai telah menjadi pusat penterjemahan dan rujukan termasuklah daripada kerajaan Melaka. Di Aceh, pendidikan untuk golongan wanita dititikberatkan.
Bahasa dan Kesusasteraan: Kedatangan Islam telah memperkenalkan sistem tulisan jawi yang berasal daripada tulisan Arab. Beberapa kelebihan pengenalan tulisan ini iaitu, Istilah bahasa Arab boleh ditulis dan menjadi bahasa Melayu. Boleh menggunakannya untuk membaca dan menulis. Lahirnya tokoh penulis terkenal seperti Tun Sri Lanang, Abdul Rauf Singkel dan Samsuddin Al-Sumatrani. Bahasa Melayu telah menjadi bahasa Lingua Franka dan bahasa perdagangan. Melaka menjadi pusat penterjemahan karya Arab misalnya, Hikayat Perang Badar, Hikayat Nur Muhammad, Hikayat Bulan Berbelah dan Hikayat Nabi Wafat.
Kesenian: seni khat dan seni ukir pada batu nesan menggunakan abjad Arab dan Jawi yang mengandungi ayat-ayat al-Quran. Pada mata keris juga terdapat ukiran seni khat tentang ayat-ayat al-Quran yang bertatahkan dengan emas, perak dan permata. Seni khat juga terdapat pada batu bersurat Terengganu 1303 Masehi yang ditulis menggunakan bahasa Melayu dan tulisan Jawi.
Cara hidup: sistem sosial masyarakat Asia berubah setelah kedatangan Islam. Kedatangan Islam telah melenyapkan amalan memuja semangat dan kepercayaan dan keramat. Ekonomi: Islam menuntut umatnya mencari rezeki yang halal. Melarang amalan riba, penindasan dan penipuan dalam perniagaan. Mengamalkan nilai-nilai murni seperti berjimat cermat dan berusaha bersungguh-sungguh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan