Isnin, 14 Februari 2011

Pembentukan Kerajaan Islam dan Sumbangannya

Bab 6: Pembentukan Kerajaan Islam dan Sumbangannya

Kerajaan Khulafa al-Rasyidin: Khalifah bermaksud pengganti yang melaksanakan tanggungjawab pemerintahan dan pentadbiran kerajaan Islam. Syarat-syarat menjadi khalifah ialah lelaki merdeka, Islam, berpengetahuan tentang Islam, sanggup melaksanakan hukum Allah, adil, akhlak mulia, badan sihat dan sempurna, warak dan pandai mentadbir. Cara pemilihan khalifah ialah melalui: Kaedah musyawarah, Melalui cadangan nama dan pencalonan sekelompok masyarakat.

Sumbangan Khulafa Al-Rasyidin: Khalifah Abu Bakar As-Siddiq; Nama sebenarnya ialah Abdullah bin Abu Quhafah. Digelar As-Siddiq kerana telah membenarkan apa yang dikata oleh Nabi Muhammad SAW. Memerangi golongan Ar-Riddah iaitu mereka murtad dan enggan membayar zakat. Berusaha mengumpulkan al-Quran. Memulakan bayaran gaji kepada tentera melalui hasil rampasan perang. Membahagikan tanah Arab kepada 10 wilayah dan setiap wilayah dilantik seorang amir.

Khalifah Umar Al-Khattab: Dilahirkan pada 583 Masehi danterkenal dengan sifat berani, tegas dan berterus terang. Memperkenalkan dasar pentadbiran dan perlantikan pegawai. Menubuhkan Majlis Syura. Membahagikan jajahan takluk kepada beberapa wilayah. Menubuhkan Jabatan Tentera, Jabatan Polis, Jabatan Percukaian, Jabatan Kehakiman dan Jabatan Perbendaharaan Negara. Menyusun sistem ketenteraan. Memperkenalkan kalendar Islam dengan menjadikan peristiwa hijrah sebagai permulaan kiraan tahun dalam Islam. Membina terusan, empangan dan tali air bagi merancakkan kegiatan ekonomi.

Khalifah Usman bin Affan: Berketurunan Bani Umaiyah yang dilahirkan pada tahun 576 Masehi. Berjaya meluaskan empayar Islam ke Afganistan, Samarkand, Cyprus dan Tripoli. Membina angkatan tentera laut Islam yang pertama di Mesir. Mengukuhkan peranan Baitulmal. Menghasilkan naskah al-Quran Mushaf Usmani untuk mengelakkan kekeliruan.

Khalifah Ali bin Abu Talib: Berasal daripada Bani Hashim, keturunan Quraisy dan dilahirkan pada tahun 602 Masehi. Terkenal dengan sifat berani, tegas dan berpengetahuan luas. Berusaha mengekalkan kesetabilan dan keharmonian negara.

Kerajaan Bani Umaiyah: Kerajaan Bani Umaiyah diasaskan oleh Muawiyah bin Abu Suffian daripada keturunan Bani Umaiyah. Bani Umaiyah memperkenalkan sistem warisan dalam perlantikan pemimpin.

Sumbangan kerajaan Bani Umaiyah ialah; Memperkenalkan empat sistem jawatan utama iaitu, khalifah, wazarah, urusetia dan hijabah. Diwanul Jundi atau Jabatan Ketenteraan diwujudkan untuk mengukuhkan pertahanan. Membina hospital dan menterjemah karya kedoktoran. Kota Basrah sebagai pusat perkembangan ilmu.

Sumbangan Kerajaan Umaiyah Tahap Kedua (Andalusia): Menubuhkan pusat-pusat pengajian tinggi di Cardova dan Toledo. Membangunkan sektor pertanian. Meningkatkan seni bina yang bercirikan Islam. Faktor-faktor kejatuhan Kerajaan Umaiyah: Penentangan dari dalam dan luar negara. Bangsa Parsi dan barbar telah didiskriminasi walaupun beragama Islam. Khalifah-khalifah yang akhir gagal menunaikan tanggungjawab. Pemilihan khalifah berdasarkan sistem warisan ditentang.

Kerajaan Bani Abbasiyah: Kerajaan Bani Abbasiyah diasaskan pada tahun 750 Masehi melalui Revolusi Abbasiyah yang diketuai oleh Ali bin Abdullah. Sumbangan Kerajaan Bani Abbasiyah ialah; Baghdad menjadi pusat perkembangan ilmu sehingga digelar pusat intelektual. Baitulhikmah menjadi pusat pengajian dalam pelbagai bidang dan kegiatan penterjemahan. Warisan ilmu melalui kitab-kitab yang dihasilkan. Kegiatan penulisan mendapat sokongan, antaranya Imam Malik, Ibnu Ishaq, Abu hanifah dan Imam Syafie. Faktor-Faktor kejatuhan Kerajaan Abbasiyah ialah; Kelemahan pemerintahan khalifah. Kemunculan kerajaankerajaan kecil di Parsi dan Turki. Seranggan orang-orang Monggol.

Kerajaan Turki Uthmaniyah: Nama pengasasnya ialah Uthman bin Erthurghul bin Sulaimkan Syah daripada suku Qayi. Sumbangan Kerajaan Turki Uthmaniyah ialah; Berjaya mewujudkan empayar yang luas sehingga dianggap Kesatuan Orang Islam Sedunia. Dianggap sebagai pelindung kepada umat Islam. Membina madrasah atau sekolah. Mementingkan soal seni bina. Pentadbiran perundangan Islam diwujudkan. Memperkenalkan konsep kecermerlangan individu. Ekonomi berkembang pesat.

Faktor-Faktor penyebaran Islam ke Eropah: Penguasaan Constantinople telah membawa Islam tersebar ke Eropah Timur. Penyebaran islam ke Eropah adalah bertunjangkan kepada akidah yang kukuh dan akhlak yang tinggi. Tentera Uthmaniyah mempunyai senjata moden dan banyak. Kejatuhan kerajaan Byzantine. Peranan gereja tidak lagi berfungsi apabila kerajaan Byzantine jatuh. Dasar politiknya secara diplomasi dan toleransi.

Pertembungan Tamadun Islam dengan Tamadun Lain di Dunia: Cara-cara pertembungan tamadun ialah; Perdagangan dan perniagaan, diplomatik, penaklukan dan ketenteraan, kebudayaan dan intelektual. Kesan-kesan pertembungan tamadun ialah; Kawasan penyebaran islam semakin luas. Menekankan pendidikan berasaskan agama, sains, matematik dan teknologi. Mempengaruhi cara hidup masyarakat Eropah. Lahirnya tokoh-tokoh terkenal dalam bidang perubatan, astronomi, falsafah dan sebagainya. Perkembangan seni bina berunsur Islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan