Bab 5: Kerajaan Islam di Madinah
Perjanjian Aqabah I dan Perjanjian Aqabah II: Pada musim haji ke 3 sebelum hijrah, beberapa orang daripada suku Khazraj datang berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW dan telah memeluk Islam dan menyebarkannya di Madinah. Pada musim haji tahun berikutnya iaitu 621 Masehi datang pula seramai 12 orang (10 Khazraj dan 2 Aus) berjumpa Nabi Muhammad SAWdi Aqabah dan telah menandatangani perjanjian Aqabah 1. Antara isi Perjanjian Aqabah 1 ialah; Berjanji akan beriman kepada Allah. Berjanji akan membantu perjuangan nabi dan berjanji tidak akan melakukan amalan jahiliah.
Mus’ab bin Umair dihantar ke Madinah untuk mengajar dan berdakwah. Pada tahun 622 Masehi iaitu musim haji berikutnya lebih ramai orang Madinah datang ke Makkah berjumpa dengan nabi di tempat yang sama dan menandatangani Perjanjian Aqabah II. Antara isi Perjanajian Aqabah II ialah: Mereka hendaklah memeluk Islam. Mereka mestilah taat setia kepada Nabi. Mereka menjemput nabi berhijrah ke Madinah. Berjanji akan menyediakan tempat tinggal. Berjanji akan menjaga keselamatan nabi dan orang-orang Islam. Berjanji mempertahankan Islam.
Hijrah: Hijrah ialah berpindah. Peristiwa ini berlaku pada 12 September 622 Masehi bersamaan dengan 1 Rabiulawal bagi Nabi Muhammad SAW dan 1 Muharam bagi umat Islam. Beberapa maksud hijrah didapati melalui perspektif Islam: Perpindahan orang Islam dari Makkah ke Madinah setelah dibenarkan oleh Allah SWT. Perpindahan dari satu tempat ke tempat yang lain. Perjuangan untuk menegakkan kebenaran serta meninggalkan keburukan. Dalam konteks yang lebih luas, hijrah ialah perubahan dari segi sikap, cara berfikir, tingkah laku dan corak kehidupan daripada negatif kepada positif.
Mengikut perspektif orientalis pula mentafsirkan hijrah sebagai suatu pelarian daripada perjuangan untuk menegakkan agama. Antara sebab-seban berlakunya hijrah ialah; Perintah Allah. Jemputan masyarakat Madinah. Penentangan orang Quraisy yang berterusan dan Strategi perjuangan menyebarkan agama Islam.
Kepentingan hujrah ialah; Menyatukan penduduk Madinah. Nama Yathrib ditukar kepada Madinah (Kota Bercahaya). Peranan wanita diiktiraf. Lahirnya takwin Islam pertama. Mempersaudarakan golongan Muhajirin dan Ansar. Kepentingan peranan masjid dan pengorbanan sahabat terhadap Rasulullah SAW.
Piagam Madinah: Ciri-ciri piagam Madinah – Dikenali sebagai Sahifah Madinah. Dirangka oleh Nabi Muhammad SAW melalui wahyu Allah. Perlembagaan bertulis pertama di dunia. Mengandungi peraturan-peraturan dan tanggungjawab pemerintah dan rakyat. Perlembagaan Madinah mengandungi 47 fasal.
Rumusan daripada Sahifah Madinah adalah seperti berikut: Nabi Muhammad SAW adalah pemimpin di Kota Madinah. Baginda adalah sebagai ketua hakim yang menyelesaikan masalah. Undang-undang Islam diguna pakai secara menyeluruh. Masyarakat Madinah bebas mengamalkan agama dan adat masing-masing. Kerjasama antara masyarakat Madinah dituntut demi memajukan ekonomi negara. Masyarakat Madinah dianggap satu ummah. Masyarakat Madinah tidak boleh bermusuhan. Keselamatan orang nbukan Islam khususnya Yahudi, hak dan kebebasan mereka terjamin. Semua anggota masyarakat Madinah bertanggungjawab mempertahankan Madinah.
Kepentingan Piagam Madinah: Menjadi model untuk membentuk negara Islam. Membantu membangunkan kerajaan Islam Madinah. Menggambarkan kebijaksanaan dan kepintaran Rasulullah dalam mengatur pentadbiran negara. Membuktikan kemampuan baginda mewujudkan undang-undang untuk semua. Mementingkan keadilan ekonomi khususnya dalam perniagaan. Menerapkan semangat ukhuwah Islamiah, persamaan taraf dan keadilan sosial. Berjaya menyusun masyarakat dengan lebih teratur dan berjaya mewujudkan sebuah negara yang sistematik.
Penyebaran Islam: Apabila Madinah menjadi sebuah kerajaan Islam, kafi Quirasy mula mengatur strategi untuk memusnahkan kerajaan Islam itu. Mereka telah mula mencari sokongan daripada Yahudi dan Arab. Selain itu mereka telah melancarkan keganasan terhadap kafilah perdagangan orang-orang Islam. Nabi Muhammad telah mengambil beberapa langkah bagi mengatasi tindakan kafir Quraisy ini dengan; menghantar surat ke beberapa buah negara yang kuat pada masa itu untuk menyeru kepada Islam seperti Raja Al-Muqauqis dari Mesir, Maharaja Hercules dari Rom Timur dan Raja Parsi. Peperangan setelah mendapat keizinan dari Allah dan bertujuan mempertahankan diri, bangsa dan agama serta negara.
Terdapat beberapa prinsip peperangan dalam Islam: Hanya boleh berperang apabila diserang musuh. Peperangan mestilah untuk mencari keamanan. Tidak boleh memusnahkan harta benda, tumbuhan dan ternakan. Tidak boleh membunuh orang yang tidak berdosa seperti kanak-kanak, wanita dan orang tua. Sekiranya sebelum perang, pihak musuh inginkan kedamaian, maka dipilih kedamaian. Antara peperangan yang pernah berlaku antara orang Quirasy Makkah dengan orang Islam Madinah ialah; Perang Badar (624M/2H), Perang Uhud (625M/3H), Perang Khandak (627M/5H) dan Peperangan Tabuk (630M/8H)
Perjanjian Hudaibiah (628M/6H): Pada tahun 628 Masehi, umat Islam terasa sangat rindu dengan Makkah kerana; keinginan untuk berjumpa saudara mereka. Makkah tempat asal orang Muhajirin. Makkah ialah tempat turunnya wahyu pertama. Terdapatnya Kaabah yang menjadi pusat ibadat orang-orang Islam. Baginda sendiri berkeinginan untuk mengerjakan umrah. Dalam perjalanan untuk menuju ke Makkah, orang-orang Musyrikin telah menghalang orang Islam daripada memasuki Makkah. Uthman bin Affan diutuskan untuk pergi berbincang tetapi telah ditahan sehingga terdapat khabar angin mengatakan Uthman telah dibunuh.
Uthman bin Affan dipilih kerana beliau mempunyai saudara mara yang ramai di Makkah. Sahabat yang paling matang dan tuan berbanding yang lain.seorang yang lemah lembut dan bertolak ansur. Apabila berita ini diketahui oleh Rasulullah, baginda dan umat Islam bersumpah setia untuk meyerang Makkah. Kesannya orang Musyrikin telah menghantar Suhail b. Amru untuk berbincang. Dengan itu termenterailah Perjanjian Hudaibiyah iaitu: Bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata selama 10 tahun. Kabilah Arab lain bebas memihak kepada orang Islam Madinah atau Quirasy Makkah. Orang Islam Madinah yang memihak ke Makkah tanpa kebenaran penjaganya perlu dipulangkan. Orang Quirasy Makkah yang memihak ke Madinah tanpa kebenaran penjaganya perlu dipulangkan semula. Umat islam hanya boleh mengerjakan umrah pada tahun berikutnya.
Kepentingan Perjanjian Hudaibiah: Melalui Perjanjian Hudaibiah , umat Islam berpeluang mengerjakan ibadat haji pada tahun berikutnya iaitu 629 Masehi. Kandungan perjanjian itu membuktikan bahawa Islam tersebar secara aman. Berjaya mempengaruhi tokoh-tokoh utama seperti Khalid Al-Walid, Amru Al-Ass dan Uthman bin Talhah. Menguntungkan Islam untuk jangka panjang kerana memberi peluang kepada masyarakat mengkaji tentang rasionalnya Islam. Menunjukkan ketokohan baginda yang berpandangan jauh, mengkaji secara terperinci dalam melakukan sesuatu. Membuktikan kerajaan Islam Madinah telah diiktiraf. Gencatan senjata selama 10 tahun memberi peluang kepada Nabi Muhammad SAW menyebarkan dakwah Islamiyah secara aman ke seluruh Semenanjung Tanah Arab dan meningkatkan jumlah mereka yang menganut agama Islam.
Pembukaan Semula Kota Makkah: Pembukaan semula Kota Makkah disebabkan beberapa faktor. Antaranya ialah; Pelanggaran perjanjian oleh kafir Quirasy kerana membantu Bani Bakar yang berperang dengan Bani Khuzaah. Penguasaan Makkah akan menjadikan penyebaran Islam akan menjadi lebih tersusun dan terancang. Baginda telah mengarahkan supaya memasuki Makkah melalui empat penjuru iaitu; Khalid Al-Walid dari arah utara. Abu Ubaidah Al-Jarrah dari arah selatan. Saad bin Ubadah dari arah barat dan Zubair Al-Awwam dari arah barat daya. Kota Makkah dapat dibuka semula dengan aman tanpa ada tentangan yang hebat.
Kepentingan Pembukaan Kota Makkah: Baginda sangat memiliki sifat pemaaf dan tiada sifat pendendam terhadap kafir Quirasy. Semua berhala yang ada telah dimusnahkan. Islam dapat disebarkan ke seluruh Semenanjung Tanah Arab dan ke seluruh dunia. Kerajaan Islam Madinah telah menjadi lebih kuat kerana tiada lagi penentangan yang berlaku. Makkah dijadikan satu wilayah Islam dan Kota Makkah dijadikan sebagai kota suci umat Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan