Isnin, 14 Februari 2011

Hadis

Pendidikan Islam
Tingkatan 1                                                                                                                 Hadis

Tajuk: 11 – Pengenalan Hadis

1.         Hadis pada bahasa ialah perkhabaran atau berita.

2.         Hadis menurut istilah ialah setiap apa yang disandarkan kepada Rasulullah SAW, sama ada ucapan, perbuatan, pengakuan dan sifat-sifatnya.

3.         Hadis merupakan sumber hukum yang kedua selepas al Quran.

4.         Hadis berperanan menjelaskan dan menghuraikan ayat al Quran seperti penjelasan tentang ibadat solat dan sebagainya.

5.         Hadis terbahagi kepada dua jenis iaitu hadis Nabawi dan hadis Qudsi.

6.         Hadis Nabawi ialah hadis yang lafaz dan maknanya daripada Rasulullah SAW. Ia             merangkumi perkataan, perbuatan dan pengakuan Rasulullah SAW.

7.         Hadis Qudsi ialah hadis yang lafaznya daripada nabi tetapi maknanya daripada      Allah SWT. Ia merupakan wahyu Allah SWT yang diucapkan kembali oleh       Rasulullah SAW.

8.         Perbezaan antara al Quran dengan hadis:

(a)                al Quran:
           
-          lafaz dan makna daripada Allah SWT;
-          wahyu Allah SWT yang disampaikan kepada nabi melalui Malaikat Jibril;
-          merupakan sumber hukum Islam yang pertama.

(b)               Hadis:

-          lafaz dan makna daripada Rasulullah SAW;
-          perkataan, perbuatan dan pengakuan Rasulullah SAW;
-          merupakan sumber hukum Islam yang kedua.

9.         Perawi hadis bermaksud orang yang menerima dan menyampaikan hadis    Rasulullah SAW.

10.       Bagi menentukan kedudukan sesuatu hadis itu benar atau pun palsu, kita    hendaklah mengetahui tentang syarat-syarat perawi hadis.

11.       Antara syarat-syarat yang perlu ada kepada perawi hadis ialah:

            (a)        Islam;              (b)        Baligh (cukup umur);  (c)        adil;
            (d)       dhabit (kuat ingatan);              (e)        berhati-hati meriwayatkan hadis.

Tajuk: 12 – al Quran dan Hadis Panduan Hidup Mukmin

عن أبى هـريرة رضى الله عنه عـن النبى صلى عـليه وسلـم قا ل : تركـت فيكـم امـرين لن تضلوا ما ان تمسـكـتم بهما: كتـاب الله وسنة نبيه.

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW bersabda: Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama kamu berpegang dengan kedua-duanya iaitu kitab Allah dan Sunnah Nabi Nya.

1.         Al Quran dan hadis merupakan sumber hukum yang utama dalam Islam.

2.         Ajaran al Quran dan hadis adalah panduan hidup yang lengkap yang ditentukan    oleh Allah SWT.

3.         Cara berpegang teguh pada ajaran al Quran dan hadis:

(a)    yakin dengan kebenaran dengan al Quran dan hadis;
(b)   mempelajari dan memahami isi kandungannya;
(c)    menjadikan al Quran dan hadis sebagai panduan hidup.

4.         Setiap muslim mestilah berusaha untuk memahami isi kandungan al Quran dan       hadis dan beramal dengannya.

5.         Antara kelebihan berpegang teguh pada ajaran al Quran dan hadis ialah:

(a)    sentiasa teguh imannya terhadap Allah SWT;
(b)   memperolehi hidayat dan rahmat Allah SWT;
(c)    dapat membezakan antara yang hak dengan yang batil.

6.         Orang yang menolak ajaran al Quran dan hadis akan menerima akibat buruk           seperti:

(a)    akidah akan rosak dan terkeluar daripada Islam;
(b)   segala amalan yang baik tidak diterima oleh Allah SWT;
(c)    tidak mendapat rahmat dan keberkatan Allah SWT.

Tajuk: 13 – Ilmu Pengetahuan Asas Kejayaan

عـن أبى بكـر رضى الله عـنه عـن النبى صلى الله عـليه السلم قـال: أغـد عالما أو متعلما أو مستمعا أو مـحبا ولا تكـن الـخامسة فتهلك.

Maksudnya: Mulakan pagimu sebagai seorang guru atau pelajar atau pendengar atau orang yang cinta akan ilmu, jangan jadi orang kelima, anda akan binasa.

1.         Sebab digalakkan menuntut ilmu:

(a)    merupakan tuntutan agama;
(b)   untuk memartabatkan diri, agama, bangsa dan negara;
(c)    untuk meningkatkan keimanan.

2.         Akibat tidak berilmu:

(a)    sukar untuk mendapat hidayat Allah SWT;
(b)   tidak mendapat keredaan Allah SWT;
(c)    dihina dan disisihkan oleh masyarakat;
(d)   tidak dapat membangunkan masyarakat Islam.

3.         Ciri-ciri ilmu yang berguna:

(a)    ilmu yang dapat meningkatkan dan memantapkan iman;
(b)   ilmu yang boleh membentuk sahsiah dan akhlak yang mulia;
(c)    ilmu yang membawa kejayaan dan kemajuan kepada umat Islam.

4.         Cara menjadi orang yang berilmu:

(a)    belajar secara formal atau tidak formal;
(b)   membaca buku-buku ilmiah;
(c)    rajin menghadiri majlis atau program ilmu.

5.         Faedah berilmu:

(a)    mendapat petunjuk dan hidayah Allah SWT;
(b)   dapat membezakan antara perkara yang hak dengan yang batil;
(c)    dapat melakukan ibadat kepada Allah SWT dengan sempurna.

3 ulasan: