Isnin, 14 Februari 2011

Sirah dan Tamadun Islam T2

Pendidikan Islam                                                                          Sirah dan Tamadun Islam
Tingkatan 2

Tajuk 19 –  Saidina Umar bin Al-Khattab RA Pentadbir Yang Ulung

1.         Riwayat hidup:

(a)    nama penuh beliau ialah Umar bin Al-Khattab bin Nufail bin Abdul Uzza;
(b)   beliau berketurunan Bani Adi, Quraisy.
(c)    Dilahirkan di Mekah pada 584 Masihi, 13 tahun selepas kelahiran Rasulullah SAW;
(d)   memeluk Islam ketika berumur 33 tahun;
(e)    mendapat gelaran Al-Faruq yang bermaksud pemisah antara yang hak dengan yang batil;
(f)    dilantik menjadi khalifah yang kedua pada hari Selasa, 22 Jamadilakhir tahun ke 13 Hijrah bersamaan 23 Ogos 634 Masihi;
(g)   beliau wafat pada bulan Zulhijjah tahun ke 23 Hijrah ketika berusia 63 tahun;
(h)   beliau telah dibunuh oleh Fairuz (Abu Lukluk) iaitu hamba majusi yang berbangsa Parsi.

2.         Sifat-sifat peribadi:

(a)    beliau seorang yang taat pada perintah Allah SWT;
(b)   beliau seorang yang berani. Buktinya ketika memeluk Islam, beliau mengisytiharkan keislamannya kepada umum;
(c)    beliau seorang pemerintah yang bertanggungjawab terhadap kebajikan rakyat.

3.         Sumbangan dalam bidang pentadbiran:

(a)    mengemaskinikan Majlis Syura sebagai suatu badan yang penting dalam pentadbiran negara;
(b)   mengasaskan Jabatan Cukai dan Harta, Jabatan Ketenteraan dan Jabatan Persuratan;
(c)    mengasaskan Undang-undang Hisbah, iaitu undang-undang dan peraturan di pasar seperti adab berjual beli, pengawasan timbangan dan sebagainya.

4.         Sumbangan dalam bidang dakwah:

(a)    mengembangkan penyebaran dakwah ke wilayah-wilayah baru seperti Mesir, Rom dan Parsi;
(b)   melantik gabenor di wilayah tersebut untuk melancarkan pentadbiran dan penyebaran dakwah Islam;
(c)    menghantar ulama ke serata tempat untuk menyebarkan dakwah Islam.

5.         Sumbangan dalam pembangunan negara:

(a)    mengemaskini Baitulmal sebagai institusi kewangan negara;
(b)   mendirikan masjid dan rumah persingahan untuk kemudahan para musafir;
(c)    membina sekolah-sekolah untuk pendidikan anak-anak;
(d)   meneroka kawasan-kawasan baru untuk pertanian dan saliran air.
Tajuk: 20 – Saidina Usman bin Affan RA Korporat Yang Dermawan

1.         Riwayat hidup:

(a)    nama sebenar beliau ialah Usman bin Affan bin Abu Al-As bin Umaiyah;
(b)   beliau berketurunan Bani Umaiyah;
(c)    dilahirkan di Mekah pada tahun 576 Masihi iaitu enam tahun selepas tahun Gajah;
(d)   mendapat gelaran zunnurain yang bermaksud yang mempunyai dua cahaya kerana beliau memperisterikan dua puteri Rasulullah SAW;
(e)    dilantik menjadi khalifah yang ketiga pada tahun ke 23 Hijrah bersamaan 644 Masihi;
(f)    beliau wafat pada 18 Zulhijjah tahun ke 35 Hijrah;
(g)   beliau dibunuh oleh pemberontak.

2.         Sifat-sifat peribadi:

(a)    beliau seorang yang taat kepada Allah SWT dan rasul;
(b)   seorang yang pemalu dan lemah lembut;
(c)    seorang yang zuhud dan dermawan.

3.         Bukti sifat dermawan Saidina Usman:

(a)    menafkahkan hartanya sebanyak 300 ekor unta dan 10 ribu dinar untuk kegunaan tentera Islam dalam Perang Tabuk;
(b)   memerdekakan hamba pada setiap hari Jumaat;
(c)    membeli sebidang tanah untuk membesarkan Masjid Nabawi.

4.         Faktor semangat jihad Saidina Usman:

(a)    keimanan yang teguh terhadap Allah SWT;
(b)   beliau sangat sayang dan cintakan Islam;
(c)    mempunyai harta kekayaan yang melimpah ruah;
(d)   minat yang tinggi untuk berdakwah kepada orang Islam dan bukan Islam.

5.         Sumbangan Saidina Usman dalam bidang politik:

(a)    menjadi utusan Rasulullah SAW dalam Perjanjian Hudaibiyah;
(b)   menubuhkan angkatan tentera laut untuk mengawasi perairan negara.

6.         Sumbangan dalam bidang ekonomi:

(a)    menyumbangkan harta yang banyak untuk perkembangan Islam;
(b)   mempertingkatkan ekonomi rakyat.


7.         Sumbangan Saidina Usman dalam bidang sosial:

(a)    memperkenalkan sistem protokol dalam urusan kerajaan;
(b)   berjaya mewujudkan masyarakat yang harmoni hasil sifat beliau yang lemah lembut.

8.         Sumbangan Saidina Usman dalam bidang dakwah:

(a)    membuka kawasan-kawasan baru untuk mengembangkan dakwah Islam;
(b)   mengumpul dan membukukan al-Quran yang melahirkan naskah al-Quran yang dikenali sebagai Mashaf Usamani.


Tajuk: 21 – Saidina Ali bin Abu Talib RA Pemuda Yang Berani

1.         Riwayat hidup:

(a)    nama sebenar beliau ialah Ali bin Abu Talib bin Abdul Mutalib;
(b)   berketurunan Bani Hasyim;
(c)    dilahirkan di Mekah pada tahun 601 Masihi, iaitu sepuluh tahun sebelum Nabi SAW menjadi rasul;
(d)   dilantik menjadi khalifah pada tahun 35 Hijrah dan memerintah negara selama empat tahun;
(e)    wafat pada 17 Ramadan tahun 40 Hijrah ketika berusia 63 tahun;
(f)    beliau telah dibunuh oleh Abdul Rahman bin Muljam di Bandar Kufah ketika dalam perjalanan ke masjid untuk mengerjakan solat Subuh.

2.         Sifat peribadi:

(a)    taat dan patuh pada perintah Allah SWT sejak kecil lagi;
(b)   seorang pemuda yang gagah dan berani;
(c)    berilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang.

3.         Keistimewaan Saidina Ali:

(a)    merupakan kanak-kanak pertama yang memeluk Islam. Beliau memeluk Islam ketika berusia 10 tahun. Beliau tidak pernah melakukan perbuatan keji masyarakat jahiliah seperti menyembah berhala. Oleh sebab itu, beliau terkenal dengan panggilan Karramallahu Wajhah yang bermaksud Allah SWT memuliakan wajahnya;
(b)   sepupu dan menantu Rasulullah SAW;
(c)    salah seorang daripada sepuluh sahabat yang dijamin syurga;




(d)   pemuda yang berani. Buktinya ialah:

·         beliau menyertai semua peperangan bersama Rasulullah SAW kecuali Perang Tabuk. Beliau menggunakan pedangnya yang bernama Zulfaqar;
·         diberi amanah untuk membawa panji (bendera) dalam perang Khaibar dan beberapa peperangan yang lain.

4.         Jasa dan pengorbanan Saidina Ali:

(a)    menjadi penulis wahyu;
(b)   jurutulis Perjanjian Hudaibiah;
(c)    menjadi hakim di Yaman.

5.         Pada zaman pemerintahan Saidina Ali, berlaku beberapa peperangan yang berpunca daripada perancangan jahat orang-orang munafik yang diketuai oleh           Abdullah bin Saba.


Tajuk: 22 – Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib RA Pahlawan Terbilang

1.         Riwayat hidup:

(a)    nama sebenar beliau ialah Hamzah bin Abdul Mutalib bin Hasyim bin Abdul Manaf;
(b)   berasal daripada keturunan Bani Hasyim, iaitu golongan bangsawan yang dihormati;
(c)    dilahirkan di Mekah pada tahun 570 Masihi, iaitu tahun yang sama dengan kelahiran Nabi Muhammad SAW;
(d)   beliau adalah bapa saudara nabi;
(e)    hobi beliau ialah memanah dan berburu;
(f)    beliau digelar Asadullah (singa Allah) kerana keberaniannya;
(g)   beliau gugur syahid pada tahun ketiga Hijrah dalam perang Uhud setelah dibunuh oleh Wahsyi. Rasulullah amat sedih. Baginda telah mengurniakan gelaran Sayyid As-Syuhada (penghulu sekelian orang yang mati syahid);
(h)   jenazahnya telah dimakamkan di makam Syuhada berdekatan Bukit Uhud.

2.         Kisah pengislaman Saidina Hamzah:

(a)    pada suatu hari, Abu Jahal telah menghina Nabi Muhammad SAW secara keterlaluan di Bukit Safa;
(b)   kejadian itu menyebabkan Saidina Hamzah amat marah;
(c)    beliau terus mencari Abu Jahal dan berjumpa Abu Jahal sedang duduk bersama pemimpin Quraisy di Masjidil Haram;
(d)   beliau terus memukul Abu Jahal dengan busur panah sehingga kepada Abu Jahal cedera dan berdarah;
(e)    selepas itu beliau mengistiharkan pengislamannya.

3.         Sifat peribadi:

(a)    seorang yang pantas bertindak;
(b)   seorang pahlawan yang gagah perkasa dan berani. Antara bukti keberaniannya ialah:

·         memukul Abu Jahal yang menghina dan mengejek nabi;
·         menyahut cabaran dua orang tentera musyrikin untuk berlawan dengannya dalam Perang Badar;

(c)    seorang yang gigih tabah dan cekal hati dalam menjalani kehidupan.

4.         Sumbangan Saidina Hamzah:

(a)    melindungi dan mempertahankan Rasulullah SAW daripada ancaman musuh Islam;
(b)   menyertai peperangan bersama Rasulullah SAW;
(c)    sanggup mengorbankan masa, tenaga dan nyawa untuk menegakkan agama Islam.


Tajuk: 23 – Saidina Abu Hurairah RA Perawi Hadis

1.         Riwayat hidup:

(a)    nama sebenarnya ialah Abdul Rahman bin Sakhr Ad-Dausi Al-Yamani. Namanya sebelum Islam ialah Abdu Syams;
(b)   dilahirkan di Dus negeri Yaman, 19 tahun sebelum Hijrah;
(c)    menjadi anak yatim sejak kecil lagi;
(d)   menjadi ahli Suffah, iaitu sahabat-sahabat nabi yang fakir dan miskin di tepi Masjid Nabawi;
(e)    wafat pada tahun 59 Hijrah ketika berusia 78 tahun;
(f)    mendapat gelaran Abu Hurairah daripada Rasulullah SAW.

2.         Sifat peribadi:

(a)    sangat menghormati ibu bapa. Buktinya beliau sangat mengasihi ibunya walaupun dia tidak memeluk Islam. Hasil doa Rasulullah SAW, ibunya telah memeluk Islam;
(b)   beliau amat mengasihi binatang. Beliau digelar Abu Hurairah yang bererti bapa kucing kerana beliau sukakan kucing;
(c)    sabar dan tabah menghadapi kesusahan hidup. Beliau tidak meminta-minta dalam keadaan lapar.

3.         Beliau merupakan seorang sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadis            walaupun hanya tiga tahun bersama Rasulullah SAW.

4.         Beliau telah berjaya meriwayatkan sebanyak 5374 hadis.

5.         Seramai 800 orang murid telah datang mempelajari hadis daripada beliau.

6.         Faktor kejayaan beliau dalam periwayatan hadis:

(a)    berkat doa Rasulullah SAW supaya beliau mudah menghafaz hadis;
(b)   beliau rajin menghadiri majlis-majlis ilmu bersama para sahabat;
(c)    ketekunan beliau menyebarkan hadis yang diriwayatkannya kepada orang ramai.


Tajuk: 24 – Saidina Abdul Rahman bin Auf RA Ahli Perniagaan Berwawasan

1.         Riwayat hidup:

(a)    nama sebenar beliau ialah Abdul Rahman bin Auf bin Abdu Auf bin Al-Harith;
(b)   berasal daripada keturunan Bani Zuhrah;
(c)    dilahirkan di Mekah pada tahun 580 Masihi iaitu sepuluh tahun selepas Tahun Gajah;
(d)   memeluk Islam melalui Saidina Abu Bakar As-Siddiq;
(e)    dilantik menjadi pengerusi Majlis Syura semasa pemilihan khalifah yang ketiga;
(f)    wafat pada tahun 32 Hijrah bersamaan 654 Masihi ketika berusia 74 tahun.

2.         Sifat peribadi:

(a)    taat kepada perintah Allah SWT;
(b)   pintar dalam perniagaan;
(c)    zuhud dan dermawan.

3.         Keistimewaan Saidina Abdul Rahman:

(a)    salah seorang daripada sepuluh sahabat Rasulullah SAW yang dijamin syurga;
(b)   seorang jutawan yang kuat berusaha dan suka menderma;
(c)    menjadi salah seorang calon bagi jawatan khalifah.

4.         Sumbangan Saidina Abdul Rahman:

(a)    menyertai peperangan bersama Rasulullah SAW untuk menegakkan Islam;
(b)   menyumbangkan 200 tahil emas, 1500 ekor unta dan 500 kuda perang untuk Perang Tabuk;
(c)    menderma sebanyak 400 dinar emas setiap seorang kepada 100 orang tentera Islam yang menyertai Perang Badar.

5.         Faktor kejayaan Saidina Abdul Rahman sebagai ahli perniagaan:

(a)    bersyukur kepada Allah SWT;
(b)   usaha yang gigih dan berterusan;
(c)    berniaga barangan yang halal;
(d)   jujur dalam perniagaan.


Tajuk: 25 – Kepimpinan Rasulullah SAW Di Madinah

25.1 – Pembinaan Masjid

1.         Rasulullah SAW merupakan pengasas negara Islam yang pertama di Madinah.

2.         Baginda telah meletakkan asas yang kukuh dalam pembangunan negara. Asas-       asas tersebut ialah:

(a)    pembinaan masjid;
(b)   mempersaudarakan antara Muhajirin dan Ansar.

3.         Masjid yang pertama didirikan dalam Islam ialah Masjid Quba’.

4.         Masjid ini terletak di Quba’ iaitu kira-kira 10 kilometer dari Madinah.

5.         Masjid ini di asaskan oleh Rasulullah SAW pada 8 Rabiulawal ketika baginda        dalam perjalanan hijrah ke Madinah.

6.         Pada zaman Rasulullah SAW, masjid dibina daripada batu, tiangnya daripada        batang-batang pokok kurma, atapnya daripada pelepah-pelapah kurma dan            lantainya pula ditabur dengan pasir.

7.         Peranan masjid dalam Islam:

(a)    sebagai pusat ibadat, iaitu tempat untuk melakukan ibadat secara berjemaah seperti solat fardu;
(b)   sebagai pusat kemasyarakatan seperti mengadakan program gotong royong, malis akad nikah dan sebagainya;
(c)    sebagai pusat pendidikan dan ilmu pengetahuan.





25.2 – Persaudaraan Antara Muhajirin dengan Ansar

1.         Muhajirin ialah pengikut Rasulullah SAW yang berhijrah dari Mekah ke      Madinah.

2.         Ansar ialah penduduk asal Madinah yang telah memeluk Islam dan membantu       perjuangan Rasulullah SAW di Madinah. Golongan Ansar terdiri daripada kaum    Aus dan Khazraj.

3.         Rasulullah SAW telah mempersaudarakan golongan Muhajirin dengan Ansar         dengan cara memperkenalkan saudara angkat.

4.         Antara pengorbanan golongan Muhajirin ialah:

(a)    sanggup meninggalkan keluarga, harta dan tanah air untuk berhijrah bersama Rasulullah SAW;
(b)   sanggup mengharungi penderitaan dan bergadai nyawa semasa dalam perjalanan hijrah.

5.         Antara pengorbanan golongan Ansar ialah:

(a)    sanggup memberikan bantuan tenaga, harta, dan tempat tinggal kepada Muhajirin;
(b)   sanggup menawarkan isteri dan anak-anak untuk dikahwini kepada Muhajirin.

6.         Asas persaudaraan dalam Islam:

(a)    ketaatan dan kepatuhan kepada Allah SWT dan rasul;
(b)   mengutamakan kepentingan agama daripada kepentingan diri sendiri;
(c)    mengamalkan cara hidup Islam secara menyeluruh.

7.         Kepentingan persaudaraan dalam Islam:

(a)    melahirkan perasaan kasih sayang dan silatulrahim dalam kehidupan;
(b)   mewujudkan masyarakat yang aman dan harmoni;
(c)    meringankan sesuatu perkara melalui semangat kerjasama dan gotong royong.

8.         Langkah-langkah mewujudkan perpaduan dalam masyarakat berbilang kaum dan   agama:

(a)    mengamalkan sikap toleransi dalam kehidupan;
(b)   hormat menghormati antara satu dengan yang lain;
(c)    berkerjasama dan bantu membantu dalam perkara kebaikan.

9.         Faktor yang membawa pepecahan dalam masyarakat Islam:

(a)    kurang didikan agama serta tidak menghayati ajaran al-Quran dan hadis;
(b)   tidak bertolak ansur dalam sesuatu perkara;
(c)    pentingkan diri sendiri, hasad dengki dan sombong.

5 ulasan:

  1. saya nak sejarah abduallah bin abi kuhafah taimiyi,sirah bg tingkatan 2,pelajran iniyah

    BalasPadam
  2. x cantik design blog awak tapi saya suka nota awak bagi saya blh guna dalam peperiksaan saya nk hafal sekarang jugak esok saya peperiksaan ...terima kasih byk byk yer luqman saya suka awak (Gay)

    By KiD PhANtOm

    BalasPadam
  3. thanks for the information.. it is very useful for me now, thanks again ya!

    BalasPadam
  4. boleh x wat yg bab pembentukan negara islam madinah(tingkatan2)

    BalasPadam
  5. Saya nak tanya maksud hisbah saidina umar bin al-Kkhatab.?
    Tolong bagi respond secepat nya..

    BalasPadam