Pendidikan Islam: Tingkatan 2: Adab dan Akhlak Islamiah
Tajuk: 26 – Nikmat dan Musibah Ujian Kehidupan
1. Nikmat ialah semua bentuk kesenangan keselesaan dan kemudahan yang diterima oleh seseorang.
2. Antara contoh nikmat ialah kesihatan tubuh badan, tempat tinggal yang selesa dan sebagainya.
3. Musibah pula ialah semua bentuk kesusahan, kesulitan dan keperitan yang dihadapi oleh seseorang.
4. Antara contoh musibah ialah kesakitan, kematian orang yang disayangi, dan sebagainya.
5. Allah SWT mengurniakan nikmat atau musibah bertujuan untuk menguji keimanan hamba Nya.
6. Adab menerima nikmat:
(a) bersyukur apabila mendapat nikmat Allah SWT;
(b) menggunakan nikmat pada jalan kebaikan;
(c) sentiasa mentaati segala perintah Allah SWT dan menjauhi segala larangan Nya.
7. Adab menerima musibah:
(a) beristighfar kepada Allah SWT dengan mengucapkan “innalillahi waina ilahi raajiuun”
(b) sabar dan tabah menghadapi ujian Allah SWT;
(c) tidak berputus asa, sebaliknya berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan bersungguh-sungguh.
8. Akibat tidak bersyukur:
(a) tidak mendapat keberkatan dalam hidup;
(b) nikmat yang dimiliki akan ditarik balik oleh Allah SWT;
(c) mendapat azab yang pedih di akhirat kelak.
9. Kelebihan beradab ketika ditimpa musibah:
(a) mendapat rahmat dan keberkatan Allah SWT dengan diberikan nikmat yang melimpah ruah;
(b) mendapat keampunan Allah SWT;
(c) mendapat penghormatan dan sanjungan masyarakat.
Tajuk: 27 – Menghayati Adab Berjiran
1. Jiran ialah orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita iaitu di kanan, di kiri, di depan , di belakang, di tingkat atas dan di tingkat bawah yang meliputi 40 buah rumah dari setiap penjuru.
2. Islam telah membahagikan jiran kepada tiga jenis iaitu:
(a) jiran Muslim yang mempunyai hubungan kekeluargaan;
(b) jiran Muslim yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan;
(c) jiran bukan Islam.
3. Cara beradab kepada jiran:
(a) menziarahi jiran pada masa yang sesuai seperti hujung minggu;
(b) menghormati dan bersangka baik terhadap jiran;
(c) membantu jiran ketika mereka memerlukan pertolongan.
4. Akibat tidak beradab kepada jiran:
(a) kehidupan akan jauh daripada rahmat dan keberkatan Allah SWT;
(b) keharmonian hidup bermasyarakat akan terjejas;
(c) seseorang itu akan terpinggir daripada masyarakat;
(d) sukar mendapat pertolongan ketika menghadapi kesusahan.
5. Hikmat beradab kepada jiran:
(a) kehidupan dalam keadaan aman dan damai;
(b) kemungkaran dalam masyarakat dapat dicegah dengan lebih berkesan;
(c) setiap orang mendapat kehidupan yang selesa kerana mendapat pembelaan.
Tajuk: 28 – Menjaga Maruah Diri
1. Maruah ialah budi pekerti mulia dan tindak tanduk serta tingkah laku yang baik berdasarkan prinsip-prinsip Islam.
2. Antara kepentingan menjaga maruah diri ialah:
(a) untuk mendapat keredaan Allah SWT;
(b) untuk memelihara maruah diri dan keluarga;
(c) supaya terhindar daripada perkara-perkara yang tidak diingini.
3. Cara menjaga maruah diri dari segi berpakaian:
(a) memakai pakaian yang menuntut aurat, iaitu tidak ketat dan tidak jarang;
(b) memakai pakaian yang kemas, bersih dan sopan;
(c) tidak memakai pakaian yang mempunyai lambang yang tidak sopan atau haram seperti lambang salib dan jenama arak.
4. Cara menjaga maruah diri dari segi pergaulan:
(a) memberi salam apabila bertemu dengan saudara seagama;
(b) menjaga batas-batas pergaulan yang dibenarkan oleh syarak;
(c) hormat menghormati dan berkasih sayang antara satu dengan yang lain.
5. Cara menjaga maruah diri dari segi percakapan:
(a) bercakap dengan menggunakan bahasa yang baik dan sopan;
(b) bercakap benar dalam percakapan seharian;
(c) tidak menghina orang lain ketika bercakap.
6. Akibat tidak menjaga maruah diri:
(a) maruah diri dan keluarga akan tercemar;
(b) dipandang hina dan dibenci oleh orang lain;
(c) mendorong kepada berlakunya maksiat dan jenayah seperti rogol, zina dan sebagainya.
7. Hikmat menjaga maruah diri:
(a) mendapat keberkatan dan ganjaran pahala daripada Allah SWT;
(b) kehormatan diri akan terpelihara;
(c) terhindar daripada melakukan perkara-perkara yang tidak diingini;
(d) melahirkan masyarakat yang sejahtera dan bersatu padu.
Tajuk: 29 – Menjana Keharmonian Hidup
1. Sebab-sebab kita perlu beradab terhadap orang Islam dan bukan Islam ialah:
(a) untuk menjamin keharmonian hidup;
(b) untuk melahirkan masyarakat yang sejahtera;
(c) untuk menjamin kestabilan dan keamanan negara.
2. Sebagai Muslim yang beriman, kita mestilah beradab ketika bergaul dengan saudara seagama dan juga orang bukan Islam.
3. Adab terhadap orang Islam dan orang bukan Islam:
(a) memberi salam kepada orang Islam dan salam sejahtera kepada orang bukan Islam;
(b) bertoleransi dalam sesuatu perkara;
(c) hormat-menghormati antara satu dengan yang lain.
4. Sebab dituntut beradab terhadab orang bukan Islam:
(a) dapat menarik minat orang bukan Islam terhadap ajaran Islam;
(b) supaya dakwah Islam dapat diterima oleh mereka;
(c) supaya mereka tidak memusuhi Islam walaupun tidak menerima Islam.
5. Akibat tidak beradab kepada orang bukan Islam:
(a) masyarakat bukan Islam akan bersikap buruk sangka terhadap Islam;
(b) dakwah Islam tidak akan berkembang luas;
(c) perpaduan dalam masyarakat berbilang kaum dan agama akan terjejas.
6. Langkah mengekalkan adab terhadap orang bukan Islam berdasarkan syariat:
(a) membudayakan amalan ziarah-menziarahi;
(b) mengadakan majlis-majlis yang melibatkan semua masyarakat seperti hari keluarga;
(c) mengadakan sambutan hari kebesaran negara seperti Hari Kebangsaan;
(d) perancangan penempatan yang lebih tersusun.
Tajuk: 30 – Memelihara Kesucian Masjid dan Surau
1. Adab-adab ketika masuk ke dalam masjid atau surau:
(a) menanggalkan kasut atau alas kaki;
(b) masuk dengan mendahulukan kaki kanan;
(c) membaca doa ketika masuk;
(d) mengucapkan salam kepada orang yang berada dalam masjid.
2. Adab-adab semasa berada di dalam masjid atau surau:
(a) menunaikan solat sunat Tahiyatul Masjid;
(b) berniat iktikaf di dalam masjid;
(c) melakukan ibadat-ibadat tertentu seperti membaca al-Quran dan berzikir.
3. Adab-adab ketika keluar masjid:
(a) keluar dengan mendahulukan kaki kiri;
(b) membaca doa;
(c) memberi salam kepada orang yang berada di dalam masjid;
4. Peranan masjid:
(a) pusat ibadat bagi umat Islam;
(b) pusat pendidikan untuk mempelajari ilmu pengetahuan;
(c) pusat pembangunan keluarga dan masyarakat;
(d) pusat persinggahan dan khidmat musafir.
5. Kelebihan menjaga adab di masjid dan surau:
(a) mendapat ganjaran pahala dan rahmat Allah SWT;
(b) dapat melakukan ibadat kepada Allah SWT dengan khusyuk;
(c) mewujudkan suasana tenang di dalam masjid dan surau.
6. Amalan negatif di masjid dan surau:
(a) membuat kotor seperti membuang bekas makanan dan minuman di dalam masjid;
(b) tidak menutup aurat;
(c) bergurau dalam masjid.
7. Akibat tidak beradab di masjid dan surau:
(a) mendapat dosa dan kemurkaan Allah SWT;
(b) menjatuhkan imej Islam di mata orang bukan Islam;
(c) lahir individu yang tidak menghormati masjid sebagai tempat ibadat dan rumah Allah SWT.
Tajuk: 31 – Memelihara Kesucian Mashaf
1. Adab terhadap mashaf al-Quran:
(a) mengambil wuduk;
(b) meletakkan al-Quran di tempat yang tinggi untuk memuliakannya;
(c) mashaf al-Quran yang rosak mestilah dibakar dan abunya di tanam di tempat yang sesuai atau dialirkan ke sungai.
2. Tujuan beradab terhadap mashaf al-Quran:
(a) untuk mendapatkan keberkatan dan keredaan Allah SWT;
(b) untuk mendapat ganjaran pahala;
(c) untuk mengelakkan penghinaan terhadap al-Quran.
3. Perkara yang menyalahi adab terhadap mashaf al-Quran:
(a) meletak atau menyimpan mashaf al-Quran di tempat yang rendah seperti di atas lantai;
(b) memegang mashaf al-Quran dalam keadaan berhadas kecil atau hadas besar;
(c) mengoyak halaman mashaf al-Quran;
(d) menulis ayat al-Quran di tempat yang terdedah kepada penghinaan seperti kasut, dinding tandas dan sebagainy.
4. Adab mencipta dan menjual seni khat:
(a) penjual dan pembeli mestilah orang Islam;
(b) pencipta khat mestilah teliti ketika menulis supaya tidak tersilap huruf, tertinggal titik, baris dan sebagainya;
(c) melatakkan bahan-bahan khat di tempat yang tinggi dan baik.
Tajuk: 32 – Doa Penyeri Kehidupan
1. Doa ialah memohon sesuatu kepada Allah SWT sama ada untuk memohon kebaikan atau untuk menolak sesuatu kejahatan.
2. Antara kepentingan doa:
(a) memantapkan iman, menenangkan jiwa dan meningkatkan keimanan;
(b) merapatkan hubungan antara hamba dengan Allah SWT;
(c) mendorong seseorang untuk terus berusaha bagi mencapai kejayaan.
3. Adab-adab berdoa:
(a) suci daripada hadas kecil dan hadas besar;
(b) memakai pakaian bersih dan menutup aurat;
(c) mengangkat kedua-dua tapak tangan;
(d) memulakan doa dengan memuji Allah SWT dan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
4. Waktu yang mustajab untuk berdoa:
(a) pada satu pertiga malam iaitu kira-kira pukul 3 pagi;
(b) pada hari dan malam Jumaat;
(c) pada waktu di antara dua khutbah Jumaat.
5. Tempat yang mustajab untuk berdoa:
(a) di depan Kaabah;
(b) di Padang Arafah;
(c) di dalam masjid.
6. Doa yang diterima oleh Allah SWT:
(a) doa ibu bapa terhadap anak-anak;
(b) doa pemimpin yang adil;
(c) doa orang yang dizalimi.
7. Doa-doa yang ditolak oleh Allah SWT:
(a) doa orang yang melakukan maksiat;
(b) doa orang yang makan dan minum dari sumber yang haram;
(c) doa orang yang hatinya lalai dan tidak khusyuk.
8. Langkah untuk membiasakan diri berdoa:
(a) sentiasa mengingati Allah SWT di waktu senang dan susah;
(b) berkawan dengan orang yang memiliki akhlak yang baik;
(c) yakin dengan pertolongan Allah SWT.
9. Akibat tidak mengamalkan doa:
(a) tidak mendapat pertolongan daripada Allah SWT;
(b) lahir manusia yang sombong dan takbur kepada Allah SWT;
(c) mudah berputus asa apabila gagal dalam sesuatu kerja;
(d) menjadi manusia yang sombong dan takbur kepada Allah SWT apabila memperoleh kejayaan.
Tajuk: 33 – Wawasan Beribadat
1. Ibadat bermaksud mengabdikan diri kepada Allah SWT, dengan melakukan segala perintah Nya dan meninggalkan segala larangan Nya.
2. Sebab-sebab perlu beradab ketika beribadat:
(a) supaya ibadat yang dilakukan diterima oleh Allah SWT;
(b) supaya mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT;
(c) untuk melahirkan individu yang memiliki peribadi yang unggul.
3. Perbezaan antara ibadat dengan adapt iaitu:
(a) ibadat:
· ditentukan oleh syarak;
· bersumberkan al-Quran dan hadis;
· tidak boleh diubahsuai mengikut kehendak semasa.
(b) adat:
· ditentukan oleh adat;
· bersumberkan perbuatan kebiasaan yang dilakukan sejak turun temurun;
· berubah-ubah mengikut budaya sesebuah masyarakat.
4. Adab ketika beribadat:
(a) memakai pakaian yang bersih dan kemas;
(b) melakukan ibadat dengan hati yang khusyuk;
(c) melakukan ibadat mengikut cara yang ditetapkan oleh syarak.
5. Hikmat beradab ketika beribadat:
(a) meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT;
(b) dikasihi dan diberkati oleh Allah SWT;
(c) hati dalam keadaan tenang dan tenteram;
(d) melahirkan masyarakat yang perihatin dan bertanggungjawab.
6. Akibat meninggalkan adab beribadat:
(a) ibadat yang dilakukan tidak sempurna;
(b) ibadat yang dilakukan tidak memberikan kesan positif terhadap peribadi seseorang;
(c) jauh daripada rahmat dan keberkatan Allah SWT.
terimakasih adab dan akhlak pendidikan islamiah sangatlah berguna
BalasPadamMadu Penyubur Kandungan , Obat Diabetes
ini membuat saya terjatuh hati SENTAPP saya mekasih
BalasPadamteruskan MANTAP ini !!!!