Isnin, 14 Februari 2011

Tilawah al-Quran T3

Pendidikan Islam
Tingkatan 3 (Tilawah al-Quran)

Tajuk 1 –  Memohon Keampunan dan Rahmat Allah SWT

Ayat Hafazan dan Ayat Pemahaman: Ayat 23 Surah al-A’raaf.

ŸMaksudnya: Keduanya (Adam dan Hawa) berkata: "Wahai Tuhan kami, kami Telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya kami termasuk orang-orang yang rugi (23).

  1. Pengertian kalimah:


  1. Zalim bermaksud meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya atau melakukan perkara-perkara yang melampaui batas syarak.
  2. Jenis-jenis zalim:

(i)                 Zalim kepada diri sendiri seperti melakukan syirik, tidak solat, mencuri, berzina dan lain-lain.
(ii)               Zalim kepada manusia seperti membuli kawan, merosakkan harta benda awam dan lain-lain.
(iii)             Zalim terhadap alam sekitar seperti membuang sampah merata-rata, mencemarkan sungai dan sebagainya.

  1. Keampunan Allah SWT bermaksud penghapusan dosa oleh Allah kepada hamba Nya yang berdosa dan memohon taubat kepada Nya.
  2. Langkah-langkah untuk mendapatkan keampunan Allah SWT;

(i)                 Mengaku kesalahan yang dilakukan.
(ii)               Menyesal atas kesalahan yang dilakukan.
(iii)             Tidak berputus asa.
(iv)             Bertaubat kepada Allah SWT.

  1. Rahmat Allah SWT ialah belas kasihan yang dilimpahkan oleh Allah SWT kepada orang yang dikehendaki Nya.



  1. Cara-cara mendapatkan rahmat Allah SWT;

(i)                 Berlaku adil terhadap orang lain.
(ii)               Melaksanakan ibadat dengan ikhlas.
(iii)             Berkasih sayang sesama keluarga.

Tajuk 2 –  Memohon Keampunan dan Rahmat Allah SWT

Ayat Pemahaman: Ayat 57 – 58 Surah al-A’raaf.

Maksudnya: Dan Allah yang meniupkan angin sebagai pembawa berita gembira sebelum kedatangan rahmat-Nya (hujan); hingga apabila angin itu Telah membawa awan mendung, kami halau ke suatu daerah yang tandus, lalu kami turunkan hujan di daerah itu, Maka kami keluarkan dengan sebab hujan itu pelbagai macam buah-buahan. seperti Itulah kami membangkitkan orang-orang yang Telah mati, Mudah-mudahan kamu mengambil pelajaran (57). Dan tanah yang baik, tanaman-tanamannya tumbuh subur dengan seizin Allah; dan tanah yang tidak subur, tanaman-tanamannya Hanya tumbuh merana. Demikianlah kami mengulangi tanda-tanda kebesaran (Kami) bagi orang-orang yang bersyukur (58).

  1. Pengertian kalimah;


  1. Allah SWT berkuasa menghidupkan semula manusia selepas mati selepas berlakunya peristiwa kiamat.
  2. Bukti Allah SWT berkuasa membangkitkan manusia selepas mati;

(i)                 Angin pembawa berita gembira yang membawa awam.
(ii)               Kejadian awan dan hujan melalui proses kitar air semulajadi.
(iii)             Tanah yang tandus dan gersang menjadi subur apabila disirami air.


  1. Proses kejadian hujan:

(i)                 Air di permukaan bumi akan tersejat oleh sinaran matahari.
(ii)               Air yang tersejat menjadi wap dan naik ke atmosfera.
(iii)             Wap air akan berkumpul dan membentuk awan.
(iv)             Apabila awan menjadi sejuk dan berat ia akan gugur menjadi hujan.

  1. Bersyukur ialah menyatakan rasa terima kasih kepada Allah SWT atas segala nikmat yang diberikan.
  2. Ciri-ciri orang yang bersyukur:

(i)                 Ikhlas dalam beribadat kepada Allah SWT.
(ii)               Sabar apabila mendapat musibah.
(iii)             Reda walaupun mendapat nikmat yang sedikit.

  1. Antara cara-cara bersyukur ialah;

(i)                 Dengan hati, iaitu reda dengan segala pemberian Allah SWT.
(ii)               Dengan lidah iaitu membanyakkan berzikir kepada Allah SWT.
(iii)             Dengan amalan iaitu memanfaatkan nikmat ke arah kebaikan.

Tajuk 3 –  Memanfaatkan Anugerah Allah SWT

Ayat Pemahaman: Ayat 179 Surah al-A’raaf.

ôMaksudnya: Dan Sesungguhnya kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. mereka Itulah orang-orang yang lalai (179)

  1. Pengertian kalimah;

  1. Empat nikmat kurniaan Allah SWT dan fungsinya;

Mata
Melihat perkara-perkara kebaikan dan kekuasaan Allah SWT melalui alam ciptaan Nya.
Telinga
Mendengar perkara-perkara yang baik seperti mendengar ayat-ayat al-Quran dan nasihat.
Hati
Memahami ayat-ayat al-Quran.
Akal
Berfikir tentang perkara kebaikan

  1. Contoh penyalahgunaan pancaindera;

(i)                 Mata – melihat perkara yang diharamkan seperti melihat gambar lucah.
(ii)               Telinga – mendengar perkara haram seperti umpatan, fitnah dan sebagainya.
(iii)             Akal – berfikir untuk melakukan perkara mungkar.
(iv)             Hati – lalai mengingati Allah SWT.

  1. Akibat penyalahgunaan nikmat Allah SWT;

(i)                 Mudah terpengaruh perkara maksiat.
(ii)               Susah menerima kebenaran.
(iii)             Hati menjadi keras.
(iv)             Bertindak mengikut hawa nafsu.

  1. Perbezaan penggunaan pancaindera antara manusia dengan binatang;

(i)                 manusia

-          Dipertanggungjawabkan atas segala penggunaan pancaindera.
-          Dapat berfikir dan memahami sesuatu.
-          Dapat merubah untuk memajukan diri.

(ii)               binatang

-          Tidak dipertanggungjawabkan atas penggunaan pancaindera.
-          Tidak dapat berfikir dan hanya mampu melihat dan mendengar.
-          Cara hidupnya tidak berubah.

  1. Ciri-ciri ahli syurga;

(i)                 Menjadikan syariat Allah SWT sebagai panduan hidup.
(ii)               Yakin terhadap kebesaran dan kekuasaan Allah SWT.
(iii)             Sentiasa mengingati Allah SWT.

  1. Ciri-ciri ahli neraka;

(i)                 Mengenepikan syariat Allah SWT dalam kehidupan.
(ii)               Tidak yakin akan kebesaran dan kekuasaan Allah SWT.
(iii)             Lalai mengingati Allah SWT dan lebih mengagungkan makhluk.





Tajuk 4 –  Mengingati Allah SWT Menenangkan Hati

Ayat Pemahaman: Ayat 205 - 206 Surah al-A’raaf.

Maksudnya: Dan sebutlah (nama) Tuhannmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai(205). Sesungguhnya malaikat-malaikat yang ada di sisi Tuhanmu tidaklah merasa enggan menyembah Allah dan mereka mentasbihkan-Nya dan Hanya kepada-Nya-lah mereka bersujud (206).

  1. Pengertian kalimah;

  1. Zikir ialah mengingati Allah SWT untuk mendekatkan diri kepada Nya.
  2. Umat Islam digalakkan supaya banyak berzikir bagi menenangkan jiwa dan mendapat keredaan Allah SWT.
  3. Jenis-jenis zikir;

Basmalah
بسم ألله الرحمن الرحيم
Tasbih
سبحان الله
Tahmid
الحمد لله
Takbir
الله اكبر
Tahlil
لأ اله الا الله
Istighfar
استغفر الله العظيم
Hauqalah
ولا حول ولا قوة الا با لله

  1. Adab-adab berzikir;

(i)                 Berzikir dengan ikhlas.
(ii)               Khusyuk.
(iii)             Merendah diri kepada Allah SWT.
(iv)             Memahami ungkapan zikir.

  1. Peranan zikir;

(i)                 Meningkatkan keimana dan ketakwaan.
(ii)               Melembutkan hati.
(iii)             Membantu disiplin diri.
(iv)             Melindungi diri daripada maksiat.

  1. Faktor penghalang manusia mengingati Allah SWT.

(i)                 Leka dengan hiburan.
(ii)               Wujud perasaan sombong dalam diri.
(iii)             Terlalu mengejar kemewahan hidup.
(iv)             Terpengaruh dengan hasutan syaitan.

  1. Langkah-langkah mendekatkan diri kepada Allah SWT;

(i)                 Menyempurnakan ibadat-ibadat wajib.
(ii)               Memperbanyakkan ibadat-ibadat sunat.
(iii)             Mendampingi orang-orang soleh.

  1. Perbezaan antara ibadat manusia dengan ibadat malaikat;

(i)                 Ibadat manusia bertambah dan berkurang manakala ibadat malaikat tidak bertambah dan berkurang.
(ii)               Kosentrasi manusia berubah-ubah ketika beribadat tetapi kosentrasi malaikat tetap dan tidak berubah.

Tajuk 5 –  Menunaikan Kewajipan Solat Jumaat

Ayat Hafazan dan Ayat Pemahaman: Ayat 9 – 11 Surah al-Jumu’ah.

Maksudnya: Hai orang-orang beriman, apabila diseru untuk menunaikan shalat Jum'at, Maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu Mengetahui (9). Apabila Telah ditunaikan shalat, Maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah karunia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung (10). Dan apabila mereka melihat perniagaan atau permainan, mereka bubar untuk menuju kepadanya dan mereka tinggalkan kamu sedang berdiri (berkhotbah). Katakanlah: "Apa yang di sisi Allah lebih baik daripada permainan dan perniagaan", dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki (11)




  1. Pengertian kalimah;

  1. Solat Jumaat ialah solat dua rakaat yang dilakukan pada hari Jumaat dalam waktu Zuhur.
  2. Perintah Allah SWT yang terdapat di dalam ayat di atas;

(i)                 Segera menunaikan solat Jumaat.
(ii)               Sentiasa mengingati Allah SWT.
(iii)             Meninggalkan urusan jual beli setelah masuk waktu solat Jumaat.
(iv)             Mencari kurniaan Allah SWT di muka bumi.

  1. Sebab dituntut segera menunaikan solat Jumaat;

(i)                 Dapat pahala saf depan.
(ii)               Dapat mendengar nasihat melalui khutbah.
(iii)             Dapat berzikir dan melakukan amalan sunat.
(iv)             Dapat beriktikaf dalam masjid.

  1. Hikmah tuntutan bekerja selepas solat Jumaat;

(i)                 Membuktikan bahawa Islam tidak mengabaikan urusan dunia.
(ii)               Untuk keseimbangan dunia dan akhirat.
(iii)             Lebih bersemangat bekerja selepas selesai menunaikan solat Jumaat.
(iv)             Menunjukkan Islam menyuruh umatnya melakukan keseimbangan antara tuntutan dunia dengan tuntutan akhirat.

  1. Kepentingan solat Jumaat dalam pembangunan umat;

(i)                 Mengeratkan hubungan silatulrahim.
(ii)               Para jemaah akan mendapat teguran dan nasihat.
(iii)             Gejala sosial dapat dibanteras.
(iv)             Membentuk akhlak mulia dan berdisiplin.
(v)               Mendidik umat Islam supaya mencintai dan mendekati masjid.

4 ulasan:

  1. assalammualaikum...
    sy nk tanye..
    kenapa tak ade surah dalam bahasa arab?
    maafkn sy jika sy trkasar bahasa...
    assalammualaikum

    BalasPadam
  2. Huraikan 3 ciri kehidupan orang yg tidak mendapat rahmat dan keampunan allah..
    Bleh tak sya nak jwpan nya.
    Assalam

    BalasPadam