Isnin, 14 Februari 2011

Adab dan Akhlak Islamiah

Pendidikan Islam: Tingkatan 1                                                 Adab dan Akhlak Islamiah

Tajuk: 30 – Adab Menjaga Fitrah Lelaki dan Perempuan

1.         Adab menjaga fitrah lelaki dan perempuan bermaksud menjaga tingkah laku atau   tutur kata yang bersopan dan menjaga sifat semula jadi sebagai seorang lelaki atau      perempuan berdasarkan syariat Islam.

2.         Antara akibat menyalahi fitrah kelelakian dan keperempunan ialah:

            (a) akibat di dunia:

·         maksiat berleluasa;
·         dijangkiti penyakit yang merbahaya;
·         berlaku maksiat luar tabie.

            (b) akibat di akhirat:

·         dilaknat oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW;
·         tidak diakui umat oleh Nabi;
·         di azab oleh Allah SWT.

3.         Adab pergaulan sesama lelaki:

(a)    saling hormat menghormati;
(b)   menjaga batasan aurat;
(c)    menjaga maruah dan keaiban orang lain.

4.         Adab pergaulan sesama perempuan:

(a)    menjaga batasan aurat antara satu dengan yang lain;
(b)   saling menasihati ke arah kebaikan;
(c)    tidak menyebarkan keaiban orang lain.

5.         Adab pergaulan antara lelaki dengan perempuan:

(a)    menjaga batasan aurat menurut syarak;
(b)   tidak berdua-duaan tanpa mahram;
(c)    tidak memakai pakaian yang boleh merangsang syahwat;
(d)   diharuskan bergaul antara lelaki dengan perempuan untuk tujuan belajar dan perkara-perkara yang diharuskan syarak sahaja.

6.         Faktor melanggar fitrah kejadian:

(a)    memiliki iman yang lemah;
(b)   jahil tentang ajaran Islam;
(c)    pergaulan antara lelaki dengan perempuan tanpa batasan.

7.         Hikmat mematuhi fitrah kejadian:

(a)    dapat mengawal diri daripada melakukan maksiat;
(b)   memiliki jati diri;
(c)    kehidupan diberkati dan diredai Allah SWT.


Tajuk: 31 – Adab Berkawan

1.         Kawan ialah orang yang selalu berdamping dengan kita selain kaum keluarga.

2.         Kawan boleh mempengaruhi kehidupan seseorang.

3.         Ciri-ciri kawan yang baik:

(a)    taat dan patuh pada perintah Allah SWT;
(b)   berakhlak mulia dalam pergaulan;
(c)    menjaga keaiban kawan;
(d)   menerima teguran dan nasihat dengan baik.

4.         Cara-cara beradab dengan kawan:

(a)    memberi salam ketika bertemu dan berpisah;
(b)   saling nasihat menasihati pada perkara kebaikan;
(c)    jujur dan ikhlas dalam berkawan;
(d)   bersangka baik terhadap kawan.

5.         Kelebihan berkawan dengan orang baik:

(a)    taat pada perintah Allah SWT;
(b)   dapat mencegah perbuatan mungkar;
(c)    dikasihi dan diredai oleh Allah SWT;
(d)   dapat mencontohi kebaikannya.


Tajuk: 32 – Adab Kepada Ibu Bapa

1.         Maksud beradab kepada ibu bapa ialah bersopan santun kepada mereka dalam       percakapan, perbuatan dan tingkah laku.

2.         Setiap orang wajib menghormati dan taat kepada ibu bapa sebagai tanda     penghargaan atas segala jasa mereka.

3.         Anak yang menderhaka kepada ibu bapa akan mendapat akibat yang buruk dalam             hidup mereka.

4.         Akibat buruk menderhaka kepada ibu bapa:

(a)    dimurkai oleh Allah SWT;
(b)   mendapat kesusahan dalam hidup kerana jauh daripada rahmat Allah SWT;
(c)    hati dan perasaan sentiasa tidak tenteram;
(d)   dibenci dan disisih oleh masyarakat.

5.         Adab terhadap ibu bapa:

(a)    taat dan patuh pada perintah mereka selagi tidak bertentangan dengan syarak;
(b)   sentiasa menghormati dan memuliakan mereka;
(c)    mendoakan kebahgiaan ibu bapa dan mengasihinya;
(d)   membantu meringankan pekerjaan ibu bapa.

6.         Hikmat menghormati ibu bapa:

(a)    memperoleh keredaan, rahmat dan keampunan Allah SWT;
(b)   dihormati dan dikasihi oleh masyarakat;
(c)    mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat;
(d)   hati dan perasaan sentiasa tenang dan tenteram.


Tajuk: 33 – Adab Bergaul Dengan Keluarga

1.         Keluarga ialah sanak saudara dan kaum kerabat termasuk ibu bapa, nenek, datuk,   adik-beradik, bapa saudara, ibu saudara dan sebagainya.

2.         Adab-adab bergaul dengan keluarga:

(a)    saling ziarah menziarahi;
(b)   bercakap dengan sopan ketika berkomunikasi;
(c)    saling berkerjasama dalam perkara kebaikan.

3.         Kebaikan menjaga adab bergaul dengan keluarga:

(a)    dikasihi dan dirahmati oleh Allah SWT;
(b)   jiwa dan perasaan sentiasa tenang;
(c)    merapatkan hubungan dan kasih sayang antara ahli keluarga.

4.         Amalan pergaulan yang salah dengan keluarga:

(a)    bercakap menggunakan perkataan yang kesat, memaki hamun, menghina dan sebagainya;
(b)   reda dengan perkara maksiat yang berlaku dalam keluarga;
(c)    memutuskan hubungan kekeluargaan seperti tidak bertegur sapa dan sebagainya.

5.         Akibat tidak menjaga adab bergaul dengan keluarga:

(a)    akibat terhadap diri:

·         jiwa menjadi resah;
·         tersisih daripada keluarga;
·         tiada keberkatan dalam hidup.

(b)   akibat terhadap keluarga:

·         maruah keluarga akan tercemar;
·         keluarga akan porak peranda;
·         tiada kerjasama dalam keluarga.


Tajuk: 34 – Adab Berguru

1.         Panduan adab berguru:

(a)    sentiasa berwuduk;
(b)   berdoa kepada Allah;
(c)    bersedia untuk belajar;
(d)   menghormati guru;
(e)    berpakaian bersih dan kemas;
(f)    memberi tumpuan semasa belajar.

2.         Cara-cara beradab kepada guru:

(a)    memberi salam ketika bertemu guru;
(b)   bercakap dengan sopan;
(c)    berlapang dada menerima teguran guru.

3.         Cara-cara mengenang jasa guru:

(a)    mendoakan kebahgiaan guru;
(b)   memelihara silatulrahim dengan guru;
(c)    menghormati guru sepanjang masa.

4.         Hikmat  menghormati guru:

(a)    mendapat ilmu yang diberkati;
(b)   memperolehi kejayaan hidup di dunia dan di akhirat;
(c)    membentuk peribadi dan akhlak yang mulia dalam diri.

5.         Akibat menderhakai guru:

(a)    ilmu yang diperolehi tidak berkat;
(b)   tercicir dalam bidang pelajaran;
(c)    mudah terpengaruh dengan gejala negatif seperti merokok dan ponteng sekolah.


Tajuk: 35 – Adab Menuntut Ilmu

1.         Islam menggalakkan umatnya menuntut ilmu sama ada lelaki atau perempuan.

2.         Kewajipan menuntut ilmu ini merangkumi ilmu fardu ain dan ilmu fardu kifayah.

3.         Antara contoh ilmu fardu ain ialah ilmu tauhid, ilmu al-Quran, ilmu fikah, ilmu       akhlak dan sebagainya.

4.         Antara contoh ilmu fardu kifayah ialah ilmu sains, ilmu perubatan, ilmu ekonomi,   ilmu kejuruteraan dan sebagainya.

5.         Adab-adab menuntut ilmu:

(a)    sentiasa mentaati perintah Allah SWT;
(b)   taat dan patuh pada arahan dan nasihat guru;
(c)    menumpukan perhatian ketika guru sedang mengajar;
(d)   berusaha dan berdoa memohon kejayaan.

6.         Kepentingan menuntut ilmu:

(a)    menambah keyakinan dan keimanan kepada Allah SWT;
(b)   dapat melakukan ibadat dengan betul dan bertepatan dengan kehendak syarak.
(c)    dapat meningkatkan kualiti dan kecemerlangan diri, keluarga dan masyarakat.

7.         Perbuatan yang tidak beradab ketika menuntut ilmu:

(a)    tidak menghormati guru sama ada di dalam atau di luar sekolah;
(b)   tidak menumpukan perhatian ketika guru sedang mengajar seperti bermain dan bergurau;
(c)    melanggar peraturan dan disiplin sekolah.





Tajuk: 36 – Adab Menjaga Harta Sekolah

1.         Harta sekolah ialah segala peralatan dan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan untuk memudahkan proses pendidikan.

2.         Antara harta dan peralatan sekolah termasuklah:

(a)    buku teks;
(b)   komputer;
(c)    meja dan kerusi;
(d)   peralatan sukan;
(e)    kemudahan asrama.

3.         Adab-adab menjaga harta benda sekolah:

(a)    menggunakan harta sekolah dengan baik dan cermat;
(b)   menyimpan kembali barang yang digunakan ke tempat asal;
(c)    melaporkan sebarang kerosakan kepada guru dengan segera.

4.         Faedah menjaga harta sekolah:

(a)    proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik dan selesa;
(b)   harta sekolah tersebut dapat digunakan oleh pelajar lain;
(c)    memberikan imej yang baik kepada sekolah.

5.         Akibat tidak menjaga harta sekolah:

(a)    menimbulkan masalah kepada pihak sekolah;
(b)   pelajar tidak dapat belajar dengan baik dan selesa;
(c)    memburukkan imej dan warga sekolah.


Tajuk: 37 – Adab Membaca al-Quran

1.         Adab-adab sebelum membaca al-Quran:

(a)    berwuduk;
(b)   memakai pakaian yang bersih;
(c)    meletakkan al-Quran pada tempat yang bersih dan tinggi seperti di atas rehal.

2.         Adab-adab semasa membaca al-Quran:

(a)    memulakan bacaan dengan membaca isti’azah dan basmalah;
(b)   membaca dengan penuh khusyuk;
(c)    berusaha untuk memahami ayat-ayat yang dibaca;

3.         Adab-adab selepas membaca al-Quran:

(a)    membaca doa apabila selesai membaca;
(b)   mencium dan mengucup al-Quran;
(c)    meletakkan al-Quran di tempat yang sesuai.

4.         Implikasi mengabaikan adab membaca al-Quran:

(a)    mendapat kemurkaan Allah SWT;
(b)   tidak memberi kesan pada hati pembaca;
(c)    tidak mendapat keberkatan.

5.         Hikmat membaca al-Quran dengan beradab:

(a)    mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT;
(b)   mendapat ketenangan dan ketenteraman jiwa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan