Isnin, 14 Februari 2011

Tilawah al-Quran

Tajuk 1 –  Al Quran Menjana Kecemerlangan Hidup.

Ayat Hafazan/Ayat Pemahaman: Surah Al Baqarah: Ayat  1 - 5.

Maksudnya: 1.  Alif laam miin. 2.  Kitab (Al Quran) Ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa, 3.  (yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan shalat, dan menafkahkan sebahagian rezki yang kami anugerahkan kepada mereka. 4.  Dan mereka yang beriman kepada Kitab (Al Quran) yang Telah diturunkan kepadamu dan kitab-kitab yang Telah diturunkan sebelummu, serta mereka yakin akan adanya (kehidupan) akhirat. 5.  Mereka Itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang beruntung.

1.       Al Quran merupakan kitab yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW melalui  malaikat Jibrail.

2.       Al Quran menjadi panduan hidup yang lengkap merangkum hubungan manusia  dengan Allah SWT seperti ibadat solat dan hubungan manusia dengan manusia  seperti berbuat baik kepada ibu bapa, berakhlak mulia dan sebagainya.

3.         Kelebihan beramal dengan ajaran al Quran:

(a)    memperoleh kejayaan di dunia dan di akhirat;
(b)   mendapat hidayat daripada Allah SWT;
(c)    jiwa dan perasaan sentiasa tenang.

4.         Takwa ialah mengawal diri daripada melakukan perkara yang dimurkai oleh Allah SWT dengan mengerjakan segala suruhan Nya dan meninggalkan segala larangan  Nya.

5.         Ciri-ciri mukmin bertakwa:

(a)    beriman dan beramal dengan ajaran yang terdapat dalam al Quran;
(b)   beriman dengan hari kiamat;
(c)    mendirikan solat lima waktu.

6.         Kelebihan orang yang bertakwa:

(a)    sentiasa berada dalam keredaan dan kasih sayang Allah SWT;
(b)   mendapat kebahgiaan hidup di dunia dan di akhirat;
(c)    tabah, cekal dan sentiasa bersifat dengan sifat-sifat mulia dalam kehidupan.

7.         Usaha untuk menjadi pelajar yang bertakwa:

(a)    sentiasa menunaikan solat fardu pada awal waktu;
(b)   rajin mengulangkaji pelajaran;
(c)    sentiasa membaca al Quran.

Tajuk 2 – Mencontohi Kepatuhan Malaikat

Ayat Pemahaman: Surah Al Baqarah: Ayat  34 – 37.

Maksudnya: 34.  Dan (Ingatlah) ketika kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam," Maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir. 35.  Dan kami berfirman: "Hai Adam, diamilah oleh kamu dan isterimu surga ini, dan makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi baik dimana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim.36.  Lalu keduanya digelincirkan oleh syaitan dari surga itu dan dikeluarkan dari keadaan semula dan kami berfirman: "Turunlah kamu! sebagian kamu menjadi musuh bagi yang lain, dan bagi kamu ada tempat kediaman di bumi, dan kesenangan hidup sampai waktu yang ditentukan." 37.  Kemudian Adam menerima beberapa kalimat dari Tuhannya, Maka Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.

1.         Dalam ayat 34 surah al Baqarah, Allah SWT memerintahkan malaikat dan iblis  sujud iaitu memberi hormat kepada Adam.

2.         Malaikat dengan segera mematuhi perintah tersebut dengan memberi hormat  kepada Adam, sebaliknya iblis dengan angkuh dan takbur enggan patuh pada   perintah Allah SWT.

3.         Cara syaitan memperdaya manusia:

(a)    menggoda manusia supaya mensyirikkan Allah SWT;
(b)   mempengaruhi manusia agar mengingkari suruhan Allah SWT;
(c)    mendorong manusia melakukan maksiat;
(d)   menggoda manusia supaya bersengketa.

4.         Cara menghindari tipu daya syaitan/iblis:

(a)    taat dan patuh pada perintah Allah SWT;
(b)   meninggalkan segala larangan Allah SWT;
(c)    melakukan ibadat kepada Allah dengan penuh khusyuk.

5.         Syarat-syarat taubat:

(a)    menyesali kesalahan yang telah dilakukannya;
(b)   berhenti daripada melakukan perbuatan maksiat serta-merta;
(c)    berazam tidak akan mengulangi lagi kesalahan yang telah dilakukan;
(d)   meminta maaf atau mengembalikan hak orang lain sekiranya melakukan kesalahan kepada manusia.

6.         Ciri-ciri orang yang taat perintah Allah SWT:

(a)    memelihara iman daripada perkara-perkara yang boleh merosakkannya;
(b)   sentiasa patuh pada suruhan Allah SWT;
(c)    sentiasa mengingati Allah SWT;
(d)   sentiasa menjaga maruah diri.      

Tajuk 3 – Berbudi Dan Berbakti Cara Hidup Mukmin

Ayat Pemahaman: Surah Al Baqarah: Ayat  83.

Maksudnya: 83.  Dan (ingatlah), ketika kami mengambil janji dari Bani Israil (yaitu): janganlah kamu menyembah selain Allah, dan berbuat kebaikanlah kepada ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia, Dirikanlah shalat dan tunaikanlah zakat. Kemudian kamu tidak memenuhi janji itu, kecuali sebahagian kecil daripada kamu, dan kamu selalu berpaling.

1.          Perintah Allah SWT kepada Bani Israel berdasarkan ayat di atas:

(a)    menyembah Allah SWT yang Maha Esa;
(b)   berbakti kepada ibu bapa;
(c)    berbuat baik kepada kaum kerabat;
(d)   membantu anak yatim;
(e)    berkomunikasi sesama manusia dengan baik;
(f)    membantu orang miskin;
(g)   menunaikan solat;
(h)   mengeluarkan zakat.

2.         Cara berbakti kepada ibu bapa:

(a)    menghormati dan menyayangi ibu bapa;
(b)   mentaati perintah ibu bapa yang tidak bercanggah dengan hokum syarak;
(c)    menjaga mereka sama ada ketika sihat atau sakit;

3.         Cara menjalinkan hubungan dengan kaum kerabat;

(a)    membantu kaum kerabat yang berada dalam kesusahan;
(b)   hormat menghormati antara satu dengan yang lain;
(c)    menziarahi mereka apabila lama tidak berjumpa.
4.         Cara berbuat baik kepada anak yatim dan orang miskin:

(a)    memberikan bantuan untuk membiayai makanan, minuman, pakaian dan persekolahan mereka;
(b)   menjaga harta anak yatim dengan baik dan memulangkannya semula apabila mereka dewasa;
(c)    bergaul dengan cara yang baik dan tidak bersikap sombong terhadap mereka.

5.         Adab-adab berkomunikasi:

(a)    bercakap dengan baik ketika berhubung dengan semua golongan;
(b)   bercakap hanya pada perkara-perkara yang berfaedah saja;
(c)    mengajak kawan-kawan melakukan kebaikan cegah mereka daripada melakukan kejahatan.

6.         Kesan menjaga solat:

(a)    menjauhi diri daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT;
(b)   memberi ketenangan jiwa dan perasaan.

7.         Peranan zakat dalam Islam:

(a)    memberikan bantuan kewangan kepada pelajar yang kurang berkemampuan supaya dapat melanjutkan pelajaran;
(b)   membangunkan negara seperti membina masjid, sekolah, rumah anak yatim dan sebagainya.

 Tajuk 4 – Sabar Menghadapi Ujian Allah SWT

Ayat Pemahaman: Surah Al Baqarah: Ayat  155 – 156.

Maksudnya: 155.  Dan sungguh akan kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.
156.  (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun".

 1.         Bentuk-bentuk ujian Allah SWT kepada manusia berdasarkan ayat di atas:

(a)    perasaan takut dan gerun kepada musuh;
(b)   kematian atau kehilangan orang yang disayangi;
(c)    kelaparan dan kebuluran;
(d)   kekurangan hasil tanaman;
(e)    berlaku kegawatan ekonomi.

2.         Ciri-ciri orang yang berjaya menghadapi ujian Allah SWT:

(a)    memiliki keimanan yang teguh kepada Allah SWT;
(b)   memiliki sifat sabar dan reda dalam diri;
(c)    mengingati Allah SWT ketika senang atau susah.

3.         Tujuan Allah SWT memberikan ujian kepada seseorang:

(a)    untuk membuktikan kekuasaan Allah SWT;
(b)   untuk menunjukkan bahawa manusia merupakan makhluk Allah SWT yang lemah dan amat mengharapkan bantuan daripada Nya;
(c)    untuk menunjukkan bahawa manusia tidak dapat mengelakkan diri daripada menerima ujian daripada Allah SWT.

4.         Cara-cara menghadapi ujian Allah SWT:

(a)    mengucapkan “inna lillahi wainna ilaihi rajiuun”;
(b)   bersabar menghadapi ujian tersebut;
(c)    berusaha untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

5.         Hikmat ujian Allah SWT kepada manusia:

(a)    meningkatkan keimanan dan ketakwaan seseorang kepada Allah SWT;
(b)   melahirkan mukmin yang cekal dan tabah dalam mengharungi hidup di dunia;
(c)    menjadikan mukmin yang berjiwa positif dan sentiasa bermuhasabah diri serta memperbaiki kelemahan dan kesilapan;
(d)   melahirkan perasaan reda dan bersyukur terhadap ketentuan Ilahi.

Tajuk: 5 – Makanan Yang Halal Dan Yang Haram Menurut Islam

Ayat Pemahaman: Surah al-Baqarah: Ayat 168.

Maksudnya: 168.  Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; Karena Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu.

1.         Makanan halal ialah makanan yang baik untuk kesihatan rohani dan jasmani           menurut Islam.

2.         Makanan haram ialah makanan yang memudaratkan kesihatan jasmani dan             rohani.

3.         Ciri-ciri makanan yang halal:

(a)    binatang atau tumbuh-tumbuhan yang halal dimakan menurut al-Quran dan as-Sunnah;
(b)   binatang yang disembelih dengan nama Allah SWT;
(c)    makanan atau minuman yang tidak merosakkan akal fikiran.

4.         Ciri-ciri makanan yang haram:

(a)    binatang halal yang disembelih tanpa menyebut nama Allah SWT;
(b)   babi dan anjing serta makanan yang diproses daripada kedua-duanya;
(c)    benda-benda yang boleh memudaratkan kesihatan badan dan kewarasan akal.

5.         Islam mengharuskan umatnya makan makanan yang haram sekiranya seseorang  itu dalam darurat seperti ketiadaan makanan yang halal atau tidak dapat mencarinya supaya seseorang itu tidak mati kebuluran.

 6.         Akibat makan makanan yang haram:

(a)    hati menjadi gelap dan tertutup untuk menerima hidayat dari Allah SWT;
(b)   kesihatan jasmani dan kewarasan akal akan terjejas;
(c)    amal ibadat yang dilakukan tidak diterima oleh Allah SWT.

7.         Hikmat makan makanan yang halal:

(a)    mudah menerima hidayat daripada Allah SWT;
(b)   khusyuk ketika beribadat kepada Allah SWT;
(c)    doa akan dimakbulkan oleh Allah SWT.

8.         Makanan seimbang ialah makan yang mempunyai semua jenis bahan yang   diperlukan untuk pertumbuhan dan kesihatan fizikal dan mental.

9.       Antara ciri-ciri makanan seimbang ialah:

(a)    makanan yang halal;
(b)   makanan yang segar dan bersih;
(c)    makanan yang baik untuk kesihatan fizikal dan mental.

10.       Keburukan mengambil makanan yang terlalu banyak dan membazir ialah:

(a)    membawa kepada pelbagai jenis penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, sakit jantung dan sebagainya;
(b)   tidak dapat beribadat dengan baik;
(c)    menjadi sahabat syaitan.

 Tajuk: 6 – Kepentingan Doa Dalam Hidup Mukmin

Ayat Hafazan/Ayat Pemahaman: Surah Al Baqarah: Ayat  201 

Maksudnya: 201.  Dan di antara mereka ada orang yang bendoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka".

1.         Doa ialah memohon kepada Allah SWT sesuatu kebaikan yang diharuskan oleh      syarak.

2.         Contoh kebaikan di dunia yang digalakkan berdoa ialah:

(a)    berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan;
(b)   berjaya masuk ke universiti;
(c)    memiliki keluarga yang bahagia.

3.         Contoh kebaikan di akhirat yang digalakkan berdoa ialah:

(a)    mendapat keampunan Allah SWT;
(b)   mendapat syafaat seperti syafaat nabi;
(c)    mendapat ganjaran syurga yang penuh dengan kenikmatan.

4.         Antara tujuan berdoa ialah:

(a)    untuk memohon sesuatu hajat daripada Allah SWT;
(b)   untuk memohon kejayaan hidup di dunia dan di akhirat;
(c)    untuk mengelakkan diri daripada berputus asa apabila gagal.

5.         Adab-adab berdoa:

(a)    suci daripada hadas;
(b)   mengangkat kedua-dua belah tangan;
(c)    dimulai dengan membaca basmalah;
(d)   berselawat kepada nabi di awal dan di akhir doa;
(e)    berdoa dengan penuh khusyuk dan tawaduk.

6.         Hikmat berdoa:

(a)    supaya segala cita-cita yang baik tercapai;
(b)   melatih diri agar sentiasa mengingati Allah SWT dalam apa jua keadaan;
(c)    memupuk sikap sabar, reda dan bersyukur kepada Allah SWT.

 Tajuk: 7 – Arak Dan Judi Memusnahkan Kehidupan

Ayat Pemahaman: Surah al-Baqarah: Ayat: 219

Maksudnya: 219.  Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya". dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: " yang lebih dari keperluan." Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir,

1.         Arak ialah minuman yang mengandungi alkohol dan memabukkan.

2.         Judi ialah permainan yang menggunakan wang dan sebagainya sebagai  pertaruhan.

3.         Minum arak dan berjudi hukumnya adalah haram walaupun sedikit, sama ada  mabuk ataupun tidak.

4.         Keburukan arak dan judi:

(a)    seseorang itu akan meninggalkan perintah Allah SWT;
(b)   memudaratkan kesihatan fizikal dan mental;
(c)    kegiatan maksiat dan jenayah berleluasa.

5.         Menurut Imam As-Syafie, hukuman bagi kesalahan minum arak ialah 40 sebatan  walaupun minum hanya sekali atau sedikit saja.

6.         Hukuman bagi orang yang berjudi pula ialah boleh didenda serta dirampas harta  yang diperoleh hasil daripada perjudian tersebut.

7.         Usaha untuk menghindarkan diri daripada minum arak dan berjudi:

(a)    jauhi diri daripada bergaul dengan peminum arak dan orang yang berjudi;
(b)   hindarkan diri daripada memasuki tempat perjudian dan tempat minum arak;
(c)    tidak melibatkan diri dengan kegiatan-kegiatan maksiat dan penyalahgunaan dadah.

8.         Hikmat pengharaman arak dan judi terhadap individu:

(a)    berdisiplin dan bertanggungjawab;
(b)   bersyukur atas segala nikmat yang dikurniakan;
(c)    menjadi warganegara yang berguna.

9.       Hikmat pengharaman arak dan judi terhadap keluarga:

(a)    mewujudkan keluarga yang bahagia;
(b)   menjamin kebajikan keluarga;
(c)    mendapat pendidikan yang baik dan sempurna.

10.       Hikmat pengharaman arak dan judi kepada masyarakat:

(a)    menjamin keharmonian hidup bermasyarakat;
(b)   memudahkan tercapainya matlamat negara;
(c)    masyarakat dapat hidup dengan bersatu padu.

11.       Hikmat pengharaman arak dan judi terhadap negara:

(a)    pembangunan negara dapat berjalan dengan lancar;
(b)   menjamin kemakmuran dan kesejahteraan negara.

 Tajuk: 8 – Keagungan Dan Kekuasaan Allah SWT

Ayat Hafazan/Ayat Pemahaman: Surah al-Baqarah: Ayat 255

Maksudnya: 255.  Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia yang hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. tiada yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha besar.

1.         Isi kandungan ayat Kursi:

(a)    semua makhluk di langit dan di bumi berada di bawah kekuasaan Allah SWT;
(b)   Allah SWT mampu memberikan pertolongan kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki Nya.
(c)    Allah SWT mengatur kehidupan seluruh alam;
(d)   Allah SWT Maha Hidup dan Maha Kekal;
(e)    Allah SWT tidak mengantuk dan tidak lalai;
(f)    Allah SWT Maha Tinggi dan Maha Agung.

2.         Kelebihan mengamalkan ayat Kursi:

(a)    memberi ketenangan dan kelembutan pada hati;
(b)   menghindarkan diri daripada gangguan jin dan syaitan;
(c)    pahalanya sama dengan membaca satu perempat al-Quran.

3.         Faedah kejadian matahari:

(a)    membekalkan cahaya untuk menerangi alam;
(b)   membekalkan haba dan tenaga kepada manusia dan tumbuh-tumbuhan.

4.         Faedah kejadian siang dan malam:

(a)    manusia dapat bekerja pada waktu siang;
(b)   manusia dapat berehat pada waktu malam.

5.         Faedah kejadian hidup dan mati:

(a)    supaya manusia insaf bahawa kehidupan di dunia adalah sementara saja;
(b)   supaya manusia melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan.

 Tajuk: 9 – Berpegang Teguh Dengan Agama Allah SWT

Ayat Hafazan/Ayat Pemahaman: Surah al-Baqarah: Ayat: 256

Maksudnya: 256.  Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); Sesungguhnya Telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, Maka Sesungguhnya ia Telah berpegang kepada buhul tali yang amat Kuat yang tidak akan putus. dan Allah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.

 1.         Antara sebab-sebab Islam tidak memaksa orang bukan Islam memeluk Islam ialah:

(a)    kerana paksaan adalah bertentangan dengan konsep dakwah Islamiah yang menyeru manusia kepada Islam dengan cara yang baik dan berhikmah;
(b)   kerana paksaan akan menimbulkan pergaduhan dan permusuhan;
(c)    kerana iman orang yang dipaksa mudah luntur.

2.         Bagi orang yang telah menganut Islam pula, mereka tidak dibenarkan murtad (keluar dari Islam).

3.         Antara sebab-sebab mereka tidak dibenarkan murtad ialah:

(a)    supaya penganut Islam tidak menjadikan agama sebagai permainan;
(b)   kerana penganut Islam telah diajar tentang kebenaran ajaran Islam.

4.         Taghut bermaksud syaitan, berhala dan apa-apa saja kepercayaan dan amalan yang menyesatkan.

5.         Antara kepercayaan dan amalan taghut ialah:

(a)    menyembah berhala, pokok, kubur dan sebagainya;
(b)   mempersendakan hukum Allah SWT;
(c)    melakukan perkara khurafat.

6.         Antara kesan-kesan buruk amalan taghut ialah:

(a)    dimurkai oleh Allah SWT;
(b)   terdedah kepada perbuatan maksiat;
(c)    masyarakat akan berpecah belah.

7.         Hikmat berpegang teguh dengan agama Allah SWT:

(a)    mendapat keselamatan hidup di dunia dan di akhirat;
(b)   dikasihi dan diredai oleh Allah SWT;
(c)    terhindar daripada melakukan kejahatan.

8.         Akibat tidak mengikut ajaran Islam:

(a)    tidak memperoleh hidayat dan rahmat Allah SWT;
(b)   hidup dalam kesesatan dan kesusahan;
(c)    terdedah kepada perkara kejahatan dan maksiat.

9.       Pendekatan dakwah yang berkesan:

(a)    berdakwah dengan berhikmah dan bijaksana;
(b)   berdakwah dengan memberi pengajaran yang baik;
(c)    perbahasan hal-hal agama dengan baik.

 Tajuk: 10 – Sifat-Sifat Allah SWT

 Ayat Hafazan/Ayat Pemahaman: Surah al-Baqarah: Ayat 284 – 286° ( 4

Maksudnya: 284.  Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu menyembunyikan, niscaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu. Maka Allah mengampuni siapa yang dikehandaki-Nya dan menyiksa siapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. 285.  Rasul Telah beriman kepada Al Quran yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman. semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. (mereka mengatakan): "Kami tidak membeda-bedakan antara seseorangpun (dengan yang lain) dari rasul-rasul-Nya", dan mereka mengatakan: "Kami dengar dan kami taat." (mereka berdoa): "Ampunilah kami Ya Tuhan kami dan kepada Engkaulah tempat kembali." 286.  Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. beri ma'aflah Kami; ampunilah Kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, Maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."

 1.         Allah SWT mengetahui amalan zahir dan amalan batin manusia sama ada baik  atau buruk.

2.         Amalan zahir ialah amalan yang dapat diketahui dengan menggunakan  pancaindera.

3.         Amalan batin ialah amalan yang dapat dirasa oleh hati dan difikirkan dengan akal.

4.         Contoh amalan zahir yang baik ialah membaca al-Quran dan hadis, menolong ibu   bapa, mengerjakan solat, rajin menuntut ilmu dan sebagainya.

5.         Contoh amalan zahir yang jahat ialah malas sembahyang, malas belajar, bercakap bohong dan sebagainya.

6.         Contoh amalan batin yang baik ialah bersangka baik, takutkan Allah SWT,  berfikir tentang kebesaran Allah SWT.

7.         Contoh amalan batin yang jahat ialah, bersangka buruk, tidak yakin terhadap Allah SWT, riak dan sebagainya.

8.         Hikmat beriman dengan hisab:

(a)    melahirkan mukmin yang ikhlas dalam setiap amalan yang dilakukan;
(b)   menggalakkan seseorang mempertingkatkan amalan kebaikan.
(c)    Segera bertaubat apabila melakukan sesuatu kesalahan atau dosa.

9.       Setiap orang Islam wajib mematuhi perintah rasul.

10.       Rasul ialah lelaki yang dipilih oleh Allah SWT dan dikurniakan wahyu untuk  membimbing manusia ke jalan yang benar.

11.       Hikmat diutuskan rasul kepada manusia:

(a)    untuk memperbetulkan penyelewengan akidah yang dilakukan oleh manusia.
(b)   untuk mengajar manusia beribadat kepada Allah SWT;
(c)    untuk mendidik manusia supaya berakhlak mulia.

12.       Orang yang melakukan dosa sama ada sengaja ataupun tidak wajib memohon keampunan daripada Allah SWT.

13.       Hikmat Allah SWT bersifat Maha Pengampun dan Maha Penyayang:

(a)    menjauhkan diri daripada berputus asa dan kecewa;
(b)   menggalakkan manusia melakukan amal soleh;
(c)    suka memberi kemaafan dan meminta maaf.





2 ulasan: