Layang-layang tidak akan naik dengan mengikut arus angin, tetapi layang-layang hanya akan naik dengan melawan arus angin. Begitu juga dengan kehidupan manusia. Sesiapa yang membiarkan dirinya terpengaruh dengan cabaran dan masalah, ia akan jatuh seperti jatuhnya layang-layang yang mengikut arus angin. Untuk berjaya, anda mesti melawan cabaran dan masalah inu seperti layang-layang yang melawan arus angin.
Hidup ini adalah perjuangan. Hidup juga ibarat roda. Hanya orang berani sahaja yang berjaya dalam hidup, kerana hidup itu ada turun naiknya. Orang yang berani sahaja yang dapat menghadapi cabaran yang muncul. Ibarat kapal di lautan, samada kecil atau besar, untuk menggerakkannya ke hadapan, kapal itu terpaksa menghadapi keadaan turun naik kerana dilambung gelombang dan ombak yang mahu tidak mahu terpaksa diharungi juga. Itulah yang dinamakan kehidupan.
Begitu juga dengan anda, oleh kerana anda berani menghadapi gelombang dan cabaran, maka anda terus maju ke hadapan. Anda berani menghadapi kehidupan, maka inilah yang mengerakkan anda untuk terus maju dan maju kehadapan. Sesungguhnya untuk berjaya anda harus dan mesti berani.
"KEPUASAN HIDUP IALAH PERJUANGAN, DAN KEPUASAN PERJUANGAN IALAH KEMENANGAN DAN KEMENANGAN HANYA DIMILIKI OLEH ORANG YANG BERANI BERJUANG"
Cuba renung-renungkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan