Ahad, 20 Februari 2011

Tilawah al-Quran T2

PENDIDIKAN ISLAM
TINGKATAN 2                                                                                            Tilawah al-Quran

Tajuk 1 –  Hidayah Sumber Kebahagiaan.

Ayat Hafazan/Ayat Pemahaman: Surah Ali Imran: Ayat  8.

Terjemahan ayat: 8.  (mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; Karena Sesungguhnya Engkau-lah Maha pemberi (kurnia)".

1.         Hidayah dari segi bahasa ialah petunjuk. Pada istilah syarak ialah petunjuk Allah    SWT ke arah kebenaran.

2.         Rahmat dari segi bahasa ialah belas kasihan. Pada istilah syarak ialah kebaikan       yang Allah SWT kurniakan kepada hamba Nya.

3.         Antara rahmat Allah SWT ialah:

(a)    tubuh badan yang sihat;
(b)   akal yang cerdas;
(c)    hati yang bersih;
(d)   jiwa yang bersih.

4.         Cara memperoleh hidatah Allah SWT:
           
(a)    bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah SWT;
(b)   mempertingkatkan ibadat kepada Allah SWT;
(c)    memelihara hubungan baik sesame manusia;
(d)   melaksanakan tugas amar makruf dan nahi mungkar.

5.         Kelebihan orang yang memperolehi hidayat:

(a)    sentiasa patuh pada perintah Allah SWT;
(b)   jiwa dan perasaan sentiasa tenang;
(c)    menjadi contoh dan teladan kepada orang lain.
6.         Ciri-ciri orang yang memperoleh hidayah:

(a)    sabar dan tabah menghadapi dugaan hidup;
(b)   berpandangan jauh dan berfikiran terbuka;
(c)    mudah melakukan kebaikan.

7.         Akibat tidak memperoleh hidayah:

(a)    mudah berputus asa dalam melakukan sesuatu perkara;
(b)   jiwa dan perasaan sentiasa gelisah;
(c)    susah menerima sesuatu kebenaran.

8.         Perkara yang menghalang seseorang mendapat hidayah:

(a)    meninggalkan ibadat-ibadat fardu seperti solat lima waktu;
(b)   melakukan maksiat kepada Allah SWT seperti minum arak;
(c)    memiliki sifat-sifat mazmumah seperti takbur, riak dan sebagainya.

9.       Pengajaran Ayat:

(a)    hidayah adalah anugerah Allah SWT kepada hamba-hamba Nya;
(b)   kita hendaklah berusaha mendapatkan hidayah Allah SWT;
(c)    orang yang mendapat hidayah akan memperoleh kebahgiaan hidup di dunia dan akhirat.

Tajuk 2 –  Ilmu Penyuluh Kehidupan.

Ayat Hafazan/Ayat Pemahaman: Surah Ali Imran: Ayat  18.

Maksudnya: 18.  Allah menyatakan bahwasanya tidak ada Tuhan melainkan dia (yang berhak disembah), yang menegakkan keadilan. para malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga menyatakan yang demikian itu). tak ada Tuhan melainkan dia (yang berhak disembah), yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

1.         Ilmu dari segi bahasa bermaksud pengetahuan, manakala menurut syarak ialah   
            pengetahuan yang sebenar terhadap sesuatu perkara.

2.         Hukum menuntut ilmu menurut Islam adalah wajib.

3.         Kelebihan orang yang berilmu:
           
(a)    diiktiraf dan dimuliakan oleh Allah SWT dalam kehidupan;
(b)   dihormati dan dikasihi oleh masyarakat;
(c)    memperoleh kebahgiaan hidup di dunia dan akhirat.

4.         Ciri-ciri orang yang berilmu:

(a)    beramal dengan ilmu yang dimiliki;
(b)   melakukan sesuatu pekerjaan dengan ikhlas;
(c)    memiliki keyakinan diri yang tinggi;
(d)   bijak bertindak dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

5.         Peranan ilmu kepada individu:

(a)    dapat mengetahui tentang keesaan, kekuasaan dan kebijaksanaan Allah SWT melalui pelbagai ciptaan Ny;
(b)   dapat melaksanakan ibadat kepada Allah SWT dengan sempurna;
(c)    memberi keyakinan dalam setiap tindakan yang dilakukan.
6.         Peranan ilmu kepada masyarakat:

(a)    mewujudkan masyarakat prihatin dan bertanggungjawab;
(b)   melahirkan masyarakat yang berdaya saing dan berwawasan;
(c)    melahirkan masyarakat yang berpendirian teguh dalam sesuatu keputusan yang dibuat.

7.         Peranan ilmu kepada negara:

(a)    dapat membina kemajuan negara;
(b)   menjadikan negara dihormati dan disegani oleh negara luar;
(c)    menjadikan negara mampu bersaing dengan negara-negara lain.

8.         Pengajaran ayat:

(a)    ilmu pengetahuan sangat penting kepada umat Islam;
(b)   menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap muslim;
(c)    manusia dapat mencapai kebahagiaan dan kemakmuran hidup di dunia dan akhirat dengan menguasai ilmu fardu ain dan fardu kifayah.

Tajuk 3 –  Menginsafi Kekuasaan Allah SWT.

Ayat Hafazan/Ayat Pemahaman: Surah Ali Imran: Ayat  26.

Maksudnya: 26.  Katakanlah: "Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.

1.         Antara bukti kekuasaan Allah SWT ialah:

(a)    memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendaki Nya;
(b)   menghilangkan kuasa pemerintahan daripada siapa yang dikehendaki Nya;
(c)    memuliakan seseorang yang dikehendaki Nya atau menjadikan seseorang itu hina.

2.         Sebab-sebab kemuliaan seseorang:

(a)    beriman dan bertakwa kepada Allah SWT;
(b)   melakukan kebaikan sesama manusai;
(c)    berakhlak mulia dalam kehidupan;
(d)   berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT di samping berusaha dengan bersungguh-sungguh;
(e)    berusaha dengan bersungguh ke arah  kebaikan diri, keluarga dan masyarakat.

3.         Sebab-sebab kehinaan seseorang:

(a)    tidak melakukan perintah Allah SWT seperti solat fardu;
(b)   melakukan larangan Allah SWT seperti minum arak;
(c)    malas berusaha dan tidak mahu berubah ke arah kebaikan.

4.         Cara menghargai nikmat Allah SWT:

(a)    membelanjakan harta untuk menyara hidup keluarga;
(b)   menggunakan nikmat untuk membantu orang yang memerlukan pertolongan;
(c)    menggunakan nikmat dengan berhemah.

5.         Akibat tidak menghargai nikmat Allah SWT:

(a)    terhadap individu,

-          menjadi manusia yang tidak berguna;
-          mendapat kemurkaan Allah SWT;
-          jiwa tidak tenang.

(b)   terhadap masyarakat dan negara,

-          masyarakat hidup berpecah belah dan porak peranda;
-          negara akan hancur dan musnah.

(c)    terhadap alam sekitar,

-          berlaku pelbagai pencemaran alam;
-          sumber alam akan rosak dan pupus.

6.         Pengajaran ayat:

(a)    Allah SWT berkuasa ke atas semua makhluk ciptaan Nya;
(b)   kita hendaklah bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah SWT;
(c)    kita hendaklah menghindari diri daripada bersikap takbur dan sombong dengan kuasa yang diberikan oleh Allah kerana kuasa itu hanyalah sementara saja;
(d)   kita hendaklah berusaha untuk membangunkan diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Tajuk: 4 – Menghargai Sunnatullah

Ayat Hafazan/Ayat Pemahaman: Surah Ali Imran: Ayat 27.

Maksudnya: 27.  Engkau masukkan malam ke dalam siang dan Engkau masukkan siang ke dalam malam. Engkau keluarkan yang hidup dari yang mati, dan Engkau keluarkan yang mati dari yang hidup. dan Engkau beri rezki siapa yang Engkau kehendaki tanpa hisab (batas)".


1.         Sunnatullah ialah cara dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah SAW ke atas 
            semua makhluk.

2.         Proses kejadian siang dan malam;

(a)    siang dan malam terjadi disebabkan bumi berputar di atas paksinya;
(b)   bumi mengambil masa selama 24 jam untuk membuat sekali putaran;
(c)    semasa berputar, kawasan yang mendapat cahaya matahari akan menjadi siang manakala kawasan yang tidak mendapat cahaya matahari akan mengalami malam.

3.         Hikmat kejadian siang dan malam:

(a)    manusia dapat mencari rezeki pada waktu siang;
(b)   manusia dapat menjalankan kegiatan harian dengan sempurna;
(c)    manusia dapat berehat pada waktu malam;
(d)   manusia dapat beribadat dengan khusyuk pada waktu malam.

4.         Proses kejadian manusia:

(a)    bermula daripada percantuman air mani lelaki dengan ovum perempuan;
(b)   proses persenyawaan air mani dan ovum akan membentuk segumpal darah (alaqah) dalam masa 40 hari;
(c)    segumpal darah tersebut kemudiannya menjadi seketul daging (mudghah);
(d)   daging tersebut akan membentuk beberapa tulang (izam);
(e)    selepas itu, tulang-tulang itu dibalut dengan daging . maka terbentuklah lembaga yang lengkap;
(f)    akhir sekali lembaga tersebut akan ditiupkan roh.

5.         Dunia merupakan jambatan menuju akhirat. Ini menunjukkan kehidupan di dunia
            tidak kekal. Manusia akan dihidupkan semula di akhirat setelah mati. Oleh itu
            setiap manusia hendaklah berusaha mencari bekalan semasa hidup di dunia untuk
            berjaya di akhirat.


6.         Cara-cara untuk berjaya di akhirat:

            (a) menghargai nikmat Allah SWT dengan bersyukur;
            (b) banyak melakukan amal soleh dan kebajikan;
            (c) meninggalkan segala larangan Allah SWT;
            (d) memberi sumbangan masa dan tenaga ke arah kemajuan bangsa dan negara.

7.         Pengajaran ayat:

(a)    kejadian manusia, siang dan malam menjadi bukti kekuasaan Allah SWT.
(b)   Semua makhluk di ala mini adalah tertakluk dengan sunnatullah;
(c)    Setiap manusia telah dijamin rezekinya oleh Allah SWT dan mereka hendaklah berusaha untuk mendapatkannya;
(d)   Matlamat kehidupan manusia adalah untuk mendapat kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.

Tajuk: 5 – Perpaduan Asas Kesejahteraan

Ayat Pemahaman: Surah Ali Imran: Ayat 103.

Maksudnya: 103.  Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, Maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu Karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu Telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.

1.         Perpaduan bermaksud persaudaraan dan penyatuan yang menjadi satu prinsip bagi 
            menyatupadukan masyarakat.

2.         Perpaduan dalam Islam adalah berasaskan akidah Islam iaitu keimanan kepada   
            Allah SWT dan rasul serta hubungan baik dengan orang bukan Islam.

3.         Hak dan ciri-ciri persaudaraan dalam Islam:

(a)    saling kenal-mengenal, hormat menghormati dan berkasih sayang antara satu sama lain;
(b)   sentiasa bersangka baik terhadap seseorang;
(c)    menghulurkan bantuan kepada saudaranya yang memerlukan pertolongan;
(d)   berlapang dada dan memaafkan kesalahan yang dilakukan seseorang;
(e)    menjalinkan persaudaraan dengan ikhlas kerana Allah SWT.

4.         Hikmat bersatu padu:

(a)    wujud keamanan dan ketenteraman dalam masyarakat dan negara;
(b)   lahir masyarakat yang harmoni dan sejahtera;
(c)    pembangunan dapat dilakukan dengan baik dan sempurna;
(d)   umat Islam akan dihormati dan disegani oleh masyarakat bukan Islam;
(e)    kehidupan masyarakat akan memperoleh rahmat dan keberkatan Allah SWT.

5.         Keburukan perpecahan:

(a)    umat Islam menjadi lemah dan mundur dalam semua aspek kehidupan;
(b)   umat Islam bercakaran dan bermusuhan sesame sendiri;
(c)    umat Islam akan dipandang hina dan tidak dihormati oleh orang bukan Islam;
(d)   memberi peluang kepada musuh-musuh Islam untuk menindas dan menzalimi orang Islam;
(e)    kestabilan negara dan perkembangan ekonomi akan terjejas.

6.         Pengajaran ayat:

(a)    perpaduan yang kukuh merupakan pemangkin kepada kecermerlangan umat Islam;
(b)   perpecahan dan permusuhan merugikan sesebiah bangsa dan negara;
(c)    Islam adalah agama persaudaraan dan perpaduan;
(d)   akidah Islam merupakan asas perpaduan dalam Islam.

Tajuk: 6 – Dakwah Tanggungjawab Bersama

Ayat Pemahaman: Surah Ali Imran: Ayat 110.

Maksudnya: 110.  Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. sekiranya ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.

1.         Dakwah dari segi istilah ialah menyeru manusia supaya beriman dan beribadat  
            kepada Allah SWT dengan melakukan perkara yang diperintah dan meninggalkan         
            perkara yang dilarang.

2.         Setiap Muslim wajib berdakwah mengikut kemampuan masing-masing.

3.         Cara-cara berdakwah:

(a)    menyeru manusia melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran;
(b)   berdakwah dengan cara berhikmah atau bijaksana;
(c)    berdakwah dengan cara memberi pengajaran yang baik;
(d)   berdakwah dengan cara perdebatan dan perbahasan yang berkesan.

4.         Peranan pendakwah dalam masyarakat:

(a)    menyampaikan serta menjelaskan ajaran Islam yang sebenar kepada masyarakat;
(b)   membantu mengatasi masalah social yang berlaku dalam masyarakat;
(c)    membendung perbuatan bidaah, khurafat, syirik dan sebagainya yang boleh merosakkan iman.
5.         Ciri-ciri orang mukmin:

(a)    memiliki akidah yang mantap terhadap Allah SWT;
(b)   melakukan sesuatu perkara berdasarkan syariat;
(c)    memelihara hubungan dengan Allah SWT dan menjalinkan hubungan dengan manusia;
(d)   berilmu pengetahuan dalam bidang ilmu fardu ain dan fardu kifayah;
(e)    berakhlak mulia dalam kehidupan seharian.

6.         Ciri-ciri orang fasik:

(a)    suka melakukan maksiat kepada Allah SWT;
(b)   melakukan sesuatu perkara menurut hawa nafsu.

7.         Umat Islam digelar khairul ummah yang bermaksud sebaik-baik ummah kerana 
            mereka beriman kepada Allah SWT dan ditugaskan untuk menyeru manusia kepada 
            kebaikan dan mencegah kemungkaran.

8.         Antara ciri-ciri khairul ummah ialah:

(a)    berdaya saing iaitu mempunyai kekuatan untuk menguasai pelbagai ilmu di samping meningkatkan kualiti hidup;
(b)   memiliki jati diri, iaitu mempunyai keperibadian yang berdasarkan ajaran Islam.

9.       Pengajaran ayat:

(a)    setiap umat Islam bertanggungjawab menjalankan dakwah;
(b)   umat Islam adalah peneraju ke arah kemajuan dan kesejahteraan dunia.

Tajuk: 7 – Segera Bertaubat dan Beristighfar

Ayat Pemahaman: Surah Ali Imran, ayat: 133 – 136

 Maksudnya: 133.  Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, 134.  (yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan mema'afkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. 135.  Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri. 136.  Mereka itu balasannya ialah ampunan dari Tuhan mereka dan surga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan Itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal.

1.         Orang bertakwa ialah orang yang melaksanakan perintah Allah SWT dan
            meninggalkan segala larangan Nya.

2.         Sifat-sifat orang bertakwa:

(a)    membelanjakan harta pada jalan Allah SWT sama ada ketika senang atau susah;
(b)   dapat mengawal diri ketika marah;
(c)    memaafkan kesalahan orang lain;
(d)   segera bertaubat kepada Allah SWT apabila melakukan dosa.

3.         Cara-cara menghilangkan marah

(a)    mengucapkan ta’awwuz;
(b)   mengambil wuduk;
(c)    duduk sekiranya berdiri.

4.         Cara-cara bertaubat:

(a)    bertaubat dengan ikhlas dan jujur;
(b)   menyesal atas perbuatan dosa yang dilakukan;
(c)    meninggalkan perbuatan dosa yang dilakukan;
(d)   berazam tidak akan mengulangi dosa yang pernah dilakukan.

5.         Kesan taubat kepada individu:

(a)    meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT;
(b)   memberikan ketenangan kepada jiwa.
6.         Kesan taubat kepada masyarakat:

(a)    lahir masyarakat yang sejahtera;
(b)   hak masyarakat akan terpelihara.

7.         Ganjaran kepada orang yang bertaubat:

(a)    mendapat keampunan dan keredaan Allah SWT;
(b)   dimurahkan rezeki dan sentiasa mendapat pertolongan Allah SWT.

8.         Pengajaran ayat:

(a)    orang yang bertakwa sentiasa membelanjakan harta sama ada ketika susah atau senang;
(b)   kita hendaklah sentiasa bertaubat kepada Allah SWT.

Tajuk: 8 – Mencontohi Dakwah rasulullah SAW

Ayat Pemahaman: Surah Ali Imran ayat: 159

Maksudnya: 159.  Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah Lembut terhadap mereka. sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu ma'afkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu Telah membulatkan tekad, Maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.

1.         Dakwah ialah menyeru manusia beriman kepada Allah SWT dengan melakukan     
            segala perintah Nya dan menjauhi segala larangan Nya.

2.         Setiap pendakwah mestilah mencontohi sifat-sifat Rasulullah SAW dalam berdakwah.

3.         Sifat-sifat yang perlu ada dalam berdakwah ialah:

(a)    lemah lembut, iaitu berbicara dengan baik dan sopan serta tidak menyinggung perasaan orang lain;
(b)   pemaaf, iaitu memaafkan kesalahan orang yang tidak menerima dakwah yang disampaikan;
(c)    memohon keampunan untuk orang lain;
(d)   mesyuarat, iaitu mengadakan perbincangan sebelum membuat sesuatu keputusan;
(e)    bertawakal, iaitu berserah kepada Allah SWT setelah melakukan usaha yang bersungguh-sungguh.

4.         Kebaikan mesyuarat:

(a)    keputusan yang diambil dipersetujui bersama;
(b)   mengelakkan berlakunya pertelikahan yang akan membawa kepada pepecahan sesama manusia;
(c)    melahirkan manusia yang menjaga kepentingan orang lain dan tidak mementingkan diri sendiri.

5.         Hikmat tawakal:

(a)    mengelakkan seseorang daripada berputus asa apabila sesuatu yang dilakukan tidak berjaya;
(b)   seseorang itu dapat berusaha dengan gigih untuk mencapai sesuatu yang dicita-citakan;
(c)    melahirkan insan yang bersabar dalam melaksanakan sesuatu di samping berdoa kepada Allah SWT;
(d)   melahirkan insan yang merendah diri apabila mendapat sesuatu kejayaan.

6.         Pengajaran ayat:

(a)    setiap pendakwah mestilah mencontoh sifat-sifat Rasulullah SAW dalam berdakwah;
(b)   kita hendaklah bersikap lemah lembut dengan orang bukan Islam untuk menarik minat mereka pada Islam;
(c)    bermesyuarat amat penting dalam membuat sesuatu keputusan yang melibatkan orang ramai;
(d)   umat Islam hendaklah bertawakal kepada Allah SWT setelah berusaha dengan bersungguh-sungguh.


6 ulasan:

  1. contoh sumbangan orang yang berilmu dalam membangunkan negara

    BalasPadam
  2. walaupun sudah banyak kali seseorang itu mendengar dakwah , kenapa amat susah bagi mereka untuk solat subuh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kerana mereka menganggap solat subuh adalah perkara yang biasa dan tidak kisah terhadap perintah Allah S.W.T.Mereka yang tidak melakukan perintah Allah S.W.T akan mendapat balasan dosa dan kemurkaan Allah S.W.T.Kesimpulannya kita mestilah melakukan perintah Allah S.W.T yang ditetapkan oleh-Nya dengan sebaik-baiknya.

      Padam
  3. Syukram ustaz yusoff .semoga الله memberkati usaha2 ustaz menyedialan nota p.Islam ni

    BalasPadam
  4. Terima kasih ustaz.. saya menggunakan nota ini..

    BalasPadam