Isnin, 14 Februari 2011

Sirah dan Tamadun Islam T3

Pendidikan Islam
Tingkatan 3 (Sirah dan Tamadun Islam)

Keunggulan Perjuangan Tokoh-Tokoh

Tajuk 17.1 –  Saidatina Fatimah az-Zahra’ Puteri Rasulullah SAW

  1. Biodata;

            (i)         Nama                           : Fatimah binti Muhammad Rasulullah SAW.
            (ii)        Keturunan                   : Quraisy.
            (iii)       Tarikh Lahir                : 20 Jamadilakhir/605 Masihi.
            (iv)       Tempat Lahir               : Mekah.
            (v)        Gelaran                        : az-Zahra’
            (vi)       Nama Suami                : Ali bin Abi Talib.
            (vii)      Nama Anak                 : Hasan, Husin dan Zainab.
            (viii)     Tarikh Wafat               : 4 Jamadilawal tahun 11 Hijrah.
            (ix)       Umur Wafat                : 28 tahun.
            (x)        Tempat dimaqamkan   : al-Baqi’, Madinah.

  1. Sifat peribadi;

(i)                 Mempunyai budi pekerti mulia kerana sejak kecil diasuh dengan akhlak mulia oleh Rasulullah SAW.
(ii)               Seorang yang sabar dan tabah menghadapi ujian hidup.
(iii)             Seorang yang taat kepada agama dan suami.
(iv)             Seorang yang pemurah dan bertanggungjawab.
(v)               Mempunyai semangat jihad yang tinggi.

  1. Sumbangan Saidatina Fatimah;

(i)                 Saidatina Fatimah RA membantu Rasulullah SAW dalam menegakkan agama Islam.
(ii)               Beliau merawat luka dan menteteramkan perasaan bapanya yang dihina oleh orang kafir.
(iii)             Beliau merupakan pendorong kepada perjuangan suami dan bapanya.

  1. Contoh teladan peribadi Saidatina Fatimah;

(i)                 Puteri Rasulullah SAW yang sama-sama berkorban untuk mengembangkan agama Islam.
(ii)               Memiliki akhlak mulia yang harus diteladani oleh kaum Muslimat.
(iii)             Beliau lebih mengutamakan keperluan orang lain berbanding dengan keperluan sendiri.
(iv)             Pengalaman yang dilaluinya mengajar beliau hidup lebih tabah dan sabar.




Tajuk 17.2 –  Saidatina Aisyah Ilmuan Wanita Terunggul

  1. Biodata;

            (i)         Nama                           : Aisyah binti Abu Bakar.
            (ii)        Nama Bapa                 : Abu Bakar bin Abu Quhafah.
            (iii)       Tarikh Lahir                : Lapan tahun sebelum Hijrah/614 Masihi.
            (iv)       Tempat Lahir               : Mekah.
            (v)        Gelaran                        : Humaira’.
            (vi)       Nama Suami                : Muhammad bin Abdullah Rasulullah).
            (vii)      Tarikh Kahwin            : Bulan Syawal tahun ke 10 kenabian.
            (viii)     Tarikh Wafat               : 17 Ramadan tahun 58 Hijrah.
            (ix)       Umur Wafat                : 67 tahun.
            (x)        Tempat Wafat             : Madinah.
            (xi)       Tempat dimaqamkan   : al-Baqi’, Madinah.

  1. Sifat peribadi;

(i)                 Beliau mempunyai budi pekerti yang mulia.
(ii)               Seseorang yang bijak dan pintar serta memiliki ingatan yang kuat.
(iii)             Menguasai berbagai-bagai bidang ilmu.
(iv)             Isteri yang setia dan bertanggungjawab terhadap rumah tangga, suami dan masyarakat.
(v)               Mempunyai keimanan yang teguh.
(vi)             Beliau seorang yang berani dan gigih dalam perjuangan.

  1. Sumbangan;

(i)                 Menjadi tempat rujukan dan guru bagi seluruh umat Islam selepas kewafatan Rasulullah SAW.
(ii)               Menjadikan rumahnya sebagai pusat untuk menyebarkan agama Islam.
(iii)             Menghafaz dan meriwayatkan hadis sebanyak 2210 dalam pelbagai bidang.

  1. Faktor keunggulan jati diri Saidatina Aisyah;

(i)                 Keimanan dan akidah yang kukuh.
(ii)               Mendampingi Rasulullah SAW setelah menjadi isteri baginda.
(iii)             Ilmu pengetahuan yang tinggi dan mendalam.
(iv)             Memelihara maruah diri.

Tajuk 17.3 –  Saidina Khalid bin Al-Walid Perwira Perkasa

  1. Biodata;

            (i)         Nama                           : Khalid bin Al-Walid bin Al-Mughirah.
            (ii)        Keturunan                   : Bani Makhzum.
            (iii)       Tarikh Lahir                : 592 Masihi.
            (iv)       Tempat Lahir               : Mekah.
            (v)        Gelaran                        : Saifullah (Pedang Allah)
            (vi)       Tarikh Keislaman        : Bulan Safar tahun ke 8 Hijrah.
            (vii)      Kerjaya                        : Panglima Tentera.
            (viii)     Tarikh Wafat               : Tahun ke 21 Hijrah.
            (ix)       Umur Wafat                : 60 tahun.
            (x)        Tempat dimaqamkan   : Hims, Syria.

  1. Sifat peribadi;

(i)                 Seorang panglima yang gagah, berani, tangkas bermain senjata dan handal dalam peperangan.
(ii)               Tegas pendirian dan bijak menyusun strategi.
(iii)             Memiliki semangat juang yang tinggi.
(iv)             Ikhlas berjuang dan bercita-cita untuk mati syahid pada jalan Allah SWT.
(v)               Seorang yang berdisiplin, bertanggungjawab dan berfikiran terbuka.

  1. Sumbangan;

(i)                 Seorang panglima yang banyak berjasa dalam perjuangan menentang musuh Islam.
(ii)               Ketua pasukan bersenjata dalam peristiwa pembebasan Mekah.
(iii)             Menghapuskan golongan murtad semasa pemerintahan Saidina Abu Bakar.
(iv)             Ditugaskan untuk menghapuskan nabi palsu yang diketuai oleh Musailamah Al-Kazzab.
(v)               Menyertai Perang Hunain, Perang Taif, Perang Yarmuk dan lain-lain.

Kepimpinan Rasulullah Di Madinah

Tajuk 18.1 –  Piagam Madinah

1.                  Piagam Madinah ialah suatu perlembagaan Islam yang merangkumi semua aspek kehidupan.
2.                  Isi kandungan Piagam Madinah;

(i)                 Semua penduduk Madinah mengakui Nabi Muhammad SAW sebagai ketua negara.
(ii)               Mengakui kewujudan Muhajirin dan Ansar sebagai umat yang bertanggungjawab terhadap Allah SWT, rasul dan umat Islam.
(iii)             Mengakui kewujudan Yahudi dan musyrikin di Madinah.
(iv)             Setiap kaum bebas mengamalkan agama dan kepercayaan masing-masing.
(v)               Semua kaum mesti memelihara keselamatan Madinah.
(vi)             Setiap kaum dilarang menzalimi kaum yang lain.
(vii)           Segala masalah yang berlaku hendaklah dirujuk kepada Rasulullah SAW.
(viii)         Mana-mana pihak di Madinah tidak dibenarkan mengadakan hubungan dengan pihak luar terutama musyrikin Mekah.


3.                  Kesan Piagam Madinah;

(i)                 Terbentuknya sebuah negara Islam yang pertama.
(ii)               Rasulullah SAW diiktiraf sebagai ketua negara.
(iii)             Hak kebebasan beragama, keselamatan dan kehormatan individu terjamin.
(iv)             Perpaduan kaum dapat diwujudkan.
(v)               Dakwah Islam dapat berkembang dengan baik.
(vi)             Negara Madinah menjadi semakin maju, kuat dan teguh.

4.                  Hikmat pembentukan Piagam Madinah;

(i)                 Wujudnya sebuah institusi keadilan untuk masyarakat mendapatkan hak masing-masing.
(ii)               Sebagai satu landasan pelaksanaan syariat Islam secara menyeluruh di kalangan masyarakat majmuk.
(iii)             Menjadi bukti bahawa Islam merupakan satu cara hidup yang lengkap, bukan ibadat semata-mata.
(iv)             Dakwah Islam dapat dijalankan dengan baik dan terancang.
(v)               Madinah menjadi sebuah negara yang aman dan tenteram di bawah pimpinan Rasulullah SAW.

Tajuk 18.2 –  Perjanjian Hudaibiah

1.                  Perjanjian Hudaibiah ialah perjanjian damai yang membawa kepada gencatan
            senjata antara Rasulullah SAW dengan musyrikin Quraisy.
2.                  Peristiwa tersebut berlaku pada bulan Zulkaedah tahun ke 6 Hijrah di suatu tempat yang bernama Hudaibiah.
3.                  Persiapan Rasulullah SAW mengerjakan umrah;

(i)                 Memakai pakaian ihram di Zul Hulaifah.
(ii)               Membawa binatang ternakan.
(iii)             Melantik pengawal keselamatan.
(iv)             Bertalbiah sepanjang jalan.
(v)               Melalui jalan yang jarang dilalui oleh orang ramai.

4.                  Sebab berlaku perjanjian Hudaibiah;

(i)                 Hasrat Rasulullah SAW untuk mengerjakan umrah dihalang.
(ii)               Ketaatan dan kepatuhan sahabat pada kepimpinan Rasulullah SAW.
(iii)             Kebijaksanaan Rasulullah SAW mengatur strategi.

5.                  Isi Perjanjian Hudaibiah;

(i)                 Gencatan senjata selama 10 tahun.
(ii)               Umat Islam tidak boleh mengerjakan umrah pada tahun tersebut tapi     
             boleh mengerjakannya pada tahun berikutnya.
(iii)             Kedua-dua pihak tidak boleh membantu mana-mana pihak yang     
                              berperang.
(iv)             Kedua-dua pihak bebas membuat perjanjian dengan mana-mana pihak.
(v)               Orang Quraisy yang datang ke Madinah tanpa izin walinya hendaklah  
            dihantar pulang tapi orang Islam yang masuk ke Mekah tidak perlu     
            dihantar pulang.

6.                  Hikmat Perjanjian Hudaibiah;

(i)                 Terhindar daripada berlaku pertumpahan darah.
(ii)               Faktor kepada pembukaan Mekah.
(iii)             Orang Islam dan Quraisy bebas berinteraksi antara satu dengan yang lain.
(iv)             Orang Islam bebas menyebarkan dakwah.
(v)               Ramai orang Quraisy memeluk Islam.

Tajuk 19 –  Pembukaan Kota Mekah

1.                  Pembukaan Mekah berlaku pada 10 Ramadan tahun ke 8 Hijrah.
2.                  Faktor pembukaan Mekah;

(i)                 Kafir Quraisy Mekah melanggar Perjanjiah Hudaibiah.
(ii)               Kaum Quraisy memberi pertolongan kepada Bani Bakar yang berperang dengan Bani Khuza’ah.
(iii)             Bani Khuza’ah meminta bantuan dan pertolongan daripada Rasulullah SAW.

3.                  Rasulullah SAW menyediakan 10 000 tentera Islam menuju ke Mekah dengan alat kelengkapan perang.
4.                  Antara strategi yang digunakan oleh Rasulullah SAW;

(i)                 Rasulullah SAW menyediakan 10 000 tentera.
(ii)               Baginda berjalan menuju ke Mekah dan berhenti di Marru Zahran.
(iii)             Pada waktu malam, Rasulullah SAW memerintahkan tentera memasang obor di khemah masing-masing.
(iv)             Tentera Muslimin memasuki kota Mekah dari semua arah.

5.                  Faktor-faktor yang membantu kejayaan pembukaan Mekah;

(i)                 Strategi Rasulullah SAW yang berkesan.
(ii)               Semangat jihad yang tinggi di kalangan umat Islam.
(iii)             Ramai pembesar Quraisy telah memeluk Islam.
(iv)             Sikap penduduk Mekah yang mula berminat dengan Islam.

6.                  Kesan pembukaan Mekah;

(i)                 Dakwah dapat dijalankan secara terang-terangan.
(ii)               Tanah Haram Mekah menjadi kawasan larangan orang bukan Islam.
(iii)             Umat Islam dapat menunaikan ibadat tanpa gangguan orang kafir.
(iv)             Ramai orang kafir memeluk Islam.
(v)               Masyarakat Mekah saling berkerjasama dan hidup aman damai.
(vi)             Agama Islam berkembang dengan pesat.



7.                  Tindakan Rasulullah SAW selepas pembukaan Mekah;

(i)                 Memusnahkan dan meruntuhkan berhala di sekeliling Kaabah.
(ii)               Rasulullah SAW dan orang Islam melakukan solat sunat di maqam Nabi Ibrahim AS.
(iii)             Mengarahkan Bilal melaungkan azan.
(iv)             Mengampunkan mereka yang pernah memusuhi Islam.


18 ulasan:

  1. Saya minta izin untuk copy paste kat document microsoft dan print-kan yer.. buat rujukan. Terima kasih

    BalasPadam
  2. Minta izin copy dan paste untuk kegunaan pelajar. Semoga Allah memberikan ganjaran pada saudara. Amin

    BalasPadam
  3. Minta izin copy dan paste untuk kegunaan pelajar. Semoga Allah memberikan ganjaran pada saudara. Amin

    BalasPadam
  4. Saya minta izin untuk copy paste kat document microsoft dan print-kan yer.. buat rujukan. Terima kasih

    BalasPadam
  5. Thanks for this info..sangat berguna untuk saya..

    BalasPadam
  6. minta izin untuk copy paste ye...maaf...tqvm

    BalasPadam
  7. assalamualaikum, saya mintak izin copy nak buat folio tokoh untuk subjek agama islam.

    BalasPadam
  8. minta izin utk copy paste... tvm for this

    BalasPadam
  9. mohon copy paste utk rujukan ank saya tuan..

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum..saya mohon izin untuk copy nak buat folio tokoh islam..semoga Allah berkati diri dan keluarga tuan..aamiin

    BalasPadam
  11. MINTA IZIN COPY YE UTK PROJEK SEK.SATU LAGI ADA MAKLUMAT YANG SALAH .HARAP PERIKSA SEMULA YE

    BalasPadam