Ahad, 3 April 2011

BAB: 5 Pembinaan Negara Bangsa Yang Merdeka

BAB: 5  
5.1        Sistem Ahli
a.       Idea penubuhan Sistem Ahli dicetuskan oleh Dato` Onn Ja`afar selepas berbincang dengan Sir Henry Gurney.
b.      Cadangan selaras dengan hasrat British menjalankan dasar dekolonisasi.
c.       Sistem Ahli diadakan untuk melatih penduduk tempatan dan kaum lain menerajui pentadbiran Tanah Melayu.
d.      Ciri-Ciri Sistem Ahli ialah:
                                                         i.            Terdiri daripada beberapa orang pegawai tadbir dan tokoh masyarakat.
                                                       ii.            Anggotanya dikenali sebagai Ahli.
                                                      iii.            Pelantikan Ahli dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi British den persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu.
                                                     iv.            Ahli-ahli diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British.
                                                       v.            Ahlinya terdiri daripada sembilan orang anggota, iaitu lima orang penduduk Tanah Melayu (3 Melayu, 1 Cina dan 1 India) dan empat orang pegawai British.

Proses Pelaksanaan Sistem Ahli
a.       Ahli yang dilantik bertugas menjaga satu portfolio dan menguruskan pentadbiran harian jabatan.
b.      Ahli bertanggungjawab mencadangkan undang-undang yang berkaitan dengan jabatannya untuk dibentangkan dalam Majlis Perundangan Persekutuan.

Kepentingan Sistem Ahli
a.       Tapak asas untuk melatih orang tempatan kea rah berkerajaan sendiri.
b.      Proses perpaduan kaum di Persekutuan Tanah Melayu dimulakan kerana ahli-ahlinya terdiri daripada pelbagai kaum.

Keanggotaan Sistem Ahli pada peringkat awal

Nama Ahli
Portfolio
Dato` Onn Ja`afar
Ahli Dalam Negeri
Tungku Yaakob ibni Sultan Abdul Hamid
Ahli Pertanian dan Perhutanan
Dato` Mahmud Mat
Ahli Tanah, Perlombongan dan Perhubungan
Dr. Lee Tiang Keng
Ahli Kesihatan
Dato` E. E. C. Thuraisingam
Ahli Pelajaran
O. A. Spencer
Ahli Ekonomi
J. D. Hodgkinson
Ahli Perindustrian dan Hubungan Sosial
J. D. Mead
Ahli Perumahan dan Kerja Raya

5.2        Pakatan Murni
            Pakatan murni merupakan usaha semua kaum di Tanah Melayu menghasilkan satu
            kerjasama dan tolak ansur politik melalui perundingan.

            Langkah ke Arah Pakatan Murni Praperikatan
a.       Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum atau Communities Laison Committee (CLC). Hasil perundingan UMNO – CLC:
                                                         i.            Penubuhan Lembaga Pembangunan Industri Desa untuk memajukan ekonomi dan pendidikan bagi masyarakat luar Bandar.
                                                       ii.            Kerakyatan Negeri 1951 diberikan kepada imigran yang lahir di Persekutuan Tanah Melayu dengan syarat ibu atau bapanya telah menjadi rakyat Tanah Melayu.
                                                      iii.            Pilihan raya akan diadakan di peringkat perbandaran, negeri dan Majlis Perundangan Persekutuan.
b.      Cadangan pembukaan keahlian UMNO kepada orang bukan Melayu oleh Dato` Onn Ja`afar. Beliau meninggalkan UMNO kerana menerima kecaman.
c.       Parti Kemerdekaan Malaya atau Independence Malaya Party (IMP) ditubuhkan oleh Dato` Onn Ja`afar. IMP terbuka kepada semua bangsa tetapi tidak mendapat sambutan daripada kaum Cina, India dan kaum lain.
d.      Penubuhan Persidangan Kebangsaan pada tahun 1953 oleh Sir Malcolm MacDonald bertujuan untuk mencapai kerjasama politik bagi mengurangkan perasaan perkauman.
e.      Konvensyen kebangsaan bersama MCA yang dianjurkan oleh Tunku Abdul Rahman sebagai pemimpin UMNO bagi mengasaskan pembentukan Parti Perikatan.

Perikatan serta Pilihan Raya Bandaran, Negeri dan Majlis Perundangan Persekutuan 1955
a.       Pilihan raya bandaran telah membentuk kerjasama UMNO dan MCA bagi menghadapai Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur 1952 dan telah memenangi 9 daripada 12 kerusi yang dipertandingkan. Dalam pilihan raya di beberapa Bandar lain peringkatan UMNO dan MCA telah memenangi 26 daripada 37 kerusi.
b.      Pilihan raya negeri pada tahun 1954, Parti Perikatan telah memenangi 226 daripada 268 kerusi dan Parti Perikatan telah disertai oleh MIC pada tahun 1955.
c.       Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan diadakan pada tahun 1955.
d.      Manifesto Parti Perikatan ialah:
                                                         i.            Mencapai kemerdekaan dalam masa empat tahun.
                                                       ii.            Mewajibkan pendidikan.
                                                      iii.            Menjadikan perkhidmatan awam bercorak tempatan
                                                     iv.            Menjaga hak asasi manusia.
                                                       v.            Melindungi hak-hak Raja-Raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan.
e.      Parti Perikatan telah memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan.
f.         Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri dan membentuk kabinet yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Perikatan dan Pakatan Murni ke Arah Kemerdekaan
a.       Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan rundingan kemerdekaan ke London pada bulan Februari 1956. Hasil perundingan adalah seperti berikut:
                                                         i.            Suruhanjaya bebas untuk mengkaji perlembagaan dibentuk.
                                                       ii.            British akan memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.
                                                      iii.            Tunku Abdul Rahman telah mengistiharkan tarikh kemerdekaan di Bandar Hilir Melaka.

5.3        Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957

            Suruhanjaya Reid
a.       Dibentuk pada bulan Mac 1956 baqi membincangkan dan menyusun Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.
b.      Diketuai oleh Lord Reid (Hakim British), Sir Ivor Jennings (England), Sir William McKell (Bekas Gavenor Jeneral Australia), Tuan B. Malik (Hakim Mahkamah Tinggi India) dan Tuan Abdul Hamid (Pakistan).
c.       Antara isu yang menjadi panduan Suruhanjaya Reid ialah:
                                                         i.            Pembentukan sebuah kerajaan persekutuan yang kuat.
                                                       ii.            Pemberian kuasa autonomi kepada negeri dalam bidang tertentu.
                                                      iii.            Kedudukan istimewa Raja-Raja Melayu
                                                     iv.            Hak istimewa orang Melayu.
                                                       v.            Pewujudan satu bangsa Persekutuan Tanah Melayu.
d.      Menerima sebanyak 131 memorandum bertulis daripada pelbagai pihak termasuk Raja-Raja Melayu, orang persaorangan dan pertubuhan politik.

Isi-Isi Penting Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957
1.       Pembentukan sebuah Kerajaan Persekutuan.
2.       Pemisahan kuasa antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri melalui Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri.
3.       Institusi Raja Berperlembagaan di peringkat negeri dan negara.
4.       Tiga jenis kerakyatan diwujudkan, iaitu Kuat Kuasa Undang-Undang, Permohonan dan Naturalisasi. Prinsip jus soli (secara kelahiran) diterima.
5.       Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan.
6.       Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu.
7.       Tanah Simpanan Melayu dikekalkan.
8.       Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan.
9.       Yang di-Pertuan Agong menjadi ketua negara.
10.   Pentadbiran negara bersifat demokrasi berparlimen, iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara terletak di bawah kuasa Parlimen.
11.   Menteri Besar menjadi pelaksana pentadbiran dan beliau dibantu oleh Dewan Undangan Negeri dan EXCO pada peringkat negeri.

Kepentingan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957
·        Pembentukan kerajaan demokrasi.
·        Konsep raja berpelembagaan.
·        Pakatan mewujudkan perpaduan.
·        Keharmonian kaum dapat dicapai
·        Hak mutlak kepada penduduk tempatan untuk mentadbir negara

            Peranan Tokoh-Tokoh Kemerdekaan

Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj
·        Presiden UMNO dan Parti Perikatan.
·        Perdana Menteri yang pertama.
·        Bijak mengendalikan pakatan murni antara kaum
Tun Abdul Razak
·        Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri
·        Perunding dalam tuntutan kemerdekaan di London tahun 1956
·        Perunding dalam menyiapkan Perlembagaan Kemerdekaan 1957
Tun H. S. Lee
·        Tokoh MCA yang memulakaan kerjasama kaum
·        Mencetuskan idea penubuhan Parti Perikatan.
·        Menteri Kewangan Persekutuan Tanah Melayu yang pertama
Tan Cheng Lock
·        Presiden MCA
·        Penyokong Tunku Abdul Rahman untuk mendapatkan kemerdekaan
Tun V. T. Sambanthan
·        Presiden MIC.
·        Memperjuangkan kemerdekaan negara bersama Tunku Abdul Rahman
·        Menyokong dasar kerjasama kaum.




Ahad, 20 Mac 2011

BAB 3: Kesedaran Pembinaan Negara Bangsa

3.1        Latar Belakang Pembinaan Negara dan Bangsa
           
            Konsep Negara dan Bangsa
a.       Diasaskan sejak Zaman Kesultanan Melayu Melaka.
b.       Dalam masyarakat Melayu tradisional, kemunculan kerajaan disebabkan oleh raja.
c.       Rakyat menumpahkan kesetiaan kepada raja akan menentukan sempadan kerajaan.
d.       Kuasa Barat telah mengubah konsep kerajaan dan negeri masyarakat Melayu tradisional.
e.       Bagi masyarakat Melayu tradisional, negeri bererti kawasan, manakala kerajaan disebut sebagai negeri dengan segala jajahan takluknya.
f.        British menetapkan sempadan setiap kerajaan.
g.       Pengenalan Malayan Union untuk membina Negara dan bangsa.
h.       Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 menggabungkan semua negeri Melayu dalam pentadbiran pusat.
i.         Malaysia dibentuk dengan penggabungan Sabah dan Sarawak.
j.         Pembinaan bangsa Malaysia dikemukakan oleh Tun Dr. Mahathir pada 28 Februari 1991.

            Pembinaan Negara dan Bangsa
a.       Idea terbentuk di Barat akibat tercetusnya Revolusi Inggeris (1688), Perang Kemerdekaan Amerika (1776) dan Revolusi Perancis (1789).
b.       Persidangan Damai Paris mencapai kesepakatan melalui Deklarasi Empat Belas Perkara Woodrow Wilson yang mencadangkan; penentuan nasib Negara oleh rakyat sendiri dan prinsip sempadan Negara berasaskan bangsa.
c.       Empayar Austria-Hungary dan Turki yang kalah dalam Perang Dunia Pertama dibahagikan dan muncul tujuh buah Negara bangsa baharu di Eropah iaitu; Czechoslovakia, Estonia, Finland, Latvia, Lithuania, Poland dan Yugoslavia.
d.       Count Camillo Benso di Cavour menggunakan amalan realpolitik untuk menyatukan Itali.
e.       Pada tahun 1871, Jerman disatukan oleh Otto Eduard von Bismarck melalui pelaksanaan amalan realpolitik serta politik darah dan besi.
f.        Pembentukan Negara Islam melalui Piagam Madinah yang menyatukan penduduk berbilang kaum.
g.       Pembentukan Negara Malaysia tidak melibatkan pertumpahan darah.

            Ciri-Ciri Negara Bangsa
a.       Negara – Wilayah yang mempunyai penduduk, sempadan dan pemerintah serta institusi yang bertanggungjawab membuat dan melaksanakan keputusan politik serta menguatkuasakan undang-undang dan peraturan kerajaan.
b.       Bangsa – Sekumpulan manusia yang menetap di sesebuah wilayah dan mempunyai cirri persamaan dari segi bahasa, adat resam, kesenian dan pengalaman sejarah.
c.       Kerajaan – Institusi yang bertanggungjawab menggubal dan melaksanakan dasar sesebuah Negara. Bertindak sebagai pengaman dan penentu arah kehidupan masyarakat sesebuah Negara. Terdiri daripada tiga badan utama iaitu: Badan Perundangan, Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman.
d.       Perlembagaan – Peraturan tertinggi secara bertulis atau tidak bertulis. Menjadi garis panduan untuk mentadbir dan memerintah sesebuah Negara. Bertujuan member jaminan hak dan perlindungan kepada rakyat.

3.2        Kesultanan Melayu Melaka – Asas Pembentukan Negara dan Bangsa

            Ciri-Ciri Negara dan Bangsa dalam Kesultanan Melayu Melaka
a.       Wilayah pengaruh – Kawasan yang rakyatnya menerima dan memperakui pemerintahan seorang raja. Meliputi seluruh Semenanjung Tanah Melayu dan Timur Sumatera.
b.       Kedaulatan – Kekuasaan tertinggi terhadap rakyat sesebuah Negara. Pemerintah mempunyai kuasa untuk menggubal dan menguatkuasakan undang-undang. Kedaulatan memastikan negara bebas daripada cengkaman politik, taklukan, campur tangan dan penjajahan kuasa asing. Kedaulatan merujuk kepada raja yang memerintah.
c.       Keunggulan undang-undang – Memelihara keamanan dan melindungi rakyat. Menentukan struktur kerajaan, kehakiman, bahasa, agama dan kerayataan yang diterima oleh masyarakat. Dua sumber undang-undang bertulis ialah Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka.
d.       Rakyat – Seluruh penduduk bagi sesebuah wilayah. Terikat dengan undang-undang dan peraturan dalam wilayah tersebut. Rakyat bertanggungjawab untuk mentaati raja yang memerintah.
e.       Lambang-lambang – Simbol yang menjadi identity negara. Antaranya warisan daripada Kesultanan Melayu Melaka, iaitu sistem pemerintahan beraja, adat istiadat Melayu, Bahasa Melayu dan agama Islam.
f.        Kebesaran sultan dapat dilambangkan dengan alat regalia, nobat, warna, bahasa, undang-undang, protocol dan adat istiadat istana.
g.       Kerajaan – Institusi yang bertanggungjawab menguruskan pentadbiran menjaga keamanan, mempertahankan kedaulatan negara dan menjalin hubungan diplomatic dengan negara lain. Kerajaan wujud apabila ada raja. Raja dibantu oleh Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana. Sistem Pembesar Empat Lipatan yang terdiri daripada Raja/Sultan, Pembesar Berempat, Pembesar Berlapan, Pembesar Enam Belas dan Pembesar Tiga Puluh Dua menjamin kesejahteraan sistem pemerintahan beraja dan kerajaan.

3.3        Warisan Negeri-Negeri Melayu

            Latar Belakang Negeri-Negeri Melayu Johor, Perak dan Pahang
a.       Diasaskan oleh kerabat diraja Melaka.
b.       Pemerintah menggunakan gelaran sultan.
c.       Pewarisan takhta mementingkan jurai keturunan sebelah bapa.
d.       Mengamalkan Sistem Pembesar Empat Lipatan dan perbezaan wujud pada gelaran pembesar.
e.       Undang-undang dibentuk dan dipinda berdasarkan Hukum Kanun Melaka. Contoh Undang-Undang Pahang.

            Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor
a.       Diperkenalkan oleh Sultan Abu Bakar pada tahun 1895.
b.       Orang Melayu diiktiraf sebagai rakyat Johor.
c.       Agama Islam sebagai agama negeri.
d.       Berasaskan perlembagaan Barat.
e.       Majlis Mesyuarat Kerajaan dibahagikan kepada Majlis Negeri dan Jemaah Menteri.
f.        Menteri mengangkat sumpah dan memberikan taat setia kepada raja dan kerajaan.
g.       Keinginan pemerintahan Johor untuk membentuk kerajaan yang bercorak demokrasi telah mendorong penggubalan perlembagaan.
h.       Memantapkan sistem pentadbiran Johor.

            Sistem jemaah Menteri di Kelantan
a.       Diamalkan sejak pemerintahan Sultan Muhammad I.
b.       Sultan Muhammad II membentuk Sistem Jemaah Menteri bagi melicinkan lagi pentadbiran.
c.       Terdapat lapan badan Jemaah Menteri dan setiap satunya dianggotai oleh empat orang pembesar.
d.       Kerabat diraja yang terlibat dalam perebutan kuasa disingkirkan dan digantikan dengan golongan pembesar yang bergelar nik dan wan.

            Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu
a.       Dikenali sebagai Ittiqan-ilmuluk bi-ta`dil il-suluk yang bermaksud keyakinan kepada pemerintah berdasarkan keadilan.
b.       Berasaskan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.
c.       Bertujuan menghalang kemaraan British ke Terengganu.
d.       Mengekalkan sistem monarki.
e.       Sultan dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Jemaah Menteri.
f.        Majlis Mesyuarat Kerajaan diketuai oleh Menteri Besar yang dilantik oleh sultan.
            Prinsip demokrasi dan konsep Persekutuan di Negeri Sembilan
a.       Merangkumi 9 buah negeri iaitu; Sungau Ujung, Rembau, Johol, Seri Menanti, Inas, Terachi dan Gunung Pasir.
b.       Mempunyai raja sendiri iaitu Raja Melewar dengan gelaran Yamtuan Besar (1773).
c.       Negeri Melayu pertama yang bentuk mirip persekutuan.
d.       Mengamalkan Adat Pepatih iaitu kedaulatan di tangan rakyat.
e.       Yang Dipertuan Besar tidak berhak melantik pembesar.
f.        Perlantikan pemimpin dilakukan pada peringkat bawah iaitu oleh Undang, Lembaga, Buapak dan Anak Buah.
g.       Hierarki pemerintahan mengikut Adat Pepatih yang diketuai oleh Yang Dipertuan Besar, Undang, Lembaga, Buapak dan Anak Buah.