BAB: 5
5.1 Sistem Ahli
a. Idea penubuhan Sistem Ahli dicetuskan oleh Dato` Onn Ja`afar selepas berbincang dengan Sir Henry Gurney.
b. Cadangan selaras dengan hasrat British menjalankan dasar dekolonisasi.
c. Sistem Ahli diadakan untuk melatih penduduk tempatan dan kaum lain menerajui pentadbiran Tanah Melayu.
d. Ciri-Ciri Sistem Ahli ialah:
i. Terdiri daripada beberapa orang pegawai tadbir dan tokoh masyarakat.
ii. Anggotanya dikenali sebagai Ahli.
iii. Pelantikan Ahli dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi British den persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu.
iv. Ahli-ahli diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British.
v. Ahlinya terdiri daripada sembilan orang anggota, iaitu lima orang penduduk Tanah Melayu (3 Melayu, 1 Cina dan 1 India) dan empat orang pegawai British.
Proses Pelaksanaan Sistem Ahli
a. Ahli yang dilantik bertugas menjaga satu portfolio dan menguruskan pentadbiran harian jabatan.
b. Ahli bertanggungjawab mencadangkan undang-undang yang berkaitan dengan jabatannya untuk dibentangkan dalam Majlis Perundangan Persekutuan.
Kepentingan Sistem Ahli
a. Tapak asas untuk melatih orang tempatan kea rah berkerajaan sendiri.
b. Proses perpaduan kaum di Persekutuan Tanah Melayu dimulakan kerana ahli-ahlinya terdiri daripada pelbagai kaum.
Keanggotaan Sistem Ahli pada peringkat awal
Nama Ahli | Portfolio |
Dato` Onn Ja`afar | Ahli Dalam Negeri |
Tungku Yaakob ibni Sultan Abdul Hamid | Ahli Pertanian dan Perhutanan |
Dato` Mahmud Mat | Ahli Tanah, Perlombongan dan Perhubungan |
Dr. Lee Tiang Keng | Ahli Kesihatan |
Dato` E. E. C. Thuraisingam | Ahli Pelajaran |
O. A. Spencer | Ahli Ekonomi |
J. D. Hodgkinson | Ahli Perindustrian dan Hubungan Sosial |
J. D. Mead | Ahli Perumahan dan Kerja Raya |
5.2 Pakatan Murni
Pakatan murni merupakan usaha semua kaum di Tanah Melayu menghasilkan satu
kerjasama dan tolak ansur politik melalui perundingan.
Langkah ke Arah Pakatan Murni Praperikatan
a. Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum atau Communities Laison Committee (CLC). Hasil perundingan UMNO – CLC:
i. Penubuhan Lembaga Pembangunan Industri Desa untuk memajukan ekonomi dan pendidikan bagi masyarakat luar Bandar.
ii. Kerakyatan Negeri 1951 diberikan kepada imigran yang lahir di Persekutuan Tanah Melayu dengan syarat ibu atau bapanya telah menjadi rakyat Tanah Melayu.
iii. Pilihan raya akan diadakan di peringkat perbandaran, negeri dan Majlis Perundangan Persekutuan.
b. Cadangan pembukaan keahlian UMNO kepada orang bukan Melayu oleh Dato` Onn Ja`afar. Beliau meninggalkan UMNO kerana menerima kecaman.
c. Parti Kemerdekaan Malaya atau Independence Malaya Party (IMP) ditubuhkan oleh Dato` Onn Ja`afar. IMP terbuka kepada semua bangsa tetapi tidak mendapat sambutan daripada kaum Cina, India dan kaum lain.
d. Penubuhan Persidangan Kebangsaan pada tahun 1953 oleh Sir Malcolm MacDonald bertujuan untuk mencapai kerjasama politik bagi mengurangkan perasaan perkauman.
e. Konvensyen kebangsaan bersama MCA yang dianjurkan oleh Tunku Abdul Rahman sebagai pemimpin UMNO bagi mengasaskan pembentukan Parti Perikatan.
Perikatan serta Pilihan Raya Bandaran, Negeri dan Majlis Perundangan Persekutuan 1955
a. Pilihan raya bandaran telah membentuk kerjasama UMNO dan MCA bagi menghadapai Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur 1952 dan telah memenangi 9 daripada 12 kerusi yang dipertandingkan. Dalam pilihan raya di beberapa Bandar lain peringkatan UMNO dan MCA telah memenangi 26 daripada 37 kerusi.
b. Pilihan raya negeri pada tahun 1954, Parti Perikatan telah memenangi 226 daripada 268 kerusi dan Parti Perikatan telah disertai oleh MIC pada tahun 1955.
c. Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan diadakan pada tahun 1955.
d. Manifesto Parti Perikatan ialah:
i. Mencapai kemerdekaan dalam masa empat tahun.
ii. Mewajibkan pendidikan.
iii. Menjadikan perkhidmatan awam bercorak tempatan
iv. Menjaga hak asasi manusia.
v. Melindungi hak-hak Raja-Raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan.
e. Parti Perikatan telah memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan.
f. Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri dan membentuk kabinet yang terdiri daripada pelbagai kaum.
Perikatan dan Pakatan Murni ke Arah Kemerdekaan
a. Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan rundingan kemerdekaan ke London pada bulan Februari 1956. Hasil perundingan adalah seperti berikut:
i. Suruhanjaya bebas untuk mengkaji perlembagaan dibentuk.
ii. British akan memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.
iii. Tunku Abdul Rahman telah mengistiharkan tarikh kemerdekaan di Bandar Hilir Melaka.
5.3 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957
Suruhanjaya Reid
a. Dibentuk pada bulan Mac 1956 baqi membincangkan dan menyusun Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.
b. Diketuai oleh Lord Reid (Hakim British), Sir Ivor Jennings (England), Sir William McKell (Bekas Gavenor Jeneral Australia), Tuan B. Malik (Hakim Mahkamah Tinggi India) dan Tuan Abdul Hamid (Pakistan).
c. Antara isu yang menjadi panduan Suruhanjaya Reid ialah:
i. Pembentukan sebuah kerajaan persekutuan yang kuat.
ii. Pemberian kuasa autonomi kepada negeri dalam bidang tertentu.
iii. Kedudukan istimewa Raja-Raja Melayu
iv. Hak istimewa orang Melayu.
v. Pewujudan satu bangsa Persekutuan Tanah Melayu.
d. Menerima sebanyak 131 memorandum bertulis daripada pelbagai pihak termasuk Raja-Raja Melayu, orang persaorangan dan pertubuhan politik.
Isi-Isi Penting Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957
1. Pembentukan sebuah Kerajaan Persekutuan.
2. Pemisahan kuasa antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri melalui Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri.
3. Institusi Raja Berperlembagaan di peringkat negeri dan negara.
4. Tiga jenis kerakyatan diwujudkan, iaitu Kuat Kuasa Undang-Undang, Permohonan dan Naturalisasi. Prinsip jus soli (secara kelahiran) diterima.
5. Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan.
6. Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu.
7. Tanah Simpanan Melayu dikekalkan.
8. Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan.
9. Yang di-Pertuan Agong menjadi ketua negara.
10. Pentadbiran negara bersifat demokrasi berparlimen, iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara terletak di bawah kuasa Parlimen.
11. Menteri Besar menjadi pelaksana pentadbiran dan beliau dibantu oleh Dewan Undangan Negeri dan EXCO pada peringkat negeri.
Kepentingan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 |
· Pembentukan kerajaan demokrasi. · Konsep raja berpelembagaan. · Pakatan mewujudkan perpaduan. · Keharmonian kaum dapat dicapai · Hak mutlak kepada penduduk tempatan untuk mentadbir negara |
Peranan Tokoh-Tokoh Kemerdekaan
Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj |
· Presiden UMNO dan Parti Perikatan. · Perdana Menteri yang pertama. · Bijak mengendalikan pakatan murni antara kaum |
Tun Abdul Razak |
· Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri · Perunding dalam tuntutan kemerdekaan di London tahun 1956 · Perunding dalam menyiapkan Perlembagaan Kemerdekaan 1957 |
Tun H. S. Lee |
· Tokoh MCA yang memulakaan kerjasama kaum · Mencetuskan idea penubuhan Parti Perikatan. · Menteri Kewangan Persekutuan Tanah Melayu yang pertama |
Tan Cheng Lock |
· Presiden MCA · Penyokong Tunku Abdul Rahman untuk mendapatkan kemerdekaan |
Tun V. T. Sambanthan |
· Presiden MIC. · Memperjuangkan kemerdekaan negara bersama Tunku Abdul Rahman · Menyokong dasar kerjasama kaum. |
As stated by Stanford Medical, It is in fact the ONLY reason women in this country live 10 years more and weigh on average 42 pounds lighter than we do.
BalasPadam(And by the way, it has totally NOTHING to do with genetics or some secret-exercise and really, EVERYTHING around "HOW" they are eating.)
P.S, I said "HOW", not "WHAT"...
Click this link to determine if this brief test can help you unlock your true weight loss potential