BAB: 4 Pembinaan Negara dan Bangsa Malaysia
4.1 Malayan Union
Sebab-Sebab Pengenalan Malayan Union
a. Persediaan membentuk kerajaan sendiri iaitu diberi latihan berkerajaan sendiri dan sesuai dengan piagam Atlantik 1945.
b. Mewujudkan pentadbiran licin iaitu menyatukan tiga unit pentadbiran yang meliputi Negeri-Negeri Selat, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu.
c. Menjimatkan kos pentadbiran.
d. Membentuk bangsa Malayan Union dengan memastikan sumber tenaga yang berterusan serta menguasai dan memajukan ekonomi Tanah Melayu.
e. Mengawal kuasa politik orang Melayu dengan menguasai pentadbiran dan mengambil alih peranan raja dan pembesar Melayu.
Ciri-Ciri Perjanjian Malayan Union 1946
a. Antara syarat utama Perjanjian Malayan Union ialah:
i. Semua Negeri-Negeri Melayu bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu serta dua buah Negeri selat disatukan.
ii. Gabenor British mengetuai Malayan Union.
iii. Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan Malayan Union dibentuk.
iv. Singapura diasingkan kerana kepentingan sebagai pelabuhan bebas.
v. Kewarganegaraan jus soli sebagai asas kerakyatan Malayan Union.
vi. Raja-Raja Melayu hanya membincangkan soal agama Islam dan adat istiadat Melayu.
vii. Pesuruhjaya Negeri dilantik bagi setiap negeri sebagai ketua pentadbir.
b. Kerakyatan Malayan Union:
i. Jus soli member kerakyatan kepada sesiapa sahaja yang lahir di Tanah Melayu dan Singapura.
ii. Mereka yang berumur 18 tahun ke atas serta bermastautin selama 10 hingga 15 tahun akan diberi kerakyatan.
iii. Mereka yang berumur kurang daripada 18 tahun yang merupakan anak warganegara di atas turut diberi kerakyatan.
iv. Semua rakyat British daripada jajahan takluknya.
c. Pentadbiran Malayan Union
i. Melahirkan kesatuan yang dikuasai oleh sebuah pentadbiran pusat.
ii. Pentadbiran terus kepada Parlimen British di London.
iii. Malayan Union diisytiharkan pada 1 April 1946 di King`s House (Carcosa Seri Negara), Kuala Lumpur.
iv. Gabenor pertama ialah Sir Edward Gent.
v. Menggantikan Pentadbiran Tentera British yang dijalankan di Tanah Melayu sejak September 1945.
Reaksi Terhadap Malayan Union
Penentangan Orang Melayu
a. Sir Harold MacMichael mengugut Raja-Raja Melayu akan diturunkan takhta sekiranya enggang menerima Malayan Union seperti Sultan Badlishah, Kedah.
b. Sultan tidak diberi masa yang mencukupi untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri seperti yang berlaku kepada Sultan Perak.
c. Sultan terpaksa menandatangani Perjanjian Malayan Union atas dasar setia kawan kepada British seperti Sultan Selangor dan Sultan Johor.
d. Orang melayu menentang penghakisan kuasa Raja-Raja Melayu dalam Malayan Union kerana: Raja-Raja Melayu hanya menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu tanpa sebarang kuasa. Zakat fitrah dipungut di bawah nama Gabenor Malaya Union. Orang Melayu bimbang agama Islam akan tercabar.
e. Pemberian kerakyatan yang longgar kepada orang dagang. Mengancam status quo orang Melayu sebagai peribumi. Jumlah orang Melayu akan menjadi kecil. Ekonomi dan pendidikan orang Melayu akan bertambah mundur. Orang Melayu bimbang akan kehilangan warisan tamadun yang dibina sejak Kesultanan Melayu Melaka.
Golongan yang Menyokong Malayan Union
a. Orang dagang, kerana: Dengan dasar penyatuan negeri-negeri Melayu menjadi sebuah unit politik akan melicinkan pentadbiran. Menyokong dasar sama rata Malayan Union yang menghapuskan hak-hak perlindungan kepada orang Melayu. Kerakyatan Malayan Union yang terbuka mengekalkan kerakyatan masing-masing. Mempercayai janji dan harapan British yang akan member kemerdekaan kepada Tanah melayu.
b. Golongan Melayu Radikal, kerana: Menolak sistem politik feudal. Mendukung penubuhan negara Melayu Raya dan bergabung dengan Indonesia Raya.
c. Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) menyokong Malayan Union kerana: Pemerintahan bersifat Barat dan menghapuskan sistem feudal Melayu. Tidak mengiktiraf kuasa raja dan pembesar Melayu. Konsep republic seperti di Indonesia dan konsep Melayu Raya dapat dilaksanakan. Hal ehwal pentadbiran Islam dipermudahkan.
d. Angkatan Pemuda Insaf (API) pimpinan Ahmad Boestamam, Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Barisan Tani Malaya (BATAS) menyokong Malayan Union.
e. Pegawai tadbir Melayu menyokong Malayan Union kerana British merupakan kuasa besar dan yakin British boleh membangunkan Tanah Melayu.
Tindakan Orang Melayu Menentang Malayan Union
a. Akhbar-akhbar Melayu seperti Utusan Melayu, Majlis dan Warta Negara.
b. Demonstrasi secara damai diadakan.
c. Persatuan-persatuan Melayu dihidupkan semula. Mereka menghantar surat bantahan.
d. Dato` Onn Ja`afar menyeru orang Melayu berkongres dan menubuhkan U.M.O.
e. Bersetuju menubuhkan UMNO dalam persidangan Kongres Melayu 1946.
f. Kongres Melayu kedua membantah pengisytiharan Malayan Union.
g. Rapat umum diadakan di bandar-bandar besar untuk menunjukkan bantahan mereka kepada ahli-ahli Parlimen British iaitu L. D. Gammans dan David Reese Williams.
h. Raja-Raja Melayu berkumpul di Kuala Kangsar untuk mengemukakan bantahan.
4.2 Persekutuan Tanah Melayu
Faktor-Faktor Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu
a. Ketegasan orang Melayu membantah Malayan Union.
b. Perpaduan dalam kalangan orang Melayu yang terdiri daripada golongan raja dan rakyat.
c. Sokongan bekas pegawai British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu seperti, Sir Frank Swettenham, Sir R. O. Winstedt, Sir George Maxwell dan Sir Cecil Clementi.
d. Sokongan daripada pegawai tinggi British seperti, Sir Malcom MacDonald, Sir Edward Gent dan L. D. Gammans.
e. Sikap politik orang Melayu yang sederhana.
f. UNMO tidak menuntut kemerdekaan daripada British.
g. British bimbang orang Melayu akan dipengaruhi oleh gerakan politik Indonesia yang dikuasai oleh golongan radikal seperti PKMM, API, AWAS dan BATAS.
h. Piagam Atlantik 1945 tidak menggalakkan penjajahan baharu.
Langkah-Langkah Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu
a. British menubuhkan Jawatankuasa Eksekutif yang dianggotai oleh 12 orang ahli terdiri daripada pegawai kanan British, pemimpin UMNO dan wakil Raja-Raja Melayu.
b. Mereka mengadakan mesyuarat di King`s House, Kuala Lumpur.
c. Lima tuntutan orang Melayu iaitu;
i. Raja-Raja Melayu dan Umno menilak semua prinsip dan struktur Malayan Union.
ii. Membentuk sebuah persekutuan seperti konsep Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
iii. Menolak kerakyatan terbuka Malayan Union.
iv. Meminta dasar perlindungan terhadap negeri-negeri Melayu dan orang Melayu dipulihkan.
v. Menuntut supaya status Raja-Raja Melayu dikembalikan.
d. Perundingan ditentang oleh orang dagang dan golongan radikal Melayu di bawah pimpinan Dr. Burhanuddin al-Helmy.
e. Orang dagang pula menuntut konsep sebuah republik dan kemerdekaan penuh Tanah Melayu.
f. British bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Perunding bangi mendapatkan pandangan dalam menyediakan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948
a. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 ditandatangani antara Raja-Raja Melayu dengan British di King`s House, Kuala Lumpur.
b. Pada 2 Februari 1948, Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan dengan rasminya.
c. Ciri-Ciri Utama Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 ialah;
i. Sebuah persekutuan dibentuk dengan gabungan sebelas buah negeri.
ii. Persekutuan Tanah Melayu diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British.
iii. Konsep Raja Berperlembagaan diwujudkan.
iv. Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri dibentuk.
v. Pesuruhjaya Tinggi British menjaga kedudukan istimewa orang Melayu.
vi. Pembahagian kerakyatan Tanah Melayu kepada Raktay Raja Melayu dan Rakyat British.
d. Kesan perjanjian tersebut ialah; Syarat kerakyatan diperketatkan. British mengiktiraf semula ketuanan Melayu. Institusi Raja Melayu dikekalkan.
Tokoh-Tokoh Penggerak Persekutuan Tanah Melayu 1948
a. Sultan yang bersuara tegas terdiri daripada Sultan Badlishah (Kedah), Sultan Abdul Aziz (Perak) dan Sultan Ibrahim (Johor).
b. Para pembesar yang bertindak sebagai penasihat raja.
c. Pemimpin UMNO seperti Dato` Onn Ja`afar dan Dato` Nik Ahmed Kamil.
4.3 Pergerakan Politik di Sarawak dan Sabah
Di Sarawak
a. Vyner Brooke (raja terakhir Sarawak) telah menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British kerana beliau telah tua dan uzur.
b. Penggantinya Anthony Brooke didapati tidak layak mentadbir Sarawak dengan baik.
c. Vyner Brooke telah menghantar Gerald MacBryan untuk mendapatkan persetujuan pembesar Sarawak.pemimpin dan persatuan kaum tempatan yang membantah ialah: Datu Patinggi Abang Haji Abdillah, iaitu ketua masyarakat Melayu Sarawak. Persatuan Melayu Sarawak dan Persatuan Dayak Sarawak.
d. Mereka menentang Vyner Brooke kerana tindakannya telah bercanggah dengan Perlembagaan 1941 yang menjanjikan berkerajaan sendiri.
e. Keputusan dibuat oleh Vyner Brooke tanpa berunding dengan orang tempatan atau ketua-ketua mereka.
f. Walaupun Vyner Brooke telah mengadakan mesyuarat dengan Majlis Negeri, tetapi sokongan anggota bukan bumiputera dan pegawai-pegawai British menyebabkan Sarawak diistiharkan sebagai Tanah Jajahan Mahkota pada 1 Julai 1946 dan menyebabkan berlakunya penentangan secara terbuka.
g. British telah mengeluarkan surat amaran iaitu Surat Pekeliling Bil. 9.
h. Seramai 338 orang kakitangan awam meletakkan jawatan.
i. Penubuhan kumpulan Rukun Tiga Belas yang disertai oleh kaum terpelajar dan pemuda Sarawak.
j. Sir Duncan Stewart, Gabenor Sarawak ditikam oleh Rosli Dhobi pada 3 Disember 1949. Rosli Dhobi dijatuhkan hukuman gantung.
Di Sabah
a. Kesedaran politik amat perlahan, berpecah belah dan tidak berkesan.
b. Persatuan sosioekonomi yang bersifat sedehana seperti Persatuan Kebangsaan Melayu Labuan. Persatuan Melayu jesselton dan Barisan Pemuda.
c. Sabah dijadikan jajahan takluk British pada tahun 1946.
d. Tidak ada penentangan yang nyata dan terbuka daripada penduduk tempatan.
POKERVVIP AGEN POKER TERPERCAYA
BalasPadam*POKERVVP* Merupakan Penyedia Agen Situs Game Online Yang Memberikan Berbagai Macam Permainan Seperti Poker Yang Deposit Menggunakan Pulsa Telkomsel Dan XL Yang Ada Di Indonesia.
*1 User ID 8 Permainan : * Poker - * -Domino99-*BandarKiu-*Bandar Poker-*Adu Kiu-*-Capsa Susun-*-Sakong *-Bandar 66-*
bandar poker
Bandar Poker Online
Agen Poker Online
agen poker
Cerita Dewasa
Bandar Ceme
Poker Online
Bandar Domino Online
Agen Domino Online
game terbaru
*Bonus Terbesar
- Bonus CASHBACK 0.5%
- Bonus Referral 15%
*Minimal deposit & withdraw
- Minimal Deposit 10,000 ( Rekening)
- Minimal Withdraw 50.000 ( Rekening)
- Minimal Deposit 10.000 ( VIA PULSA)
- Minimal Withdraw 50.000 ( VIA PULSA)
If you're attempting to burn fat then you absolutely have to start using this totally brand new personalized keto plan.
BalasPadamTo create this keto diet, licensed nutritionists, fitness trainers, and professional chefs have united to develop keto meal plans that are effective, convenient, economically-efficient, and enjoyable.
Since their first launch in January 2019, 100's of people have already transformed their figure and health with the benefits a professional keto plan can offer.
Speaking of benefits: clicking this link, you'll discover 8 scientifically-proven ones given by the keto plan.
Do this hack to drop 2lb of fat in 8 hours
BalasPadamMore than 160,000 men and women are utilizing a easy and secret "water hack" to burn 1-2lbs each night in their sleep.
It's simple and it works on anybody.
Here's how you can do it yourself:
1) Go grab a glass and fill it up with water half the way
2) Now follow this strange HACK
and become 1-2lbs thinner the next day!