Isnin, 14 Februari 2011

Sirah dan Tamadun Islam T5

Pendidikan Islam                                                                          Sirah dan Tamadun Islam
Tingkatan 5

Tajuk: 20: Penyebaran Islam Pada Zaman Kerajaan Abbasiyah

1.         Faktor dalaman:

(a)    penduduk setempat yang tertarik dengan Islam;
(b)   galakan khalifah yang menyediakan peruntukan khas untuk para ulama dan pendakwah;
(c)    dasar kerajaan yang menyamakan status orang Arab dengan orang bukan Arab.

2.         Faktor luaran:

(a)    pembukaan wilayah-wilayah baru;
(b)   penggunaan bahasa Arab yang meluas;
(c)    hubungan diplomatik antara kerajaan Abbasiyah dengan negara luar.

3.         Kesan positif penyebaran Islam:

(a)    terhadap akidah: berjaya merobah kepercayaan menyembah berhala kepada penyembahan Allah yang Esa;
(b)   terhadap ilmu: perintis kepada perkembangan ilmu dan pemikiran umat Islam;
(c)    kebudayaan: penduduk bebas mengamalkan budaya masing-masing selagi tidak bertentangan dengan Islam;
(d)   sistem kemasyarakatan: sistem penghambaan dan penindasan dihapuskan dan diganti dengan sistem keadilan yang telus.

4.         Semangat jihad umat Islam pada zaman Kerajaan Abbasiyah:

(a)    umat Islam berjuang untuk memajukan diri dan memartabatkan umat Islam dalam semua aspek kehidupan. Mereka telah berjaya menguasai berbagai-bagai bidang ilmu pengetahuan dan menjadi pakar dalam bidang-bidang tersebut;
(b)   pencapaian umat Islam pada zaman tersebut amat membanggakan kerana dapat menandingi dua tamadun besar pada ketika itu iaitu Rom dan Parsi.


Tajuk: 21 – Perkembangan Pendidikan Pada Zaman Kerajaan Abbasiyah

1.         Faktor utama perkembangan ilmu:

(a)    kreativiti para ulama;
(b)   usaha dan galakan para khalifah;
(c)    aktiviti penterjemahan pelbagai bidang ilmu;
(d)   dasar kerajaan yang memberi keutamaan kepada ilmu;
(e)    kewujudan prasarana pendidikan yang baik;
(f)    kestabilan politik dan kewangan kerajaan;
(g)   hubungan diplomatik antara kerajaan Abbasiyah dengan negara-negara luar;
(h)   kedudukan Baghdad yang menjadi pusat keilmuan dan perdagangan antarabangsa.

2.         Institusi pendidikan pada masa itu ialah masjid, istana khalifah, perpustakaan dan pusat-pusat pengajian dan pendidikan.

3.         Bidang-bidang ilmu:

(a)    ilmu berteraskan wahyu: ilmu tafsir, ilmu hadis, ilmu fekah dan ilmu tauhid;
(b)   ilmu berteraskan akal: ilmu matematik, ilmu falak, ilmu kimia, ilmu fizik, geografi dan ilmu perubatan.

4.         Kesepaduan antara ilmu fardu ain dengan fardu kifayah pada masa itu telah           membentuk umat yang kuat dari segi fizikal dan mental.


Tajuk: 22 – Perkembangan Sains Dan Teknologi Pada Zaman Kerajaan Abbasiyah

1.         Faktor perkembangan:

(a)    aktiviti perterjemahan yang giat dan sistematik pada zaman Al-Makmun;
(b)   galakan para khalifah yang membina banyak pusat penyelidikan sains dan mengadakan seminar perubatan;
(c)    globalisasi ilmu kesan daripada aktiviti perdagangan dan pembukaan kawasan-kawasan strategik.

2.         Andalus dan Sicily menrupakan gedung ilmu yang menjadi tumpuan pada ketika   itu.

3.         Perkembangan ilmu sains dan teknologi telah mengangkat status umat Islam.

4.         Kesannya, umat Islam hidup lebih maju dan tidak perlu bergantung kepada umat   yang lain.

5.         Umat Islam juga dihormati dan dipandang mulia.


Tajuk: 23 – Perkembangan Ekonomi Pada Zaman Kerajaan Abbasiyah

1.         Sektor ekonomi yang utama:

(a)    sektor pertanian: antara usaha yang dilakukan termasuklah membina saliran air, melebarkan sungai, tali air dan membuka kawasan pertanian yang baru;
(b)   sektor perindustrian: Kerajaan Abbasiyah terkenal sebagai sebuah negara yang maju dalam industri pembuatan;
(c)    sektor perdagangan: antara faktor kepada kemajuan perdagangan ialah pembukaan wilayah-wilayah baru dan perkembangan industri perkapalan. Kerajaan pula berusaha mengambil langkah positif dengan membina pusat perniagaan yang dilengkapi perigi di jalan utama, membina rumah-rumah api dan mengetatkan kawalan keselamatan bagi memajukan sector ini.

2.         Kesan pembangunan ekonomi:

(a)    rakyat dapat menikmati kemajuan hidup;
(b)   pelbagai prasarana diwujudkan seperti masjid, tali air, jalan dan sekolah;
(c)    wujud banyak peluang pekerjaan.


Tajuk: 24 – Perkembangan Ketenteraan Pada Zaman Kerajaan Abbasiyah

1.                  Struktur organisasi ketenteraan Kerajaan Abbasiyah:

 










Organization Chart
2.         Fungsi ketenteraan:

(a)    tugas utama: menjaga kawasan sempadan, menentang musuh-musuh negara dan bersedia menghadapi keadaan darurat;
(b)   tugas bantuan: membantu pihak polis dan pihak berkuasa awam dalam memelihara ketenteraman awam serta memberikan bantuan malapetaka.

3.         Faktor kejayaan tentera Islam:

(a)    dasar ketenteraan yang terbuka kepada orang bukan Arab;
(b)   pemimpin yang berkaliber;
(c)    peralatan ketenteraan yang canggih;
(d)   strategi peperangan yang berkesan seperti Al-Karadis iaitu strategi peperangan yang membahagikan tentera lima ketumbukan besar yang mempunyai peranan masing-masing;
(e)    keimanan dan semangat jihad yang tinggi dalam diri setiap anggota tentera.


Tajuk: 25 – Kegemilangan Dan Kejatuhan Kerajaan Abbasiyah

1.         Faktor kegemilangan:

(a)    kestabilan politik;
(b)   dasar kerajaan yang memberi layanan yang adil kepada semua pihak;
(c)    kedudukan Baghdad yang strategik;
(d)   perpaduan antara kaum;
(e)    penghayatan konsep kerja sebagai ibadat.

2.         Faktor kemerosotan:

(a)    kelemahan pemerintahan hingga menyebabkan golongan Turki dan Parsi campur tangan;
(b)   perpecahan wilayah-wilayah;
(c)    perebutan kuasa dan serangan dari luar;
(d)   kegawatan ekonomi;
(e)    perselisihan aliran fahaman keagamaan.

Tajuk: 26 – Ibnu Sina Bapa Perubatan Dunia

1.         Riwayat hidup:

(a)    nama sebenar: Al-Husain bin Abdullah bin Al-Hassan bin Ali bin Sina; dilahirkan tahun 980M di Bukhara dan meninggal dunia tahun 1037M di Hamazan;
(b)   termasyhur sebagai ahli falsafah dan menjadi doktor ketika berusia 17 tahun;
(c)    dikenali sebagai Avicenna di Barat;
(d)   sifat peribadi: gigih menuntut ilmu, taat pada agama, berinovatif dan bijak.

2.         Pendidikan:

(a)    mempelajari al-Quran ketika berusia 5 tahun dan menghafaznya ketika berusia 10 tahun;
(b)   mempelajari ilmu fekah, tasawuf, ilmu hisab, geometri, ilmu sains dan astronomi;
(c)    menguasai ilmu perubatan ketika berusia 16 tahun.

3.         Sumbangan:

(a)    menghasilkan karya yang paling berpengaruh di Eropah iaitu al-Qanun Fil-Tib yang menjadi rujukan utama di universiti di Eropah;
(b)   menghasilkan 116 karya dalam bidang falsafah, mantic, kimia dan matematik;
(c)    pakar dalam bidang perubatan mengenai penyakit lumpuh, paru-paru, usus dan penyakit kulit.

Tajuk: 27 – Ibnu Khaldun Tokoh Sejarawan Ulung

1.         Riwayat hidup:

(a)    nama sebenar: Abdul Rahman bin Muhammad, dilahirkan di Tunisia tahun 1332M/732H; meninggal dunia tahun 1406M/808H di Kaherah ketika berusia 87 tahun;
(b)   pakar dalam bidang ilmu kemasyarakatan; seorang ahli sejarah yang alim dan terkenal;
(c)    termasyhur dalam bidang pendidikan, undang-undang, falsafah dan politik;
(d)   sifat peribadi: tekun berusaha, berjiwa pemimpin dan beridea kreatif.

2.         Pendidikan:

(a)    mendapat pendidikan asas agama dan bahasa Arab daripada bapanya;
(b)   berguru dengan ulama yang terkenal dan mendalami ilmu mantic, falsafah, sains dan matematik.

3.         Sumbangan:

(a)    menganalisis sejarah dari aspek kemasyarakatan, ekonomi, politik dan pendidikan dalam karyanya;
(b)   pemikirannya dijadikan wacana, bengkel, tema dan persidangan ilmiah para sarjana;
(c)    pelapor kepada pemikiran moden.



4.         Karya agung Ibnu Khaldun:

(a)    kitab karangannya dalam bidang sosiologi telah digunakan sebagai rujukan pelajar diseluruh dunia;
(b)   beliau telah menghasilkan karya yang terkenal iaitu al-Muqaddimah yang terdiri daripada enam bahagian yang menjadi sumber rujukan utama dalam bidang sejarah;
(c)    Muqaddimah Ibnu Khaldun lebih berkualiti dan berpengaruh kepada pemikiran manusia.


Tajuk: 28 – As-Sayyid Jamaluddin Al-Afghani Pejuang Islam Yang Gigih

1.         Riwayat hidup:

(a)    nama sebenar: As-Sayyid Jamaluddin bin Safdar Al-Afghani; dilahirkan tahun 1254H/1838M di bandar Asad Abad, Kabul dan berketurunan Parsi; meninggal dunia tahun 1314H/1879M ketika berusia 60 tahun;
(b)   digelar As-Sayyid kerana salasilah keturunannya bersambung dengan Saidina Ali dan Rasulullah SAW;
(c)    pelopor kepada gerakan Islah;
(d)   sifat peribadi: berani dan bercita-cita tinggi.

2.         Pendidikan:

(a)    menghafaz al-Quran ketika berusia 12 tahun; mempelajari bahasa Arab dan agama daripada bapanya;
(b)   mempelajari ilmu mantic, fekah, astronomi dan balaghah serta bermusafir ke India untuk mendalami ilmu sains dan matematik moden;
(c)    menguasai beberapa bahasa dunia seperti Parsi, Afghanistan, Arab, Urdu, Inggeris dan Rusia.

3.         Sumbangan:

(a)    penggerak utama dalam perjuangan menentang penjajah;
(b)   menyuntik semangat perjuangan melalui pidatonya yang bernas;
(c)    mengasaskan akhbar Al-Urwatul Wusqa dan Misr;
(d)   idea Islahnya memberi pengaruh yang besar dalam jiwa umat Islam.








Tajuk: 29 – As-Syeikh Muhammad Abduh Tokoh Islah Agung

1.         Riwayat hidup:

(a)    nama sebenar: Muhammad bin Abduh bin Hassan Khairullah; lahir di Tanta, Mesir tahun 1265H/1849M; meninggal dunia tahun 1314H/1905M di Iskandariah.
(b)   Intelektual Islam yang termasyhur dan tokoh gerakan pemikiran (mujaddid) masyarakat Islam;
(c)    Sifat peribadi: berperibadi tinggi dan berani menyatakan idea Islah, tegas dan berdaya kreatif.

2.         Pendidikan:

(a)    mempelajar ilmu al-Quran ketika berusia 10 tahun dan berjaya menghafaznya dalam masa dua tahun;
(b)   mempelajari ilmu-ilmu tauhid, tasawuf, mantic, fekah dan pelbagai ilmu akademik di Universiti Al-Azhar;
(c)    mendapat bimbingan daripada gurunya Syeikh Hassan At-Tawil;
(d)   menjadi pensyarah di Al-Azhar dan Darul Ulum setelah tamat pengajian;
(e)    metode Islah beliau adalah melalui proses pengajaran, media massa, karya-karya ilmiah dan jawatan yang disandangnya.

3.         Sumbangan:

(a)    menggalakkan umat Islam mempelajari ilmu sains dan menggunakan bahasa Arab;
(b)   menyeru masyarakat supaya berfikir mengikut keupayaan diri;
(c)    pengasas gerakan Ikhwanul Muslimin yang memperjuangkan keadilan sosial untuk mewujudkan penyatuan masyarakat;
(d)   pencetus dan tokoh gerakan ke arah peningkatan pemikiran umat.


Tajuk: 30 – As-Syeikh Tahir Jalaluddin Tokoh Pemikir Tanah Air

1.         Riwayat hidup:

(a)    nama sebenar: Muhammad Tahir bin Jalaluddin; dilahirkan tahun 1869M di Sumatera Barat dan meninggal dunia pada tahun 1965M di Perak;
(b)   berasal daripada keluarga yang berilmu; mendapat gelaran Syeikh ketika menjadi mufti di Perak;
(c)    sifat peribadi: mencintai ilmu, kreatif, serta tekun dan gigih dalam menyebarkan idea Islah.



2.         Pendidikan:

(a)    menuntut ilmu agama daripada As-Syeikh Ahmad Al-Khatib (sepupu) di Makkah;
(b)   menyambung pelajaran dalam jurusan ilmu falak di Al-Azhar;
(c)    pulang ke Malaysia dan mengembangkan ilmunya serta membuat pembaharuan untuk memajukan masyarakat Islam.

3.         Sumbangan:

(a)    bidang pemikiran: menyalurkan idea Islah dan maklumat intelektual Islam menerusi majalah Al-Imam;
(b)   bidang pendidikan; menubuhkan Madrasah Al-Iqbal di Singapura;
(c)    bidang ilmu falak: gigih mengembangkan ilmu falak hingga digelar Al-Falak;
(d)   bidang kesusasteraan: seorang penggiat sastera yang berusaha menyuntik semangat kislaman dalam kalangan masyarakat Melayu menerusi penulisan-penulisannya.


Tajuk: 31 – Hamka Permata Nusantara

1.         Riwayat hidup:

(a)    nama sebenar: Haji Abdul Malik bin Syeikh Abdul Karim; lebih dikenal sebagai HAMKA; dilahirkan tahun 1362H/1908M di Sumatera Barat dan meninggal dunia tahun 1981M; berketurunan ulama;
(b)   ulama terkemuka pada zaman moden, ahli falsafah dan sasterawan, serta novelis Melayu yang handal;
(c)    sifat peribadi; pintar dan bijak, petah berpidato, berjiwa seni dan berani bertindak’

2.         Pendidikan:

(a)    berpendidikan rendah di Sekolah Desa Pandang Panjang; banyak mendapat ilmu daripada ayahnya dan melalui ceramah yang diadakan oleh ulama;
(b)   menghabiskan masa dengan membaca buku-buku ilmiah dan berusaha memantapkan kemahiran dalam bahasa Arab.

3.         Sumbangan:

(a)    memberikan sumbangan yang besar terhadap pembangunan pemikiran dan kemajuan umat Islam khususnya di Nusantara;
(b)   meninggalkan hasil karya yang amat berguna kepada umat Islam iaitu Tafsir Al-Azhar;
(c)    banyak menghasilkan karya yang terkenal dalam bidang agama, falsafah dan kesusasteraan.

1 ulasan: